Salah satu cara untuk mengeratkan bonding antara parents dan anak-anak ialah 'storytelling'. Dan waktu-waktu nak tidur, adalah waktu yang sangat efektif untuk kita memupuk kasih-sayang antara kita (parents) dan anak-anak.
Memang ramai pakar-pakar motivasi suggest untuk buat aktiviti story-telling sebelum anak-anak tidur. Dan bedtime-story pada waktu-waktu nak tidur tu bukan saja boleh mengeratkan hubungan antara ibu-bapa dan anak-anak, tapi juga kisah/cerita yang kita cerita pada diaorang waktu tu, diaorang mungkin boleh ingat sampai bila-bila.
Salah satu TIPS KEJAYAAN MASYARAKAT JEPUN ialah 'Storytelling'. Orang Jepun mendidik masyarakat diaorang untuk menjadi masyarakat yang berjaya, berjaya untuk negara, untuk bangsa dan untuk agama diaoarang sejak anak-anak diaorang masih kecil lagi. Dan salah-satu aktiviti wajib orang Jepun akan buat ialah storytelling, terutamanya ketika waktu anak-anak nak tidur, bacakan kat anak-anak bedtime story.
Dan cerita yang paling wajib diceritakan pada anak-anak diaorang ialah tentang Sejarah Jepun. Sebab diaorang nak pupuk semangat patriotisme dalam diri anak-anak sejak diaorang kecil lagi, supaya sayang dan cintakan negara diaorang walau apa pun yang berlaku.
Sejak aku tahu tentang cara orang Jepun didik anak-anak diaorang dengan story-telling. Aku pun mula praktikkan pada anak-anak aku dengan cerita kisah Nabi-Nabi. Leeya mungkin tak faham lagi. Tapi Kakak FL dah faham dan banyak bertanya. Memang sejak dari dulu lagi, aku akan buat 'bedtime story' sebelum tidur, cumanya dulu duk cerita tentang cerita-cerita dongeng si kancil, si arnab dan kura-kura, cerita merak dan gagak, macam-macam lagilah cerita-cerita dongeng binatang yang kita selalu dengar dulu-dulu.
Tapi our bedtime strory kitaorang kini aku dah bertukar menjadi cerita kisah nabi-nabi. Untuk permulaan, aku ceritakan dia Kisah Nabi Muhammad saw dulu. Budak-budak umur 0-7 tahun ni, otak diaorang macam span, snagat cepat absorb apa yang diaorang dengar dan lihat. So, waktu-waktu gini sangat sesuai untuk diaorang tahu cerita tentang Kekasih-kekasih Allah swt.
Bila dah cerita, banyak pula soalan nya. Soalan-soalan yang mommy pun tak boleh nak jawab. Contohnya macam, 'kenapa ayah Rasulullah saw meninggal sebelum dia (Baginda SAW) lahir? eerrrmm.. 'Dia sakit apa?', 'Dia meninggal kat mana? Kat hospital ke?'...
Errrrmm. Jawapan mommy - 'jomlah tidur, esok pulak kita sambung cerita'.... zzzzzZZZZzzzZZZZ...
alahai comel soalan2 anak2 tu :)
ReplyDeletesoalan2 normal oleh kanak2. semangat ingin tahu.
suka tgk movie omputeh, parents bercerita hingga anak tidur.
aktiviti yg bagus. but, aida x amalkan :(
amat rugi bagi diri aida sendiri.
normally time diorang nak tido, dari anak sulung hingga la Izzat sekarang ni, aida akan borak2 hal kita-kita, nasihat-nasihat, gelak skit-skit dan ada juga slot baca surah pendek.
usap2 diorang, cium2 skit lebih kurang. hingga la diorang tidur.
Comel kan soalan diaorang. hahahaha. saya pun buat benda yang sama macam aida buat lepas saya dah cerita kisah nabi-nabi tu kat dia.
Deletesemoga anak-anak kita membesar menjadi jadi anak soleh dan solehah. Amin
DeleteHaha pertanyaan anak-anak diatas buat julia ketawa sungguh, sama je lebih kurang soalan mcm Abg Qi. Budak2 suka bertanya kan, itu yg comel dari mereka. Julia selalu suruh Abg Qi baca buku cerita pendek 1 hari 1 cerita, tapi terlupa utk gabungkan story telling...bagus ingatkan sis. Will do soon.
ReplyDeletesoalan budak2 memang cute kan kak. Thank you kak juju sudi baca entry ni
Deletethank you
ReplyDelete