I sent my daughter to Art Class

in , , by dorsett pink, March 30, 2016
Aku percaya 100% untuk membentuk seorang anak menjadi seorang yang bijak, keseluruhan bahagian otak harus digunakan dengan optimum.. Kalau ikutkan traditional learning kat sekolah-sekolah biasa, anak-anak akan diajar untuk develop otak belah kiri semata-mata iaitu dengan penguasaan ilmu akademik seperti matematik, sejarah, bahasa melayu, sains dan lain-lain lagi.. dan ilmu-ilmu itu menggunakan sepenuhnya otak belah belah kiri & secara automatik otak sebelah kanan tidak dikembangkan dan tidak digunakan. In the other words, it can simply be understood as - both of our brain should working together.
 
So, kalau nak optimumkan penggunaan keseluruhan bahagian otak –
"otak belah kiri dan otak belah kanan harus digunakan sepenuhnya",
Kata Pakar Otak – Roger W. Sperry yang pernah menang Nobel Prize tahun 1981.

 
Otak belah kiri atau 'left brain' atau dikenali juga dengan nama 'digital brain' dicontrol dengan membaca, menulis, mengira & berfikir. So, dengan belajar ilmu-ilmu akademik kat sekolah macam matematik, bahasa melayu, bahasa inggeris, sejarah, sains, geografi, biologi , etc, otak belah kiri akan dikembangkan & digunakan. Orang biasa-biasa atau pakar-pakar akademik kebanyakkannya ‘orang otak kiri’ (tak de istilah otak kuning OK!). Orang otak belah kiri ni kebanyakkannya orang yang rasional & mengunakan fakta & logic akal untuk berbicara dan memahami sesutau bende. In other words, dieorang ni orang yang analytical thinker atau seseorang yang suka menganalisis.

Otak belah kanan pula atau 'right brain' atau juga dikenali sebagai 'analog brain' dicontrol oleh visual sense, artistic sense, dan 3-dimensional sense. Perkembangan otak belah kanan ni boleh didevelop dengan ilmu seni (art) dan creativity. Dan biasanya ‘orang otak kanan’ ni adalah orang-orang kreatif dan mereka ni kebanyakkannya adalah ahli music, composer, fashion designer, artis (pelukis), orang-orang seni (dunia hiburan), arkitek, designer-designer dan yang seangkatan dengannya.
So, sebabkan kajian akademik dah buktikan yang penggunaan kedua-dua belah otak sepenuhnya akan meningkatkan daya kecerdasan seseorang untuk berfikir, dalam kata lain – bijak. Sebab die menggunakan keseluruhan otak berfikir. Jadi aku memang percaya la yang untuk menjadikan seseorang tu bijak, kedua-dua belah otaknya perlu didevelop. So, sebab tu la aku hantar anak aku ke kelas art (kelas seni), sebab dalam kehidupan kite sehari-harian, kite dah terbiasa mendidik anak untuk membaca, mengira & menulis. Even kat sekolah pun, anak-anak kite kebanyakkannya akan diajar dengan ilmu-ilmu akademik , dan mungkin kelas seni tu seminggu sekali jer compare dengan subjek matematik, bahasa melayu, bahasa inggeris dan lain-lain lagi.


Sebab tu kite tengok, kebanyakkan Chinese parents or orang-orang putih hantar anak dieorang pergi kelas muzik. Bukannya sebab dieorang nak anak dieorang jadi ahli music, tapi sebab dieorang nak develop perkembangan otak belah kanan anak-anak.
 
Walaupun FL baru jer nak masuk 2 tahun, aku percaya perkembangan otak tu bermula sejak seseorang tu masih kecik lagi (in his/her first 7 years). So, that’s why aku hantar FL ke kelas art ni seawal yang boleh. Kelas ni tak ada la berat pun, tak letih langsung pun, bukannya die kene belajar macam anak-anak sekolah yang pergi tusyen tu.. Alaaaa, just for fun jer. Pergi kelas, suka-suka,main-main , pastu balik..
Excited datang kelas
Dalam kelas ni, of course pembelajaran tu seiring dengan usia die. What do you expect kalau budak baru umur 1 tahun setengah? Pastilah suka main-main, lari-lari, lompat-lompat, that’s normal.. Tapi bile kite ajar die buat itu-ini, die tengok kite buat, die jadi excited nak cuba jugak buat bende tu. Seem like something new for her.

 
See! tetiba plak nak main peek-a-boo
 
Antara aktiviti die dalam kelas art ni – main colour-colour guna cat (bukan guna magic pen yang mummy beli kat ikea tu tau), buat play-doh sendiri,buat painting kat dinding, buat orang-orang, buat keretapi & macam-macam lagi lah. Ada gak hari die bad mood, so bile datang tantrum die tu, satu bende pun die tak nak buat, so kiteorang balik jer la tanpa sebarang aktiviti.
 
 
Ni antara hasil seni FL..
Aku tahu susah nak jumpa kelas art yang available untuk budak umur 2 tahun. Rata-rata art class start untuk budak umur 4 tahun. But, I manage to find it in Gymboree. Aku pernah citer yang aku hantar FL masuk Play & Learn Class kan, entry tu boleh baca kat SINI.

So, again I sent her to a same school sebab Gymboree jer yang aku jumpa yang tawarkan art class untuk budak-budak seawal umur 1 tahun setengah. Pelawak Harith Iskander tu dieorang punya ambassador.

So, kalau korang nak try hantar anak kat Gymboree ni, korang boleh tengok mana cawangan yang paling dekat ngn korang kat website ni - http://www.gymboreeclasses.com.my/  atau instagram dieorang @gymboree_malaysia

Mana tau nanti-nanti die boleh jadi kreatif macam kak Farrah. Hehe.. Even Farrah pun boleh jadi cikgu art untuk budak-budak jugak.. hehe..

My Toddler Activity :: Colouring

in , by dorsett pink, March 29, 2016
Aku selalu dapat soalan : "FL buat apa kat umah, apa aktiviti die?"
 
So, ni aku nak share salah satu aktiviti FL kat umah. Ada banyak lagi aktiviti lain, tapi ni salah satu yang aku share kali ni. Nanti yang lain2 tu, aku share lain kali.
 
Bende yang paling senang aku rasa ialah bagi anak-anak main colour-colour..
Senang, ambik jer colour pencil & kertas, bagi jer dieorang conteng. Lagipun, banyak giler buku colouring untuk budak-budak dijual kat kedai, kat pam minyak PETRONAS pun ada, kat 7-eleven pun ada. Beli jer, tak mahal pun..
 
Ni lah aktiviti die dikala 'masa lapang'.
Hari-hari lapang jer masa die..
Dalam banyak-banyak mainan & aktiviti, die paling suka main colour-colour and baca buku.
(kalau colour cantik-cantik tu, mummy la yang tolong colour kan).

Aku bagi FL guna Jumbo coloured pencil  ni.
 Sebab saiz die yang besar senang budak-budak nak belajar cara pegang pensil dengan betul..

Instead of pencil colour, aku jugak sediakan magic pen ni.
Yang ni aku beli kat Ikea, RM 10 satu kotak..
Saiz die pun besar, senang budak-budak nak pegang..

 
Ni colour book FL - spongebob. Nama buku ni 'Colouring Sticker Book'. Colour book ni aku beli kat Big Bad Wolf harga RM 8. Walaupun 8 henggit jer, tapi die tebal and siap ade banyak sticker spongebob lagi. So, jimat la. Mummy pun boleh guna sticker tu jugak untuk decorate planner mummy. So, selain main colour-colour, FL pun main tampal-tampal stiker spongebob tu
 
Ni sticker nye... ada banyak lagi sticker-sticker dalam buku ni.
 
Ok, nanti entry lain, aku share aktiviti lain plak..
neway, thanks for reading ya!
 

A new room for my washi tape

in , by dorsett pink, March 24, 2016
Aku kan pernah citer yang aku ni washi tape lover kat ENTRI NI..
 
Memandangkan koleksi washi tape aku makin bertambah, jadi aku perlukan ruang yang lagi besar untuk letak semua washi tape aku tu..
 
Kalau dulu, aku pakai pouch bag ni.. Kecik jer bag ni..

Tapi sekarang, aku dah tukar ke pouch bag yang besar gedabak ni..
Actually, ni pencil case saiz jumbo..

SEE! Dah boleh letak banyak-banyak dah washi tape aku ni.
Ade banyak lagi ruang kosong, so boleh la beli lagi koleksi washi yang baru. hehe
 
 
Pencil case ni aku tempat ngan kawan aku. Custommade, boleh pilih kain mana yang berkenan.
Kalau sesape nak tempah gak dari die, korang search jer kat Instagram @linaann.xoxo
 
Ok, thanks for reading!

Semalaman di I-City, Shah Alam

in , , by dorsett pink, March 23, 2016
Masa Cuti Chinese New Year banyak-banyak bulan lepas, aku & family spend masa kat I-City jer. Tak gi jauh-jauh pun sebab tak nak sesat dalam jem.
 
Sebelum ni dah pernah pergi I-City ni, tapi tak pernah la stay overnight kat sini, so ni baru merasa nak tido kat sini . Walaupun I-City sekakngkang monyet jer dari umah aku, but why not we have a try kan. Tak semestinya kalau nak gi bercuti tu, kene gi jauh-jauh, naik kapal terbang bagai, camping belakang umah pun OK kalau anak-anak dapat bergumbira.
 
SO, kiteorang tido kat Hotel Butik I-City. Bilik hotel Nye secononet jer, cukup-cukup untuk kiteorang 3 orang and muat la nak letak beg & solat. Harge semalam RM 170 (peak-season), cuti sekolah kan + cuti CNY.
 
 
Bangunan warna cekelat tu la Boutique hotelnye. (Sorry tak ada gambar interior)
 
Malam tu kiteorang pusing-pusing ronda2 satu Icity ni.. Pusing jer, tak masuk apa-apa pun kecuali Game 5-D. Kononye 5D la tapi tak best sangat. Kalau korang pernah gi Langkawi (kat sebelah 3D art gallery, kat situ lagi best, even kat Universal Studio lagi bapak best). But, sekadar nak merasa macam mana rasa 5D kat ICITY ni, why not give a try kan..
 
Dalam 5D hall.. kene pakai spek mata 3d ni.
 
5D hall ni kat sebelah Typhoon ni.
Typhoon ni pun tak best kalau untuk orang tua2 macam aku ni..
Kalau budak-budak hingusan, best la..
  
Ini waktu siang. tak ramai sangat orang compare dengan waktu malam.
Nak berjalan pun , kene lap peluh..







Map I-City



 


 

Ni wall climbing untuk budak kecik 
 

Extreme gam euntuk budak kecik

Kalau sape rasa nak tengok patung lilin, silalah masuk Red Carpet ni.
Berpeluh ketiak ko nak berebut dengan jutaan orang..
Tapi kalau u oll dah masuk Madame Tusod, lupakan je hasrat masuk Red Carpet ni..
Langsung tak ada feeling kalu dah tengok patung lilin real punya

Esokkanya, kiteornag masuk ICity Water park. Beli tiket RM 30 seorang kat kaunter ni..
 
 
kaunter tiket. Kat dini guna system kad, habis kredit, top-up je kad tu kalau nak main apa-apa.





 
Inilah bende yang paling WIN kat Water Park I-City ni - Tornando..
kalau dating Water park ni, wajib naik bende ni..
rasa die macam nak terkeluar biji jantung ko..
(sumber image : pakcik gugel)

Kids main kat sini





Penat! makan la dulu.
 
P/S : Masuk Water Park ni, tak ada makanan jual kat dalam ni, so dinasihatkan bawaklah segala bekal makanan + air minum-minum supaya korang tak kebuluran kat dalam ni. Bila dah masuk dalam, dah tak boleh keluar nak gi cari makan. So, nasihat aku bawaklah seguni nasi, mee dan segala bagai yang korang boleh makan.
 
Itu je la yang aku nak citer. Thanks sebab sudi baca. nanti aku update lagi story aku..
 
Caaauuuu - ciinnn-cauuuu

Hotel Renaissance Kota Bharu Berhantu ????

in , by dorsett pink, March 03, 2016
Ada sorang kawan rapat aku dah menginap di Hotel Renaissance.
 Kejadian ni berlaku tahun lepas. Actually, die dah selalu dah check-in kat hotel ni sebab ikut en.suami die outstation ke Negeri Cik Siti Wan Kembang tu..

Biasanya ok jer, but unfortunately, 1 malam tu manjadi igauan ngeri buat die..
Kiteorang communicate through whatsapp jer..

Masa kejadian ni, en.suami die tak ada di hotel sebab terpaksa ke Gua Musang (KB ke Gua Musang jauh jugak). So, die stay je la tido di KB tu dengan 2 orang anak die yang masih kecik (anak umur 3 tahun & 1 tahun). Masa tu die stay kat bilik Tingkat 14.

Ini message kiteorang melalui WA.




 Then, dengan perasaan takut yang teramat sangat, die bertahan jer sampai pagi. Then housekeeping cakap sebelah tak ada orang.. Then, die call reception bagitau yang die nak tukar bilik. Lepas tu, supervisor tingkat 14 tu datang jumpa die kat bilik seperti message kat bawah ....


And, Alhamdulillah die dapat tukar bilik ke tingkat lain & everything kembali normal.
Actually, menurut pihak hotel kalau berlaku perkara macam ni kat mana-mana hotel, terus jer call Reception, & dieorang akan terus ke bilik kite & akan buat tindakan yang sepatutnya.. (baru aku tahu)
 
 
Supervisor yang kerje kat situ pun takut nak naik ke tingkat tu malam-malam. FYI, kat Hotel ni hanya tingkat 14 jer yang berhantu, bilik-bilik  di tingkat-tingkat lain OK & di jamin selamat sebab sampai sekarang kawan aku masih lagi check-in di hotel ni kalau die ke KB.
So, nanti korang jangan la pulak korang takut nak stay kat Renaissance ni.. Cuma, kalau boleh elakkanlah dari stay kat Tingkat 14 tu..

#justnakshare

Terima Kasih Sis Jari Manis

in , by dorsett pink, March 02, 2016
Aku dah bagitau kan aku dapat hadiah dari Sis Jari Manis kat ENTRY NI kan?
Walaupun Sis JM cakap jangan update pasal pemberian die, aku nak update jugak.
Sebab aku nak bagitau kat seantero dunia yang aku dapat hadiah dari JM..
Ko ade??? hahahhahaha
 
Tak semua orang bertuah dapat hadiah dari JM, so aku adalah antara insan bertuah yang sentiasa diingati oleh JM... Ceeewwwaaahhhh... (mahunya JM muntah hijau dengar ayat ni)..
 
Jm dah pergi ke Korea untuk sekalian kalinya, dan die dah belikan sourveniour kat Dorsett Pink. Terima kasih banyak-banyak JM sebab ingat kat kite..
 
Inilah buah tangan pemberian JM - pouch bag & face mask.
Lepas ni, berseri-seri la muka aku lepas pakai face mask dari sarang burung ni..

 Ini dia isi kandungan dalam pouch bag ni. Ada 2 keeping fridge magnet.. Say suka! saya suka!.. Boleh lah menambahkan lagi koleksi fridge magnet aku. Tapi rasanya aku kene beli peti ais baru kot supaya dapat letak fridge magnet ni, kat peti ais yang ada sekarang dah penuh dah, dah tak ada tempat nak tampal dah..

Kata-kata manis dari Sis Jari Manis..
Kite pun berterima kasih kat JM sebab bagi ole-ole ni kat kite..
And by the way,
kite dah ciumkan si manis FL untuk JM (FL manis jugak tau macam JM. hehe)..
 
 
After all, thank you so much for this beautiful "friendship JM". "knowing" you since 2012, and up until now, we are still friend even we are not meeting at all. From all the thought and comments, u are a lovely person that I've ever known in this travelling world..
Semoga JM dapat menakluk dunia satu hari nanti.
All the best JM..

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE