Entry yang berkaitan dengan Jalan-Jalan Vienna :
Kali ni aku nak cerita pasal Stephansdom pulak. Stephansdom tu dalam Bahasa Jerman, kalau dalam English dipanggil sebagai St. Stephen's Cathedral. Ini adalah church yang tertua di Bandar Vienna ni dan merupakan landmark untuk Vienna atau orang tempatan panggil Wien (German's word). So, kalau datang ke Vienna, tak ke sini trip anda dikira tak sah. hehe..
Church ni adalah Ibu gereja untuk penganut agama Kristian (Roman Katolik). Terletak di Stephensplatz. Gereja ini dibina hasil inisiatif Duke Rudolf IV (salah seorang raja Austria). Gereja ini dibina menggantikan dua buah gereja terawal di Vienna yang telah musnah di atas tapak yang sama. Kiranya, gereja ini asalnya dibina pada tahun 1147. Tower gereja ni setinggi 136 meter. Dan hiasan dinding, fasad bangunan mahupun interior dalaman gereja ini sangat berseni. Seni ukirannya sangat halus and betul-betul artistic.
Event-event besar di Vienna banyak diadakan di gereja ni. Korang pernah dengar nama "Antonio Vivaldi" tak? Dia adalah composer lagu yang terkenal di Itali dan majlis pengebumian Antonio Vivaldi dijalankan di gereja ini pada tahun 1741.
Sekarang gereja ni dibuka untuk tourist. Tapi kalau pengganut agama kristian nak sembahyang pun boleh juga, ada ruang khas untuk diaorang. Masuk dalam ni free jer, tak perlu bayar. Gereja ini sentiasa ada renovation untuk mengukuhkan strukturnya yang dimakan usia.
Ini bangunan Stephansdom. Berhadapan dengan butik Zara. Masa aku ambik gambar ni, aku tengah berdiri di pintu masuk butik Zara.
Ini tower Stephansdom setinggi 136 meter
Selfie. Ini aktiviti wajib untuk dibuat kenangan dalam album menandakan aku dah sampai ke sini. hehe
Fasad hadapan church. Kat dinding tu ada lukisan yang sangat-sangat halus
Ramai giler orang berkunjung ke sini setiap hari
Arca ni aku rasa ada kat mana-mana church yang hebat-hebat
What it means? Can someone tell? ada dinyatakan maksud arca ni kat bawah tu tapi aku tak paham bahasa Jerman.. hehe
When I saw this, .. terus aku terpegun. For those who love architecture, might understand how I felt
Roman design..
Ini interior kat dalam.. Besar giler dalaman gereja ni. Mula-mula masuk macam seram sebab ni first time aku masuk gereja yang hebat macam ni, biasanya tengok movie je. Terasa duduk dalam cerita Harry Porter.. hehe
See.. Macam gereja yang Kate MIddleton & Prince William kahwin pulak rasanya..
Ok, ini gereja yang Will & Kate kahwin betul-betul di Gereja Westminster Abbey, London. Macam sama kan dengan Stephansdom
Ini lukisan kat tiang-tiang dalam church
Ruang khas yang kecik untuk siapa-siapa dating nak sembahyang
Limit kawasan untuk tourist. Kawasan ini berpagar , so tourist tak boleh lepasi pagar tu. Kalau ada upacara-upacara keagamaan atau upacara lain, pagar ini akan dibuka. Same like "Blue Mosque, Istanbul".
Salah satu ukiran di tiang gereja ini diluar bangunan
Gambar dari jauh di Stephanplatz
p/s : kalau nak datang ke Stephansdom, hanya naik U-Bahn dan berhenti di station "Stephanplatz", keluar je exit, terus Nampak bangunan besar gereja ni kat depan anda.
Ok, that's all, thank you for reading!
Yg pasti mata kakak dah terpikat dgn architecture bangunan mereka. Kelihatan sangat menarik.
ReplyDeleteHehe.. . Menarik dan cantik kann?
Deleteya kagum sgt dgn senibinanya yg klasik n agam tu..
ReplyDeleteya kagum sgt dgn senibinanya yg klasik n agam tu..
ReplyDeleteSanfat berseni senibina die kak
Deletebetul la,dah macam kat kat Hogwarts!
ReplyDeleteYezzzzzaaa
Deletebesar nyerrrrr...haah laa mcm dlm citer harry potter..hihihihi
ReplyDeleteKan deanna, mcam dalam citer HP kan
DeleteOhh....gereja..mmg cantik betul design nya..nampak halus dan bereni..besar pulak tu..yg bestnya open for touriat n FREE...sis JM ni hanya mampu travel area asea je buat masa ni kalau nak ke negara sebelah sana harus menabung setahun :-)
ReplyDeleteInshaAllah jm, berkat menabung nanti dpt juga kesana., cepat atau lambat jer, tapi yg pasti inshaAllah dpt juga berkat usaha yg gigih..
Deletemari menabung Akak JM.. rindu kat europe menggunng.
Deletememang skali jejak rasa nak jejak sentiasa kan kan.. tapi belum ada rezeki kembali ke sana..
klasiknya design. cantik. dalam tu cantik jugak tapi cam seram lak. :D
ReplyDeletememang macam dalam cerita harry potter. yg kat dewan tempat berkumpul tu kan sis. :D
hehe.. betul.. betul.. kat tempat berkumpul
Deletebestnya jln jln oversea camni. hope one day ada laa rezeki mama bawak anak anak melawat negara orang
ReplyDeleteFuh. Kalau saya pun dah tentu mendongak ja dan abiskan bateri kamera sebab kagum sangat!!!
ReplyDeleteKagum tengok senibinanya. Memang boleh feeling2 macam kat Hogwarts :)
ReplyDeletealohooooomora... bukalah pintu doremon Kak Farrah dan terus ke vienna =D
DeleteArca manusia di merata2.
ReplyDeleteMemang scary jugak..
kita boleh ke masuk dalam tu amek gambar ? i mean kita as muslim ? CT tak tahu.. tapi time jalan2 dulu memang terbit rasa was-was tu.. not sure jadi kami x jadi masuk.. samalah orang kata church tu mercu tanda jadi amek gmbr kat luar sajalah ehehe.. janji ada bukti da sampai..
ReplyDeletebanyak sungguh arca bogel aahaha..
ReplyDelete