FL akan travel tak lama lagi.... So, kenalah update passport kalau tak , tak lepas imigresen nanti sebab muka dia dah berubah.. FL buat passport first time last year, masa nak ke Melbourne.. Dah setahun masa berlalu, for sure muka dah berubah. Sebab tu kena tukar gambar even passport masih lagi valid. Passport dia kami buat untuk 5 tahun. So masih ada lagi 4 tahun.
Proses tukar gambar passport ni FREE jer, tak yah bayar sesen pun.. Hanya perlu bawak dokumen ni:
1. Gambar passport terbaru (background putih) - 3 keping
2. Sijil lahir anak - Original & fotostat
3. IC mak / ayah / penjaga - Original & fotostat
4. Isi borang tukar gambar... Borang ni ambik kat Pejabat Imigresen Bahagian Passport tu la....
** JANGAN LUPA bawak anak sekali... Ada kes Hamba Allah tak bawak anak sekali, dah jenuh nak kena balik umah pulak ambik anak...
Aku buat proses ni kat Pejabat Imigresen Putrajaya, located at Menara Ikhlas (depan Perbadanan Putrajaya). Masa pergi tu, aku tak bawak gambar passport sebab aku tak jumpa kedai gambar kat Putrajaya ni... Aku rasa sekarang ni, it's very hard to find photo shop. Sebab sekarang, orang dah tak tangkap gambar kat kedai dah, orang cuma hantar kedai untuk cuci gambar jer...
Dulu aku selalu pergi kedai gambar kat Presint 15 tapi sekarang kedai tu dah tutup. Dah lingkup agaknya... So, aku dah tahu kat mana lagi nak cari kedai gambar. Then, aku redah jer Pejabat Imigresen, Bahagian Passport tu. Dia cakap kena ambik gambar dulu. Then aku cakap la terus terang, aku tak jumpa kedai gambar... Pastu, dia cakap, ada kat bangunan sebelah (Bangunan Jabatan Imigresen), kat Tingkat 2...
So, aku pun pergi lah ke Tingkat 2 bangunan sebelah tu , ambik gambar. RM15 utk 4 keping. Even kat situ pun, ada perkhidmatan fotostat & print surat.. So senang la kalau nak buat urusan visa (Malaysia) and permit kerja (bagi pekerja asing).
Aku tak perlu tunggu lama pun. Sebab tukar gambar ni kejap jer. Lagi satu sebab baby / kanak-kanak buat urusan di Kaunter Khas.. Khas untuk kanak-kanak.. So, cepat la... Tunggu 30 minit, passport dah siap.. Alhamdulillah...
Ini gambar yang paling latest... Masam je muka - muka mengantuk..
wefie kat Pejabat Imigresen
Taadddaaaa..... ni rupanya.. So, Sekarang dah dapat green light untuk fly... Lepas ni boleh lah gi travel lagi ngan mummy & daddy..
Baby memang cepat berubah jgn kata setahun 5-6 bulan pun dah lain.
ReplyDeleteCuma cute tetap cute kan... kakak suka tengok gambar budak-budak:)
Nak terbang manalah pulak kali ini
nak terbang kemana? ahhahaha.. tunggu entry seterusnya
DeleteDah email sekali lagi
ReplyDeleteWait and see whether you will receive it not..
kak zzakie.. dah dapat dah emel akak.. tahnk you.. and sorry sebab terpaksa bersusah-payah.. hehe
DeleteTravel lg dia Cikna ni smpi ke tua la xde passport,huhuu... Skunk ni mmg ssh nk jmpa kdi gmbr ritu wat gmbr passport rm12 utk 4pcs tanpa cd
ReplyDeleteWAH DH BESAR BABY DP MAKIN COMEL..NANTI KAK EMEL ALAMAT KAK YA...TQ DP.
ReplyDeletewahhhh nak ke mana tu adik kecik comel..?
ReplyDeleteIntan..biasa kalau kita pegi buat passport mean kalau tukar passport baru yg dh tamat x perlu bawak gambar kan sbb terus ambil gambar semasa di kaunter BUT kalau nk tukar gambar..masih guna passport lama cuma perlu bring together gambar baru tu eh...pastu gambar baru tu dorang just lekat je atas passport lama tu
ReplyDeletelagi satu berkenaan tempoh sah passport antarabangsa tu kan 6 bulan...6 bulan means kira dari tempoh berangkat or dari tempoh berangkat sehingga tempoh kita balik..
ReplyDeletemcm ni...katakan passport sis JM tamat 28 Jun 2017 then sis JM ada trip on 17 Dis - 26 Dis 2016...jadi tempoh valid passport 6bln tu di kira dari date pergi o date balik ..ke perlu tanya imigresen ;p
oooo...kat tkt 2 yg ada kafetaria tu ehhhhh....selalu g beli makanan jer kat situ...xpasan lak ada kedai gbr....sebelah kedai mamak tu eh DP....heheheh
ReplyDeleteSeronoknya FL nak travel lagi,..monyok muka tu sebab mengantuk ye :)
ReplyDeleteanak2 aida ada passport :)
ReplyDeletetapi x pernah travel oversea lagi hu hu hu...
InshaAllah, nanti ada lah rezeki tu
Deletehehe...comel aje muka dia dalam passport
ReplyDeletewah syok nya nak p travel adik cute =)
Hai, Intan! Hai, FL! Masih dalam mood cuti2 Jepun lagi ke :)
ReplyDeleteSalam hi nak tanya, ambil nombor dulu kat menara ikhlas ke better pergi ambil gambar siap2 baru ambil nombor ya?
ReplyDeletewasalam Melor,skrang ni dah tak perlu bawak gambar sendiri. Nanti masa apply buat passport, dia ambikkan gambar kita sekaligus masuk dalam sistem kat jabatan imigresen tu.
DeleteBut in case kalau untuk infant or baby kene bawak gambar sendiri, u pergi dulu ke kaunter ambik nombor dulu, sebab biasanya lama nak menunggu giliran tu
Melor, better bawak gambar pasport siap-siap dari rumah. I means pergi ambik gmbar hari lain, and pergi ke pejabat nak buat passport hari lain. Tak lah kelam bkabut nanti
Delete