Thursday, February 05, 2015

PHD :: Cabaran Fasa pertama

Aku sekarang tengah buat Ph.D atau dalam bahasa lain tengah belajar untuk dapatkan Ijazah Doktor Falsafah. Pengalaman aku belajar dari SPM > Diploma > Degree > Master and lastly Ph.D, level Ph.D ni lah yang paling susah, sesusah-susahnya.. Macam nak pecah kepala dah. Patutla, orang istilah Ph.D sebagai "Personal Head Damage".  Sebab itulah, orang yang buat Phd , bila grad akhirnya dapat tittle Dr. Sebab memang berbaloi dengan apa yang dibuat tu and paling penting tak semua orang dapat grad dengan Phd. huhuhuhu... Me??? InshaAllah, aku akan berusaha sedaya mungkin untuk grad walaupun beronak-duri, lautan api ku kena renangi.. huh!
 
Sekarang aku baru nak masuk 2nd year, 1st year dah dilalui dengan dugaan yang.... (tak tahu nak cakap). Sebab masa tu dugaan aku ialah preggy and bersalin and pengalaman mengandung aku pulak sangat-sangat teruk, tak serupa dengan orang lain. Aku alah teruk sangat sampai langsung tak boleh bangun dari katil, kalau bangun gak, aku pening nak pitam. (Setiap orang berbeza kan, jangan bandingkan saya dengan diri kamu k guys). And how I get back into my study? It takes a hard work, banyak pergi motivational course untuk dapatkan semula kenyakinan diri dan bina azam untuk buat phd ni. Alhamdulillah, I manage to do it. And now, masuk 2nd year.
 
So, as the tittle stated, ini cabaran fasa pertama yang aku kena hadapi bila nak masuk 2nd year ni :

1. Susah nak dapatkan data
- Ini memang menyakitkan hati kadang-kadang. Ada agensi yang bagi kerjasama sepenuhnya untuk student PHD buat research. Tapi ada agensi yang kedekut data. Walhal, kami collect data adalah untuk buat research untuk kepentingan Negara jugak, bukan untuk business sendiri. SO, kat agensi yang tak nak bagi data (atas alasan faktor keselamatan), kami terpaksa cari kaedah lain untuk dapatkan data tersebut atau mencari kaedah lain untuk membuat analisis tanpa data tersebut.. Nak fikir kaedah apa yang sesuai, sekian hal lagi.. huhu
 
 
2. Cabaran supervisor sakit
- Supervisor aku tengah sakit sekarang ni. Dia disahkan menghidap Kanser Darah dan perlu berehat (cuti sakit) selama 2 tahun. So, sekarang ni aku tak ada supervisor lah. Aku terpaksa cari supervisor baru. Nak cari SV (supervisor) baru sekian hal plak, entah SV baru boleh ngam ngan kita atau tak, atau SV baru tu membantu tak dalam research aku  ni. Sekarang ni, aku buat tesis based on research objective aku semata-mata. Alhamdulillah, so far masih boleh cope dengan hal ni.
 
 
3. Susah nak keep motivated to be a serial writter
- Sebab banyak factor, antaranya factor anak & being a wife & being a housewife as well. FL sekarang dah 8 bulan, dia dah aktif dan dah makin pandai. pandai nak berkawan dan nak main. Bila kat umah, dia nak aku main dengan dia jer sentiasa selagi dia tak tidur sebab dia bosan main sorang-sorang. At the same time, aku kena buat gak house chores.. Korang as a mother, korang pasti boleh faham apa yang aku rasa kan? Bila nak bukak laptop Nye nak buat tesis selagi anak tak tidur.. And kena berkejar jugak untuk masak, basuh baju, lipat baju, jemur baju, mop lantai dan lain-lain yang terlampau banyak kerjanya (sebagai suri rumah tangga separuh masa / sepenuh masa).
 
 Last but not least, perhaps the strength that has been given to me by My Creator will never endless. Thanks God. Alhamdulillah.

 
P/s : TQ for reading this entry and this blog is one of my aspiration... =))

31 comments:

  1. Selagi belum tutup mata... Usaha... Doa.. Tawakal...

    ReplyDelete
  2. Inani & SS : TQ for your doa & advice.. korang memang awesome

    ReplyDelete
  3. 'Personal Head Damage' ok juga DP. At least memang betul memerah otak utk mencapai misi. Tak mahu PHD yg 'Perasaan Hasad Dengki"

    Insya-Allah DP boleh tak kiralah walau ada tanggungjawab sebagai isteri & ibu. Alang-alang bara sudah digenggam teruskan sehingga menjadi abu. All the best!


    ReplyDelete
  4. Yup, bukan semua orang mampu belajar sampai ke tahap PhD...
    Tahniah utk awak!
    Saya doakan dipermudah selesaikan PhD..
    Dan moga thesis awak dpt membantu negara kita secara am nya :)
    Saya nak sambung ke Master pun malas..hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq doc.. inshaAllah moga Allah permudahkn perjalanan saya. Dr tak sambung master pun takpe, at least dah ade Dr.. hehe

      Delete
  5. g.luck sis!semoga tabah dan berjaya menghadapi liku-liku cabaran :)

    ReplyDelete
  6. suka baca n3 ni..belajarlh selagi mampu...kak doakn kejayaanmu...permulaan mmg susah tp pasti sudh biasa dgn kesusahn itu..xlama dh nk hbs pengajian phdnya tu...

    ReplyDelete
  7. suka baca n3 ni..belajarlh selagi mampu...kak doakn kejayaanmu...permulaan mmg susah tp pasti sudh biasa dgn kesusahn itu..xlama dh nk hbs pengajian phdnya tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Paridah : tq akak ats doa aka.. inshaAllah, hopefully daoat la saya hbskn study ni

      Delete
  8. Good luck & moga dipermudahkan. Moga berjaya! :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih mama kembar 3 sebab sudi singgah ke blog saya ni n baca entryni. Tqvm

      Delete
  9. kuatnya semangat akak, harap berjaya bergelar Dr suatu hari nanti =)

    ReplyDelete
  10. fuhh. insyAllah sis boleh! :) hebat la sis boleh bahagi masa jugak nak proceed phd tu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hanis.. ini semua Allah swt yg beri rezeki.. Alhamdulillah.. semoga Allah swt terus memberi saya kekuatan utk terus berusaha

      Delete
  11. All the best!! I pun masters tak abis.. classes dah abis dah.. tp nk tulis satu project paper pun berchenta.. bukan ape.. sebab anak2 kot.. ecece.. kasik alasan but really tadek fokus.. anyway.. nice short vacay ok!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Farrah : anak pun salah satu faktor lambat nak siapkan tesis gak.. takpe, perlahan2 kayuh, nanti akhirnya sampai jua ke destinasi, yang penting, istiqomah.. hehe

      Delete
  12. good luck akak...akak memamng kuat!

    ReplyDelete
  13. Tabik spring kpd yg rajin hingga tahap PhD, saya nk sambung master pun dh malas. Masa paling rajin belajar masa usia 20an, kalau lepas degree terus sambung master & PhD lebih mudah, masih bujang, tak ada komitmen dgn famili....

    ReplyDelete
    Replies
    1. JR.. mubgkin .. bagi sesetengah orang, better belajar sampai habis masa time bujang.. tapi saya ni dah berkahwin and ade sorang anak, teruskan jugak lah sebab nak ijazah doktor falsafah punya pasal nak tunjuk kat anak kelak supaya anak pun belajar tinggi2 macam mummy die.. hehe

      Delete
  14. Saya doakan yang terbaik utk DP. Moga setiap urusan utk dapatkan PHD dipermudah laluannya oleh Allah :)

    ReplyDelete
  15. Owh ok..personal head damage tu baru tau :)
    Azabnye kalau camtu.
    Saya master pun maleh nak amek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dr shikin.. takpe, dr tak ade phd pun, dah ade tittle dr.. hehe

      Delete
  16. Salam, you buat PhD di mana? Dorset tak silap satu kawasan di UK..Saya dah melalui zaman2 PhD..memang mencabar. Kuatkan semangat & pasangkan niat untuk terus habiskan tak kira apa cabaran. You can do it!!:)

    ReplyDelete
  17. mmg betul mencabar kan.....tp bila dah berjaya lalui rasa mcm tak percaya dengan ketabahan diri kan....dan rasa berbaloi....semoga urusan DP dipermudahkan yer :)

    ReplyDelete
  18. Intan..mmg byk cabaran tu tpi yg penting ingat.allah sentiasa bersam kita so u can do it..sis JM Yg bujang ni pun mmg x mampu...dah apply utk buat master...pastu bila dapat surat tawaran utk pegi daftar dh hati berbelah bagi terus cancel..so dh masuk second year...pejam mata je..harungi dgn tabah ye..in Sha Allah..buat researh dan thesis dalam bidang apa eh...major?

    ReplyDelete