Jam menunjukkan jam 12 tengahari. Sudah 3 jam aku memandang skrin laptop. Sepi.. Telifon? Pun sepi. Aku tak bawak handphone hari ni. Sengaja kutinggalkan di rumah. Tak nak ada gangguan.. Kononnya nak mencari ketenangan untuk menulis thesis.
Tapi. Hampa.
3 jam berlalu tanpa sebarang perenggan baru terbentuk. Mindaku buntu. Aku cuma mampu memandang skrin laptop dengan pandangan kelam.
Ku pandang kiri, ku pandang kanan. Masing-masing sibuk menekan keyboard laptop masing-masing. 'Banyaknya idea dia', bisik hati kecilku. Pandangan biasa di librari, semua sibuk dengan buku dan laptop sendiri. Tiada siapa dibenarkan buat bising disini namun kami dibenarkan tidur disini. Sofa empuk terbentang luas di hadapan mata, namun mataku tidak menunjukkan tanda-tanda untuk tidur...
Layu..Aku sedih..
Sedih mengenangkan nasib diri yang perlu menyiapkan tesis pada Julai nanti untuk dihantar kepada pihak Universiti pada September akan datang. Segalanya perlu disiapkan pada hujung Julai sebelum proses penyuntingan dibuat oleh proofreader profesional.
Sepatutnya, ketika saat ini, jari-jariku tengah sibuk menekan keyboard ini untuk menyiapkan senaskah tesis akademik. Aku sepatutnya gusar dan terus berusaha bersungguh-sungguh untuk menyiapkan naskah tersebut. Itulah kertas jawapan bagi peperiksaan aku. Segalanya akan dinilai dari kertas jawapan tersebut samaada lulus atau tidak.
Setelah 4 tahun masa berlalu, berhempas pulas memerah otak untuk memikirkan sesuatu yang bernilai dan setaraf dengan peringkat pengajian PhD, ia bukanlah satu tugas yang mudah. Air mata telah menjadi teman seperjuangan untuk melalui tiap getir perjalanan ini selama 4 tahun ini. Hanya kepada Allah aku bersujud memohon pertolongan agar terus memberikan aku ketabahan dan kekentalan jiwa untuk aku melalui perjalanan yang penuh berombak ini.
Dan akhirnya aku berjaya melalui setiap fasa peperiksaan dengan cemerlang. Bermula dari menyiapkan proposal untuk memohon biasiswa, proposal defense, compulsory exam dan akhirnya aku kini dalam proses menyiapkan draft terakhir tesis PhD ku ini. Namun aku masih sedih walaupun dah tiba pada peringkat ini.
Sedih sebab idea tak muncul-muncul. Dah 3 jam berlalu tanpa sebarang ayat baru terbentuk. Dan perkara ini dah menjadi norma bagi semua pelajar PhD. Terkebil-kebil tak tahu nak tulis apa.
Satu perkataan - WRITER'S BLOCK.
Ya Writer's Block! Aku pasti!
Writer's block adalah fasa di mana penulis atau dalam bahasa akademik disebut sebagai researcher kehilangan idea untuk menulis. macam-macam cara dibuat, namun idea yang ditanggih untuk meneruskan penulisan tidak muncul-muncul. Dan akhirnya skrin laptop hanya mampu dipandang sepi...Sepi tanpa kata..
Dan kuharapkan buku ini mampu menyuntik kembali semangat aku yang telah hilang. Aku menyerahkan segalanya kepada Yang Maha Esa, Tuhan Yang Satu. Aku berdoa pada Yang Maha Besar, Tuhan Semesta Alam agar dengan penulisanku hari ni dapat mengembalikan semula momentum penulisan tesisku dan mampu menjana idea-idea yang bernas untuk aku menghasilkan sebuah tesis yang berkualiti di penghujung Julai nanti.... Amiiin...
Sebab tu ramai yang marah bila ada yang memalsukan phd. Sedangkan nak dapatkan phd ibarat mengalir air mata darah. Bertabah ya. Saya doakan semoga semangat yang hilang itu datang kembali. amin! :)
ReplyDeleteBetul tu nadhie, orang yang buat phd memang brngang kalau sesapa yang gunakan sijil phd palsu.. Orang lain berair mata darah nak dapatkan segengam ijazah kedoktoran, diaorang suka2 hati jer kata ada phd.. Huhhuhu. Memang membara hati kalau bercakap pasal ni...
DeleteBte, terima kasih nadhie atas doa awak
fuhhh, nak taip thesis masa degree pun macam nak menangis, inikan pula PHD, terbaik DP! moga dicurahkan idea yang banyak lepas ni, InsyaAllah..
ReplyDeleteidea menaip blog plak yang datang kan, hehehe
Tu la IQ, idea nak taip blog pulak datang mencurah-curah ni... Huhhhhuhu
DeleteGood Luck ya ! Saya doakan dibulan ramadan ni moga mencurah idea dan semangat awak untuk menaip tesis tu ya.
ReplyDeleteTeeima kasih idzwa atas doa awak. Semoga doa awak termakbul. Amiin
Deletegood luck.
ReplyDeletesesuatu yg susah tapi in shaa Allah berbaloi.
dpt title Dr nanti. best nyer kan...
itu yg akan cepat aje viral bila ada Dr phd palsu.
sesenang la ko dpt kan title Dr tu, sesenang makan kacang.
Dear...congrates kerana mampu sejauh ini...juju hanya sampai degree sahaja...mungkin nak sambung master pun ke arah lebih pada hobi...haha...what ever it is...nak cari ketenangan menulis ni terkadang ikut nasib hari apa...kdg2 mencurah2...kdg2 idea tu lost sebab mood...apa2 pun julia doakan anda lulus cemerlang dalan phd ni ye...go dear go!
ReplyDeleteTq kak ju for the doa. May Allah ease everything
DeleteGood luck dear. DOa saya smoga urusan untuk siapkan tesis dipermudahkan olehNYA.
ReplyDeleteTerima kasih fiza
Delete