Bulan lepas aku gi bercuti kat PD, to be exact -  Lexis Hibiscus, Port Dickson. Satu spesis la dengan Grand Lexis kat Lukut PD tu, tapi Lexis Hibiscus ni bukan Grand Lexis tau. 

Lexis Hibiscus ni baru je dibuka setahun yang lalu.. Even baru, ramai giler yang datang sini. 
Konsep die- rumah atas air & bentuk Bunga Raya - Hibiscus Flower.. 
Lebih kurang Avani Sepang Gold Coast la, cuma bezanya hotel ni ada lengkap dengan SWIMMING POOL kat dalam setiap rumah.. 

Accomodation kat sini ade 2 type :
1. Sky Villa - Bilik kat main block ala-ala macam apartment
2. Rumah atas laut - ade macam2 jenis (so, ada macam2 nama), macam2 harga..

Jom kita layan gambar...

Ini rupa hotel ni dari udara..  



Bangun pagi-pagi, tengok air membiru - teruzz zaaappp.. Terjun! 

kalau dah namanya pool dalam bilik sendiri, 
jam 3 pagi pun boleh terjun pool, sape nak halau..

Swimming pool & FL tak boleh dipisahkan..

Ini dressing room. Ade toilet, bathroom ...

& wardbrobe

Setiap rumah ade sauna..
 So, anytime jer boleh membakar lemak-lemak yang terperap kat badan tu...

Ni die buil-in TV.. 
Masuk jer bilik, kite tak nampak pun TV, bila ambik remote,
 tekan butang ON, terus keluar skrin kat dinding.. 
Very futuristic sangat

Setiap bilik ade 2 katil king size & ade 5 helai towel. 
Bilik kat Sky Villa pun sama jugak, ade 2 katil saiz King...

Pool & bilik tido, dipisahkan oleh dressing room

Wall decor. AKu suka!

Boleh tengok bawah, 
mana tau tetiba ade sekor ikan paus lalu kat bawah rumah ker. 
Dah rezeki dapat tengok ikan paus..

Ni aku selpi kat rumah atas air tu.
 Harga semalaman rumah jenis ni RM 900.

Between bedroom & swimming pool, ada pintu kaca cegini, pintu ni sentiasa bertutup 24 jam sebab untuk keselamatan. So, for those yang bring anak-anak kecik, tak perlu risau sebab tahap keselamata tip-top! Unless kalau anak-anak mandi dalam pool, memang kene pantau la sepanjang amsa...

Haruslah bawak laptop... Sambik bercuti, kerja tak boleh dilupakan..
Asyik nye die melayan makanan...

Masa untuk brekfast..

Ini main restaurant.. 
Brekfast, lunch & dinner semua kat sini.. 
Kalau weekend memang ramai orang

Kalau brekfast, biasanya complementary dengan harga bilik. 
Tapi kalau lunch & dinner kene bayar lain. 
Buffet Dinner kat sini RM 38/pax..

Ni view dari restuarant, 
Sambil makan, sambil layan mata tengok air..

Restaurant ni ada indoor & outdoor. 
So terpulangla nak duduk dalam atau nak duduk luar

Lighting lol

Kalau duduk dalam, sejuk la sikit

Ada playground for kids


Kat Lexis Hibiscus ni , ade Kidz Playroom.
Tapi kene bayar.
RM 20 untuk seorang kanak-kanak , hanya untuk 1 jam..
Nothing free ok!
 
Dalam kidz playroom ni ade slide.. 

Mainan die pun best.. Boleh explore macam-macam..

Puas hati la bayar Rm20..
Ade jugak basikal untuk budak-budak, 
Ade batik painting,
ade mug painting,
ade colouring .. Macam-macam lagi lah..




 
  
Untuk parents yang ade anak kecik, hotel ni sesuai sangat la untuk berholiday...
Selain tu, kat hotel ni jugak ade SPA & karoeke, so kalau korang nak berjimba kat spa atau koraoke, boleh la tinggal anak korang kat kids playroom ni sementara korang gi grooming body korang tu..

  
Ni pulak rupa dari Sky Villa - bilik yang dekat main block . Macam apartment tu...
Masa kiteroang gi bercuti hari tu, kiteorang stay 3days , 2nights...
So sengaja ambik bilik lain-lain untuk setiap malam sebab nak rasa dua2 jenis bilik ni...
Bilik sky villa ni murah sikit dari bilik atas air tu - dalam RM 800 semalam (murah seratus jer)..

Kalau bilik Sky Villa ni, swimming pool die kecik sikit dari rumah atas air tu.. 
So, kalau nak puas berenang, better pergi public swimming pool kat bawah..
 
Ni dressing room

Ni rupa interior bilik Sky Villa ni.. 
Between dressing room, wardrobe & katil, ade divider.. 

  
Ni gambar dari dalam bilik..
Ni bilik air kat dalam Sky Villa. 
Ade bathtub. Kalau rumah atas air, tak ade bathtub 

Working area..

Ade sofa..

 
Ini permandangan dari atas bangunan

Helipad - Kalau agak-agak malas nak drive ke PD, datang jer naik helikopter..
Kat sini ade jugak perkhidmatan sewa helikopter..
Kot-kot, sesaja nak gi shopping Pavillion nak merasa naik heli, sewa jer kat sini.
Apa-apa hal, boleh tanya kat receptionist..

Kat sini pun ade gym jugak..
And ade achery jugak..
Instead, ade jual servis sewa basikal..
Kalau nak jogging pun, not bad jugak, jauh jugak kilometer korang boleh lari..

Ade beach.. 

So kalau sesape nak main water sport, semuanya ada kat sini. 
Ada jet ski, banana boat, boleh main beach volleyball...
Nak memancing pun boleh.. 
Bawak jer fishing rod... 
And sewa boat pergi fishing kat tengah laut nun..

Ni dia public swimming pool kalau rasa 
swimming pool kat bilik tak cukup besar nak buat kuak lentang...

Enjoy the night view...

Kalau datang masa weekend, 
korang boleh tengok fire show ni..

And ade dance jugak..  
(Jumaat malam & Sabtu malam jer dieorang buat show ni)

Ni lobby area... 
Ramai giler orang kalau hari weekend..
 

Lobby die besar.. Sooo selesa..

Ni orang duk menunggu nak naik buggy nak ke bilik masing-masing..

Kalau nak pi ke bilik atas air tu, naik buggy ni.. 
Free of charge.. 
Kalau nak berjalan kaki pun boleh.. exercise sikit..

Ini goodbye dance waktu check-out..
First time aku tengok orang menari bile waktu check-out.. 
Sebelum ni tak pernah tengok lagi kat hotel-hotel lain.. 

Kidz sangat terhibur

Budak kecik tu pun nak dance jugaak...


In conclusion, itulah cerite aku masa pergi Lexis Hibiscus hari tu.. Hotel ni sangat-sangat best. sebab bilik die super duper besar dalam 800 sq ft untuk setiap bilik.. So, boleh la datang bercuti bawak mak, bapak, pak lang, mak long dan segala suku kaum..

Memang sangat-sangat RECOMMENDED sebab facilities die lengkap & korang tak kan bosan. Believe me! 

btw, thanks sebab membaca.. 
 
SHARE 13 comments

Add your comment

  1. Dengan harga yg agak mahal memanglah berbaloi dgn facilities yg diberikan.

    ReplyDelete
  2. tak pernah check in sini lagi. sbb harganya kuss semangat, hehe tapi berbaloi lah . bebudak mesti suka ada pool dlm bilik kan. sesilap taknak naik tdo

    ReplyDelete
  3. Mak oii...RM800/ 900 semalam...sapa kata orang Malaysia xde duit kan..hehehe..kalau akak bg proposal kat cik abg confirm x lulus ni

    ReplyDelete
  4. Wah, check in kat sini memang tak payah pergi mana dah! Berkurung dalam rumah, hilangkan tekanan :)

    ReplyDelete
  5. Harus Iah RM900 kan,...sauna sendiri, pool sendiri,..memang privacy sungguh!

    ReplyDelete
  6. Wah seru ya kayanya. Hmm jadi pengen coba nih.

    ReplyDelete
  7. SALAM JUMAAT DP..MENARIK DAN MENYELESAKAN SEKALI HOTEL NI..BESTNYA NAMPAK SICOMEL HAPPY SGT.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks akak. si FL ni happy sangat kalau dapat mausk hotel kak

      Delete
  8. Alololo... Mak dgn anak sama tomei...

    ReplyDelete
  9. dgr nama pun dah 'grand' mmg tak mampu lah nk stay sini

    ReplyDelete
  10. Thanks for the complete review! Dua2 pun ada. Tapi dah beza rm100 je, baik go for itu je.

    ReplyDelete
  11. Cantiknya...teringin nak stay sana 2-3 malam

    ReplyDelete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE