Dah berkurun aku simpan hajat nak membeli iron steam yang canggih macam kat butik-butik baju pakai sebab aku "malas" nak gosok baju yang berlambak.
Sejak dari kerja government dulu, kerja mengosok baju adalah bende yang paling saya tak suka sebab nak kene berdiri lama and satu baju tu kene sental-sental. Penat oo.. aku ni jenis sekali gosok, terus harung untuk seminggu sebab nak gosok sehelai-sehelai masa hari weekdays tu tak sempat. Mana nak sempatnya, keluar rumah pi opis masa langit tengah gelap, balik umah masa langit pun dah gelap, lepas masak & dinner, terus kebabooomm dihayut mimpi.. Dah tak pandang dah kain baju segala ni.. Sampai pada tahap aku gi hantar iron kat dobi, senang & murah - RM1 jer utk sehelai baju + TAK PENAT.
So, sebab tu aku nak sangat beli iron steam macam kat butik tu. Duk tengah-tenagh kumpul duit dalam tabung ayam, finally aku benti kerja (resign), so dah tak perlu dah nak gosok baju beria-ria setakat duk umah pakai kain kain batik macam Atol jer.. So, niat untuk membeli iron steam canggih tu terkubur terus.
But skrang i really need it, sebab skrang hari-hari keluar pergi universiti. Tak kan nak keluar umah pakai baju kedut-kedut, kene kemas-kemas jugak walau tak pakai baju kurung dah.. Jadinya, hajat nak memiliki iron steam canggih tu bersarang kembali..
Dulu aku pikir nak beli iron canggih yang berdiri tu, sebab masa tu itu jer yang aku tahu paling canggih (dengan harga yang aku mampu milik la). Kalau iron kat kedai dobi tu, sumpah la tak mampu nak beli.
Tup-tup skarng ade iron lagi canggih keluar kat pasaran. Tapi besar gedabak la. Tak kesah la besar gedabak pun, janji aku gosok 5 minit siap..
Tadaaaa...
Inilah iron idaman hati...
Aku beli jenama Philips - Pure Aqua..
Harga kat kedai dalam RM 2000 kot, tapi aku beli dengan harga RM 1300..
Hati riang tak terkata bile mainan ni sampai kat umah..
Memang kerja mengosok super duper cepat..
So skrang aku sekali gosok 5 pasang baju, 10 minit dah siap..
Dah tak perlu sental-sental dah.
Sekali jalan - siap satu baju..
Kan senang...
Nanti-nanti bila anak-anak dah masuk sekolah rendah, pun senang kerje mummy..