Wednesday, March 25, 2015

Thistle Hotel JB

Sambungan dari entry Short Escapes to JB. Aku duk kat Thistle Hotel. SO, ni some review pasal hotel ni dari pandangan mata aku.. Overall, aku suka stay kat sini sebab service die tip-top.. Tambah pulak, hotel ni kat tengah Bandar, tempat makan ada je kat sekeliling hotel. KFC 24 jam just lintas jalan jer.. SO, soal makan senang la, tak lapar nye perut tu nanti..

NI swimming pool. Sangat besar and ada divider.. So, boleh pilih nak swim kat bahagian mana..
 

Ni Restoren The Glass. Betul-betul kat tengah-tengah lobby dan menghadap swimming.. Kalau nak lebih romantic skit, korang duduk je kat meja bawah payung kat tepi swimming pool tu

Ni another side of The Glass Restaurant

Budak cheeky ni pantang nampak air, terus nak terjun.. and terus buat aksi renang berirama.. (Sabooor je lah)
Tu sebab mummy bawak pelampung tu kemana sahaja..

Bilik dia sangat luas. And yang paling best, ade beverage free disediakan setiap hari kat dalam bilik ni

My breakfast

Kalau check-in bilik kat Executive Floor, boleh breakfast and snack petang (percuma) kat Executive Lounge ni. Masa aku pergi hari tu, tak ada orang langsung masa breakfast pagi tu kat Exec Lounge ni, jadinya, ruang ni memang FL je la yang punya.. Boleh la dia buat bising.. ANd Chef tu siap tolong buat puri (her food) lagi  utnuk FL.. baik sungguhh..

Ni meja kami. penuh dengan makanan untuk kami 3 beranak.. View dia sangat best, sambil makan, sambil tengok Bandar Singapura (walaupun jauh nuuunnn di sana)

Budak kecik ni berusaha keras nak bukak yogurt tu

Ok, ini yang paling best, dan yang paling aku suka tentang hotel ni.. As a breast feeding mother, aku memang akan pam susu hari-hari walaupun tengah bercuti. Dan aku pulak jenis yang angkut icebox ni kemana-mana kalau travel naik kereta. So, bila nak bawak pulang ebm ke KL, haruslah kene cari ais batu untuk isi dalam ice box ni. Biasanya, en.suami akan singgah di 7-eleven dulu beli ais sebelum gerak balik ke KL.
 
Tapi, masa bercuti kat JB hari tu, kiteorang tak perlu beli ais kat 7eleven. Sebab nya, Thistle Hotel ni supply ais untuk customer. Free of charge lagi. Just call room service, and dieorang akan antar  ais berapa bucket pun tak kisah. Untuk penuhkan ice box aku ni , aku perlukan 3 bucket air.. Best nye.. suke gilerr.. sebab menyenangkan kerja aku..
Thank You Thistle for your great service !

 
P/S ;;; Kalau book bilik kat Executive floor, boleh terus check-in and check-out kat Executive Busineess Lounge kat lobi. Jadinya, dapatlah speed up sikit masa untuk check-in and check-out. Tak perlu nak beratur panjang-panjang..
 
Where's Next?? .......

PHD :: My supervissor passed away

Assalamualaikum friends..

Sorry lambat update.. 'coz this week is my hectic week.. Driving myself crazy because of my research and my breast feeding journey..... So stressful...

*********



By the way, I got a news yesterday telling that my supervisor has passed away at about 12.50 pm yesterday. She was diagnosed a blood cancer on last couple of months. And before that, she is a normal person like all of us. Tak sakit apa-apa pun. Tiba-tiba dapat tahu ada kanser and it was already at Stage 4 (critical stage)..

And yesterday she passed away at National Cancer Institution, Putrajaya.

So, I have to find a new supervisor for my phd research... Another tough episode I have to face..

Al-FATIHAH

Friday, March 20, 2015

Breastfeeding :: EBM Stock March 2015

Ini stock ebm aku last week. Ada 11 beg plastik, so maknanya ada 44 oz. TAPI, masa entry ni ditulis (hari ini), stock yang kat atas tu habis licin dah.. huhuhu..

Aku dah cuba untuk buat yang terbaik untuk anak aku tapi tak dapat. At least aku berjaya dapat Diploma Breastfeeding secara exclusif untuk tempoh 6 bulan pertama.

Kenapa stock ebm habis? Susu aku drop ke? BUKAN..  tapi sebab demand si anak tinggi sangat nak minum susu mak dia. FL minum susu setiap 1 jam, sekali minum habis 4 oz.. Jadinya setiap hari bila aku hantar ke umah babysitter, habis dia minum 24 oz.

Aku pulak cuma dapat supply 12 oz jer setiap hari. So, lagi balance 12 oz aku terpaksa ambik dari stock ebm dalam freezer. Sebab tu lah tak boleh nak catch up stock sebab tak mampu nak balance antara demand and supply. Huhu..

Walaupun stock dah habis, tapi FL masih lagi fully breasfeed. Jadinya, waktu tengahari aku akan ke umah baby sitter untuk antar lagi 3 botol susu untuk dia minum belah petang. Minggu ni, aku berusaha untuk simpan semula stock ebm... 

Aduuusss... tough.. a sort of tough bf journey I ever felt so far....

Tq for reading!

Monday, March 16, 2015

PHD :: Tips to graduate on time

Ini aku nak bagi tips bagi sesiapa yang tengah buat PHD atau master untuk graduate on time (3 years for PHD). Biasanya aku dengar ramai orang grad 5 tahun, tapi yang grad 3 tahun pun ramai jugak. Memang susah dan payah tapi tak mustahil kot untuk grad on time. That is my widest dream to grad my phd on time. Just need a little struggling.. HUh! memang tengah struggle giler ni.. Hope everything worth. 

So, ini dia tips yang aku dapat dari some postgrad workshop yang aku hadiri. Hopefully, ia berguna untuk aku dan juga orang lain. Apa yang penting - KONSISTEN !

 Tips to GOT (Graduate On Time)

1. Dont skip reading, but scan every pages of journal article and books

2. Be focus and disciplined in study

3. Keep track of meeting with supervisor, even a short discussion - Record the date, day, point of discussion and documents/writtings.

4. Focus on writing and draw the conceptual framework (mind mapping) first

5. Clearly understand a conceptual framework and the relationship between of independent variable (IV) and dependent variable (DV)

6. Organize your writing in your laptop (create a folder and sub-folder for easy access)

7. Read the literature critically and purposely - Not read it like reading a novel

# Doakan kejayaan aku, and u are my inspiration =))

Baby's Food :: Fruity Oats

Fruity Oats
Sesuai untuk breakfast atau snack petang. 
Resipi yang sangat mudah dan sangat yummmy...


Bahan-bahan :
- Oat
- Banana
- Dragon Fruit
- Papaya
- Sedikit Serbuk Cinnamon

Cara Membuat :
 1. Mula-mula, buat puri buah dahulu.
     * Banana - blend jer
     * Papaya- blend jer
     * Dragon fruit - steam and blend

2. Panaskan oat. Aku guna instant oat jer. Senang. Just masukkan air panas dan tunggu sehingga oat kembang.

3.  Campurkan semua puri buah tadi ke dalam oat

4. Masukkan sedikit serbuk cinnamon

5. Gaul rata sehingga sebati . Then, serve !

Senang kan, boleh lah cuba untuk diri sendiri jugak =))

#Tips - buah tu boleh tukar dengan buah yang diisukai, tak semestinya kena guna buah yang aku nyatakan dalam resipi ni..

Selamat Mencuba, TQ for reading !


Sunday, March 15, 2015

Baby Food :: Muesli

Muesli
Ini resipi yang sesuai untuk dibuat breakfast buat si manja. Resipi ni aku ciplak dari Annabel Karmel. So, korang pun boleh try jugak.

The colour is not inviting but it is very tasty 'coz my princess like it so much

Bahan - bahan :
-Oat
-Yogurt dragon fruit - resipi disini
-Pisang

Cara membuat :
1. Panaskan aot dengan air panas (kalau guna instant baby aot).

2. Ambik pisang, buang kulit dan hancurkab guna blender atau just lenyekkan guna sudu.

3. Campur kesemua bahan - oat, yogurt, pisang

4. Siap!

#Tips - kalau nak lagi sedap, guna yogurt strawberry. Maksudnya, dragon fruit tu tukar kepadabuah strawberry.

Friday, March 13, 2015

Short Escapes to Johor Bharu

Weekend 2 minggu lepas aku bercuti ke Johor Bharu. Why JB?? Saja jer,sebab dah lama tak pergi JB. Kiranya sepanjang Februari, tiap-tiap weekend aku gi jalan-jalan bawak anakanda tercinta.

Destinasi hotel kali ni ialah Thistle JB. Kami pernah stay kat Thistle Port Dickson, kali ni nak cuba JB punye pulak. Biasanya kalau short escapes macam ni, kami tak kemana-mana pun, just round-round bandar jer dan selebihnya banyak masa spend dalam hotel. 


Thistle JB sangat best. Paling best  sebab ada Executive Loudge. Masa breakfast , tak ada orang langsung. Just 3 of us only. Jadinya chef and waiter layan kami 3 beranak je lah. Sangat privacy. In fact, snacks petang pun percuma kat dalam loudge ni. In addittion, beverages disediakan percuma kat dalam bilik kami. Tu yang bestnya pasal Thistle JB ni.

Kami check-in sini hari Jumaat and checkout Hari Ahad. Masa on the way balik KL, singgah jap kat Johor Premier Outlet. First time aku datang JPO ni, sebelum ni hanya dengar jer orang cerita pasal JPO ni. Sekarang kan musim panas, so masa pergi JPO tu sangatlah panas, habis terbakar kulit muka aku yang halus mulus macam Natasha Hudson ni.. hahahaha




Gambar kenangan kat JPO haruslah ada, tanda kaki dah berpijak di tempat shopping "cuurrlasss " ni.. (kelas sangat ker??)

Ok lah.. Got to go
Tq for reading !

Monday, March 09, 2015

Baby's Food :: Quinoa Chicken Veggie

Quinoa Chicken Vegetables
Ok, biasanya aku akan serve bubur nasi untuk FL dengan apa-apa lauk yang aku masak. Tapi kali ni, aku tukar selera, aku tak serve bubur nasi, tapi tukar dengan quinoa. Actually aku pun baru tahu pasal Quinoa ni sejak ada baby and sejak berjinak-jinak dengan "home made solid food ni". Sebelum ni langsung tak pernah ambik kesah pun pasal quinoa ni. Sebab resipi baby omputih, banyak menggunakan quinoa.
 
 
AKu guna Quinoa jenama ni. Beli kat kedai "JustLife".
 
Ok, meh aku citer intro sikit pasal Quinoa. Quinoa ni sama spesis ngan nasi dan barli dan oat sebab dia adalah dalam kumpulan "grain". Quinoa banyak ditanam di Negara-Negara belah  Amerika sana. Originally, quinoa berasal dari Negara Peru, Chile, Ecuador, Bolivia dan Columbia. Perkataan "Quinoa" diambil dari perkataan Spanish. Quinoa kaya dengan asid amino seperti lysine dan juga kaya dengan calcium, phosphorus dan iron.
 
Ini pokok quinoa.. Dan yang bijik-bijuk tu adalah biji quinoa
 
 
Ini bentuk quinoa yang aku beli. Macam pasta kan? Actually dia ade macam-macam bentuk, depends pada kilang yang buat. Tapi originally, quinoa adalah dalam bentuk "seed".  Bezanya dengan pasta ialah, pasta di perbuat dari tepung gandum dan diolah menjadi doh, dan kemudian mix dengan water atau telur, then jadilah pasta. Tapi kalau quinoa ni, tak perlu dimix dengan gandum, die dah sememangnya boleh dimakan selepas dimasak macam beras.
 
Macam mana nak masak quinoa? Sama je macam masak nasi , in fact, boleh guna rice cooker untuk masak quinoa ni.
 
Ok, meh aku tunjuk cara-cara untuk masak Quinoa Chicken Veggie.
 
 
Bahan-bahan :
Chicken Veggie - resipi disini
Quinoa
 
Cara memasak :
1. Basuh quinoa dahulu. Sama macam basuh beras.
 
2. Letakkan dalam periuk, tambah air - sukatan air macam nak buat bubur nasi. Pastu tutup periuk , tunggu sampai quinoa masak. Then, tutup api.
 
3. Bila quinoa dah masak, die jadi lembut lah macam bubur nasi tu, campur dengan chicken veggie.
 
4. Kemudian, blend semua bahan untuk mix up everything.
 
5. Siap ! Dah boleh Serve!
 
 
Bila quinoa dah masak, dia jadi macam ni

Siap untuk dimakan oleh baby comel .. Yummmm..yummm..
 
TQ for reading, selamat mencuba !

Sunday, March 08, 2015

Baby's Food :: Yogurt Naga

Yogurt Dragon Fruit
Sesuai untuk breakfast. 
Resipi ni bukan saja untuk si anak tapi orang tua pun boleh makan jugak =))


Bahan-bahan : 
■ Organic plain yogurt - No preservatives,  no added sugar, no salt
■ Dragon fruit (Buah naga)

Aku guna natural yogurt dari brand Farm Fresh


Cara membuat :
1. Buat puri buah naga dahulu - kupas kulit, steam buah pastu blend 
2. Puri buah naga tu dicampurkan dengan yogurt.
3. Gaulkan dan Siap!

#Tips - kalau nak lebih sedap, simpan dalam peti ais untuk 1 malam, then pagi esoknya boleh terus makan.. yummmmy..


Tq for reading
Selamat Mencuba !

Thursday, March 05, 2015

Baby's Food :: Chicken Veggie

Chicken Vegetables
Kali ni aku nak share mccam mana nak buat chicken veggie untuk si manja tercinta. 


Bahan-bahan :
Minyak bijan / minyak zaitun
Seulas bawang putih
Serbuk cinnamon
Ayam - Ambik bahagian thigh (sebab lembut dan banyak lemak) 
Sebatang serai - potong kecik-kecik
Sebiji Tomato
Sikit Daun Kubis
Sikit Kangkung

Cara Memasak :
1. Rebus ayam sehingga masak dan ketepikan

2. Panaskan sedikit minyak (minyak bijan / minyak zaitun) kat dalam pan/periuk

3. Tumis bawang dan serbuk cinnamon sehingga harum

4. Masukkan air rebusan ayam tadi

5. Masukkan ayam & semua sayur-sayuran, tutup periuk & tunggu sehingga sayur masak

6. Then, blend semua bahan tadi

7. Siap!Serve dengan nasi bubur... yummm..yumm..

Aku blend guna Beaba Babycook (alat khas untuk proses makanan baby)

Inilah Hasilnye ..

Tq for reading.. Selamat Mancuba !

Tuesday, March 03, 2015

Library Kuala Lumpur

Hari ni aku bersiaran secara langsung dari Library Kuala Lumpur. Aku ni bukan ulat buku tau, and aku bukan nerd, asyik nak mengadap buku 24 jam.. ohh no no! I'm not that type of person .. sebabnya aku ni pun pemalas.. aku hanya baca buku bila ada masa free jer..

Tapi aku pasti yang aku ni kaki library. Tak semestinya kite gi library sebab kita rajin kan.. banyak sebab kenapa kita pergi library. Antara 1 sebabnya , aku suka dengan suasana die yang aman dan tenteram , tak ada gangguan dan tak bising.. kadang-kadang aku tidur gak dalam library ni. Bukannya baca buku pun.. 

So, hari ni aku singgah di Library Kuala Lumpur, terletak di belakang Dataran Merdeka. Tujuan utama ke sini adalah unuk mencari bahan untuk buat tesis. Best gak sini, meriah, ramai orang jugak. 

Aku parking kereta kat bawah Dataran Merdeka, 1 jam RM 5 engko.. sabo je lah.. keluar dari parking, terus jumpa bangunan library ni tersadai kat depan mata. 


Jamu mata tengok Bandar KL

Sambil buat kerja, sambil tengok bendera Malaysia berkibar 

OK, got to go now..
TQ for reading!

Cafe Hopping :: The Burger Factory, Oasis Square

First time aku datang ke Oasis Square, kat Ara Damansara, Subang. Mahu sesat jugak, nasib baik makcik GPS ada sedia membantu. Aku kesini actually sebab urusan kerja, nak collect data for my thesis. 

Nak melayan tekak yang dahaga dan perut yang lapar, aku masuk lah ke kafe ni. Not bad jugak. Selesa dan nyaman.. At least, boleh jugak bukak laptop, siapkan 1,2 benda sambil tunggu order sampai. 

The Burger Factory, terletak kat Oasis Square. Betul-betul kat tengah-tengah menghadap kolam renang air pancut yang sangat memikat hati.

Scenary kat sini memang best.. tenang jer rasa, sambil makan tengok air pancut. Selain dari kafe ni, ade banyak lagi tempat makan kat sini. Ada restoren melayu,cina, western, bar, semua ada..

Its interior. Cool jer 

This one really captured my eyes

A plate of meatball spaghetti

A cup of cappuccino

Ok, itu jer nak share..
TQ for reading !

Monday, March 02, 2015

Travel :: My Accommodation in Vienna

Masa aku gi Vienna hari tu, aku duduk kat Suite Novotel.
Dulu, kalau travel sorang-sorang, aku prefer untuk stay kat backpacker hostel atau guesthouse, murah sikit tapi bila dah berdua ni, en.suami tak suka duduk kat tempat backpacker, die lebih prefer untuk duduk kat bilik hotel. More privacy for both of us. Tak kisah lah, janji kami mampu bayar. Accommodation kat Vienna ni mahal. Kalau budget hotel pun, 1 malam hampir RM 300, lebih kurang 60 euro untuk satu malam. Sebab currency euro kan tinggi.

Biasanya bila travel, hal-hal booking hotel & transport aku langsung tak ambil peduli, aku serahkan bulat-bulat pada en.suami sebab dia lebih arif dan rajin tengok promo-promo kat internet. So, untuk Vienna hari tu, kami stay kat Novotel. Masa booking tu ada promotion, so dapatlah 1 malam dalam RM 270. Not bad.. Suite Novotel kat sini, 3 star jer. Booking guna booking.com. Kalau korang perasan, booking.com lebih murah offer harga dari agoda, tripadvisor, trivago atau lain-lain website.

Kenapa pilih Novotel? Sebab dalam bilik tu ada microwave, senang untuk panaskan makanan yang dibawak dari Malaysia & boleh masak nasi... Dan lagi satu, dekat sangat dengan subway station & supermarket nak beli groceries, cross jalan je, dah sampai..


Suite Novotel

In front of the hotel

Having my breakfast. Breakfast is complimentary for 2 persons


Tempat makan (Breakfast)


The lobby

Reception

Snack & coffee available 24 hours daily, Free of charge

Ada laundry. Free of charge. Lepas basuh, terus keringkan dalam dryer. Sabun basuh boleh mintak di kaunter front desk, juga FOC.. Lepaas kering, boleh terus iron kat situ.

Ada massage chair sementara nak tunggu baju siap dibasuh

In addition, Suite Novotel ni ada disediakan gym & children's playroom.

More info ; http://www.suitenovotel.com/
TQ for reading !

DIY - Instant Shawl

My first attempt of making my own instant shawl.
Aku buat sendiri instant shawl ni.. DIY..
For sure banyak lagi yang perlu diperbaiki..
First trial kan.. banyak lah yang kurang..
Takpe, takpe.. practice makes perfect..
Anyhow, aku suka sangat dengan hasilnya ni walaupun tak sempurna lagi..
Saya gembire =))