Baby's Food :: Quinoa Chicken Veggie

in , by dorsett pink, March 09, 2015
Quinoa Chicken Vegetables
Ok, biasanya aku akan serve bubur nasi untuk FL dengan apa-apa lauk yang aku masak. Tapi kali ni, aku tukar selera, aku tak serve bubur nasi, tapi tukar dengan quinoa. Actually aku pun baru tahu pasal Quinoa ni sejak ada baby and sejak berjinak-jinak dengan "home made solid food ni". Sebelum ni langsung tak pernah ambik kesah pun pasal quinoa ni. Sebab resipi baby omputih, banyak menggunakan quinoa.
 
 
AKu guna Quinoa jenama ni. Beli kat kedai "JustLife".
 
Ok, meh aku citer intro sikit pasal Quinoa. Quinoa ni sama spesis ngan nasi dan barli dan oat sebab dia adalah dalam kumpulan "grain". Quinoa banyak ditanam di Negara-Negara belah  Amerika sana. Originally, quinoa berasal dari Negara Peru, Chile, Ecuador, Bolivia dan Columbia. Perkataan "Quinoa" diambil dari perkataan Spanish. Quinoa kaya dengan asid amino seperti lysine dan juga kaya dengan calcium, phosphorus dan iron.
 
Ini pokok quinoa.. Dan yang bijik-bijuk tu adalah biji quinoa
 
 
Ini bentuk quinoa yang aku beli. Macam pasta kan? Actually dia ade macam-macam bentuk, depends pada kilang yang buat. Tapi originally, quinoa adalah dalam bentuk "seed".  Bezanya dengan pasta ialah, pasta di perbuat dari tepung gandum dan diolah menjadi doh, dan kemudian mix dengan water atau telur, then jadilah pasta. Tapi kalau quinoa ni, tak perlu dimix dengan gandum, die dah sememangnya boleh dimakan selepas dimasak macam beras.
 
Macam mana nak masak quinoa? Sama je macam masak nasi , in fact, boleh guna rice cooker untuk masak quinoa ni.
 
Ok, meh aku tunjuk cara-cara untuk masak Quinoa Chicken Veggie.
 
 
Bahan-bahan :
Chicken Veggie - resipi disini
Quinoa
 
Cara memasak :
1. Basuh quinoa dahulu. Sama macam basuh beras.
 
2. Letakkan dalam periuk, tambah air - sukatan air macam nak buat bubur nasi. Pastu tutup periuk , tunggu sampai quinoa masak. Then, tutup api.
 
3. Bila quinoa dah masak, die jadi lembut lah macam bubur nasi tu, campur dengan chicken veggie.
 
4. Kemudian, blend semua bahan untuk mix up everything.
 
5. Siap ! Dah boleh Serve!
 
 
Bila quinoa dah masak, dia jadi macam ni

Siap untuk dimakan oleh baby comel .. Yummmm..yummm..
 
TQ for reading, selamat mencuba !
SHARE 32 comments

Add your comment

  1. Replies
    1. mizz tina, tak perlu . sama macam masak nasi..

      Delete
  2. Nampak yummy!

    Saya, anak dah 3..
    Ni baru tahu pasal quinoa!
    hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Doc,takpe, nanti boleh cuba buat untuk anak no.4. Hehe

      Delete
  3. ye la... macam pasta juga... first time saya dengar pasal quinoa ni...

    ReplyDelete
  4. Menarik resipi ni. Makan sendiri pun sedap jugak ni hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah sedap sedap., hehe.. boleh la cuba ardilla

      Delete
  5. Salam. Hee saya pun tak suka makan pasta juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam.. cuba lah makan pasta, mana tahu kali ni boleh masyuk.. hehe

      Delete
  6. klu ada anak kecik lagi, boleh coba

    ReplyDelete
  7. kalau buat makanan/pasta guna quinoa nie boleh ke? macam pasta lak. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entahlah bv, tak pasti pulak boleh tak buat pasta guna quinoa ni

      Delete
  8. Thanks for sharing babe. Anak dah tiga tapi 1st time dengar pasal nih ☺

    ReplyDelete
  9. untung dapat ibu rajin hehehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nurul, ni bukan rajin tapi sebab tanggungjawab. Hihi

      Delete
  10. First time lah dengar nama quiona nih... yer lah nampak macam pasta... boleh ganti nasik tu agaknya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Namapk jer macampasta najib,, tapi dia adik- beradik beras / nasi

      Delete
  11. xpnh dgr sblum ni....bentuk mcm pasta kan....hihihi...rasa dia mcm bubur nasik ehh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Deaanna,.. bentuk he mcm pasta tapi rasa mcm nasi

      Delete
  12. quinoa tu x de beza dengan pasta kan cuma warna je putih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jm.. lawaklah jm ni... beza lah ngn pasta.. saya dah tulis dah kat atas ni.. texture sama, yg bezanya dari segi kandungan nutrien dan cara buatnye

      Delete
    2. Dapat cam saya ni, dok ingat semua sama. Pukul rata... :)

      Delete
    3. saja diorang buat bentuk pasta.. usually bentuk biji biji.. ehehe..
      CT pun ingat memula pasta tapi kaler putih..

      Delete
  13. ooo. Baru tahu pasal ni. Boleh ganti nasi gini. Hehe

    ReplyDelete
  14. Meal sedap begini, baby comel memang boleh membesar sebagai juara! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. takyah minum milo pun boleh jadi sihat dan kuat =D

      Delete
  15. waah memang cem pasta.. pernah nampak yang bentuk seeds saja.. baru tahu ada bentuk cem pasta.. those yang amalkan Diet Atkins pun boleh makan quinoa ni untuk ganti nasi kalau dah lapar sangat. high in fibre kan.. senang nak uhuk uhuk.. ehehe..

    kalau yang terjual kat kedai organic tu adus harga mahalnya..
    memang diet sokmo kalau nak makan hari hari ehehe..

    ReplyDelete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE