Tips Moden Merawat Gastrik

in , , by dorsett pink, May 26, 2015


Aku merupakan seorang penghidap penyakit Gastrik. Teruk jugak gastrik aku. Sakit sangat bila gastrik menyerang. Sampai muntah-muntah and tak boleh bangun la. Nak pulak bila puasa, terpaksa la ganti puasa. huhu (sedih).
 Aku dapat gastrik ni sejak dari zaman Universiti, sejak ambik Diploma dulu. Puncanya aku selalu skip makan. Aku lagi pentingkan kerja (sebab nak kejar deadline), dari makan. Bagi aku makan ni boleh kemudian, bila kite free kita boleh makan..
And end up, bila dah selalu sangat skip makan, ambikk kooo!.. Terus dapat gastrik tahap serius. Tapi tak la kritikal lagi sampai kena Sakit Ulu Hati.. Aku pernah buat skop (Gastrointestinal Endoscopy) kat Hospital KPJ Tawakkal. Alhamdulillah result scop aku, aku tak ada penyakit yang serius. It just gastrik biasa saja..
So, aku kena standby makanan setiap masa dalam handbag. Bila lapar je atau bila rasa angin dah masuk perut, terus ambik makanan, even biskut pun dah cukup untuk jadi savier. And lagi satu, aku standby, ubat gastrik kat dalam umah and dalam handbag. Ubat ni wajib ada. Aku dah tak boleh makan ubat gastrik yang cecair warna putih tu, tak jalan. So, specialist bagi ubat gastrik dalam bentuk kapsul. Alhamdulillah, ubat tu membantu tapi tak sesuai untuk ibu mengandung dan breastfeeding mother.
And aku perasan aku dah tak ada gastrik dah sekarang.... Masa awal-awal pregnant dulu, selalu gak kena gastrik sebab aku tak boleh nak makan. Bila makan jer, muntah. So aku tak makan la. Bau makanan pun buat aku muntah (dugaan ibu mengandung). Tapi sekarang dah tak ade gastrik dah. Alhamdulillah..
Apa ubat Nye? Apa tips Nye?
Aku minum air yakult setiap hari. Ada orang cakap kat aku (aku dah lupa siapa), dia kata bila minum air yakult ni dapat merawat gastrik. Aku cuba jer lah, mana tau menjadi. Lagipun air ni sedap.
Aku minum yakult, sehari 1 botol kecik tu. Dalam fridge memang ada stok. Lama-lama, dah berbulan-bulan minum, Alhamdulillah Nampak kesan. Gastrik aku dah hilang..
Syukur sangat

Itulah tips zaman moden aku untuk merawat sakit gastrik. Kalau tips tradisional , ada orang cakap kena makan bawang putih. Aku tak tahu la betul ke idak..
Bila pergi travel, tak susah. Sebab yakult ni ade jual je kat mana-mana. Kat lebih 100 buah Negara. Tapi aku selalu beli yakult yang warna biru. Less sugar and tak manis sangat..
Korang yang ada gastrik, try la minum yakult ni.. Hopefully menjadi dan sembuh macam aku =))
Tq for reading !

Avani Sepang Gold Coast

in , , , , by dorsett pink, May 25, 2015
..From my last post ..
 
Last weekend my family and I went to Avani Sepnag Gold Coast Resort for our "short escapes". Or in other word, our short vacay.. Follower my blog pasti tahu kan yang aku akan pergi mana-mana untuk bercuti (dalam Malaysia) at least sebulan sekali. And I do call it as our Short Escapes.. to escape from our daily routines.
 
And Avani Sepang Gold Coast is really amazing.. Tak lah jauh sangat dari KL, dan tempat die sangat best.. Cuma, bab makan die mahal sikit la and yet tak lah sesedap sangat taraf 5 star hotel. Tempat ni selalu penuh. Ramai foreigner datang sini. So , kalau nak stay sini, book la awal-awal..
 
Kat sini, ada banyak sangat aktiviti yang pihak hotel provide untuk guest kat sini. So, kite tak lah rasa bosan duduk sini. Tak keluar pun takpe, macam-macam boleh buat. Boleh pergi swimming, cycling (rent bicycle for only rm10/day), beach activity (ada zumba, kayak, volley ball, sailing), ada extreme game such as macam paint ball, atv, ade go-kart and macam -macam lagi lah. Untuk kids pun, ade banyak sangat programme .. So, kidz pasti happy stay sini.
 
Ini view dari udara. (sumber gambar dari pakcik google)
 
Semua bilik /chalet located kat atas air. And  from lobby nak ke bilik tu jauh sangat, so kene naik buggy yang memamg sentiasa ada tersedia. This picture I snap from the lobby area.

Sementara nak check in, Tidur la dulu .. zzzzZZZzzz

Kat sini, ada kidz Club House. So, anak-anak boleh main kat sini. free of charge.. Aktiviti untuk kidz and toddler pun banyak. Ade swimming class, ada batik painting, ada colouring, ada t-shirt painting, and macam-macam lagi lah. Zumba untuk kidz pun ade.. 



Kidz Club House ni besar, so boleh muat ramai kanak-kanak dalam satu-satu masa

Seronok betul FL main..

Swimming Pool, located at the middle of the guest's room


 
 

Ini bilik-bilik hotel. Setiap satu cabang ni, dipanggil trunk. And jarak bagi setiap satu trunk ni 5 km. So, kalau nak jogging cukup dah satu trunk ni... Berpeluh ketiak mak jahh ni..

 

Ini masa pagi-pagi ketika fajar menyinsing... Sejuk jer.. (View from my room)

Ini breakfast meal untuk mummy sorang jer... hehe.. (Melantakk)

Budak kecik ni breakfast makan roti jer..

Ni masa air surut, Nampak tiang je mamacak. Kalau terjun, confirm tak lemas..

ini chalet yang aku duduk. Dalam 1 chalet ni ade 2 bilik..

Ni pun masa air surut

Ini living room

ini master bedroom. (abaikan katil yang bersepah tu, ade puteri sedang beradu. hehe)

View dari bilik aku.. Setiap bilik ade disediakan pelampung kecemasan tu. In case kalau emergency

Panas terik sebab kat tengah laut kan... Membakar kulit.. So, Puteri Lilin terpaksa  ditutup dengan nursing cover.

Indahnya langit membiru

Lantern. Ini design lampu kat lobby

Buluh.. Ini atap kat lobby. Depa guna buluh jer..

Bicycle is a main transportation kat sini selain dari buggy. Housekeeping pun guna bicycle jugak nak bersihkan bilik ke bilik. Kalau tak guna bicycle, manapak la jawabnye..Bicycle boleh sewa Rm10 sehari. Kalau nak berjalan kaki, boleh jugak, exercise sikit tapi larat ker nak jalan kaki...

Mummy and daughter

My BFF
 
Ok. itu saja..
Kalau nak info tentang hotel ni, boleh tengok website diaorang
 
TQ for reading !

Breastfeeding :: Penangan Salmon

in , by dorsett pink, May 21, 2015

Penangan makan ikan salmon semalam. Hari ni pam, terus dapat 10oz utk 1st session. Biasanya bila pam dapat 6-7oz jer sekali pam. Aku perasan, bila makan salmon, susu jadi meriah.. Thus, salmon is one of my milk booster..

But, nak makan salmon hari-hari, mencekik jugak.. Sebab salmon mahal.. Tambah gst lagi mahal.. Sob-sob-sob..

Short Escapes - Sepang Gold Coast

in , , , by dorsett pink, May 21, 2015
Weekend baru-baru ni kami bercuti kat Avani Sepang Gold Coast Resort,kat Bagan Lalang ,Daerah Sepang. Ini percutian kedua untuk Bulan Mei. Masa cuti labour day hari tu,kami bercuti kat A'Famosa Resort. So, kali ni pergi dekat-dekat jer la.. 

Nak kata dekat sangat dari KL, tak jugak.. Sejam setengah jugak la dari KL. Sampai aku boleh tidur la dalam kereta tu, lena jugak.. Bangun-bangun, yeay dah sampai. Hotel ni die kat hulu sikit, jauh jugak la dari Pekan Sepang.. 

Walaupun jauh dari Pekan and Bandaraya KL, tapi hotel in ramai orang. Selalu penuh. Kalau tak booking awal-awal, tak dapat la.. Best sangat stay sini, banyak aktiviti kat hotel ni. Tapi nanti la aku cerita panjang-panjang. Hari ni aku bagi intro dulu.. Sebab FL tak sihat skrang (demam and cirit-birit..)
I like this landscape so much!

Indahnya langit ciptaan Allah Taala.. 
Bila air surut, nampak tiang jer, kalau terjun dari bilik, confirm tak lemas..  

My Breakfast

in , by dorsett pink, May 15, 2015
 
Oat + Yogurt + Strawberry
 
My breakfast today and yesterday.. He he.. Dah 2 hari dah aku sarapan benda yang sama.. Sebab sedaap hingga menjilat jari.. Hehehe.. Inspired from Neelofa.. Tengok Neelofa post gambar breakfast mcm ni kat instagram, terus aku gi kedai beli buah strawberry instead of raspberry (sebab Lofa guna rasberry).. Aku tak suka raspberry, aku suka strawberry.. 
 
Oat and natural yogurt dah soap tersedia  dalam peti ais, memang ada buat stock simpan dalam fridge..
 
Rasa dia sangatlah yuuuuummmmmyyy.. Cuba lah.. =))
Sambungan dari Part 1..

Setelah puas berusaha, berusaha, berusaha dan berusaha..
Setelah puas pujuk, pujuk, pujuk, pujuk dan memujuk..
Semuanya menemui jalan buntu...
FL tetap tak nak makan.. Dia tutup mulut rapat-rapat..
Kalau ada makan pun, dia makan buah (fruits) je, tapi tu pun sikit jer..
Pernah sekali dia makan quinoa sampai licin pinggan (and yes, she loves quinoa so much), tapi itu pun sekali jer lah.. Pastu dah tak nak dah..

Huhuhu..
Risau sangat sebab anak tak nak makan, nanti berat badan lagi turun...
Puas meng 'google ', tengok pengalaman orang lain...
Macam-macam tips aku dapat dari hasil google..

Antaranya, bagi mandi dengan air daun kaduk atau daun kucai (bilas selepas mandi, tak yah lap) untuk 3 petang berturut-turut..
and yet, aku buat.. GAGAL

Lepas tu, tukar menu hari-hari.. and yet GAGAL

Dan macam-macam lagi lahh.. semuanya menemui jalan buntu..

And aku terpaksa merujuk hal ni ke dietitian

Aku buat appointment untuk sesi counseling dengan Dietitian , Hospital Gleneagles..

Masa call dieorang through phone pun, dieorang sangat peramah and sangat helpful..

So, masa jumpa tu, dia Tanya detail la apa yang Fl makan sebelum ni and die Tanya punca FL tak nak makan, and of course aku cakap sebab dia nak tumbuh gigi, but lepas tumbuh gigi tu die terus tak nak makan..

After 1 hour counseling, end up, dia buatkan Diet Plan untuk FL..

Diet plan ada dicatatkan jam berapa FL kene makan dan kene makan apa..

Tips nya - kene bagi anak makan sendiri, jangan suap kan die.. Bila dah anak dah bosan, baru suapkan die...

 

So, aku ikut jer jadual tu, and bagi FL makan sendiri, guna pinggan kaca yang aku dan ayah dia guna.. Alhamdulillah dia makan.. Hari pertama nangis-nangis la jugak. Hari kedua makan sikit, hari ketiga, makan banyak sikit, hari keempat, dah start makan banyak..


Ini meals Fl hari-hari. So, setiap hari aku akan buat meal plan ni untuk meal esokkannya sebab aku ni cepat lupa kalau tak tulis cegini.... Setiap hari stickty notes ni akan bertukar..


Thus, FL kini dah makan  =)) Alhamdulillah..... Thanks GOD..
© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE