My confinement story with 2 Malay Confinement Lady (CL).
Korang gugel jer 'Confinement Lady', berlambak list yang keluar.
***********
Korang gugel jer 'Confinement Lady', berlambak list yang keluar.
***********
Ni cerita pasal pengalaman berpantang aku masa beranakan FL 3 tahun lepas.. Lambat giler kooooo nak citer pasal bende alah ni.. Tu la kalau peram entri lama-lama dalam draft, last-last terus lupa nak update... huuuuhuuuu.. So, moral of the story, jangan tulis entri letak dalam draft, silalah publish terus wahai Cik DP oooooooiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!!!!!!!!!
Ok, masa aku tengah sarat mengandungkan FL, en.suami cakap nak cari maid or someone untuk jaga aku masa dalam pantang. Maid Indon pun tak kisah janji dia boleh jaga aku waktu siang sementara dia pergi keja.. En.suami nak aku berpantang di rumah kami saja sebab dia nak jaga sendiri aku berpantang.
Malam-malam & weekend dia boleh jaga, siang je tak boleh Tak kan lah dia nak cuti 44 hari semata-mata nak jaga isteri kan - tak logiiiikk. Dan bertambah tak logik kalau ada meeting-meeting penting, especially yang melibatkan VIP, tak kan lah nak cancel meeting tu dengan alasan nak jaga isteri dalam pantang.. Walaupun keje sendiri pun, meeting tetap kena pergi. Kalau setakat 7 hari tu bolehlah cuti tapi kalau 44 hari, lingkup la syarikat. Kalau tak lingkup pun, sales / project tak banyak la masuk.
Jangan percaya dengan dialog-dialog drama, bila bos moody skit keluarla ayat 'cancel semua meeting saya hari ni!' .
Oh NO! Di dunia realiti tidak berlaku macam tu k.. Sesuka hati ko jer nak cancel meeting.. Even ko adalah BOSS sekali pun, u must respect your work. Time is money k.
So, lepas en.suami cakap pasal maid tu, aku terus google, search 'Confinement'. Sebab aku teringat yang kawan aku dulu (masa aku bujang) dia pernah cakap ada servis / company yang menawarkan perkhidmatan penjagaan ibu-ibu dalam pantang.
Bila search tu, berlambak giler list Confinement Lady (CL) yang keluar. Rupanya sekarang ni memang famous perkhidmatan CL ni di kalangan orang Melayu. Kalau dulu, Chinese je yang ada servis macam ni, sekarang orang melayu pun dah guna khidmat CL ni.
Then, cari punya cari, aku jumpa ngan seorang makcik ni. Dia ni Bidan Kampung. Ada blogger share pasal dia, aku lupa dah nama blogger tu. Then, aku pun yakin lah yang makcik ni boleh dipecayai. Then aku pun call la Makcik tu, dapat nombor telipon dari entri blogger tu gak. Dunia blogging ni memang sangat membantu.
Alhamdulillah dapat bercakap dengan Makcik tu. Nama dia Umi. Dia orang Kedah. Umur dia dalam 60 tahun macam tu lah. Dia ada 11 orang cucu. Masa aku call tu, aku dah 8 bulan preggy & dia cakap dia dah ada orang book kat Nilai tapi EDD orang tu cepat sikit dari aku.. Tapi dia kata dia boleh jaga aku nanti. So, aku pun kira ON la deal tu. Tapi sebab Umi ni dari Kedah, so dia kena stay di umah kitaorang. Ok lah , lagi bagus kalau boleh stay sampai sebulan. Dia tanya aku ada maid tak - aku jawab "Tak ada". Dia cakap dia akan dahulukan kat customer yang tak ada maid sebab kesian. Ok lah macam tu. Harga dia RM 2200 untuk 30 hari, tanpa deposit or apa-apa bayaran pendahuluan/pendaftaran.
Dan aku ada jugak call CL-CL lain, semua cakap diaoang dah penuh 'coz i was a bit late.
(P/s : Kalau korang nak hire CL, make sure book awal- awal at least 3 bulan sebelum EDD.)
Aku pun menamatkanlah misi pencarian CL setelah aku dah dapat deal ngan Umi ni, malas dah nak call-call CL lain sebab rata-rata cakap DAH PENUH. Seminggu sebelum EDD aku, aku call lagi Umi tapi dia tak angkat.. Berkali-kali call dia tak angkat.. Sudaaaahhh... Then try lagi call hari seterusnya, dia angkat. Legaaaaaaaa maaakkk.. Dia kata dia ingat pasal aku. And dia start citer, ada orang call dia dari situ-sini-sinun nak hire dia jaga dalam pantang, tapi dia kata dia dah tak ambik new customer..But, ada customer dia yang kat Nilai tu pun lebih kurang sama edd ngan aku, tapi dia kata dia boleh je jaga aku nanti.
Aku : Eh! macam mana tu Umi?
Umi : Takpe, kita tengok nanti macam mana.... Jangan bimbang..
Aku : (bisik dalam hati - boleh ke main tengok-tengok)..Tapiii, terus je cakap "Oklah Umi, saya tunggu umi datang"
But a week before that, aku ter-search pasal CL lagi. Kot-kot la takut nanti Umi tu tak jadi datang.. (Always plan for Plan B or Plan C).
Dan salah satunya aku terjumpa pasal 'Mum Retreat Home'. Mum Retreat Home ni ialah sebuah Villa yang telah dijadikan tempat rehat untuk ibu-ibu yang nak berpantang dengan aman & tenang. Kat situ, ada nurse-nurse yang bekerja sebagai CL. Nurse tu semua ada Diploma / Degree dalam Nursing. Diaorang boleh mengurut & menjaga baby sekali. It's sooo cool. Tapi harga dia pricy jugaklah. Tapi bilik dia cantik, setanding dengan hotel bertaraf 5 atau 4 bintang. No wonder la mahal. Dia ada pakej 3 hari, 5 hari, seminggu, 2 minngu, sebulan or even 44 hari.. Ko cuma perlu sedia duit jer.. Villa tu terletak kat Jalan Klang Lama.
Ini interface website momretreathome.
Ini harga bilik di Mom Retreat Home yang terkini tahun 2017
Tiba hari yang dinantikan, masa aku nak masuk ward (sebab kena induce), aku call Umi bagitau aku dah nak masuk ward. Tapi dia tanya aku , aku ada maid tak? mak aku ada tak? eerrmmm.. Then, esoknya lepas je bersalin FL (masih dalam labour room), aku call Umi tu, 2-3 kali call tak berangkat. Aduuusss...
Kali ke-4, dia angkat, dia said sorry sebab tadi tengah tungku-kan customer. OK. aku tak marah. Tapi Dia cakap dia hanya boleh datang 3 atau 4 hari lagi sebab sekarang dia masih menjaga customer di Bandar Putra Heights.. Adduuuuuuss... Pastu dia kata dia kena balik Kedah dulu sebab nak ambik daun-daun akar kayu & segala jenis daun untuk proses berpantang.
Then, aku pun bagilah kat en.suami nombor-nombor CL yang aku rasa OK. Nasib baik ada simpan dalam buku nota. Then, satu-satu nombor en.suami call, semua kata tak boleh dah penuh. Ada kawan suggest suruh aku stay je kat hospital tu sampai Umi datang. Aku cakap TAK NAAAKKK.. Tak sanggup aku nak duduk kat Hospital An-Nur (Bangi) ni lama-lama. TAK BEST!
Aku suggest kat en.suami untuk hantar aku kat Mom Retreat Home for three days only. Tapi en.suami tak setuju sebab masa tu kami ingat yang para suami tak boleh stay situ sekali... Tapi sebenarnya boleh (last-last baru tahu bila dah nak dekat habis pantang).
Sumber : Website momretreathome
Then, aku tunggu je la Umi tu datang masa hari ke-4 my confinement day. En.suami ambik dia kat Putrajaya Sentral subuh hari (bas dari Alor Setar gerak malam). Masa dia datang tu, dia bawak sebeban daun-daun akar kayu & segala macam jenis daun. I liiiioookkeee cara berpantang tradisional ni.
Sesampai je Umi cakap dia tak boleh stay sampai sebulan. Dia cakap skrang ni dia duduk kat umah customer dalam 2 minggu je atau sehingga ibu tersebut kuat (ayat beralas). pppfffftttt..
Ok. Takpe lah. Aku pun malas nak fikir panjang sebab aku pun masa tu mood tak elok. Biasalah orang dalam berpantang - memang mood tak betul. Kalau dilayan, nanti boleh bawak meroyan. So better tak yah fikir sangat.
Umi jaga aku dalam pantang Ok lah. Yang bestnya part mengurut - sangat sedaap. Anak aku (FL) dia mandikan, tolong urut, bedung etc & dia buatkan aku mandian akar kayu untuk aku mandi. Dia tungku kan aku & pakaikan aku bengkung & ada buat tangas. Best la sebab aku suka cara berpantang macam tu.
Kalau orang Terengganu, berpantang kena bersalai (ibarat salai ikan atas bara api a.k.a panggang ikan), kat kampung aku ada 'salai' khas yang dibuat untuk orang berpantang. So ibu-ibu akan baring atas tempat salai tu & ko rasa bahang bara api dari bawah salai tu. Orang tak berpantang pun boleh join skali.. hihi.. Family aku strict tau bab-bab pantang ni. Kalau bertungku at least kena 60 hari, sampai hitam perut tu, kalau pakai bengkung pulak kalau boleh nak kena pakai 24 jam.. Tapi aku hari tu tak sempat eh nak buat 60 hari & tak sanggup nak berbengkung 24 jam sehari.. (buat muka sedih).
Tapi kat umah aku masa tu tak ada lah tempat salai tu. Mungkin next time ada kot. pppppfffttt.
Masa Umi duduk umah aku ni dia asyik tanya aku pasal maid. Aku pun heran apsal la dia asyik tanya pasal maid je.. Pastu dia duk asyik citer pasal hal-hal rumahtangga customer-customer yang dia duduk sebelum-sebelum ni... Adduussss , aku malas nak dengar citer pasal umah tangga orang ni , sebab tak ada kene mengena ngan aku.
Pastu hari-hari seterusnya, dia cakap dia bukan maid, so dia tak boleh ikat sampah & buang sampah. Ok Fine. En.suami aku boleh buat semua tu. Ikan-ikan & ayam-ayam pun sebenarnya bukan kerja dia nak siang-siang & cuci, kerja dia cuma masak untuk aku jer. Then, baru aku tahu kenapa dia asyik tanya pasal maid sampaikan dia tanya gak umah family tak ada maid ke. Rupanya kalau boleh dia nak duduk di rumah customer yang ada maid & di rumah customer yang kaya jer.. eeerrrmm..
Pastu dia asyik duk cakap pasal kekayaan & kemewahan customer-customer dia..Dia pernah jaga isteri pemain bola sepak Malaysia, pernah offer Siti Nurhaliza untuk dia jaga kalau CT preggy errrmm.. Masa tu kebetulan ayah aku masuk newspaper Utusan Malaysia di Istana Perlis. Tapi aku segan nak tunjuk kat Umi, then aku diam jer la kalau dia cerita apa pun. Senyum je..
Dalam hati aku - ada jugak orang macam ni erk - yang bangga dengan kekayaan orang lain. Errmmm.. biarlah. Malas fikir.
Then, setelah 2 minggu, Umi pun balik . Aku bayar dia RM 1100 jer untuk 2 minggu.
Pastu Alhamdulillah aku dapat khidmat CL yang lain datang rumah. CL dari Mom Retreat Homes. Kebetulan masa tu Mom Retreat HOmes tu ada kekosongan sebab ada customer yang tak besalin lagi. Masa tu kebetulan Mom Retreat Home buat promosi & tawarkan perkhidmatan dari umah-ke-umah. So pakej untuk CL tinggal dengan customer lagi murah compare than CL yang balik hari-hari. Actually di Mom Retreat Home ni, diaorang tak panggil CL tapi diaorang panggil Nurse sebab memang nurse pun yang jaga kita.
Setelah pembayaran through online banking dibuat, nurse yang dijanjikan sampai di depan pintu umah, dia pakai baju nurse yang warna putih tu lagi. Muda lagi nurse tu dalam 20an , nama dia F. Hari tu aku kitaorang bayar Mom Retreat Home ni dalam RM 2000 untuk 2 minggu.
Ini harga terkini 2017 untuk post-natal treatment di rumah
Walaupun dia masih muda, dia sangat cekap buat kerja. Dia mandikan baby, tungku aku & semuala dia buat macam Umi dulu. Dia ada bawak alat 'sinaran ultra merah' untuk nak cepatkan sembuh jahitan Episotomi. Urut dia pun best AND paling aku suka, dia tak bercakap sangat & tak ada cerita pasal ragam / hal rumah tangga customer-customer dia sebelum ni. Ikan , ayam, semua dia siang & sampah semua dia tolong buang. Dia cakap dia pernah duduk dengan customer dia sampai 44 hari... pperrrggghh lamanya..
F jaga aku & FL betul-betul masa dalam pantang tu termasuk massage baby & basuh baju FL.
Baru aku tahu , F cakap kat Mom Retreat Home tu sebenarnya husband pun boleh duduk sama-sama kat situ, lepak je la dalam bilik dengan isteri. Ada TV kat situ, so boleh layan TV, ada internet, so hidup tak bosan. Dia cakap baju isteri & baju baby pun diaorang yang basuhkan sepanjang duduk kat situ. Makanan untuk suami pun diaorang sediakan kalau mahu, sediakan DUIT jer... Ok. This place is heaven !
Setelah 2 minggu berlalu, tamatlah sesi berpantang aku dengan F, sebelum F balik dia ada bagi aku borang - customer satisfaction. WoW! this is good. Aku suka dengan cara yang bersistematik macam ni. Kalau tak puas hati, komplen je dalam borang tu..
By the time F balik, aku dah sihat walafiat & boleh masak sendiri.
So, untuk the 2nd baby bila aku preggy & bersalin nanti, confirm aku nak ambik khidmat Mom Retreat Home ni jugak untuk jaga aku nanti.
The end..
---------------------------
Itulah pengalaman aku masa berpantang 3 tahun lepas...
Cepatnya masa berlalu ..
P/S : Kalau korang nak guna khidmat CL / nurse from Mom Retreat Home tu, korang search jer website diaorang or telipon number ni 012 2878212 / 012 5301197 / 012 2141780..
Thank You for reading anyway...
bagusnya dp dapat khidmat terbaik masa berpantang...ibu yg bersalin mmg perlu berehat saja utk pulihkan kshtn diri.
ReplyDeleteI'll read later.
ReplyDeleteAt R&R now.
I'll read later.
ReplyDeleteAt R&R now.
Ha ha haa baby dh 3 tahun dah.
ReplyDeleteKHIDMAT BERPANTANG IBU DARA is indeed a pathetic mother care center. One of their CLs, her name is Sri is sickly, cunning and ,grumpy, and dishonest. The management of KHIDMAT BERPANTANG IBU DARA must train their CLs in an effective, thorough, and professional fashion.
ReplyDeleteSebab review puan lah saya ambil company ni. Kepada lain, take note. Company Ini sangat teruk. CL menyebabkan post partum depression, dalam 2hari sahaja. Tidak pandai buat kerja yang sepatutnya dilakukan. Sehingga hari ini, company belum refund saya, walaupun saya berhentikan servis awal. Terlalu trauma. CL pula ada mengambil gambar anak, dan saya yang tidak menutup aurat, tanpa kebenaran. Semoga kami dilindungi. Harga pun jauh lebih mahal namun Zero professionalism and skills.
ReplyDeleteIni experience saya masa bersalin anak sulung saya 9 tahun lepas dan masa tu Alhamdulillah CL Farah tu jaga saya dengan baik sekali dan saya tak ada apa2 masalah dengan CL dan company tu. Sebab tu saya berani tulis review berkenaan dengan CL tu di blog saya sebab saya sangat berpuas hati dengan CL Farah tu.
DeleteMungkin Puan dapat CL lain kot yang tak profesional.
Masa anak ke-2, saya call Mum Retreat Home ni, diaorang tak boleh cater permintaan saya, diaorang cakap diaorang dah tak buat servis CL dari rumah ke rumah, entahlah tak tahu betul ke tidak . So, saya decide carai CL yang lain, dan cari punya cari saya jumpa CL yang baik dari Fazrina Postnatal Care.
SO, anak ke-2 dan ke-3 saya guna CL dari Fazrina Postnatal Care. Nanti kalau ada rezeki anak ke-4, saya pun nak guna CL dari Fazrina ni juga. Ada saya tulis review pasal Fazrina Postnatal Care ni dalam blog saya .
TQ Puan kerna sudi baca blog saya