Kejap jer masa berlalu, pejam celik-pejam celik, dah pun November..
Lepas November, Disember pulak.. Maksudnya skrang ni musim cuti-cuti kan..
Bila hujung tahun, confirm ramai yang dah plan nak pergi holiday kat mana-mana..
Hujung tahun means Musim Winter..
Skrang ni Autumn pun dah macam winter - sejuk semacam.
So, for sure ramai yang tengah usha-usha nak membeli winter coat atau baju sejuk.
Winter coat biasanya mahal kalau tengok kat butik-butik travel.
Kalau dapat yang murah lagi bagus.. Boleh save duit untuk guna kat sana nanti..
So, ni aku nak bagi few TIPS kat mana nak cari baju sejuk a.k.a winter coat yang murah-murah..
1. Beli kat Car Boot Sale
Car boot sale ni dieorang jual barang second hand, maksud barang preloved yang orang dah pakai.
Walaupun orang dah pakai, biasanya baju sejuk ni masih elok dan nampak baru sebab dieorang pun jarang pakai baju sejuk tu. Mungkin pakai sekali dua, pastu terperap dalam almari tak tau nak buat apa, then jual...
Biasanya harga sehelai winter coat ni boleh dapat dalam RM50, depends pada tukang jual tu la..
Ada gak dieorang letak harga RM80, but for me RM80 maasih boleh dikatakan murah la sebab kalau kat kedai biasa, harga confirm lebih dari RM150..
Kalau pandai tawar-menawar, boleh la dapat kurang lagi..
Coat yang aku pakai ni, family aku punya.
Dia beli kat Car Boot Sale, harga RM 50..
Memang nampak macam baru habis - putih bersinar lagi masa beli tu..
(Masa ni tengah pregnant 6 bulan)
(Masa ni tengah pregnant 6 bulan)
Baju winter FL ni pun a.k.a baju robot
(sebab bila dia pakai baju ni, nampak macam robot) ,
aku beli kat Car boot sale, harga RM 15
2. Beli kat Kedai Bundle
Kat kedai bundle pun, dieorangg jual barang 2nd hand jual - preloved yang orang dah pakai.
But, macam yang aku cakap tadi, walaupun preloved,
tapi quality dia elok lagi sebab baju sejuk ni orang jarang guna,
sebab kat Malaysia tak ada musim sejuk.
Baju sejuk ni aku beli kat Kedai Bundle kat Chow Kit.
Harga dalam RM 12 sehelai..
Walaupun murah, tapi sangat selesa & cantik di mata aku..
3. Beli baju sejuk pre-loved yang kawan-kawan jual atau kat Mudah.my
Cuba korang tanya kawan-kawan diaorang yang selalu travel, ada tak diaorang nak jual baju-baju sejuk yang lama-lama tu. Mungkin diaorang dah bosan pakai baju yang sama jer.. Tak pun, tanya Che Ta.. khikhikhikhi...
Mana tahu, diaorang ada nak jual , untung nasib, dapatla korang baju yang super duper murah, lagi untung kalau kawan-kawan korang yang baik hati tu nak bagi sedekah jer kat korang. Terus buat sujud syukur beb...
And, cer try bukak website mudah.my, kat situ pun ramai gak orang jual baju sejuk / winter coat yang murah-murah..
4. Beli kat Negara China
Kalau pergi China, tak sah tak shopping kan...
Apa jer korang nak, semua ada kat sana. and murah-murah..
Beg LV pun murah kat sana. hehehhe..
Dah kalau tak mampu nak beli yang ori, beli je la yang murah buatan China. hehehe
Kat China ni, semua benda murah, tapi korang kena pandai tawar menawar..
Baju ni aku beli masa kat Shenzen, China masa tahun 2012..
Aku pun tak ingat dah berapa harga asal baju ni yang penjual tu letak,
tapi aku mintak kurang, tawar punya tawar,
last-last aku dapat beli baju winter ni dengan harga RM50 sehelai.
Puas hati!
Tips Tambahan :
Kalau musim winter, jangan lupa jugak bawak baju thermal (thermal wear / long john).
Thermal wear yang berkualiti ialah yang diperbuat dari bulu binatang.Tapi harga dia sangat mahal..
Yang murah ialah combination material of wool & polyster , yang tu pun dah ok, murah sikit harga dia.. Aku selalu beli thermal wear ni kat Sogo.
Sebab so far yang aku usha, kat Sogo ni lebih murah dari yang jual kat butik-butik traval macam Universal Traveller atau Winter Time & kat Sogo ada banyak pilihan dari yang murah sampailah yang super bapak punya mahal.. Dekat Uniqlo & H&M ada jual jugak thermal wear ni, tapi die jual yang nipis, bukan yang wool..
Baju thermal ni jarang lah orang jual preloved atau kat carboot sale, kalau ada yang jual pun, aku geli nak beli sebab baju thermal ni kita pakai kat dalam baju (inner)...
Ni contoh baju thermal..
Ok. inilah tips travel untuk membeli baju murah dari Dorsett Pink..
Hopefully membantu..
Thank you for reading..
Long john tu akak ada beli DP..
ReplyDeleteMasa nak buat haji tahun 2007.
Sebab masa musim angin sejuk..
Keluar subuh kat Madinah tu ..
Sejuk hingga ketulang..
Bagus tips DP ni..
Tq yati...
DeleteKalau pergi haji / umrah masa musim sejuk (November - Januari), memang sejuk gile kat sana.. Macam rasa musim winter sejuknya tu kan... Boleh cecah bawah 10 degres celsius kat Madinah tu. Nasib bak awak bawak long john
no 55 & 55-1 ground & 1st floor, jln AWF2 ampang water front 68000 ampang selangor...
ReplyDeleteada org beri info kt sini jual baju2 winter bundle n murah
Tq anis for sharing...
DeleteBiasa org pndang rendah bile beli car boot atau bundle. Yela sbb dilabel tk mmpu nk beli yg bru. Tp cam dp ckp la, dia org bkn pkai lame pon. Kita pn bknnya pkai slalu. Takat stahun skali mlncong luar ngara, xde slhnya beli kat tmpt murah. Buat ape nk habiskn duit sblom pegi mlncong :)
ReplyDeleteSetuju dengan mek... Buat apa habiskan duit sebelum melancong. Lagi best spend kat sana je.
DeleteJgn bgtau sapa2😂😂
Deletekan cepat betul masa berlalu.. baju bundle/second hand ni ada ja lawa tapi kena pandai pilihla tapi sy tak reti hehehe btw thanks share tips
ReplyDeleteTQ sharinh tips2 nak beli baju2 ni..mana tau suatu hari ke oversea, boleh lah buat rujukan nak membeli dimana.. hehe...
ReplyDelete*salam kenal ya sis..:)
bagus tips ni sis. memang betul saya pun buat cara ni
ReplyDeleteKalu ke China... Borong Winter Coat abisan sebab murah!
ReplyDeleteBaju bundle mmg best sebenarnya. biarla org nk pdg rendah ker ape, nnt aku pakai cantik, ko tanye gak beli kt mana ... Heheheh
ReplyDeletePandainya dp tawar menawar. Boleh bg tips camner nk pandai tawar menawar ni? Maybe bg contoh situasi ker? Sy mmg tak pandai lgsung! Kdg segan, kdg rs kesian kt penjual. Thanks!
Apa lagi dlm keadaan ekonomi sekarang kena bijak merencana agar tak tersepit
ReplyDeleteKalau tak sendiri yg rasa tersepit.
Kannnn....beli mahai mahai guna sekali dua ja....ok ja pon kalu yang bundle...atau preloved tu..hihi
ReplyDeleteakak beli kt kedai bundle di Bandar Baru Sentul..RM1.00 to RM5.00 je sehelai..ok je baju dia..
ReplyDeleteSis JM pernah survey kat bundle mmg mirah tp ada yg rosak dan kurang kualiti dan x cantik
ReplyDeleteHihihi saya pun pernah ikut kawan cari di bundle, tapi tak de rezeki jumpa yg cantik dan tiptop conditionnya. Yg buruk2 dan macam tak serve purpose je ada :)
DeleteSo apa yg sis JM buat setiap kali travel ke korea dan china memang borong winter coat byk sbb jauh lebih murah dari bundle kat msia
ReplyDeleteAssalamualaikum. Kita dulu masa bujang suka beli bundle. Sebab limited edition, gaya old skool. Rindu juga nak berold skool hihiii
ReplyDeleteThanks for sharing! Saya baru je beli long john kat Uniqlo last weekend. Memang betul.. ramaaai sangat orang duk shopping baju winter! Ya la dah Nov kan. Sebab long john, so kena la beli kat kedai camni. Takkan nak cari long john preloved!! Baju sejuk setakat ni duk pinjam family punya je hehehe. In the future kena la cari sendiri punya kat bundle macam tips DP ni.
ReplyDeleteBetul, bila di carboot sale boleh dapat murah. Lagipun bukan orang pakai selalu.. Macam DP cakap, pakai sekali dua je
ReplyDeleteHehe... yes, agak geli juga sebab pakai kat dalam jadi direct skin contact..
ReplyDelete