Friday, January 29, 2016

Yodabashi, Osaka untuk Si Kaki Kamera

Yodabashi, Osaka - tempat yang last aku nak citer pasal trip ke Osaka hari tu.  Kiranya ni penamat entry untuk Trip Osaka-Kyoto, lepas ni entry summary pulak untuk trip ni. Alhamdulillah, at last, aku dapat jugak end up travelogue aku kali ni tak seperti travelogue-travelogue lain, yang tak tamat-tamat.. huhu..
 
Actually, aku singgah di Yodabashi ni sebab nak ke 'Floating Garden' atau nama sebenarnya 'Umeda Sky Building', tapi sebabkan hari hujan, so aku tak dapat la nak berjalan ke sana, plus my baby punya stroller tak ada rai cover, so kami lepak je la kat Yodabashi ni..
 
Serious memang tertawan bila datang sini sebab semua bende (gadjet) ada kat sini. Yodabashi ni ibarat 'Low-Yat, Bukit Bintang' la.. Tapi kat sini lagi happening. Nak Shopping pun best sebab banyak shopping mall area sini.  
 
 
  
Ni baru tiang kamera jer, dah rambang mata nak pilih. Macam-macam harge, korang pilih la mana yang berkenan.

Ni beg kamera. Nak design apa - cakap jer, semuanya korang boleh dapat kat sini.
Tapi soal harga aku tak tahulah sebab aku tak survey harge kat sini..

Ni baru sebahagian dari lampu kamera.. Ada banyak lagi yang aku tak sempat nak snap gambar.. Kamera pun ada macam-macam jenis dijual , dari kamera zaman tok-kadok dulu sampailah ke zaman DSLR la ni.. Kalau 'lens' tak payah cakap la, korang pilih jer mana yang korang nak, semua ada.. Selain dari kamera, barang elektrik & gadjet-gadjet lain pun banyak pilihan kat sini. kalau casing telipon tu, macam-macam design boleh dapat.

Ni majalah fotografi.. Bermacam-macam majalah ada dijual.. Khas untuk fotografi jer..


See! Ni heaven untuk aku si washi tape lover. Macam-macam design yang confirm aku tak dapat nak jumpa kat Malaysia.. So, memang aku beli la jugak washi tape kat sini buat penambah koleksi washi tape aku walaupun harganya agak mahal la jugak..
 
 
Ni area sekitar Yodabashi.. Memnag happening kat sini, sentiasa ramai orang..
 
 
How to get here :
1. Naik subway 'Midosuji Line' (Line warna MERAH).
2. Stop kat Stesen 'Yodabashi' (M17)
3. Pastu cari jalan keluar, naik tangga/lift, terus terpaksa kat depan bangunan ni..
 
 
Arigato-gozaimas sebab membaca..
Jumpa lagi..
Happy holiday everyone!

14 comments:

  1. Sediakan aje duit apa nak dapat ye DP
    Kakak dah agak mesti DP mengangkut washi tape tu - rambang matalah ye:)

    ReplyDelete
  2. Bestnya dapat travel ke Japan, saya belum sampai lagi. Suka juga tengok washi tape tu, itu namanya ye. Cute.

    ReplyDelete
  3. peminat washie tape walau mhl mesti ambik jg penmbh koleksi sedia ada kan DP

    ReplyDelete
  4. Kalau saya yang pergi sini, mahu menggila >.<

    ReplyDelete
  5. Wowww! Kaki gadget & kaki kamera mesti berjam-jam shopping kat sini ;)

    ReplyDelete
  6. Kalau saya, mesti dok rambang mata dekat section washi tapes tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru nak gtau cmtu..
      kak farrah mesti da melompat kalu jmp washi tapes tu

      Delete
    2. huahua.. geng2 kretip cenggitu la.. tah2 berjam2 dok kat sini membelek satu2..

      Delete
  7. wahhhhh!seronoknya....
    nieyl dah la jenis kaki selfie..
    kalau jalan² jauh je bawak dslr tu..huhu...

    ReplyDelete
  8. klu ayu pon rambang mata jugak ni...

    ReplyDelete
  9. peeergh memang tempat best untuk Kak DP la tu washi tape semua tu..
    ehehe.. and CT suka jugak kalo pegi tempat yang ada banyak benda susun2 lawa ni..
    taknak beli pun tapi saja nk cuci mata..

    ReplyDelete
  10. wah memag rambang matalah penggemar kamera kat tempat macam ni

    ReplyDelete
  11. Banyaknya washi tape...! Tengok gambar atas, sekali gambar bawah dia lagi banyak huhuhu...

    ReplyDelete