Iron Steam Idaman Hati

in , , by dorsett pink, June 24, 2016
Dah berkurun aku simpan hajat nak membeli iron steam yang canggih macam kat butik-butik baju pakai sebab aku "malas" nak gosok baju yang berlambak. 

Sejak dari kerja government dulu, kerja mengosok baju adalah bende yang paling saya tak suka sebab nak kene berdiri lama and satu baju tu kene sental-sental. Penat oo.. aku ni jenis sekali gosok, terus harung untuk seminggu sebab nak gosok sehelai-sehelai masa hari weekdays tu tak sempat. Mana nak sempatnya, keluar rumah pi opis masa langit tengah gelap, balik umah masa langit pun dah gelap, lepas masak & dinner, terus kebabooomm dihayut mimpi.. Dah tak pandang dah kain baju segala ni.. Sampai pada tahap aku gi hantar iron kat dobi, senang & murah - RM1 jer utk sehelai baju + TAK PENAT. 

So, sebab tu aku nak sangat beli iron steam macam kat butik tu. Duk tengah-tenagh kumpul duit dalam tabung ayam, finally aku benti kerja (resign), so dah tak perlu dah nak gosok baju beria-ria setakat duk umah pakai kain kain batik macam Atol jer.. So, niat untuk membeli iron steam canggih tu terkubur terus.

But skrang i really need it, sebab skrang hari-hari keluar pergi universiti. Tak kan nak keluar umah pakai baju kedut-kedut, kene kemas-kemas jugak walau tak pakai baju kurung dah.. Jadinya, hajat nak memiliki iron steam canggih tu bersarang kembali.. 

Dulu aku pikir nak beli iron canggih yang berdiri tu, sebab masa tu itu jer yang aku tahu paling canggih (dengan harga yang aku mampu milik la). Kalau iron kat kedai dobi tu, sumpah la tak mampu nak beli. 

Tup-tup skarng ade iron lagi canggih keluar kat pasaran. Tapi besar gedabak la. Tak kesah la besar gedabak pun, janji aku gosok 5 minit siap..

Tadaaaa...

Inilah iron idaman hati... 
Aku beli jenama Philips - Pure Aqua..
Harga kat kedai dalam RM 2000 kot, tapi aku beli dengan harga RM 1300..

Hati riang tak terkata bile mainan ni sampai kat umah..
Memang kerja mengosok super duper cepat..
So skrang aku sekali gosok 5 pasang baju, 10 minit dah siap.. 
Dah tak perlu sental-sental dah. 
Sekali jalan - siap satu baju.. 
Kan senang...

Nanti-nanti bila anak-anak dah masuk sekolah rendah, pun senang kerje mummy..

Tips Berpuasa untuk Ibu Menyusu

in , , by dorsett pink, June 06, 2016
Asalamualaikum wbt.

Salam 1 Ramadhan..

Sorry lama tak update ,, sebab concentrate buat analisis fo my research. 
I'm struggling right now, even nampak macam tak nampak jalan na submit by this September, but i will try my best..

FL will turns 2 this month, but she is still breastfed..

I will try to wean her off from mommy's milk, but slowly.. No need to rush..

So, kirenya dah 2 tahun berpuasa aku menyusukan baby..

Memang challenging.. Dan Sebab tu la Allah swt memberi kelonggaran untuk ibu-ibu menyusu untuk tidak berpuasa (kene ganti semula lepas tu ye).. Sebab penat dia 10x ganda , plus dengan dahaga & lapar lagi.. aduuuss... Siksa beb..

Memang aku pun dah banyak kali terbabas, tinggal puasa sebab tak tahan dengan dugaan yang maha dasyat tu. Kalau tak bagi susu pulak, takut baby lapar.. Kesian kat baby.. 

So, ni aku nak share TIPs-TIPs untuk para ibu yang menyusukan anak sambil berpuasa :

#1. Minum air banyak-banyak .
Kalau aku, at least 1000 ml air aku minum start dari lepas solat terawikh, sampailah menjelang waktu imsak.. Botol air tu memnag standby kat tepi katil jer..

#2. Wajib sahur.
 Ini WAJIB. tak boleh skip. Lagi lambat sahur, lagi bagus, sebab kite nak guna tenaga yang banyak untuk keluarkan susu (direct feeding & perah susu) sepanjang hari tu..

#3. Wajib makan nasi..
Even sumber krbohidrat ade macam-macam, tapi nasi adalah yang terbaik untuk bagi tenaga yang banyak untuk ibu yang menyusu. So, masa sahur tu, makanlah NASI atl east 1 pinggan, kalau bertambah-tambah pinggan lagi bagus. Jangan risau berat badan naik, sebab confirm, lemak yang kite ambik tu akan hilang bila kite menyusukan anak di siang hari.

#4. Makan kurma banyak-banyak..
Lepas makan nasi masa sahur tu, aku biasanya akan makan kurma, at least 5 biji. Kalau lagi banyak lagi bagus sebab boleh bekalkan sumber tenaga yang banyak. Kalau aku tak makan kurma (just makan nasi jer), aku perasan, aku cepat letih & penat bila berpuasa..

#Optional - Ambik supplement or milk booster
Ini optional jer. kalau ambik lagi bagusla kot untuk maintain pengeluaran susu walaupun kite tengah berpuasa & supaya kite tak penat. Tapi kalau tak ambik pun ok. Macam aku, lepas pada FL umur setahun ,aku dah tak makan dah vitamin shaklee.. Sebab aku rasa aku dah boleh bertahan dengan makanan semulajadi yang aku cerita #1 - #4 kat atas tadi.. 


Ok,.. itu jer aku nak share kali ni. Nnati kalau ade lagi tips-tips , aku share lagi..

Ingat mummy, selagi mampu untuk kite berpuasa, kite cubalah. tapi kalau tak mampu, takpe, redo saja, nanti ganti. Lagipun, kite bukannya sengaja malas ta nak puasa tapi kudrat tak mengizinkan.

Jangan bandingkan diri kite dengan orang lain, setiap orang berbeza.. Biarkan orang lain menyusukan 3 orang anak sekaligus tapi masih boleh berpuasa, tak semestinya badan kite kuat macam die.. 

Yang penting, mummy sihat , anak sihat, keluarga ceria & bahagia..

Selamat berpuasa u oll !







© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE