Damailah Kamu 'DiSana' Wahai Sahabat

in , by dorsett pink, May 28, 2019
Hari Khamis, 16 Mei 2019 yang lalu, seorang sahabat aku, Kak Zaleha telah pergi buat selama-lamanya menemui Ilahi. di bulan yang mulia, di hari yang sangat indah, ketika waktu Subuh, dia menghembuskan nafas terakhir di Institut kanser Negara, Putrajaya. 

Masuk Ramadhan hari tu, memang aku teringat sangat kat dia, sebab tahu dia suffer sebelum tu. Tergerak di hati nak mesej dia tapi tapi jari tak tertekan 'keyboard' sebab dia masih lagi mahu bersendirian. Aku hanya mampu berdoa dia baik-baik sahaja di Bulan Ramadhan kali ni walaupun dia tak dapat berpuasa. Tup-tp di hari Khamis yang mulia, aku dapat panggilan dari seorang teman bagitau dia dah pergi buat selama-lamanya.

Umur Arwah tak jauh beza pun dari aku. Kami belum 40 tahun lagi. hehe. kami jenis 'happy-go-lucky'. Arwah sekepalan dengan aku, maybe sebab kami ni jenis lone ranger, jenis suka berdirikari dan sejenis yang suka buat hal sendiri. Sebab tu lah kot kami rapat. Arwah ni dulu officemate aku masa aku kerja kat JPBD atau sekarang dikenali sebagai Plan Malaysia. 

Even aku dah lama berhenti kerja, kami masih lagi keep in touch. Dia dah lama berkahwin,tapi tak de rezeki lagi untuk menimbang cahaya mata. 


Banyak Persamaan Antara Aku dan Dia

Kami share banyak persamaan. Antaranya husband kitaorang jenis yang workholic, busy dan selalu out-station. Dia jenis yang perahsia - tak sukashare pasal family dan husband dia. Sama macam aku. Even kitaorang dah lama berkawan, tapi aku tak pernah pun jumpa/tengok en.suami dia, sampailah di hari dia pergi, baru aku tengok rupa husband dia. gambar pun tak pernah tengok, dia tak suka share gambar husband dia. Exactly macam aku. So, tak peliklah kalau aku ni jenis yang tak suka share bab pasangan dan keluarga (bab anak-anak dikecualikan, hehe) sebab memang ada orang yang jenis macam tu dalam dunia ni. 

Dia pun suka DIY - do-it-yourself, sama macam aku, dan dia pun suka art&craft & alat tulis - sama macam aku jugak. kami jenis orang yang simple, tak suka shopping-shopping. Tapi kalau jumpa benda yang disukai, memang habis kami shopping - contoh macam jumpa stationery. hehe. Arwah baik, ramai kawan, jenis easy-going, jenis friendly, jenis suka tolong orang. Ramai orang suka berkawan dengan dia.

Meninggal Sebab Cancer
Arwah meninggal sebab sakit Kanser Esofogus. Aku sempat ziarah dia hari tu (masa hujung Februari) di HKL. Alhamdulillah, dapat juga jumpa buat kali terakhir. Lepas tu langsung tak jumpa dah. Tapi adalah bermesej-mesej. And last skali jumpa masa hari kematian - dapat lah jugak mengucup dahi arwah buat kali terakhir. Aduuuss, sedihnya.

Masa kat HKL tu, dia belum tahu dia ada cancer. Masa tu dia dimasukkan ke hospital sebab dia tak boleh nak telan solid food. Bila makan jer muntah, makan muntah. Dan dia ada batuk berkahak. Nak keluarkan kahak pun susah katanya. Dia dah lama batuk. Dah bertahun-tahun. Tapi on-off. Dia ingat tu batuk biasa jer. 

Masa kat HKL tu, Doktor terpaksa tebuk leher dia, untuk keluarkan kahak. Dia cakap dia tak boleh makan, cuma minum susu jer. Masa tu dai tak boleh bercakap secara lisan, sebab masalah di leher dia. So, kami berkomunikasi guna white board jer, atau tulis mesej kat handphone. 

Masa tu dia cakap HB dia rendah, so doktor tempatkan katil dia depan nurse, takut dia terpitam bila-bila masa saja. 

Dan masa jumpa dia tu jugak, dia bagitau yang Doktor bagitau dia kata - nafas dia boleh terputus anytime jer,sebab saluran pernafasan dia (esofogus) dah makin kecil. Masa tu dia tak tahu lagi ada cancer. So, dia cakap, dia boleh discharge bila dah tahu result darah. Awal March, dia dapat discharge.Tapi masa tu dia tak nak berhubung dengan sesiapa. 

Aku ingatkan masa discaj tu, keadaan dia dah OK.


Admitted to Institut Kanser Negara 
Rupa-rupanya dia dimasukkan ke Institut Kanser Negara awal Ramadhan hari tu. dan dia tak nak sesiapa pun tahu dia ada kanser kecuali ahli keluarga sahaja. Tup-tup, 16 Mei 2019, dia pergi buat selama-lamanya ke Rahmahtulllah. Rupa-rupanya, lepas masa dia discaj dari HKL tu, dia dapat tahu result darah dia - dia ada cancer dan dah Stage 4. Dan dia perlukan masa untuk terima kenyataan tu. 

16 Mei dia meninggal, seminggu sebelum tu dia ada buat kimoterapi. 

Ajal maut di tanggan Tuhan. Urusan dia@ Kak Zaleha di dunia ni dah selesai. Tapi urusan kita yang masih hidup belum selesai lagi. Dah bersediakah kita nak menemui Ilahi? Dah bersediakah kita nak menjawab soalan-soalan di Kubur nanti walaupun soalan dah bocor? Dah bersediakah kita untuk dihisab di Padang Mashyar kelak? huhu. 

Apa yang pasti - semua yang HIDUP akan MATI. Dan Malaikat Maut menjemput kita tak kira usia, samada tua atau muda. Contoh macam sahabat aku ni , Arwah muda lagi, belum 40 tahun lagi. Sekejap jer dia sakit, pastu terus pergi selamanya. Al-Fatihah. semoga Roh arwah sahabatku Kak Zaleha ditempatkan dikalangan para orang-orang yang beriman.

Arwah dikebumikan di kampung halamannya di Bentong, Pahang. Ramai sangat orang datang memberikan pernghormatan terakhir buat Arwah samaada di IKN, mahupun di Bentong. Alhamdulillah. Solat jenazah dibuat 2 kali. sekali di IKN, dan sekali lagi di Bentong. Aku cuma mampu menziarah jenazah di IKN, Putrajaya jer. Nak drive ke Bentong dengan 2 orang anak, tak mampu lagi buat masa ni. huhu. 

Al-Fatihah...


SHARE 9 comments

Add your comment

  1. Alfatihah bt arwah, besar nya dugaan dia...
    Kalau kita pun mana kn mudah nk terima hakikat yg kita ada sakit kanser tahap 4 pulak tu, betapa hancurnya hati kan... sedih lak dana baca kak

    teringat seorang kwn dana yg dikenali di fb, tp kami dh lama kenal sbb dia kwn kpd kwn sekolah dana, dia br lps bersalin, baby baru 4 bln... dia mcm arwah kwn akak, baru tahu dia ada kanser lps bersalin.... kanser peritoneal, dia sempat bt kimo 4 kali tp... Allah lbh sygkan dia... sgt cpt masa dia tahu dia ada kanser kesian kt baby nya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. YA ALLAH! kesiannya, sebab ada baby yang masih kecil. huhu.. Semoga ROH arwah ditempatkan dikalngan para shuhada. Thanks hidana sebab sudi share your story kat sini.. al-fatihah buat mereka yang telah pergi.. huhu

      Delete
  2. ALFATIHAH TAKZIAH KPD KELUARGA..MOGA ALLAH CUCURI RAHMAT ROHNYA

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah. TQ kak paridah sudi tinggalkan komen

      Delete
  3. Innalillahhiwainnailaihirojiun...
    Al-Fatihah.
    Takziah diucapkan buat ahli keluarga beliau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. al-fatihah. TQ mrs A sudi tinggalkan komen di sini

      Delete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE