Kyoto, Japan :: Arashiyama & Bamboo Forest

in , , , by dorsett pink, December 07, 2015
Sambungan dari entry ni- "Travel :: Gion, Kyoto"
Untuk entry yang lepas - pasal Gion.
Ramai yang tanya aku, boleh sewa kimono tak kat situ & aku pakai tak kimono?
Jawapannya : Aku tak pakai kimono kat sana sebab tak nak membazir duit bayar sewa kimono.
Kat Gion, boleh sewa kimono, harga die 3000yen untuk sepasang kimono..
So, tepuk dada tanya selera, nak sewa ke tak..
Aku dah tepuk dah dada aku, and hati aku kata "TAK PAYAH!"..hahaha
 
********************************************
Selepas gi Gion, aku terus gerak ke Arashiyama semata-mata nak tengok Bamboo Forest...
 
How to get there :
 
1. Dari Gion, aku naik train 'Hankyu Kyoto Line', kat stesen "Kawaramachi".
2. Pastu, stop kat stesen "Katsura", tukar train naik 'Hankyu Arashiyama Line'.
3. Then, terus menuju ke stesen paling last , stesen 'Arashiyama'.
 
Aku diberitahu oleh tourist information counter, yang aku kene berjalan kaki 20 minit untuk pergi ke Bamboo Forest. Dengar je 20 minit - "what!!".. Macam nak pengsan dengar kena berjalan kaki 20 minit.. Sebab aku duk terbayang kat Malaysia kalau nak jalan kaki 20 minit, memang berpeluh semua baju , basah dengan air peluh jer pastu pulak dengan bawak anak kecik.. huhu..
 
Nak tak nak, aku terpaksa berjalan sebab dah tak ada cara lain untuk ke sana melainkan dengan berjalan kaki. Rupa-rupanya ramai giler  orang jalan kaki, so ok lah, tak terasa la jauh tu, plus pulak dengan cuaca yang sangat sejuk, memang tak berpeluh la ketiak aku & baju aku confirm tak basahla dengan air peluh..
 
Ok, keluar jer gate train station "Arashiyama" ni, korang akan Nampak kedai runcit AEON kat sebelah kanan. So, kalau nak beli apa- apa, boleh la beli kat AEON ni. Kedai runcit AEON kat Arashiyama ni sebesar 7-eleven jer... kecik jer, bukan macam pasaraya AEON yang biasa kita Nampak. Kiranya kat Jepun ni, AEON ni multi-level shopping retail, dari sekecik-kecik kedai, sampai sebesar-besar One Utama..
 
Lepas nampak kedai runcit AEON sebelah kiri, terus je jalan ke depan. Follow je adik, kakak ,abang, makcik, pakcik kat depan tu. Sebab dieorang pun nak ke sana jugak... Jalan punya jalan, then korang akan jumpa dengan jejantas macam dalam gambar bawah ni..
 


Jejantas ni sebenarnya merentasi sungai ni.. See sungai die.. Sangat-sangat jernih...

Pastu, kita akan jumpa sungai yang besar ni pulak... memang nyaman lepak kat sini...

Lagi nyaman bila dapat ambik gambar selpi bawah pokok tak de daun ni...
 
Tak tahu dah nak cakap apa.. Terpegun sangat tengok air sungai die yang sangat-sangat jernih.. Siap boleh minum lagi. Semua sungai kat Kyoto & Osaka macam ni.. Bersih TERSANGAT-SANGAT!

Ramai orang lepak & beriadah kat sini.. Ini 'Nakanoshima Park'

Pastu, jalan depan lagi akan jumpa dengan jalan besar (jalan utama),
and nampak beca Jepun ni.
Ni beca tradiosional Jepun.
Kalau kat Tokyo tu, boleh nampak benda alah ni kat 'Asakusa'.
Sape yang tak larat nak jalan, boleh naik beca ni pergi bamboo groove..
Orang yang bawak beca ni tahu cakap melayu sikit-sikit sebab
ramai sangat pelancong Malaysia datang sini especially Malaysian Chinese.

 

Then,kene lalu 'Togetsu Bridge' ni. Bridge ni cross 'Hozugawa River'. Kat River ni ada boat cruise. Traditional Japanese Boat Cruise.. Cuba lah try. Aku hari tu tak naik pun..
 

Ini die Pekan Arashiyama..


Ini Bandar Jepun lama. Dieorang amsih kekalkan estetika tradisional Jepun zaman dulu-dulu termasuklah dari segi pedestrian walk, street lighting, shop house, residential house , pendek kata kalau nak tengok Bandar Jepun zaman dulu-dulu, kat sini lah tempatnya...

Aku suka sangat style ni. Ni gate rumah local people kat sini.. Sangat-sangat klasik kan. memang real Japan! 
 
Nak sampai ke Bamboo groove tu, korang akan jumpa banyak Shrine & Temple kat sepanjang jalan tu.. Even kat Arashiyama ni memang banyak sangat shrine, tak terkira aku betapa banyaknya..  Bamboo Forest ni terletak kat 'Nonomiya Shrine'. Kiranya, on the way nak sampai ke 'Nonomiya Shrine', kita akan lalu dengan kawasan bamboo ni..
 
Ni die jalan masuk ke 'Nonomiya Shrine'. Kecik je jalan nya



See! That's bamboo..

Ni pulak kubur orang Jepun kat sini.. Kalau tak pernah tengok macam mana kubur masyarakat Jepun, inilah rupanya. Aku pun first time gak tengok ni...

Dah 20 minit berjalan, akhirnya sampai lah ke  'Nonomiya Shrine'.
 
Dah sampai ke shrine ni, aku tak stop kat sini je tau, aku terus jalan lagi ke depan sebab aku nak cari tempat strategik untuk 'bersolat'. And kat depan tu, view die lagi cantik...

Ada banyak beca yang menanti penumpang. Kalau malas nak jalan kaki, naik je beca ni...
Harganya aku tak tahu berapa..
(tak sesuai untuk orang yang bawak stroller macam aku,
tak de tempat nak letak)

also, U can see autumn foliage here!
 
 
The Bamboo Forest Trail
 
And finally, u reached here (gambar bawah ni)
Ni laluan train, so kena tunggu train jalan dulu, baru boleh cross the road 
 
 
Since hari dah petang, kiteorang nak kene solat.. So, nak kene cari tempat yang strategik untuk ambik wudhu (bekalan air dalam beg dah habis) & bersolat.. So, jalan punya jalan, kiteorang jumpa padang permainan. Padang ni padang sekolah - elementary school. So, budak-budak yang main kat sini semua pakai name tag..
 

Tengok! Si budak kecik tu nak join sekali main bola dengan abang-abang

Kat padang ni ada toilet & ada baby room (but no nursing k)..So, kiteornag ambik wudhu kat sini & tukar diapers FL sekali kat sini

And kiteorang solat kat tepi toilet ni... Tempat die bersih & tak berbau langsung.. So, boleh solat dengan tenang.. Aku memang ada bawak sejadah dalam beg. And tikar tu, kebetulan ada kat situ, jadi we all guna lah untuk alas & bentang sejadah yang aku bawak...
 
Aku guna diapers beg ni.. "Ju Ju Be - Be Right Back".. Die ade banyak poket macam poket doraemon, so aku boleh sumbat banyak barang dalam ni termasuklah sejadah..
 
**Tips untuk solat : Mungkin korang boleh spare 1 botol air kosong dalam beg in case takut tak ade or tak jumpa punca air  untuk ambik wudhu'..

Lepas solat, kiteorang terus balik hotel naik JR train. Jalan pulang, kiteorang tak ikut jalan yang dating tadi, sebab jalan tu gelap (takutlah dalam gelap), so, kiteorang cari train station lain yang dekat-dekat dengan situ. Cari train station through the map along the road side..
 
** The end, nanti aku sambung lagi..
Thank you for reading!

SHARE 20 comments

Add your comment

  1. MENARIKNYA BANYAK TEMPAT YG DILAWATI N WAJAH YG BERSELPI BERLATARKAN POKOK YG XBERDAUN TU CANTIK MANIS SEKALI...

    ReplyDelete
  2. Thank you kak paridah.. kembang hidung saya akak puji saya. hahahha

    ReplyDelete
  3. Membuat akak rindu dgn japan lah u ni.

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. kan mahal kan? tak sanggup saya nak membayar nye

      Delete
  5. "ollow je adik, kakak ,abang, makcik, pakcik kat depan tu. Sebab dieorang pun nak ke sana jugak... ".. kalu masuk jamban.. ikut.. he he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha... tak kan semua ramai2 masuk toilet kot ss

      Delete
  6. Kakak rasa letih dan penatlah DP hihi...
    Sebab masa baca kakak rasa macam kakak ikut sama:) Best sangat!

    ReplyDelete
  7. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum DP thanks😊 sudi singgah blog akak ya bestnye dpt ronda2 japan, agak2 3000 yen brapa rm DP boleh convert ke Brunei pulak nnt mana tau tersesat kt japan bila2 nnt

    ReplyDelete
  9. Salam kenal DP..

    Puas akak jamu mata dgn gambar2 yg menarik ini..
    Paling akak teruja tengok sungai yg jernih tu..
    Susah nak jumpa kat Malaysia .. sungai bersih macam tu..

    Akak follow #89 jemputlah ke blog kecik akak ye :)

    ReplyDelete
  10. Heheh sayalah antara yang bertanya pasal kimono tu :)

    ReplyDelete
  11. Bamboo Forest ni antara tarikan di Jepun yang saya suka :)

    ReplyDelete
  12. Tengok beca tu, teringat citer Oshin! :)

    ReplyDelete
  13. Seronoknya dapat jalan jalan obersea ye DP....cantik gambo selpie tu

    ReplyDelete
  14. cantik gmbr2 nyer... kat bamboo forest tu tingat kat akk ipar yg terpaksa ke situ sorg2 sbb suami dia g meeting n dia tggl sorg2 x tau nk buat apa dia redah ke sini ;-)

    ReplyDelete
  15. Scenery dekat situ nampak tenang sangat.

    ReplyDelete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE