aku terbaca entry GA ni kat studioous.blogspot.com. Segmen GA ni dah tamat, tapi aku nak share gak citer aku pasal study kat ipt ni.. hehe.. mana tahu ade yang berminat nak tahu.. hehe
1.Kursus yang diambil masa asasi dan uni.
Ok, aku dulu tak ade ambik asasi atau matrik apa,.. Aku terus ambik diploma.. Belajar diploma 3 tahun, terus dapat sijil Diploma. Aku dulu belajar diploma kat Uitm Sri Iskandar, kursus Perancangan Bandar dan wilayah under fakulti senibina, perancangan dan ukur (fspu). Zaman diploma ni bagi aku zaman yang sangat best masa aku kat university. Sebab masa ni otak pun tak matang lagi, so aku banyak main and suka buat bende ikut suka hati aku... And masa ni jugak, aku takperlu piker pasal Boyfriend ke kahwin ke, komitment ke, janji belajar jer...
Ok, aku dulu tak ade ambik asasi atau matrik apa,.. Aku terus ambik diploma.. Belajar diploma 3 tahun, terus dapat sijil Diploma. Aku dulu belajar diploma kat Uitm Sri Iskandar, kursus Perancangan Bandar dan wilayah under fakulti senibina, perancangan dan ukur (fspu). Zaman diploma ni bagi aku zaman yang sangat best masa aku kat university. Sebab masa ni otak pun tak matang lagi, so aku banyak main and suka buat bende ikut suka hati aku... And masa ni jugak, aku takperlu piker pasal Boyfriend ke kahwin ke, komitment ke, janji belajar jer...
2. StudyPlan (kalau ada, tak ada biar je)
Lepas habis diploma, aku sambung degree kat Uitm Shah Alam. Masa ambik diploma dulu, aku bercita-cita nak sambung belajar kat Uk, tak kesahlah masa degree ke, master ke or phd.. But end up, aku belajar kat Malaysia sampai la phd skrang ni.. bukan sebab tak dapat scholarship, tapi mungkin sebab komiment keluarga.. Aku ni jenis family man (gitew), so nak jauh dengan family especially dengan en. suami.. huhu.. tak sanggupp rasanya..,
So, pas habis degree dalam town planning, aku sambung master kat UPM under fakulti engineering, ambik remote sensing and Geographic information system.. Masa sambung master tu, aku dah kerje dah sebenarnya, kat firm swasta tapi mood nak belajar masa tu membuak-buak , jadi aku further je la study.. Lagipun aku piker aku nak habiskan master sebelum aku kahwin. Nanti dah kahwin, banyak pulak bende lain nak pikir..
Alhamdulillah, lepas setahun 1/2 pulun buat master kat UPM, aku grad dengan cemerlang.. Alhamdulillah. Sebelum aku grad, aku dah dapat offer kerja dengan government. Actually, aku tak berminat sangat nak kerja government ni, isi borang s.p.a pun just main ikut kawan jer, then bila dapat interview, aku redah je pergi.. Tup2, dapat pulak kerja ni..
Pikir punya piker, lepas dah puas consult dengan kawan and family, dieorang cakap, kalau tak suka, nanti boleh resign jer.. Ok, aku pun pergilah lapor diri kerja dengan gomen, pangkat J41..
Aku dah target bile umur aku 29 tahun, aku nak sambung Phd, by hook or by crook, aku tetap nak sambung PHD biarlah apa pun rintangan nya.. Soal duit, nak bayar yuran belajar, InshaAllah Allah swt tolong aku (itu yang ada dalam pikiran aku masa tu).
Then, genaplah umur aku 29tahun, aku pun sambung PHD.. Alhamdulilllah.. Tapi sebelum sambung tu, aku dah berhenti kerja dengan gomen.. hehe (Kenapa berhenti? nanti-nanti lah aku citer). Aku behenti keje pun bila dah confirm. and aku dah servis dengan gomen for 5 years..
Sekarang aku kini di tahun 2 pengajian PHD aku..hehe
3. Pandangan masyarakat tentang kursus tu dan apakah sebetulnya?
Masa aku ambik diploma dulu, orang selalu kata, tukar la course, tukar la course sebab nanti tak ada kerja..
Pastu lagi satu yang telinga aku selalu dengar, tak yah la susah-susah sambung degree nanti kerja bukannya dapat jadi officer pun atau executive sebab ko grad dari uitm.. Mostly, yang kerje kat government tu, pangkat J41 , semuanya graduate dari UTM..
hahahhaha.. aku layankan jer masa tu.. senyum kambing je aku.. lantak lah orang nak cakap apa pun.. Rezeki Allah yang tentukan.. Masa tu aku pikir.." mana tahu, kot-kot rezeki aku jadi jutawan jual minyak, tak ade la aku nak kerje gomen"..
hahaha..definitely, apa yang dieorang kata tu salah.. semua kawan-kawan aku bila grad terus dapat kerja, tak ade pun yang tanam anggur kat umah.. in fact, ramai jer yang kerje dengan developer and kerja dengan kerajaan sekarang.. Well, kami semua graduated dari uitm tau..
mungkin orang kata course aku ni tak ade kerja nanti, sebab mungkin course aku ni tak seglamour course farmasi, architecture, medic, or even fashion designer.. sebab tu la orang kata tak ade kerja bila grad... huhu..
Aku sedih dengan dieorang yang piker macam tu..
4. Cara anda survive...
Cara aku survive?? survive masa study? errrmmm...
Kalau tak ade duit, aku makan maggi jer, memang banyak stok maggi kat bilik.. Tak pun aku puasa.. Course aku banyak guna duit, jadi duit yang ade aku banyak habis beli kat barang-barang untuk buat projek studio... perrhgghh! Memang pokai masa belajar dulu..
Tapi paling susah dan mencabar bile kene siapkan studio project yang bapak punya susah.. Tak tidur malam tu lumrah untuk student studio base. Tanya la kat sapa2 yang ambik studio, kalau dia boleh tidur lena jam 12 malam, alamaknya, next sem batang hidung die dah tak Nampak dah kat kelas.. hehehe.. Bertuah la sapa dapat tidur jam 12 malam... Aku dulu paling awal tidur pun jam 3 pagi, then, kul 8 pagi dah kene bangun pi kelas...
Biasanya lepas subuh la baru tidur..itupun lucky kalau kelas petang.. Aku punya rekod, 36 jam tak tidur.. Kawan aku lagi dashyat, 48 jam tak tidur.. Super duper hebat la.. Masa belajar tu (undergrad punya citer ni tau), aku survive guna kacip fatimah jer la ngan nescafe.. memang masa undergrad dulu, aku ni caffeinated.. Sebab nak berjaga malam, jadi kelawar, tu sebab kene banyak minum nescafe and kacip Fatimah..
Elok ke tak elok ke aku dah tak peduli, janji aku siap kerja studio aku and aku submit and aku dapat grad on time...
Kalau masa exam pulak, kitaorang mana sempat nak study, sebab asyik duk pulun buat projek studio jer.. Jadinya, kitaorang study last minit. Esok nak exam, baru hari ni nak study.. Well, adik-adik, jangan ikut cara kakak ko ni.. Ikut la cara yang betul.. Kakak ko ni sebab tak ada pilihan, so main redah jer.. Janji exam score , tak kesah lah nak study bila-bila pun..
5. Medium mereka untuk bertanya lebih lanjut secara personal dengan anda atau individu tertentu
Ok, kalau nak tanya apa-apa tentang study atau apa soalan sekali pun, boleh email aku kat dorsett.pink14@gmail.com
6. Suntikan motivasi
Suntikan motivasi?? hahahhaha.. ni siyes, aku fail sebab aku pun tak bermotivasi.. hahahahaha
Tapi aku nak nasihatkan kat student-student yang tengah belajar undergrad yang baca blog aku ni.. Kalau nak berjaya, bawaklah pen kemana sahaja anda pergi dengan sekeping kertas.. Mana tahu, on the way tunggu bas tu boleh catat apa-apa nota atau lecture note atau idea yang terlintasdalam kepala, note down atas kertas. So nanti bila balik bilik/ balik umah, tak lupa and terus masukkan dalam note book.
lagi satu, jangan lupa niat belajar KERANA ALLAH TAALA.InshaAllah, apa yang getir pasti dapat ditempuhi dengan tenang..
7. Bagi yang sudah bekerjaya, boleh tambah cerita pengalaman bekerja bla..bla..
Pengalaman kerja?? hahahhaa.. Ni part yang paling malas aku nak citer kat orang...
Sebabnya, aku dah resign.....
Tapi aku ada pengalaman kerja sebagai professional selama 5 tahun...
Ok lah, tu je kot citer aku pasal study dulu-dulu.. hehehe.. Bagi yang masih undergrad sekrang, Nikamtilah life anda sebagai student undergrad puas-puas, just be yourself and enjoy.. Sebab nanti bila dah masuk postgrad, life dah berbeza , dah tak sama dah and bila bekerja, lagi la life langsung berbeza.. So, just enjoy je apa yang ada di depan mata sekarang =))
Peace!
wife saya dulu belajar kat fspu uitm shah alam tu...hihihih
ReplyDeletemmg tough gila course architect ni, bila ada projek, manjang dia kata kena tido kat studio sampai pagi,nak siapkan model...lepas tu kalau lecturer tak puas hati, kena design balik...huhuhuh..
saya selalu dengar/baca pasal " remote sensing" tu..
Apa benda yg di sense secara remote tu?
saja lah nak tau,nak tambah ilmu..hahaha
doc, owh isteri doc arkitek rupanya.. tak sangka pulak doctor kahwin ngan arkitek.. biasanya, selalu dengar doctor kahwin ngan doctor je, ataupun doctor kahwin ngan nurse.. tak pun doctor kahwin dengan ahli farmasi..sebab 1 bidang senang memahami..
Deletedoc, remote sensing tu salah satu bidang satelit.. satelit kat angkasa lepas tu ada banyak, so remote sensing salah 1 lah
bukan senang nk dptkan diploma, ijazah, master n phd pula banyak cabarannya tu ...semoga berjaya dgn cemerlang.
ReplyDeleteterima kasih kak paridah tolong doakan. tq
DeleteMula baca entri dgn senyuman, akhiri dengan senyuman jugak. Gigih Intan belajar, moga phd akan berjaya ada dlm genggaman. All the best, ye :)
ReplyDeletetq Farrah sebab baca entri kite ni.. hehe
DeleteSeronok baca. Saya personally kagum dengan insan2 yang gigih tuntut ilmu hingga ke peringkat tertinggi. Sebab saya malassssss :)
Deletenice tips Intan..kalau sis masih belajar mesti akan jadikan guide
ReplyDeleteok, ok no hal jm... cepatlah jm sambung belajar.. hehehe
DeleteKagum sangat dengan orang yang belajar sampai PhD ni. Saya ni tak tahu lagi nak terus buat master's ke atau nak kerja dulu. Takutnya bila fikir pasal masa depan ni.
ReplyDeletehehehe.. farah, buatlah keputusan yang terbaik.. kalau susah sangat, buat solat istikharah dulu
Deletemaaak aaaih segmen ni.. tabik spring ahahaha..
ReplyDeletect, tabik spring kat orang yang organize ni.. hehhee
DeleteSalam singgah, terima kasih sebab sudi join. Actually segmen ni dilanjutkan lagi. Jadi promote ramai-ramai k. Again, thanks. :)
ReplyDeletehttp://studioous.blogspot.com/2015/02/1st-segmen-kerjaya-blogger-ipt-by.html
ok, hopefully saya dapat menang.. hehe
DeleteAll the best, Intan!
Deletewaaaa.... teruja baca yang ni... hehehe... NICE...
ReplyDeleteSalam nk tnya sya dpt kursus urban planning ni jgk so just curious lps degree nnti leh smbg ape utk master 4 this course selain yg akak nye remote sense n GIS tu. Tq 😀
ReplyDelete