Penting ke Nursing Bra?

in , by dorsett pink, January 19, 2018
Bagi aku ‘nursing bra’ sangat penting, sebab aku nak kan keselesaan semasa menyusukan anak. Kalau pergi mana-mana pun, bila anak lapar nak susu, aku terus selak je baju bagi dia susu tanpa perlu ‘bersusah-payah’ nak kena cari nursing room dan nak bukak butang bra kat belakang.

“Orang dulu-dulu tak pakai pun nursing bra, relaks jer”. Tu orang dulu-dulu, zaman diaorang tak wujud nursing bra lagi. Kalau ada dah wujud nursing bra, diaorang pun akan beli jugak kot. Lantaklah orang dulu-dulu tak pakai nursing bra ke breast pad ke, yang penting aku nak pakai.

Kalau boleh memang semua benda aku nak senang jer – nak semua terbentang kat depan mata – nak makan, dah ada depan mata, nak minum ada depan mata dan nak apa jer, semua ada depan mata – tak yah susah-susah.

Tapi aku kena tahu lah di mana kedudukan aku. Di mana bumi yang aku pijak. Aku ni bukannya anak raja yang ada dayang 24 jam keliling pinggang. Aku cuma rakyat marhaein, so memang kena berbelanja mengikut kemampuan diri.

Lainlah kalau ada kat syurga, semua benda boleh terhidang depan mata. Nak handbeg Birkin – pop! Muncul depan mata. Best kan kalu gitu. Tapi tunggulah bila masuk syurga kelak. Sekarang ni, silalah berusaha bersungguh-sungguh untuk masuk syurga dan silalah korban dulu keinginan tu.

Salah satu benda yang paling penting dalam dunia brestfeeding ialah nursing bra.





Sekarang ni nursing bra ada je dijual di pasaran. Tak susah dah nak cari nursing bra sekarang ni. Harga pun berpatutan dah sekarang. Pergi je kedai bayi atau kat Aeon Parkson pun ada jual. Dah ada yang jual, beli je lah. Biarpun mahal sikit (yang lebih berkualiti, lagi mahal), tapi demi keselesaan anak dan ibu, takpelah berkorban sikit duit tu untuk beli nursing bra ni. Tak rugi pun, at least lebih jimat dari beli susu formula bagi kat baby setiap hari.

Sejak FL lahir lagi, aku dah pakai nursing bra. Sebab FL menyusu selama 2 tahun. So pakai je bra tu sampailah sekarang. Cuma sekarang ni nak masuk anak no.2, kena beli barulah sehelai dua sebab yang lama tu macam dah tak selesa nak dipakai. 


SHARE 15 comments

Add your comment

  1. ELOK JUGA PAKAI NURSING BRA SENANG NK MENYUSUKAN BABY DGN SELESA

    ReplyDelete
  2. Aaa, mrs pip pun guna nursing bra , mmg memudahkan bf kan. Dan wajib ada nursing cover juga dlm bag mrs pip coz kdg2 baby menyusu tmpat awam... sekarang ni byk dah kemudahan utk ibu ibu yg bf, nak tak nak berkorban sikit jer, beli ikut kemampuan... apapun, semoga pregnancy DP dipermudahkan semuanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ mrs pip. semoga urusan mrs pip juga dipermudahkan

      Delete
  3. utk keselesan ibu yg menyusu..tak yah le nak selak2 bra..

    ReplyDelete
  4. memang kena ada nursing bra lah utk lebih mudah nak bf kan baby hehe

    ReplyDelete
  5. memang pakai. bertahun pakai nursing bra. tak beli hat lain. sebab bertahun2 bf. huhu

    ReplyDelete
  6. Good topic. Terima kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete
  7. bg yg breastfeed mmg sngat perlu, ank pun selesa nak menyusu.. sekrang dah bnyk pattern nursing bra yg cantik2

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah. banyak yang cantik2 rambang mata pulak nak beli. hehe

      Delete
  8. sangat wajib beli ni mase mnyusu dulu..
    senang

    ReplyDelete
  9. sejak dah beranak pinak ni memang guna nursing bra jer.. senang nak menyusukan anak..

    ReplyDelete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE