Temuduga Kemasukan Tahun 1 ke Sekolah Rendah Islam AL-Amin | Hari sabtu hari tu , 5 September 2020, Kakak FL dah pergi menghadiri temuduga untuk masuk ke Darjah 1 Sekolah Rendah Islam AL-Amin tahun depan. 


Anak yang nak duduki assessment, mommy pulak yang nervous. Seolah-olah macam nak seated for UPSR jer. Emo sungguh la mommy 😂. AL-maklumlah anak sulung la katakan. First time ever in my life, rasai pengalaman anak nak 'exam' macam ni. 


Aku dan en.suami nak sangat dia dapat masuk belajar kat sekolah ni. Tapi tak tahulah keputusan penilaian nanti macam mana. Ada rezeki adalah, kalau tak dapat masuk, kita redho jer lah, maksudnya itu bukan rezeki kita. Takpe, janji kita dah berusaha dengan sehabis baik. 

Disebabkan sekarang ni masih lagi dalam Fasa PKPP, so proses temuduga tu dibuat berperingkat. Setiap Hari Sabtu sepanjang Bulan September ni ada temuduga kemasukan Darjah 1. Kebetulan Kakak FL dapat first session. Awal pagi jam 9 pagi - 10 pagi. 


Tengah menanti giliran untuk ke dewan peperiksaan


Mak ayah tak dapat tengok langsung macam mana proses 'penilaian' dibuat. Masa anak-anak jawab 'exam' , parents diberi taklimat oleh Guru Al-Amin tentang proses pembelajaran di situ.

Parents kena tunggu kat sini jer sepanjang anak-anak menduduki 'exam'.

Bila aku tanya Kakak FL, dia jawab - 'OK Mommy'. Errrmmm semua OK jer, entah betul entah tidak apa dijawabnya. Dia cakap interview lisan dalam bahasa inggeris. Cikgu tanya soalan dalam english, pastu dia kena jawab atas kertas soalan yang ditanya dan ada juga kena jawab secara lisan. Tapi dia kata ada juga sikit-sikit dalam bahasa melayu.

Antara soalannya ialah :
- Sains
- Matematik
- Bahasa Arab
- Jawi
- Bahasa Melayu

Hafazan? Entahlah dia kena baca surah apa. Bila mommy tanya dia tak nak jawab. errmm..

Masa dah habis 'exam'


Tahun ni tak ada interview parents. So, 100% keputusan penilaian kemasukan ke tahun 1 bergantung pada markah pelajar. Tu yang lagi buatkan aku lagi takut. Sebab tak tahu Kakak FL jawab betul atau tidak. 

Cikgu bagitau kemasukan pelajar ke SRI AL-Amin tahun hadapan akan dikurangkan separuh dari jumlah pelajar tahun 1 ketika ini disebabkan oleh SOP Penjarakan Sosial di dalam kelas. Dek kerana ruang kelas yang kecil, maka terpaksa dikurangkan jumlah pelajar untuk patuhi SOP yang ditetapkan oleh Pihak KPM. 

Huhu. Aku dan en.suami hanya mampu beroda dan tawakal je lah kat Tuhan agar Kakak FL diterima masuk ke sini. Kalau tak diterima, kami akur dan akan tukar ke Plan B. 




SHARE 7 comments

Add your comment

  1. Aamiin. InshaAllah ada rezeki untuk FL ya.

    ReplyDelete
  2. Sambil baca entry ini sambil tersenyum panjang, entry ini mengimbau kembali saat 2 tahun lepas Abg Qi seperti kakak FL sama2 hadapi ujian temuduga. Ada tips kalau ingat juju kongsikan di blog tips ujian Abg Qi duduki ujian di Al Amin sampai diterima masuk.

    Juju doakan kakak FL ada rezeki disitu, berikutan SOP tu anak murid dikurangkan tu lagi buat kita rasa ujian lagi besar kan.

    Gogogo kakak FL. doa ibu ayah tika ini sangat diperlukan. Aminnnn

    ReplyDelete
  3. All the best Kakak FL. Mommy doa banyak2 Insha Allah niatvyg baik Allah makbulkan.

    ReplyDelete
  4. goodluck, insyaallah dapat jika ada rezekinya ;)

    ReplyDelete
  5. kak fl, semoga berjaya ...insyaAllah

    ReplyDelete
  6. Uhuks sekolah saya dulu itu hehe. Memang best! Selamat belajar adik FL! Kalau dulu, sekolah itu ada padang yang luas. Lembu-lembu selalu singgah. Sekarang dah banyak kemudahan...Fighting!

    ReplyDelete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE