Macam aku ceritakan kat entry sebelum ni, yang sekrang ni aku busy duk kemas rumah - buat spring cleaning, decluttering every corner of the house - fuuhhh!! Penat giler.. Sampai ke hari ni pun, belum setel semua lagi. Sekarang ni rumah memang macam tongkang pecah.
Perhaps, everything akan settle sebelum masuk tahun baru nanti. So, next year kita concentrate untuk welcome new baby pulak, shopping barang baby.
My husband and i bertungkus-lumus siapkan rumah ni.. Saja nak refresh, nak bagi mood segar untuk tahun 2018 nanti. Almaklumah nak jumpa 'orang baru' kan, excited giler!..
My MIL just passed away Sunday hari tu. So, kitaorang sekarang pun masih lagi dalam mood kesedihan tu.. huhu. So, progress cleaning ni berjalan perlahan la. Accidentally, FL pulak kena keracunan makanan - lepas makan pasta kat IKEA weekend hari tu.. hhuhuhuhu.. Life is being so hectic lately, sebab tu blog pun tak update.. sobs..sobs..sobs..
1. Decluttering our closet
Baju-baju yang dah tak muat / tak pakai, dah kena let go. Nanti duk simpan-simpan, jadi harta karun pulak. Pastu menyemak jer closet tu.. Sebab baju baru sentiasa masuk. Ni aku tengah preggy, so banyak baju preggy nak kena beli sebab baju-baju preggy masa pregnant kan FL dulu, dah tak ada.
Langsir yang tak guna pun, kita let go jer.
Sejak dah tak keje gomen ni, dah tak pakai baju kurung and baju batik.
So, aku nak let go semuanya. Sekarang aku banyak pakai casual outfit jer.
Baju-baju yang dah tak pakai, aku hantar kat Pusat Recycle - kat situ nanti diaorang akan agihkan atau bagi kat orang yang nak. Dulu-dulu, aku bagi kat Orang Asli Hulu Langat, tapi sekarang nak gi Hulu Langat tu tak larat - jauh sangat.huhu
2. Spring cleaning my mini library
Part ni agak mencabar, sebab aku jenis sayang nak let go buku-buku aku. Walaupun ada antaranya dah berusia 10 tahun, tapi aku masih lagi simpan. Sebab kadang-kadang, buku-buku tu susah nak cari. Lagipun tu semua kan ilmu..huhu. Tapi, what to do, i have to. Sebab nak bagi ruang kat buku-buku or magazine baru masuk rumah. Rumah aku kecik jer, jadinya library pun kecik jer lah. Mana boleh simpan buku banyak - banyak, nanti jadi perpustakaan awam pulak..
Buku-buku yang dah tak guna, aku donate kat Library UPM. Alhamdulillah, nasib baik Library UPM ada buat perkhidmatan ni - 'terima buku preloved'.
Magazine yang dah out-dated nak let go.
Kecuali magazine home decor / interior design aku akan simpan - sayang nak buang. hihi
Ini satu kotak magazine & berkotak-kotak lagi buku-buku ilmiah... huwwwaaa
Nak let go - 1 kotak novel yang dah habis baca..
Sekarang ni dah tak sempat langsung nak baca novel, asyik duk melayan FL je la, hihi.
3. Decluttering my kitchen
Yang ni renyah sikit sebab nak kene check satu-satu. Bahan makanan yang dah expired kena buang. Pastu, cleaning refrigerator dan deep freezer kasi bersih - yang ni en.suami yang tolong bersihkan. Pastu, organize semula peralatan dapur kasi cantik dan organize sikit. Sorry tak ada gambar dapur ni. Nanti lah aku up kat entry lain.
Benda yang nak let go, kitaorang letak dalam kotak. Kotak-kotak tu kitaorang ambik kat Giant - Free!!
Banyak barang yang kitaorang ganti baru. Hari tu pergi Nilai 3 cari carpet dan langsir. Weekend hari tu pergi IKEA and Daiso cari barang rumah gak. So, lately, setiap kali weekend memang padat la aktiviti kitaorang - shopping barang rumah dan buat cleaning.
InshaAllah, nanti kalau sempat dan ada mood aku nak share, aku akan buat entry khas untuk setiap corner tu. By the way, thank you for reading ya.. Love U!
bagusnya buat spring cleaning macam ni, nak kena buat jugak ni,IQ ni rumah sempit tapi bila shopping mcm duk rumah banglo..huhu..
ReplyDeletebest nya perasaan kemas tu ,puas !
ReplyDeleteWaww, banyaknyaa barang. novel satu kotak penuhh!
ReplyDeleteWahhh....tak sabar pulak akak nak tengok deko-deko baru 2018 👍🏼👍🏼
ReplyDeleteWahhh... Banyak tu novel. Kat rumha kita tu pon nak kena buat spring cleaning jugak. Tapi tak tahu bila... huhuhu...
ReplyDeleteIn a perfect world, they should arrive in a formally dressed attire or in an organization truck. Professional carpet cleaning
ReplyDelete