Ada sorang kawan rapat aku dah menginap di Hotel Renaissance.
Kejadian ni berlaku tahun lepas. Actually, die dah selalu dah check-in kat hotel ni sebab ikut en.suami die outstation ke Negeri Cik Siti Wan Kembang tu..
Biasanya ok jer, but unfortunately, 1 malam tu manjadi igauan ngeri buat die..
Kiteorang communicate through whatsapp jer..
Masa kejadian ni, en.suami die tak ada di hotel sebab terpaksa ke Gua Musang (KB ke Gua Musang jauh jugak). So, die stay je la tido di KB tu dengan 2 orang anak die yang masih kecik (anak umur 3 tahun & 1 tahun). Masa tu die stay kat bilik Tingkat 14.
Ini message kiteorang melalui WA.
Then, dengan perasaan takut yang teramat sangat, die bertahan jer sampai pagi. Then housekeeping cakap sebelah tak ada orang.. Then, die call reception bagitau yang die nak tukar bilik. Lepas tu, supervisor tingkat 14 tu datang jumpa die kat bilik seperti message kat bawah ....
And, Alhamdulillah die dapat tukar bilik ke tingkat lain & everything kembali normal.
Actually, menurut pihak hotel kalau berlaku perkara macam ni kat mana-mana hotel, terus jer call Reception, & dieorang akan terus ke bilik kite & akan buat tindakan yang sepatutnya.. (baru aku tahu)
Supervisor yang kerje kat situ pun takut nak naik ke tingkat tu malam-malam. FYI, kat Hotel ni hanya tingkat 14 jer yang berhantu, bilik-bilik di tingkat-tingkat lain OK & di jamin selamat sebab sampai sekarang kawan aku masih lagi check-in di hotel ni kalau die ke KB.
So, nanti korang jangan la pulak korang takut nak stay kat Renaissance ni.. Cuma, kalau boleh elakkanlah dari stay kat Tingkat 14 tu..
#justnakshare
Kakak dulu pernah kerja dgn sykt developer buat di Golf Resort yang ada bilik penginapan. Dari mula construction kami dah menghadapi masalah. Satu bilik tu asyik ada masalah dari mula nak pasang tiles, pasang toilet accessories hinggalah masa nak handover. Bila dah siap boleh katakan siapa yg duduk bilik itu akan diganggu dgn suara perempuan menangis. Bedspread kena buang. Last terpaksa kosongkan aje bilik itu. Tak pernah bagi org duduk. Kemas pun siang aje..
ReplyDeletebetul ke kak. serammnya
Deletekenapa hotel selalu berhantu.. huhu.. nak stay sorg2 pun takut
ReplyDeletehahahha.. tak semua hotel berhantu la qaseh
DeleteGerun baca entri ni, mesti panik sangat ibu dengan anak 3 tahun dan 1 tahun lagi, memang seram, tambahan diconfirm pihak hotel pun tahu hal ini dan tak berani. Syukur semua selamat.
ReplyDeletemahu nya tak panic. dah pulak dengan anak kecik lagi. huhuhuwaaa
Deletehantu mat salleh kat 13 je berhantu.,
ReplyDeleteNak dpt pengalaman kena usik hantu tu heh..heh..tapi kalau boleh xmahu alaminya...
ReplyDeleteSS dah biasa sangat kena kaco sebelum2 ni... Biasalah kadang bilik otel ni lebih dari 3 hari org tak check in... Memang akan ada 'Tetamu tak diundang' sama macam umah kita... Cuma... Tips dari SS... Sebelum masuk bilik otel... Berilah salam... Terus cuci kaki... Kalu belum mandi... Jangan guling kat katil... Sebelum tido tepuk dulu katil dan baca selawat...
ReplyDeletethanks SS bagi tips
Deleteayoo,klaau mcm tu dia patutnya tak operasikan jela tingkat 14 tuu :3
ReplyDeletekan amira kan. patutnya tutup je la tingkat 14 tu tak yah bagi guest duk situ
Deletehuhuhu.... seram nya. nasib baik tak menjelma depan mata . he he
ReplyDeletepergh.... huhu.... berderau juga jadinya ni..
ReplyDeletebukan bedearu jer pijol, mahu lari lintang pukang kalu kene kat aku
DeleteAlamak,..seramnya. Main ketuk2 pulak!
ReplyDeleteSaya pun baru tahu yg kalau ada insiden begitu, kita boleh call pihak management hotel. Bagus juga. :)
ReplyDeletetu la. saya pun baru tahu farrah
Deletethank you for sharing.. sebab akhir tahun ni mmg plan nak stay kat situ.. huhuh
ReplyDeletewelcome. jangan stay kat Tingkat 14 ye
Deletepulak daaaah adeh.. hurm.. selalu ke KB pun duduk sini gak..
ReplyDeleteok next visit kena avoid tingkat 14 huhuhu..
yezza CT
Deletecakap kat receptionist.. i tanak tingkat 14 !!!
DeleteBukan tingkat 14 je rasanya
Deletehadoiilahh..kalau dah kena kaco mcm tu mmg tak tggu sampai pg dah...time tu jgk lari turun lobi
ReplyDeletekalau saya pun sama JM. dan2 tu jugak keluar bilik tu
Deletekira kwn intan BERANI tau!
ReplyDeletea'ah kan. berani la kawan saya tu
Deleteada satu kes ni..ada org nak check in situ..x sure tkt berapa..tapi dah mlm..masa dia baru masuk card and buka pintu..dia nmpk ada perempuan dlm bilik tu mengadap tingkap..dia x pikir apae2..terus ke reception ckp bilik tadi ada org la..reception x tanya byk..terus bagi bilik lain..yg kelakarnya bilik lain yg dia bagi tu bilik sebelah dr yg dia dpt td..hehe..soknya baru dia teringat..dlm gelap tu dia nmpk perempuan tu pakai baju putih rambut panjang...hohoho..hotel yg sama ye..
ReplyDeleteboleh minta review tempat yang boleh lihat fire flies nie hehe ... min fireflies garden namanya
ReplyDeleteBoleh review kalau ada bayaran untuk ke sana. hahahahha. Jauh tu kat KB. saya stay kat KL. Nampak macam best tempat tu, cantik.
DeleteSis. Saya baru terbaca ni. Ye saya pun pernah kena. Time tu kitorg pergi grouping untuk function. Masa saya pergi guardian depan hotel, kawan saya kata saya call dari bilik dan usik diorg. Tp mmg suara saya padahal saya tak balik bilik lagi. Then masa saya naik lif benda tu ganggu ktorg bawak ke floor 13 kalau tak salah padahal floor tu tak berenovate dah seperti abandoned. Cuak tak terkata time tu. Dok tekan pintu lif tp tak tutup2. Kemudian keluar lif dia main lampu hallway pulak.
ReplyDelete