Ph.D - Satu Larian Marathon

in , , by dorsett pink, August 25, 2016
Buat PhD ni macam marathon.. Lari punya lari, tapi tak nampak-nampak garisan penamat.. Hanya tahu - PENAT.. itulah PhD..

Kalau ade sesiapa yang nak sambung buat PhD, nasihat aku - Fikir la dulu masak-masak, fikir, fikir dan terus berfikir sampai korang dapat jawapan yang sahih. Buat solat istikharah banyak-banyak sampailah korang dapat petunjuk Allah yang sebetulnya.. Jangan ikut orang, atau jangan ikut hati - rasa nak sambung, then terus isi borang pendaftaran masuk U, mohon buat Ph.D.. Atau main ikut-ikit orang, orang tu sambung, ko pun nak sambung - JANGAN!!! A big NO K!!

http://www.lib.uci.edu/sites/all/tutorials/BeginResearch/public/images/begin_p1.jpg

Sebabnya Ph.D ni bukan macam belajar kelas memasak. Or bukan sama macam korang buat degree. Totally tak sama langsung.. Even aku rasa Master tu OK lagi lah, boleh kawtim lagi la, boleh relaks-relaks, chill lagi la, tapi buat Ph.D jangan harap la.. Sekali ko lost, nak bangun balik tu susah.

So far, dari survey2 yang aku buat (kat para Dr2 Ijazah Doktor Falsafah), tak ada sorang pun lagi yang kata Ph.D tu senang macam kacang putih. Even, profesor-profesor yang hebat-hebat kat universiti pun kata - ia satu perjalanan yang sangat mencabar..
 http://iris.isr.umich.edu/wp-content/uploads/2015/09/iris-envision-future2.png 
Sebab Otak ko sentiasa berfikir & berfikir tanpa henti 24/7

And i can feel it by myself.. Masa awal-awal sem dulu, nampak senang & life pun smooth jer. Masa middle of the journey tu, baru nampak jalan dah makin bengkang-bengkok & makin gelap, tapi last-last dapat jumpa lampu kat penghujung jalan, pastu cerah la semula, pastu jalan-jalan, jumpa pulak lagi jalan yang gelap-gelita.. And bila dah nak dekat-dekat habis ni, lagi lah rasa macam berenang kat Lautan Hindi yang bergelora tahap aizerbaijan tu.. 

http://www.prevnet.ca/sites/prevnet.ca/files/img/research-620.jpg 
Kalau setiap masa nampak 'lampu' kan best

Kalau tak ade semangat & dorongan & supporter yang sentiasa memahami kerja & life aku, aku rasa dah lama aku mampus kat tengah jalan gelap gelita tu.. Nasib baik , aku ade great supporter yang sentiasa jadi cheer leader aku who is My Hubsy! Thanks upon Him. 

https://blogg.hioa.no/helsevitenskap/files/2016/03/phd-survivor.png 
Yes! i am a survivor

Even kalau ko ni genius tahap Albert Eisten sekalipun, or dapat Anugerah Diraja or Anugerah Naib Canselor every semester masa ko degree dulu, belum tentu ko dapat menggenggam segulung ijazah Ph.D & tittle Dr tu.. Sebab buat Ph.D ni , die tak kira ko bijak ke, ko pandai ker, ko genius ker, even ko bodoh sekalipun, yang penting ialah RAJIN (hardworking), DISPLIN, FOKUS & KOMITED pada research ko.. Even masa SPM ko dapat 9E sekalipun , tapi ko layak jugak untuk dapat tittle Dr Falsafah tu kalau ko RAJIN...

Masalahnya , aku ni bukan spesis rajin  a.k.a aku ni spesis PEMALAS.. So, itulah masalah aku untuk siapkan tesis ni... sob.. sob...sobb.. Tapi aku takkan give up! Thats my promise.. !

https://www.brainscape.com/blog/wp-content/uploads/2015/01/large.png


p/s : For all my Ph.D's friends out there, never ever give up, Allah will always be by your side... Good luck guys, may you all reach at your point of destination one day..Chilll....

Thanks for reading anyway..

SHARE 16 comments

Add your comment

  1. Wishing you all the best, Intan. Moga setiap susah payah dan usaha Intan sepanjang menyempurnakan PhD akan membuahkan hasil yang manis :)

    ReplyDelete
  2. jalan² singgah petang ♥
    btl², nieyl penah dgr pegawai nieyl (DR) dia amek phD..
    dia kata pernah seketika tu dia give up tgh jalan...
    dia hanya fikir nak berhenti je...
    tapi dgn kata² semangat kawan² anak² dia..
    dia bangkit dan abiskan tesis dia dgn berjaya nya..Alhamdulillah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nieyl.. tq sebab baca entry ni.. tu la nieyl, rata2 orang yang buat phd ni ada "masalah" yang sama - most people macam tu. kalau tak kuat, memang kelaut la tak grad2

      Delete
  3. Tahniah ye Dorset. Kuatkan semangat tau. Alang alang dah sampai tgh jalan eloklah habiskan. Sayang weyh!
    Tulahkan.... apa apa kerja pun kalau nak berjaya mesti kena rajin, disiplin dan komited

    ReplyDelete
  4. Tahniah ye Dorset. Kuatkan semangat tau. Alang alang dah sampai tgh jalan eloklah habiskan. Sayang weyh!
    Tulahkan.... apa apa kerja pun kalau nak berjaya mesti kena rajin, disiplin dan komited

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank u hainom..InshaAllah , Allah akan bantu saya

      Delete
  5. Never give up ok! Usaha tangga kjayaan. There is no gain without pain!! Chaiyok 2!

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you awak. awak pun semangat saya jugak.

      Delete
  6. Never give up ok! Usaha tangga kjayaan. There is no gain without pain!! Chaiyok 2!

    ReplyDelete
  7. Alamak ye ke dear...saya baru nak start engine ni....huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. iye... ok lah tu u dah nak start. i advise is, jangan give up, prepare your mental very well... i'm sure u can do it, if i can , why not u kan? tips- selalu baca kisah org2 buat phd, then u akan motivated untuk terus berusaha

      Delete
  8. saya betul2 membayangkan larian marathon yg takde penghujung tuuu. T__T

    masih di degree, tapi memang tabik la orang yang further sampai phd, lagi-lagi kalau bekerja dan berkeluarga jugak. the way they make use of their time...wow impressive!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hye hanis, thanks sebab baca. saya sellau baca your entry but i cant leave comments sebab die mcm complicated.. huhu.. anyway takpelah, hope u know that i am your silent reader. hehehe

      Delete
    2. alala T___T hehe takpelah, sy pun masih mencari jalan nak sync comments kalau nak pindah balik ke blogger comments T_T belum ada solution.

      anyway, thank you jadi silent reader :D hehe

      Delete
  9. DP, teruskan semangat ya. And I agree, tak kisahla ANC ke dekan ke apa ke, Masters and phd is a different thing. Ramai je my friend yang bukan top student pun tapi jiwa kental and like u said RAJIN untuk sambung belajar siaokan thesis.

    ReplyDelete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE