Wednesday, March 30, 2016

I sent my daughter to Art Class

Aku percaya 100% untuk membentuk seorang anak menjadi seorang yang bijak, keseluruhan bahagian otak harus digunakan dengan optimum.. Kalau ikutkan traditional learning kat sekolah-sekolah biasa, anak-anak akan diajar untuk develop otak belah kiri semata-mata iaitu dengan penguasaan ilmu akademik seperti matematik, sejarah, bahasa melayu, sains dan lain-lain lagi.. dan ilmu-ilmu itu menggunakan sepenuhnya otak belah belah kiri & secara automatik otak sebelah kanan tidak dikembangkan dan tidak digunakan. In the other words, it can simply be understood as - both of our brain should working together.
 
So, kalau nak optimumkan penggunaan keseluruhan bahagian otak –
"otak belah kiri dan otak belah kanan harus digunakan sepenuhnya",
Kata Pakar Otak – Roger W. Sperry yang pernah menang Nobel Prize tahun 1981.

 
Otak belah kiri atau 'left brain' atau dikenali juga dengan nama 'digital brain' dicontrol dengan membaca, menulis, mengira & berfikir. So, dengan belajar ilmu-ilmu akademik kat sekolah macam matematik, bahasa melayu, bahasa inggeris, sejarah, sains, geografi, biologi , etc, otak belah kiri akan dikembangkan & digunakan. Orang biasa-biasa atau pakar-pakar akademik kebanyakkannya ‘orang otak kiri’ (tak de istilah otak kuning OK!). Orang otak belah kiri ni kebanyakkannya orang yang rasional & mengunakan fakta & logic akal untuk berbicara dan memahami sesutau bende. In other words, dieorang ni orang yang analytical thinker atau seseorang yang suka menganalisis.

Otak belah kanan pula atau 'right brain' atau juga dikenali sebagai 'analog brain' dicontrol oleh visual sense, artistic sense, dan 3-dimensional sense. Perkembangan otak belah kanan ni boleh didevelop dengan ilmu seni (art) dan creativity. Dan biasanya ‘orang otak kanan’ ni adalah orang-orang kreatif dan mereka ni kebanyakkannya adalah ahli music, composer, fashion designer, artis (pelukis), orang-orang seni (dunia hiburan), arkitek, designer-designer dan yang seangkatan dengannya.
So, sebabkan kajian akademik dah buktikan yang penggunaan kedua-dua belah otak sepenuhnya akan meningkatkan daya kecerdasan seseorang untuk berfikir, dalam kata lain – bijak. Sebab die menggunakan keseluruhan otak berfikir. Jadi aku memang percaya la yang untuk menjadikan seseorang tu bijak, kedua-dua belah otaknya perlu didevelop. So, sebab tu la aku hantar anak aku ke kelas art (kelas seni), sebab dalam kehidupan kite sehari-harian, kite dah terbiasa mendidik anak untuk membaca, mengira & menulis. Even kat sekolah pun, anak-anak kite kebanyakkannya akan diajar dengan ilmu-ilmu akademik , dan mungkin kelas seni tu seminggu sekali jer compare dengan subjek matematik, bahasa melayu, bahasa inggeris dan lain-lain lagi.


Sebab tu kite tengok, kebanyakkan Chinese parents or orang-orang putih hantar anak dieorang pergi kelas muzik. Bukannya sebab dieorang nak anak dieorang jadi ahli music, tapi sebab dieorang nak develop perkembangan otak belah kanan anak-anak.
 
Walaupun FL baru jer nak masuk 2 tahun, aku percaya perkembangan otak tu bermula sejak seseorang tu masih kecik lagi (in his/her first 7 years). So, that’s why aku hantar FL ke kelas art ni seawal yang boleh. Kelas ni tak ada la berat pun, tak letih langsung pun, bukannya die kene belajar macam anak-anak sekolah yang pergi tusyen tu.. Alaaaa, just for fun jer. Pergi kelas, suka-suka,main-main , pastu balik..
Excited datang kelas
Dalam kelas ni, of course pembelajaran tu seiring dengan usia die. What do you expect kalau budak baru umur 1 tahun setengah? Pastilah suka main-main, lari-lari, lompat-lompat, that’s normal.. Tapi bile kite ajar die buat itu-ini, die tengok kite buat, die jadi excited nak cuba jugak buat bende tu. Seem like something new for her.

 
See! tetiba plak nak main peek-a-boo
 
Antara aktiviti die dalam kelas art ni – main colour-colour guna cat (bukan guna magic pen yang mummy beli kat ikea tu tau), buat play-doh sendiri,buat painting kat dinding, buat orang-orang, buat keretapi & macam-macam lagi lah. Ada gak hari die bad mood, so bile datang tantrum die tu, satu bende pun die tak nak buat, so kiteorang balik jer la tanpa sebarang aktiviti.
 
 
Ni antara hasil seni FL..
Aku tahu susah nak jumpa kelas art yang available untuk budak umur 2 tahun. Rata-rata art class start untuk budak umur 4 tahun. But, I manage to find it in Gymboree. Aku pernah citer yang aku hantar FL masuk Play & Learn Class kan, entry tu boleh baca kat SINI.

So, again I sent her to a same school sebab Gymboree jer yang aku jumpa yang tawarkan art class untuk budak-budak seawal umur 1 tahun setengah. Pelawak Harith Iskander tu dieorang punya ambassador.

So, kalau korang nak try hantar anak kat Gymboree ni, korang boleh tengok mana cawangan yang paling dekat ngn korang kat website ni - http://www.gymboreeclasses.com.my/  atau instagram dieorang @gymboree_malaysia

Mana tau nanti-nanti die boleh jadi kreatif macam kak Farrah. Hehe.. Even Farrah pun boleh jadi cikgu art untuk budak-budak jugak.. hehe..

6 comments:

  1. Kalau boleh semua kita nak anak pandai gunakan se optimum boleh bagi otak cegas dan bijak
    Tapi macam DP kata utk budak kecik sangat macam FL tu macam susah nak jumpa kan
    Boleh tahan juga FL melarik.. tangan dan biasa pegang pensillah tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi kak zakie, kalau tak antar anak pi kelas pun, boleh buat aktiviti tu sendiri kat umah..diy

      Delete
  2. Tapi.... Ada jugak manusia yang berfikir tak pakai otak... he he he...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha. tu tak boleh nak buat apa la lagu tu

      Delete
  3. Kalau dia minat, bahagian art pun banyak rezeki jugak di masa depan :)

    ReplyDelete