Simpan Darah Tali Pusat

in , by dorsett pink, January 26, 2015
Dulu aku tak tahu langsung pasal tali pusat ke atau darah tali pusat atau orang panggil stemcell. Sampailah aku pergi kelas antenatal, ade satu slot pasal stemcell. Then, dari situ baru lah mata aku terbukak luas-luas pasal darah tali pusat ni.

En.suami dah tahu lama dah pasal ni tapi die diam jer tak habaq kat aku sebab nya die tak tahu hukum pasal simpan stemcell lagi. Then, lepas tu kami suami-isteri berusahalah cari maklumat pasal stemcell ni, termasuklah dari sudut hukum syarak.

Dari hasil soal-siasat, hukum simpan tali pusat & darah tali pusat adalah HARUS. Lagipun, banyak faedah bila simpan stemcell ni. Tali pusat yang aku maksudkan dalam entry ni ialah tali pusat yang panjang-panjang yang ade dalam womb kita masa kita mengandung yang bertujuan untuk salurkan nutrien pada si anak kat dalam rahim, bukan tali pusat kat perut masa si anak dah lahir tu tau. Dan darah tali pusat pulak ialah darah di sepanjang salur tali pusat (yang kat dalam rahim tadi).
Ini stemcell kit aku untuk collection masa aku bersalin. Masa antenatal check-up dengan gynea di bulan-bulan terakhir tu, aku dah bagitau kat my gynea yang aku nak simpan stemcell, so gynea suruh aku contact Company Cyro Cord. "No. contact mintak kat nurse di kaunter", katanya.

Lepas dapat kit ni, aku hari-hari bawak naik kereta. Mana tau ter-'accident' nanti bersalin awal ke, tak sempat dah nak balik umah ambik kit ni. Sebab kit ni kena bawak sekali masuk dalam labour room. Melangkah masuk je dalam labour room, terus bagi kit ni kat midwife, then, dia tahu lah nak buat apa dengan benda ni sebab hospital yang aku bersalin ni, hari-hari buat collection darah tali pusat. Jadi, diaorang dah biasa dah. Bila dah selesai urusan bersalin dan collection pun dah dibuat letak dalam kit ni, aku terus telefon consultant Cyro Cord yang assist aku tu. Then, transporter diaorang datang ambik untuk dibawa ke pusat penyimpan di Cyberjaya.


Antara kebaikan simpan darah tali pusat dan tali pusat ni ialah ;

♥ dapat merawat penyakit kronik yang melibatkan darah macam kanser darah , thalassemia , anemia, leukemia, & etc pada masa akan datang

♥ dapat merawat penyakit kronik yang lain macam stroke & penyakit jantung pada masa akan datang

♥ boleh guna untuk buat transplant pada masa akan datang

♥ bukan pemilik darah & tali pusat tu jer yang boleh guna, tapi untuk mummy & daddy , adik-beradik, datuk & nenek, selagi gen nye sama.

So, kalau sesiapa dalam family yang ada penyakit kronik atau baby tu sendiri yang ade apa2 masalah kesihatan pada masa akan datang, nak kan darah, atau nak buat transplant atau apa2 jer untuk tujuan nak rawat penyakit yang dihidapi  tu, boleh lah guna stem cell yang disimpan ni.

Aku simpan stem cell ni kat Company CryoCord. Simpanan tu selama 21 tahun, lepas 21 tahun kalau tak guna gak stemcell tu, depends pada kita la nak buat apa dengan stemcell tu samada nak terus simpan, atau nak lupuskan atau nak sedekahkan kat orang lain. Penyimpanan stem cell ni kat dalam tong cecair nitrogen dengan suhu -190°C.

Kalau korang berminat nak simpan gak, boleh la contact mana-mana consultant Cyro Cord untuk dapat maklumat detail.


P/s ;
1. Sepanjang aku tulis kat atas ni, aku stated "tali pusat" & "darah tali pusat". Sebabnya simpanan untuk dua benda ni adalah berbeza dan separate. Kalau kita ambik pakej untuk simpan tali pusat jer,  so tali pusat je la yang akan disimpan. Kalau ambik pakej untuk simpan darah tali pusat jer, so darah je la yang akan disimpan. Kalau ambik pakej simpan dua-dua, so dua-dua benda ni yang akan disimpan. Aku ambik pakej untuk simpan dua-dua ni..


2. Hanya hospital swasta jer yang benarkan untuk buat penyimpan stem cell ni. Hospital goverment belum boleh buat lagi.

Ini consultant from Cyro Cord. Puan Saliha nama dia. Masa ni kitaorang tengah consult untuk simpan stem cell ni. Discussion santai-santai jer kat Secret Recipe. Lepas sign borang and bayar, dia terus bagi kit tu kat aku.

Alhamdulillah, sekarang aku ada "identification card" yang menyatakan aku ada simpan stemcell di Cyro Cord. 

Itu saja perkongsian tentang stemcell ni. Harap dapat bagi info pada yang memerlukan.
TQ for reading this entry  =))
  
SHARE 31 comments

Add your comment

  1. sy xsimpan, tp derma je..memula mmg xamik tau pun psl ni.. lepas je bersalin, nurse n doc kt ctu mnta kebenaran untuk sy dermakan darah tali pusat.. sy letih, so anggukkan je.. keluar LR, dpt sijil.. xpasti nape pilih sy, bila tnye org lain, xde lak.. sy bersalin kt HKL..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mizz tina, so far, kalau hospital goverment, hkl je yg buat collection darah ni, hospital lain belum buat lagi. Tapi hkl buat collection darah tali pusat untuk disimpan dalam Bank Darah Negara untuk kegunaan awam untuk add darah dalam tabung darah negara yg dah semakin berkurangan

      Delete
  2. Sekarang dah ramai yang pilih utk simpan kedua-duanya. Senang nanti klu apa-apa kan. Saya biasa tengok pasal simpan simpan darah tali pusat ni dalam movies je. Mahal tak kosnya, DP?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Farrah ; pricey jugak la. Boleh beli sebijik motor tapi berbaloi untuk merawat penyakit and sekaligus dpt selamatkan nyawa damily members

      Delete
    2. Uishhh pricey gak ye. Tapi yelah. Nak cover cost mereka tolong
      'jagakan' benda tu properly utk kita. No wonderlah government hospital tak ada service ni. Tapi ni kira pelaburan kesihatan yang berbaloilah.

      Delete
    3. Farrah ; memang sangat2 berbaloi.. bo
      Eh selamatkan nyawa orang nanti

      Delete
    4. Typo -- boolehh selamatkan nywa orang nanti

      Delete
  3. betul tuh....skg ramai dah aware dengan kebaikan simpan darah tali pusat nih... :)

    ReplyDelete
  4. Dah dua kali dah dok berkira2 tak buat haihhhhh..next MUSTI!!

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum.. sy tak ingat lah lepas bersalin tu. lupaaa.. next baby, nak buat juga...

    ReplyDelete
  6. baru tau ada benda ni... tapi sekarang saya confuse... kita bercakap pasal placenta ker? uri tembuni tu? yg pada zaman dulu diorang tanam sebab takut langsuir makan... yg tu ker?? ke lain...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib : placenta tu uri, yang orang tanam kat belakang umah tu. Tapi saya tanam depan rumah.. hehe.. sebab duduk kat umh teres, jadi , depan rumah je ade tanah.. hehe..

      Yang saya maksudkn ni tali pusat yg kat dlm rahim tu. Dalam rahim, ade dua bende yg penting, satu uri (placenta) dan satu lagi tali pusat , yg saya simpan ni, tali pusat, bukan uri

      Delete
  7. thank you sharing! term melayu ni sy rasa lemah sgt. T_T

    http://www.lifecell.in/your-babys-umbilical-cord.aspx

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. Finn :: Alhamdulillah, dpt juge saya share knowledge dengan awak. Tq tau bace blog kite

      Delete
  9. alamakk, maaf, ada salah faham sikit. hehe. sy suka sangat baca entry ni. :) sbnrnya nak tegur diri saya sendiri sbb lemah sangat nak guna medical term dalam bahasa melayu. itu lah, belajar dalam english. sy pun tgh usaha utk mahirkan dalam malay term sbb nanti nak serve malaysians jugak kan :D

    hehe sorrryyy :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hanis : never mind, no heart feeling la.. btw, tq datang singgah sini and baca blog saya tau

      Delete
  10. banyak kebaikannya di masa depan jika simpan stemcell ni.KY tahu lama dah..tapi dah terlewat dah.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak yon : a'ah.. banyak kebaikkan nye kan., takpe, tak ade rezeki kak yon

      Delete
  11. Ohh, baru tahu banyak gak khasiatnya simpan. Nasib baik akak bagitahu. hehe

    ReplyDelete
  12. Kos perbelanjaan penyimpanan tu brapa,sis?

    ReplyDelete
  13. Info menarik ni..selalu terbaca dekat overseas je benda ni. Mesti mahal kan kos dia.

    ReplyDelete
  14. Dr shikin & shima : pakej paling murah RM2500 utk pendaftaran. Setiap tahun tak ingat berapa annual fee nya , kena bayar sehingga 21 tahun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru nak tanya berapa harga pakej utk simpan tu kiranya banyak juga kos di perlukan tu eh..itu belum kira annual fee lagi. Sekiranya selepas tempoh 21 tahun tapi pusat dan darah tali pusat tidak di gunakan boleh dapat rebate tak..

      Delete
  15. Ooo baru tahu ada khidmt ni di Malaysia... Thanks ya :-)

    ReplyDelete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE