Harga masuk Safari ni RM48 seorang, kalau budak-budak (lebih 90cm) RM 38- harga ni untuk warganegara Malaysia. kalau bukan warganegara lagi mahal. Tapi sebab aku duduk hotel kat resort ni, so dapatla harga istimewa macam aku pernah crite kat entry-entry sebelum ni.
Tempat ni tak ramai orang, maybe sebab kurang promosi kot. Tapi tempat ni sangat-sangat best. Aku rasa tak ada lagi kot safari macam gini kat Malaysia ni. Even Zoo Taiping yang dikatakan safari tu, pun tak macam ni, jauh lagi la nak dibandingkan dengan Zoo Negara atau Zoo Melaka... Ini betul-betul safari, kita masuk dalam hutan tebal nun.. Nanti aku cerita apa yang best kat sini. Bertenang! baca semuanya ye..
Tempat ni dibuka dari jam 10 pagi sampaila jam 9 malam. Sebelum pergi, better confirm dulu jadual safari ni kat SINI. So, kita bayar tiket tu untuk sehari suntuk tau, gelang yang kite pakai (tiket), valid untuk sehari suntuk dalam safari and boleh keluar anytime jer, and boleh masuk anytime jer selagi gelang tak ditanggalkan. At least paling kurang pun, korang akan masuk dalam ni 2 jam setengah, itu minimum la, biasanya akan terlajak lebih dari 2 jam setengah tu..
Macam aku hari tu, lepas 3 jam kami keluar, then pergi waterpark, mandi-manda, then keluar dari water park masuk semula dalam safari ni sebab nak tengok show pukul 6 sampailah jam 9 malam. Janji jangan buang gelang yang kita pakai tu.
Kat dalam ni, ada banyak sangat show, aku suggest tengok la semua show-show die sebab sangat-sangat best. Pelakon2 and show tu nampak macam professional la.. And korang tak kan rasa show macam ni kat Zoo Negara.
SIMBA Plaza.
Ini lobi , inilah landmark safari ni &
inilah tempat yang mula-mula kita jumpa bila masuk ke Safari ni..
Kat sini ada tempat untuk sewa stroller. RM5 jer satu.
Masa aku sampai kat Simba Plaza ni. Tak ada apa-apa signboard / flyers/ or any maklumat pasal Safari ni. In short, no welcome signboard here. So, aku & tourist-tourist lain kene buat-buat pandai macam tahu semua & buat muka seposen tanya itu - ini.. Pastu tanya-tanya pulak, staff marah (die raise voice jer pun). Conclusion, staff kat sini tak friendly sangat & tempat ni pun macam tak tourist-friendly ala-ala macam tak nak orang datang (just my opinion)..
So, bila sampai je kat Simba Plaza, staff kat situ terus Tanya kami
S : nak naik tram tak? Bayar RM1 seorang.
En.Suami : Kalau tak naik ?
S : Jalan kaki la. 20 minit untuk ke sana (Eagle Station)
Without any further explanation from the staff, kami pun naik la tram tu..
In the tram. See! kosong jer. Tak ada orang naik..
Yang sebenarnya..Kalau tak naik tram lagi best, jalan kaki jer sampai ke Eagle Station & along the way, korang boleh tengok macam-macam jenis binatang ayng dikurung dalam kandang macam burung, monyet, tikus, beruang & yang paling Win - White Lion! And korang tak perlu berpanas-panas, berhujan-hujan untuk ke Eagle Station sebab korang berjalan di dalam bangunan.
Tapi disebabkan aku tak tahu apa-apa (read : tak ada maklumat langsung!), aku pun dengan bangganya naikla tram ni..
Aku nak pesan, sebelum ke Eagle Station, makan la dulu kenyang-kenyang! Nanti korang dah sampai Eagle Station - tunggu lagi 2 jam setengah baru dapat makan.
Sampai jer di eagle Station, camel inilah penyambut tetamu korang.
Kita boleh ride camel ni bayar RM5.
kat dalam Safari ni, konsep die macam Air Asia.
U pay for what u want - segala-galanya kene bayar. Nothing free ok!
Tempat mainan budak-budak ni. Pun kene bayar RM5 seorang.
Tapi sebab masa tu tak ada orang jaga, so semuanya bermain tanpa bayaran tanpa rasa bersalah..
Lepas main, penat & lapar. So makan la dulu. Tak ada banyak pilihan makanan kat dalam ni (Eagle Station). Ade tempat makan, tapi pilihan makanan cuma maggi & mee soup. Satu cawan maggi lebih kurang RM6. Satu air mineral water (botol kecik) RM4.. Sooo mencekik darah!
Sebenarnya tempat ni dalam hutan sebelah highway LPT jer..
Nampak tak LPT yang cenonet tu?
Masa ni on the way ke Safari (safari yang dalam hutan tu). Dari Eagle Station ke sini dalam 10 minit berjalan kaki. U see, tak ada orang.. Memang tempat ni tak ramai orang pun datang, even masa aku pergi tu Public Holiday..eerrmmm...
Jangan lupa bawak air mineral tau - jauh nak berjalan..
Ni dalam tram nak masuk hutan.. Soo excited this little gurl..
Tram die rupa harimau bintang / zebra macam dalam gambar aku sebelum-sebelum ni..
Dalam tram ni penuh, tram hanya akan bergerak bila dah penuh, so berjenuhla tunggu orang sorang-sorang naik tram..Kat dalam tram ni, kami dinasihatkan supaya seat properly sebab Tanah dalam hutan berbukit bukau & berlopak-lopak (tak rata) & disuruh tutup tingkap rapat-rapat sebab takut binatang terjah masuk...
First animal we saw - Hippopotamus..
Die ni macam malas jer - tido jer dalam air..
Ni tempat gajah.
Gajah ni baru jer masuk sini, baru di bawa dari Pusat Latihan Gajah Kuala Gandah.
Boleh baca entry pasal Kuala Gandah Elephant Sanctuary kat SINI..
Ni nama die NYALA
Ni pagar rintangan api untuk masuk ke kandang haiwan pemangsa - harimau, singa, cheetah , etc..
Bila truck kite masuk jer dalam kandang ni, pintu ni terus terutup.. Nak masuk sini, kami kene tunggu sebab pagar dibuka ikut layer (lapisan). Ada 3 layer tak salah aku.. And setiap binatang-binatang ni lain-lain kandang, so setiap kandang-kandang tu, kami kene menunggu dengan sabar sehingga pagar dibuka & ditutup kembali baru dapat masuk tengok..
Ni singa. Tidor jer - PEMALAS!
Ni singa jantan
Ni cheetah
Ni view dari dalam truck -sengaja nak tunjuk tingkap tu.
Betapa secure nye truck ni..
Ni keadaan kandang die. Pagar elektrik sekeliling..
Actually,dalam gambar ni ada seekor binatang dikenali sebagai 'dubok". Dubok ni haiwan pemangsa yang lagi ganas & lagi bahaya dari cheetah & harimau. Harimau & cheetah pun takut dengan dubok ni, aku tak pasti la pulak si singa takut tak dengan dei ni... Rupa die kecik cenonet jer, tapi ganas giler..
Ni zebra
Unta
Ni lembu.
Mungkin lembu-lembu kat sini korang tak pernah tengok kat kampong korang..
Asyik sangat tengok binatang sampai tertidor dah si kecik ni..
Ni lembu Ducth Lady yang dari Australia tu.
Lembu ni boleh keluarkan susu (kalau die ada anak kecik bawah umur 2 tahun.. hehehe -
sama macam manusia), sehingga 200 oz sehari...
Ni burung kasawari..
Lepas dah pusing satu hutan, kami pun kembali semula ke Eagle Station.. And kami diberi pilihan untuk naik tram (bayar RM1 seorang) atau jalan kaki. Masa ni lah, aku diberitahu (itupun selepas aku duk tanya-tanya macam Inspektor polis), yang kalau berjalan kaki, kite dapat tengok macam-macam binatang.
Ok,then kami pun decide la untuk berjalan kaki ke Simba Plaza sambil dukung FL yang tengah tido, rasa macam dukung seguni beras. Aku tak bawak stroller datang sini or even tak sewa stroller pun sebab tahu FL prefer utnuk berjalan kaki kat dalam ni..
This is all the way to Simba Plaza. Sunyi je kan - tak ada orang
inilah rupa bangunan yang ada binatang-binatang dalam jail (kene kurung)
Tempat ni besar & luas tapi sayang tak ada signboard, or in other words - not informative
Lukisan kat dinding
Aku tak tahu apa nama binatang kecik ni..aktif giler
Binatang tak ada lagi tapi kandang dah siap
Ni beruang
Kalau ada anak kecik besar FL, wajib bawak ke tempat ni, sebab boleh tengok binatang2 kat kampong..
Ni rumah melayu - sebagai pameran jer..
Ni kat halaman rumah melayu. See ada ayam..
Rabbit
Kambing - mmbbeekkk.. mmmbbeekk
Menahan panas
Air soya ni harga nya RM 4.50 setin..
Kalau air mineral botol kecik Rm 4.00 sebotol.
Kalau jagung (sweet corn) - RM 3.00 secawan,
kalau waffle RM5 ..
So, semuanya mahal dalam ni.. Sangat mencekik darah..
Moral of the story - bawaklah air mineral banyak-banyak & makanan banyak2
supaya poket korang tak kering kontang dalam ni..
Hati-hati dengan kuda ni, die suka mengigit
Ni jer binatang yang aku boleh berselfie. Binatang-binatang lain semua sombong .. hahaha
Ni kuda Uganda (kalau tak salah aku).
Besar & kakinya berbulu.. Kuda ni diguna untuk buat show
Ni fire show jam 7.45 malam.. Sorry gambar tak clear
Ni salah saty auditorium - tempat show.. Ada banyak auditorium dalam safari ni. Setiap show berlainan venue die. So, u must alert!. Macam aku cakap awal-awal tadi, kat sini sangat kurang information nya - sangat tak informative, so kite kene alert sendiri show jam brapa & kat mana, kene banyak tanya staff kat dalam tu la (kalau staff tu nak tolong ko!).
Di Simba Plaza, korang akan jumpa singa putih ni dalam gelas kaca ni...
Ada 3 ekor singa putih
Gelas kaca ni kat tempat makan kat dalam Simba Plaza,
sambil makan, sambil tengok singa putih ni
Kesian beruang ni, nama die "Black". Die meraung sebab gatal kat lutut sebab eczema..
Kuda
Sorry gambar blur (tangan tak bedung). Ni entrance sebelum masuk, tempat beli tiket
Aku rasa tempat ni sangat-sangat best especially untuk mereka yang ada anak-anak kecik.
Selain dapat tengok binatang depan-depan mata, kita jugak belajar banyak bende tentang binatang kat sini sebab ada banyak show.. And show-show die bagi aku bombastic la. Binatang-binatang dalam show ni semuanya pandai berlakon (well-trained), kalau korang tak caya, korang tengok Show "The Tarzan Adventure" jam 8 malam.
Tapi banyak bende yang masih lagi perlu diperbaiki oleh pihak Pengurusan Safari ni, antaranya :
1. Staff kat sini perlu dihantar ke kursus PRO atau kursus khidmat pelanggan supaya dieorang tahu macam mana untuk berkomunikasi dengan pelawat-pelawat yang datang kat sini & tahu macam mana nak beri maklumat yang betul pada pengunjung
2. Please provide signboard. People yang datang sini selalu lost & akan come out dengan soalan - "where to go after this?"
3. Please provide more informative tools such as flyers, direktori, informative signage , etc..
4. Marketting & publisiti. Ramai orang tak tahu akan kewujudan tempat ni. And kalau tahu pun, orang tak tahu apa yang ada kat dalam ni - best ke tak masuk sini? So, aku suggest supaya pihak pengurusan Safari ni tingkatkan lagi publisiti tempat ni..
p/s : Actually, ada banyak lagi binatang-binatang kat sini yang aku tak tunjuk dalam entry ni, sebab terlalu banyak binatang nye. Aku cuma highlight yang rare & best jer..
So, aku harap dengan perkongsian aku ni, dapat la benefit atau bagi idea kat korang , mana nak jalan-jalan nanti & semoga perkongsian aku ni dapat memperelokkan lagi tempat ni (harap-harap pihak pengurusan Safari Bukit Gambang ni baca post ni) supaya dapat menarik lagi ramai pengunjung datang ke sini dan secara tak langsung dapat tingkatkan ekonomi negara..
Sekian, wasssalam.
Thank you for reading..
Marketing dia kena baca N3 DP ni.
ReplyDeleteMana tahu dia boleh improve dan ikut apa yg DP suggest - betul tak?
Utk kebaikan juga. Yg empunya happy yg berkunjung pun happy. Win-win situation.
# hp kakak rosak so your tel. no. lost. Pls sms kakak just want to keep your tel. no.
ok. thanks akak sebab baca entry ni.. hopefully la dieornag baca gak entry saya ni..
Deletebtw, nanti saya sms kakak ye
Best kalau orang tak ramai ni..hahahah..
ReplyDeleteTapi kat mana2 pun mmg harga selalu cekik darah...sabo je la
orang tak ramai- tak crowded. tapi bosan gak bila tempat2 besar macam ni tak de orang
DeleteLaaa ingatkan mp4... Pic aje... Alaa... Nak nengok video...
ReplyDeletelaaa gambar ke SS? ingatkan saya upload video.. huhu
Deletetakeplah, nanti saya update upload video ye ss
DeleteWell written entry.
ReplyDeleteSaya setuju, sia sia kalau ada safari yg best macam ni, tapi takde promo besar besaran, takde informative signboard, and worst thing, rude / staff yg tak membantu. Saya dah lama aim nak ke sini, cuma asyik la lajak ke Kuantan...
Tu yg saya pelik, kalau harga makanan/minuman dalam waterpark/safari/zoo...mmg la amat mahal....boleh tak kita report supaya kena dakwa atas Akta Pencatutan? Atau mmg mereka dibenarkan jual macam tu?
daddy ziyad. thanks sebab baca entry ni.. nanti2 doc free boleh la bawak anak2 ke sini..
Deletesaya pun tak tahu pasal akta tu. entahle boleh ke idak dieornag jual dengan harga cegitu.. tape, nanti kita cuba buat report
Bestnyaaaa! Jangan kata anak akak, saya yang dah besar ni pun rasa excited tengok eventho gambar je haha
ReplyDeletehahahha. tengok gambar pun jadilah kan ardilla
DeleteSaya tengok pun saya rasa excited. Saya tiba-tiba ada satu soalan lepas baca post ni sampai habis. Macam mana ya management jaga kebajikan haiwan-haiwan tu kalau tak ramai orang datang?
ReplyDeleteerrmm.. tak tertanya pulak saya soalan tu.. entahler macam mana dieorang manage.. mungkin dieorang encounter kerugian dari hasil jualan bilik2 penginapan di resort kot..
Deleterolling duit dari hadil pendapatan waterpark & tempat penginapan
DeleteNi nak kena duduk baca dari mula ni. Intan, nanti saya datang lagi. Parking sini dulu :)
ReplyDeleteMenarik tempat ni. Binatang pun banyak spesis..cuma panda je tak de. haha nanti nak pergilah.
ReplyDeleteWah, bestnya rasa macam nak pergi la nenanti...
ReplyDeleteomei budak dlm tram tu heeeee
ReplyDeletesis..boleh bawak makanan & minuman masuk ke dalam safari park ni?
ReplyDeleteBoleh rasanya, sorok2 dlm beg... Hehehe... Hari tu saya bawak air mineral ja, makanan beli kat dlm tu..
Deletehihi..tq..nak g mggu ni..yela ingat nak bawak air je..tu je yg penting..tqvm=)
Delete