Wednesday, September 23, 2015

My "Handbag"

Assalamualaikum..
 
Hari ni aku tak de mood sebenarnya.. I'm in Blueess... sebab esok dah cuti.. Tapi aku masih lagi "disini", menghadap tesis yang dah naik muak aku tengok ni.. Tapi apakan daya, demi segulung ijazah , aku gigihkan juga... Lagi pun aku tak balik kampung untuk sambut Hari Raya esok, jadinya lebih baik aku ke library dan siapkan apa yang patut sebelum cuti panjang ni... Esok, baru nak plan nak short escape ke mana....
 
Sambil mata duk terkebil-kebil tengok laptop ni, tak de mood nak tulis tesis, jadinya aku buatlah entry ni - "My Handbag"..
 
OK, ni adalah "handbag" aku yang aku duk bawak hari-hari pergi universiti.... Hanya ke university saja, kalau aku keluar dating ngan en.suami & anak aku, confirm aku tak bawak handbag ni... hahaha.. Selain dari handbag ni, aku jugak ada bawak beg laptop & "beg kerja" (untuk letak buku-buku & stationary).. Actually, ni "bag organizer", tapi aku selesa jadikan dia sebagai handbag aku.. I bought it from Fashion Valet, jenama Gin&Jacqie
 
Aku selesa pakai "handbag" ni sebab dia ada banyak poket.. Boleh sumbat macam2 macam poket doraemon.. Bag ni ada 7 poket kat luar & 1 poket kecik kat dalam. See! dah koyak! Nampak sangat aku betul-betul lenjan bag ni, fully utilize.. So, ada chance la nak mintak dengan en.suami "handbag" baru. hehe
 
 
Ni kat dalam bag.. Aku letak purse, beg mekap, tumbler air panas/air sejuk & sepasang sudu & garfu (dalam beg kecik warna pink tu).. Sudu garfu tu, kalau aku tak bawak lunch box, aku letak la dalam "handbeg" ni, tapi kalau aku bawak lunch box, sudu garfu ni aku campak dalam lunch box tu sekali..

 

See! dah koyak rabak... 3 poket kat belah luar ni, aku letak hand sanitizer, charger handphone & my 2nd phone.. Masing-masing duduk dalam poket masing-masing...
 

 Ni poket other side pulak, ada 2 poket besar. Satunya aku letak tisu muka & satu lagi aku letak  handphone aku ni.. Sorry hanphone tak ade dalam poket tu, sebab aku tengah ambik gambar ni...
 

 Ni pulak poket tepi. Poket yang ini aku letak - pendrive, matrix card & kunci kereta
 
Poket tepi yang belah satu lagi tu pulak, aku letak wet tissue.. Wet tissue sangat penting bagi aku.. Mana tahu tetiba, hidung keluar hingus, dan-dan tu la nak lap guna wet tissue...
 
So, itulah cerite pasal poket doraemon aku......
OK lah, TQ for reading everybody..
Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha !
 

8 comments:

  1. Cantik beg poket doraemon kak, boleh isi segala barang keperluan :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la boleh isi semua barang.. sebab tu suka sangat. hehe

      Delete
  2. Mmg mudah beg cam gini... sumbat je apa yg patut ikut poket masing2... saya pun ada satu... tapi guna utk brg anak2, time pi jalan yg mkn sehari...

    ReplyDelete
  3. hehehe you should get a new bag kakak =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok CT. nanti akak bei beg baru, akak post kat blog ni k. hehe

      Delete
  4. mudahh..organize..chayok sis.smg diberikan kemudahan dan ilham dalam menulis thesis. a tough part.huhu

    ReplyDelete