Assalamualaikum...
FYI, aku dah selamat pulang ke bumitercinta ni last week tapi sorry tak sempat nak update. Hari ni baru nak mula bercerita... Jangan jemu pulak ye dengar aku membebeell...
#Departure
Aku ambik ticket Air Asia X dari KLIA 2 ke Kansai International Airport (KIX). Flight return untuk 3 orang (sorang infant) dapat RM 2,500. Ok lah not bad.. Flight jam 1 pagi. So, aku pakaikan FL siap-siap ngan baju tido, senang sebab sampai airport jer, nak terus check-in, boarding, and tido.. Tak ada masa dah nak layan window shopping merewang-rewang.. So, baju tido la yang paling selesa untuk infant macam FL ni...
Kami tak ambik 'bassinett' untuk FL sebab dia dah besar, dah tak muat duduk dalam 'bassinett'. So , kami ambik seat biasa jer. Hot seat pun tak sesuai untuk FL sebab 'penghadang antara seat' di hot seat tu tak flexible, tak boleh nak buat 'turun-naik'. Aku harap korang paham la apa yang aku maksudkan ni...
Alhamdulillah, flight tak penuh, so, kami dapat extra seat untuk FL. Just paid another extra RM30 ++ untuk extra seat tu. Yang ini, Air Asia akan bagi option kat kita 3 hari sebelum depart. Air Asia akan bagi email.. Kalau tak confirm through online pun, nanti bila naik flight, kalau ada seat kosong, boleh la minta 'option' untuk extra seat tu. Tapi bayaran nya sama jer... I Think kalau confirm awal-awal lagi senang, sebab nanti bila check-in terus dapat no. seat. (Kalau ada infant, tak boleh buat online check-in).
Kami sampai awal di KLIA 2, so ada masa la nak relax-relax jap and tukar nappy FL. Di KLIA 2, baby room ada kat mana-mana jer, so senang untuk mummy or daddy nak pergi baby room either to change diapers or nursing as well.
Muka mengantuk, tengah que untuk check-in
Kat KLIA 2 - posing sebelum naik flight...
Flight dari KL ke Kansai ambik masa 7 jam..
Beza waktu antara KL & Jepun, Jepun cepat sejam..
Ni dah pagi. Time bangun solat subuh.
So, bila dah bangun, buat rondaan cabin la nak tengok semuanya OK tak...
Kot-kot la ada yang perlukan bantuan, bolehla FL tolong bagitau kat cabin crew..
(She was wearing H&M Sleepsuit - #leenaootd)
SubhanaAllah. Cantiknya ciptaan Allah bila fajar menyinsing.
Solat subuh kat tempat duduk jer (solat duduk - ambik wudhu kat dalam toilet).
Picture ni aku snap masa waktu subuh. Waktu tu jam 5 pagi kalau tak silap aku.
So, masa ni breakfast dah siap terhidang atas flight..
Flight landing jam 7 pagi. Waktu tu, dah cerah giler macam jam 9 pagi waktu Malaysia..
Kat Osaka, waktu siang die kejap jer. Jam 4.30 petang dah maghrib...
#Arrival
Kansai International Airport (KIX) merupakan airport no.1 di dunia dalam handling baggage yang mana bagasi/luggage tak pernah hilang walaupun 1 baggage sejak die mula beroperasi pada tahun 1994... Hebat kan... KIX tersenarai dalam Guinness World Record & Skytrax listing as the top airport of baggage handling.. Hebat kan!
Biasanya, sebelum travel, aku akan survey siap-siap facilities yang ada kat airport tu supaya senang keja aku nanti, tak ada lah tercari-cari... And aku jugak akan survey pasal benda-benda yang wajib aku tahu sebelum sampai kat destinasi tu..
Contoh :
My Traveler Note Book for Osaka - Kyoto Trip 2015
1. Baby Room
So, untuk baby room, KIX ada 4 buah baby room.
1) Selepas kastam check, keluar gate arrival, terus jumpa baby room depan mata (bawah escalator- south wing).
2) Kat dalam departure hall
3) Kat Dosmestic Terminal
4) Kat dalam Aero Plaza - depan stesen keretapi
Baby room di KIX. Selesa dan Bersih.. Air panas nak buat susu pun ada..
2. Surau
Kat dalam KIX, ada 3 buah surau. Surau die bersih & cantik. Siap ada tempat ambik wudhu dalam surau, and kat dalam surau perempuan ada telekung tapi tak banyak la... 2 surau kat departure gate (international departure) and 1 lagi kat Terminal 1, Tingkat 3. Dekat dengan kedai makan..
Surau kat Departure Gate tu (kene lepas immigration dulu, baru boleh ke surau), kat hujung sekali, kat Gate no.26, tapi nanti naik jer train (macam aero train kat KLIA tu) ke gate mana pun sebab train tu akan berhenti di floor & terminal yang sama.
Credit picture to pakcik Gugel
3. Tempat Makan dalam KIX
Ada 4 buah restoren Halal kat dalam KIX ni yang dapat sijil Halal dari Malaysia. So, tak susah nak cari tempat makan kat sini... Boleh refer, click entry ni.
# From Kansai to Kyoto
Dari KIX, aku naik tren 'HARUKA' ke Kyoto. The journey took about 1 hour and 30 minutes... Laju gak la... Tiket untuk Haruka ni (dari KIX ke Kyoto) - 2060 yen.. Haruka ni under JR Train Company. So, kite kene naik ke Tingkat 2, pergi ke Kansai Airport Railway Station. Kalau korang nak pergi Osaka ker, Nara ke, Kobe ker dengan naik train, semuanya naik kat sini..
Ni train station nye. Kat sini cuma ada JR & Nankai Rail jer..
Kat sini, ada Pass untuk tourist. Maybe lagi murah kot. Ada Haruka pass, ada Kansai Wide area pass, and macam-macam lagi lah.. KOrang boleh pilih nak pass yang mana. Tapi ada pro& cons nye. Sebab pass tu tak cover untuk semua jenis train. Ade tu cover JR train jer, ade tu cover subway jer.. So, pilihla yang mana berkenan.
Ni harga pass nye..
Kitaorang tak ambik pass tu sebab pass tu tak cover semua, so kiteorang beli kad "Touch & Go". Kad ni nama die "ICOCA". Kad ni boleh guna untuk train mana-mana pun even subway pun boleh. Harga kad ni paling kurang 1,500 yen, nanti kalau dah habis duit tu, boleh top-up kat mana-mana train station. Maksudnya, bile beli kad ni, kat dalam tu ada duit 1,500 yen. Bile nak balik ke Malaysia, pulangkan semula kad ni, and kita akan dapat 500 yen semula..
Ini kad 'touch & go' aku. Comeyy.. Ada gambar Hello Kitty
Ni kalau 'one-way ticket'. Bukan Huawei OK!
Sementara menanti que, nak beli tiket train
Ni dia HARUKA train. Aku ambik tiket yang free seating.
So, boleh duduk kat mana-mana jer.
Kalau penuh, nasib la korang kene berdiri. Tapi biasanya tak penuh la..
Free-seating ni duk kat coach No. 4 , 5, 6 jer..
Kalau yang book seat, duduk kat Coach No. 1-3,
tapi tiket nya 2 kali ganda dari tiket yang aku bayar tu..
Kat dalam train ni, ade vending machine. Kalau rasa dahaga, boleh beli air kat sini...
Interior dalam HARUKA Train. Kerusi ni boleh pusing-pusing tau.
Macam ETS la, tapi lagi advance dari ETS. Aku rasa pihak KTM (Keretapi Tanah Melayu) boleh upgrade kan Train ETS jadi macam ni, ada tempat letak bagasi besar-besar (ETS tak ada ruang untuk letak bagasi besar)..
During long-journey train like this...
Layan gadget la jawabnya si kecik ni...
Kalau tak, habis 1 keretapi die buat spot-check..
#Kyoto Train Station
Bila naik train, train akan berhenti di Kyoto Train Station. Train station ni meriah la.. Mana-mana train station kat Jepun ni pun meriah, ramai manusia... And bagi aku, architecture train station ni moden. Nampaklah die punya modern style architecture tu.
Kat sini atau mana-mana tempat di Jepun ni tak "baby-friendly". So, bagi aku yang bawak stroller, jenuh la nak mencari lift (orang Jepun tak panggil lift - dieorang panggil "elevator"). Kat Jepun ni orang banyak guna tangga, even warga emas kat sini pun dieorang lagi selesa guna tangga atau escalator.. So, baby wearing is the best choice to travel. But, we also do need a stroller as well.. Alhamdulillah, aku punya stroller, "travel-friendly" as it is Made in Japan.
Inside Kyoto Train Station
Kyoto Train Station
Kyoto Tower - betul-betul kat depan train station ni
Aku guna stroller hitam belang-belang ni jenama 'APRICA'.. Model 'FLYE'.
Made in Japan. Very light weight - only 5 kg.. Boleh fold & unfold sebelah tangan jer..
So senang bawak travel kemana-mana pun, sebab boleh angkut ngan sebelah tangan jer..
Even tak ade daddy pun, mummy boleh handle sorang-sorang...
Teksi di Kyoto.
Pemandu teksi kat sini pakai topi macam topi kapten kapal bila ada passenger.
Bila tak ade passenger , dieorang tak pakai topi
So, itulah kisah departure and arrival aku untuk trip kali ni sehinggalah aku selamat tiba di Bandar Kyoto.. Nanti aku cerite pasal Kyoto di lain hari k.... Thank you for reading u oll...