Keterujaan Maksima di Escape Park, Penang

in , , , by dorsett pink, October 06, 2018

Masa cuti panjang Hari Malaysia 16 September hari tu, aku sekeluarga kan pergi bercuti ke Taman Escape yang terletak di Penang seperti yang aku cerita kat entri ni - "Short Escape to Penang and Sungai Petani".

Escape Park dalam bahasa mat saleh terletak kat Teluk Bahang, Penang. Dekat sangatlah dengan Batu Ferrenghi. So sesiapa yang nak datang ke Escape Park, aku suggest korang bermalam di Batu Ferrenghi, nanti tak la kena drive jauh-jauh nak sampai di Escape Park ni.

Escape Park - serious best giler weei. Tak tipu!. Memang best. Pergi sekali tak syok, kena pergi berkali-kali baru puas. So, jangan risau, nanti aku akan repeat lagi trip ke Taman Escape ni. hehe. 

Kalau sesiapa nak datang sini, aku suggest korang beli tiket online macam kitaorang hari tu, so tak perlu nak beratur beli tiket. Taman ni dibuka setiap hari kecuali Hari Isnin.

 Aku suggest korang datang awal pagi jam 10 pagi sejurus taman ni dibuka. Sebab jam 6 petang taman ni ditutup. 6.00 pm tau! Bukan 6.05 pm atau 6.10 pm. Diaorang sangat punctual tau. Kalau datang lambat, rugi lah tak habis nak main semua benda sebab jam 6 pm tepat semua aktiviti kena stop.

Kanak-kanak seawal usia 3 tahun boleh main kat sini. Best wooo..


Pakai harness dulu. Keselamatan no.1.

First time dia main flying fox ni. Best giler katanya. Nanti nak repeat lagi.







Taman ni terbagi pada 2 bahagian - extreme park & water play park. So, 1 tiket tu untuk dua-dua park ni. Memang tak cukup masa lah nak explore semua benda kat sini. Pastu, jangan lupa pakai baju mandi / swimming suit. Kalau pakai baju biasa, jawabnya melayang la duit korang tak boleh masuk kolam. hehe. Diaorang kat sini sangat strict! Kanak-kanak pun kena pakai baju swimming yang proper. Nasib baik Kakak FL & Leeya pun pakai baju swimming.

Ini map untuk water play park. Nanti lain entri aku cerita pasal waterpark ni.

Ini 'lobbby' .Wajib posing kat sini 1 shot. hahahha.



Ini sourvenir shop. kalau tertinggal baju mandi, boleh beli disini.

Entrance.

Kat sini guna konsep "keywords". Keyword tu dalam bentuk nombor.  So, kalau nak masuk, nak beli barang, nak sewa locker, nak beli makanan, semuanya guna keyword tu jer. So, kena hafal la keyword tu. Dan jangan share dengan sesiapa keyword tu. Nanti naya duit korang terbang melayang-layang dek angin sepoi-sepoi bahasa.

Ini locker. Ada saiz besar dan sederhana macam gambar ni. Nak sewa locker ni guna 'e-wallet". "e-Wallet" tu guna "keyword" yang aku bagitau kat atas tadi. 

Kalau "e-wallet" tak cukup duit, boleh top-up kat mesin ni. Mesin ni ada dimana-mana saja. nanti bila nak balik, boleh redeem semula duit korang dalam 'e-wallet' kat kaunter tiket.

 
Kat sini ada surau, ada baby room, ada nursing room, ada playroom untuk kanak-kanak bermain. Pendek kata, facility kat sini cukup lengkap. Thumbs-up!. Tandas dan surau dia pun bersih tau. Jadi, selesa lah untuk kegunaan para pengunjung. Surau kat sini ditutup sharp jam 6 petang tau. kalau nak solat, silalah solat sebelum jam 6 petang.

Ini bilik mandi. Banyak sangat bilik mandi. Jangan risau. Dan Bersih tahap tip-top. Sangat selesa. Thumbs-up lagi.

Ini food-court. Makanan dari luar tidak dibenarkan masuk.

Hari tu hujan. Terpaksa la bungkus Leeya dalam 'poncho' ni. Lupa nak bawak rain-cover.

 Leeya pun excited datang sini

Dapat pingat emas sebab berjaya 'mendulang 10 biji emas'. hehe










Aktiviti ni bagi aku sangat menncabar sebab ia memerlukan kekuatan tangan. Sokalau tangan tak kuat, tak yah la main benda alah ni. Pastu lagi satu masa main ni, kena betul-betul dengar arahan marshal tu. Kalau tak dengar jawabnya .......... 

Kalau hujan, banyak aktiviti yang ditutup, tapi still banyak benda yang boleh main bila hujan. So, jangan risau,taman ni tetap akan dibuka walaupun hujan lebat. 

Actually, ada banyak lagi aktiviti yang aku tak mampu letak kat sini sebab banyak, nanti panjang pulak entry ni sangat dan semuanya best-best.Yang penting, kornag kena rasa sendiri pengalaman mengujakan kat Escape Park ni. Sure punya nak datang lagi. hihi.

Antara water park dan extreme park, ia terpisah oleh jalanraya ni. So, be careful bila nak melintas jalan ni.


 Waktu buka dan tutup : 10 am - 6 pm. Dibuka setiap hari kecuali ISNIN.


Harga Tiket :
Kanak-kanak (4-12 tahun) : RM 85
Dewasa : RM 128.30
Warga emas : RM 85

P/S : Kalau beli online dari tarikh kita nak pergi tu, boleh dapat harga lagi murah. Boleh beli tiket online kat sini  - https://invol.co/cl7rbs8


SHARE 9 comments

Add your comment

  1. ada terfikir nak pi sini nanti sekali tngok harga tak jadi la haha tapi sha mmg suka kalau tempat macam ni, maybe akan pergi tapi bukan kalini hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la bab harga tu. mahal jugak tapi berbaloi la. sebab tu kena datang awal pagi. Kul 10 terus masuk sini, pastu main la sampai puas hingga jam 6 petang, baru berbaloi.

      Delete
  2. bestnya.
    dah lama akak tak ke Penang..
    macam teringin sangat.

    nice sharing. mana tau terkesana nanti.

    ReplyDelete
  3. Bestnya! Syaza pergi lama dah ni dari awal dia buka. Now tiket dah mahal ya. Dulu rm 60 tak silap sebab awal2 kan :) lama x singgah sini bw

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq fatin sebab sudi singgah sini. best la dapat tiket murah, untung nya. sekarang dah mahal. Nanti akan datang rasanya dia akan naikkan lagi harga tiket sebab sambutan pun menggalakkan.

      Delete
  4. Nak tanya air panas utk bancuh susu boleh bawa masuk tak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh. Makanan untuk baby pun boleh bawak masuk

      Delete
  5. Menarik! Bawak anak anak mmg enjoy sakan lah ni

    ReplyDelete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE