Assalamualaikum..

Hari ni merupakan hari ke-20 aku berpantang. Susahnya lah nak update blog masa tengah pantang ni. huhu.. kalau ada masa terluang pun, aku nak berehat. Hari ni aku cuba jugaklah update skit.

Ok, hari ni aku nak cerita hari-hari aku sebelum bersalin hari tu. Actually, sebelum bersalin tu aku ada buat draft entry - cerita tentang hari-hari aku masa tu tapi aku tak sempat nak publish. Jadinya, draft tu dah aku buang dalam tong sampah sebab dah tak relevan untuk dipublish.. huhu..

Masa Preggy 8 Bulan
Ok, masa ni aku dah rasa braxton hicks. Tapi tu just false alarm jer lah. Still boleh chill lagi. Masa ni aku dah berjaya submit Final draft tesis aku. Yahooo!

Masa ni jugak, aku bagitau kat gynea aku (Dr.Zalina - Hospital KPJ Ampang Puteri) yang aku tak nak bersalin awal sebab en.suami aku outstation ke Jepun selama 2 minggu. So, kalau aku bersalin awal, kesianlah kat aku en.suami tak ada di sisi.

Then, doktor tanya, 'bila dia balik sini & bila pulak dia akan fly?'. Aku bagitaulah tarikh en.suami balik dari Jepun & dia tak fly dah, tunggu aku habis pantang dulu, baru gi outstation semula.

Pastu my gynea cakap - 'OK, kalau macam tu, kita jumpa semula lepas your husband balik Malaysia. But for the time being, you jangan makan best-best tau, jangan makan benda pedas-pedas & jangan banyak sangat berjalan. Sebab makanan pun boleh trigger the labour. Sebab tu masa musim hari raya, ramai orang bersalin'.

Baru aku tahu yang makanan pun boleh jadi natural induce .So sepanjang, en.suami aku tak ada, aku tak makan lah benda yang best-best. Just makan makanan biasa-biasa jer. BFF ajak keluar makan-makan pun, aku terpaksa tolak.

Kawan aku dah pesan awal-awal kat aku suruh prepare hospital bag siap-siap. Tapi aku malas lah nak packing. huhu.


Masuk Minggu Ke-36
Aku ke library universiti macam biasa. Tapi tak adalah berjalan banyak sangat. Hospital bag pun belum packing lagi.

Masuk Minggu ke-37
Hari Isnin - Masih ke library. And ada jugak braxton hicks. braxton hicks je, so relax je lah. Masa kat library tu, aku duk berwhatsapp ngan kawan aku di Perak. Dia tanya pasal hospital bag, aku cakap aku belum pack lagi. Pastu dia marah, dia suruh pack jugak hari tu. Pack benda yang penting-penting je katanya.

Hari Isnin tu jugak en.suami balik dari Jepun. Happynya.. Malam tu aku pack hospital bag. 

Antara benda yang wajib aku bawak dalam hospital bag - breast pump. breast pump ni gunanya untuk stimulate milk supply sebab awal-awal kelahiran pengeluaran susu sikit jer.. Bukan untuk buat stok susu lagi.

Hari Selasa (6 Mac 2018) - Aku pergi routine check-up yang telah dijanjikan pada hari tersebut. Macam biasa, drive sendiri dari rumah. Tapi hospital bag aku letak dalam kereta en.suami, sebab nanti senang dia nak bawak masuk ward. Aku tak larat nak bawak beg berat-berat. 

Bilik gynea kat Aras 4. So aku naik tangga dari bawah ke tingkat 4 tu, jalan slow-slow - untuk exercise.

Masuk je kat dalam bilik consultant, Anis (staffnurse) tanya 'ada contraction tak?'. Aku cakap 'cuma braxton hicks jer - tak sakit sangat'.. Pastu dia suruh aku pergi labour room dulu , buat CTG sementara tunggu giliran nak jumpa doktor.

Buat CTG selama 30 minit - tak nampak ada contraction pun.

Masa jumpa gynea  :

Doc : Awak sihat?

Aku : Sihat, Alhamdulillah. Cuma rasa penat sangat. Saya rasa nak buat fisio lagilah Dr.

Doc : Husband dah balik Malaysia?

Aku : Dah.

Doc : Ada contraction tak?

Aku : Braxton hicks jer doc.

Doc : Ok, jom scan perut.

Masa Dr pegang-pegang perut aku masa tengah scan perut tu, dia cakap ada contraction - Medium Contraction. Dia tanya aku - 'ada rasa tak?'. Aku cakap 'tak'.

Pastu dia terus nak buat VE (vaginal examination). Dia cakap dah ada bukaan 2 cm. 

Dr tanya aku either nak balik rumah ke atau nak stay kat ward. Aku cakap 'nak balik dulu. Sebab masa previous pegnancy, bukaan aku lambat - 1cm seminggu, minggu ke2 - 2cm, masuk minggu ke3 Dr. induce'.

Doc : Ok, awak balik. Malam ni datang ke labour room buat CTG & VE. Takut dah terbuka 4 cm malam ni. Kalau 4cm, saya tak bagi awak balik dah. Dah kena masuk labour room tau.

Aku : OK. Baik Dr.

Malam tu aku datang ke labour room hospital buat CTG & VE. Sakitnya nurse buat VE. Adduuiii. Sangat tak suka. Lepas buat VE tu aku jalan terkepit-kepit macam tahan kencing sebab still rasa sakit. Bila doktor buat VE tak pulak rasa sakit. huhu.. Result = bukaan cervix still sama - 2 cm. So aku boleh balik rumah. Jumaat baru datang semula jumpa doktor.

Masa tidur malam tu, aku adalah rasa sakit - sakit contraction. Tapi try tido. Kalau dapat tidur lena, maksudnya bukan masa nak beranak lagi. Alhamdulillah, aku dapat tidur lena sampai pagi. Malam berikutnya pun sama gak macam tu. 



Exercise For Natural Induce

Rabu & Khamis (7-8 Mac 2018) - Aku stay je kat rumah, kemas rumah. Cuci peti ais,cuci deep freezer. Nantikan nak buat stok EBM. hehe. Aku basuh toilet, mop lantai (guna kain), lipat baju. Semua kerja rumah lah aku buat kecuali masak. Semua tu aku buat dalam posisi bercangkung (ni exercise untuk kuatkan tulang pelvic, nanti senang nak push).

Dalam 2 hari ni aku ada gak rasa sakit, cuma rasa sakit macam segugut yang teruk tu. Tak ada lagi rasa contraction yang maha dashyat tu. So, still duduk rumah je lah, buat apa yang patut. Kalau rasa sakit dah tak tahan dah, baru aku ke hospital. 

Kawan aku bagi pinjam gym ball ni. Dia kata, dia main gym ball ni masa dah nak dekat bersalin (masa tengah sakit contraction yang teruk tu) sebab dia kata dia takut terbersalin awal kalau main gym ball ni awal-awal. So, rabu khamis tu aku duduk jer atas gym ball ni - buat macam squat (tapi posisi duduk atas ball). Siang malam aku duduk atas gym ball ni.

Pastu, kalau tak bercangkung masa buat kerja rumah tu, aku buat jalan itik. Tapi orang tengah sarat hamil dengan perut yang berat tu, setakat mana jer boleh buat. So aku buat ala kadar je lah.. Bila penat, aku stop.

Upright deep freezer ni dah berjaya dibersihkan hari tu. So nanti bolehlah buat stok EBM banyak-banyak.

Mengidam
Dah lama aku mengidam nak makan meatball IKEA BANYAK-BANYAK. Aku bold perkataan banyak-banyak tu, sebab memang aku nak sangat makan lebih dari sepinggan. Biasanya kalau pergi IKEA makan meatball sepinggan (15 biji) dah rasa kenyang dah. Tapi kali ni memang mengindam nak makan banyak-banyak pinggan. (Melampau sungguh!). Pastu nak makan ikan Salmon IKEA tu jugak.

Khamis tu, BFF aku - Si EM ambik cuti, dia pergi ke IKEA Damansara belikan makanan yang aku nak tu. Pastu dia drive hantar ke rumah aku, kitaorang makan sama-sama. Fuhhh! Lega. Dia pun terkejut tengok aku dapat habiskan semua. Memang amazing! Dia kata - 'ni baby yang nak makan ni, bukan mommy'. hehe. Thank you EM. Love you till Jannah!.

Ada lagi 1 benda yang aku mengidam nak makan masa preggy 9 bulan tu iaitu Dim Sum kat Dolly Dim Sum tapi tak sempat nak makan..huhuhu.


Alhamdulillah, dapat gak 'baby FL' merasa makan meatball & salmon ni. 

Jumaat (9 Mac 2018) - 37 minggu 5 hari
Hari ni aku ke hospital Ampang Puteri seperti yang dijanjikan. Aku drive sendiri sebab memang aku masih boleh drive. So, aku tak suruh en.suami hantarkan. Aku tak nak susahkan dia. Memang biasanya kalau check-up dia tak ikut. Aku tak nak dia ikut, sebab nanti lama menunggu - membazir masa dia jer. Lebih baik masa tu dia bereskan kerja-kerja dia.

Macam biasa, aku naik tangga dari bawah ke Aras 4. Orang yang ada kat tangga tu risau jer tengok aku. Diaorang siap suruh aku naik lift lagi.hahahha.

Aku fikir, kalau hari ni belum admit lagi, aku nak ke IKEA lepas check-up ni, nak cari barang sikit. Aku dah mintak izin dari en.suami nak ke IKEA.

Jumaat tu, aku kena pergi labour room dulu buat CTG. Hasil CTG - tak ada contraction.

Masuk bilik DR. Terus Dr scan perut. Dia letak tangan dia atas perut aku,doc cakap ada contraction kuat ni. Doc tanya 'awak tak rasa ke?'. Aku cakap 'Tak'. Pastu dia buat VE & terus kata dah 4 cm. So aku kena masuk labour room dah. 'Dah tak boleh balik umah', gurau dr. hahaha..

Hasil scan = baby berat 2.6 kg & doc kata baby dah turun ke bawah dah. Kecil sikit dari kakak FL dulu which was 2.9 kg. Tapi Kakak FL dulu lahir cukup-cukup 40 minggu. 

Pastu gynea cakap yang aku ni jenis orang yang tahan sakit. Ye Ke??? errrm. Aku rasa aku ni jenis yang tak tahan sakit. Sakit kena gigit lebah pun dah rasa sakit giler. So manja lah kononnya. Aku cakap kat doktor, yang aku cuma rasa sakit segugut, so masih boleh bertahan lagi. Sebab sakit (kontraksi) yang betul-betul dashyat tak datang lagi. Pastu doc cakap, ada patient dia, bukaan dah 9cm pun boleh senyum lagi. hahahahha.. Confirm tu bukan aku.  

Keluar dari bilik gynea jam 2 petang. Aku mintak ngan doktor masa 2 jam untuk ke labour room sebab aku nak lunch dulu & nak solat dulu. Doc bagi green light.

Terus aku call en.suami suruh datang hospital. Hari Jumaat of course lah dia tak angkat tepon sebab gi solat Jumaat. Jam 2.30 pm baru call aku dijawab. Dan terus aku call school FL cakap FL nak balik awal hari ni daddy dia datang ambik kejap lagi. 

Inilah lunch aku hari tu. Sebab makanan kat cafe semua dah habis. Nak berjalan ke Ampang Point malas sebab panas terik. 

Jam 4 pm - aku masuk ke labour room. 

Pastu, kita sambung ke episod seterusnya k. Panjang sangat dah entry ni. 

Btw, thank you for reading ya.
SHARE 12 comments

Add your comment

  1. Alaaaaa...cepat sambung..hehehehe

    ReplyDelete
  2. seronok mama baca.. tak sabar nak tunggu sambungannya

    ReplyDelete
  3. terima kasih sudi share pengalaman berharga ni. suspen nak tunggu part 2 :)

    ReplyDelete
  4. Suka baca pengalaman orang bersalin ni. Cepatlah share part 2 pulak ☺

    ReplyDelete
  5. intan....yg paling best bila final draft dah siap dan dah submit!!!! tahniah2222!!! aduhhh saya chapter 4 tak siap2 lagi ni

    ReplyDelete
  6. Sedapnyaaaa salmon tuh...dalam pantang kalau dpt salmon pun best jugak kannnn

    ReplyDelete
  7. Contraction tak rasa, kurang sikit sakitnya ... Maybe lepas ni nak tiru jg style DP, kena byk berjalan dan cangkung buat kerja ... My contraction mmg sakit ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Allah bagi rasa tak sakit sangat

      Delete
  8. Seronok baca pengalaman orang bersalin ni ...

    ReplyDelete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE