Short Escape to Penang and Sungai Petani

in , , , by dorsett pink, September 19, 2018
Assalamualaikum..

Semalam aku baru balik dari short vacation di Utara Tanah Air. Dah lama kami tak pergi bercuti jauh sejak aku bersalin Mac hari tu. Ada pun, hanya ke Kuantan yang aku cerita kat entry ni - "Her First Roadtrip". Pastu tak pergi mana-mana dah even ada banyak cuti panjang.

Ni baru ada kesempatan nak pergi bercuti dan kami memilih untuk ke Utara Tanah Air sebab kebetulan ada urusan kerja di Utara. 3 hari 2 malam, aku travel dari Kuala Lumpur ke Penang dan Sungai Petani. Semalam tidur di George Town, Penang dan semalam lagi tidur di Sungai Petani.


Best giler. Percutian yang sangat mengujakan buat Kakak FL. Sampai hari ni dia duk asyik ulang-ulang ayat - bestlah mummy pergi sana.

Kat Penang, kami tidur di Citetel Penang. Pastu stay satu hari suntuk bermain aktiviti lasak kat Taman Escape. Memang sangat-sangat megujakan. kakak FL first time buat flying fox kat situ. Lepas dah penat main extreme game, kita main air pulak water play park kat Taman Escape tu. Sehari rasanya tak cukup main kat sana. Kena spend 2 hari. So, definitely, kami akan repeat lagi pergi Escape Park tu.


Mummy, daddy & Kakak FL having fun with extreme game at Escape Park

Pastu, keluar dari Escape Park, kami terus shoot ke Sungai Petani. Dekat je dari pennag ke Sungai Petani. 30 minit jer. Tapi sebab kami naik feri, so perjalan ke Sungai Petani makan masa lebih dari  sejam jugak lah.

Kat Sungai Petani, kami stay kat Emerald Hotel. Then esokkannya spend masa berkunjung ke Pantai Merdeka dan jalan-jalan kat Tanjung Dawai. 

Best giler. First time aku sampai di Sungai Petani dan Tanjung Dawai. Dapat makan laksa Kedah. Sedapp ooooo.. Dapat gak lah tengok snake show secara percuma kat Pantai Merdeka tu. Baru aku tahu, happening jugak Pantai tu rupanya. Sama macam kat Teluk batik, Lumut.

First time dia naik bot. Ni masa on the way ke Tanjung Dawai

 
 Makanan yang dijual di tanjung Dawai


Then, lepas tu terus shoot balik KL. Sampai KL jam 1 pagi. Penat dan terus tidur..

So, semalam kerja aku buat laundry je la. Dah berbakul-bakul baju ni dibasuh dan jemur.Hari ni masa nak lipat dan iron baju pulak.

Pengalaman yang sangat indah buat kami anak-beranak. Dalam Malaysia pun ada banyak aktiviti yang best-best untuk spend masa dengan family.

Nanti aku akan buat entry special untuk setiap tempat yang aku pergi tu.So stay tune. TQ for reading anyway. 

SHARE 8 comments

Add your comment

  1. Next kalau pergi sana..nak try g sini..

    ReplyDelete
  2. baru ingt nk g jalan jalan penang nanti, nak g escape ni la

    ReplyDelete
    Replies
    1. good. nanti jangan lupa baca my review tau. hihi

      Delete
  3. Lama dah cheq tak singgah Pantai Merdeka, mesti dah banyak berubah sekarang :)

    New follower #260

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ Cik Suerin for being my 260th follower. saya tak pernah sampai Panta Merdeka . Tu baru first time jejakkan kaki kat situ

      Delete
  4. seronok gak kan jalan2 dlm Malaysia.. byk lg x explore

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. dalam malaysia pun banyak lagi tempat yang kita tak pernah sampai

      Delete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE