TIPS Menjaga Gigi Susu Anak Kecil

in , , by dorsett pink, August 11, 2016
Assalamualaikum wbt.
 
Hari tu aku bawak anak dara aku yang sorang ni pi jumpa dentist... sebab gigi FL rosak..
She just turns 2 , but yet, its already too late for her.. Sepatutnya kata doktor, parents dah kene bawak anak-anak pergi jumpa dentist since dieorang tumbuh gigi lagi... Bukan nye bila gigi dah rosak baru nak bawak gi jumpa dentist... (huhuhu.. bad mummy)..

Masa tengok jer doktor tu, die terus meraung menangs meronta-ronta ajak balik sebab die takut bile tengok "doktor" pakai "uniform". Sebab seblum ni kalau pergi check-up kat klinik, doktor pakai baju biasa jer, so die tak takut la..

Selepas sesi soal-jawab, then doc ckp punca gigi FL rosak ialah sebab tengah malam die minum susu formula. Susu formula tu tinggi kandungan gula, so tak elok untuk gigi. Sepatutnya lepas dah minum susu tu, kene gosok gigi tapi macam mana nak gosok, sebab die tido kan... So, kalau anak-anak tido, parents kene gogok gigi si anak guna kain basah atau "tooth wipes" lepas die minum susu tu.

Then, doktor tengok gigi die sambil die tengah meraung-raung tu, pastu, doktor sapukan "mousse" kat gigi die. Fungsi "mousse" kata doc, adalah untuk stop kan progress gigi rosak tu dari terus rosak.. Doc letak "mousse" tu kat tempat gigi yang rosak jer which is hanya 2 batang gigi depan jer.. 
Then, lepas tu terus balik..

So, ni aku nak bagi TIPS-TIPS Menjaga Gigi Susu Anak-anak Kecil based on apa yang dentist tu ceritakan kat aku..


#1. Gosok gigi anak 2 kali sehari
Gosok gigi setiap pagi & sebelum tido. Just same macam orang dewasa.
Kalau boleh, guna ubat gigi organic yang tak de florida dan selamat untuk anak-anak. Kalau anak tertelan ubat gigi tu pun takpe, tak bahaya.

 

Aku selalu beli jenama "Jack N Jill" ni. 
Kat kedai-kedai baby ade jual ubat gigi ni, harga dalam lingkungan RM 31.


#2. Gosok gigi pakai "tooth wipes"
Lepas gogok gigi guna berus gigi, kalau boleh gunakan wipes yang special untuk gigi. Fungsi wipes ni sama mcm fungsi "listerine" la. Sebabnya mulut baby ni kecik, so kadang-kadang berus gigi tu tak boleh nak sampai kat semua tempat..
http://domesticatedmomma.com/wp-content/uploads/2013/07/Aleva-Naturals-Bamboo-Baby-Tooth-N-Gum-Wipes.jpg 
Aku sellau beli wipes ni. 
Kat Mothercare ade jual & kedai baby lain pun ade jua jugak.  
harga dalam RM10 - RM15


#3. Gosok gigi pakai "Mousse"
Ni bile tengah malam kalau anak menyusu (guna susu botol) di kehiningan malam (ceewaaahh- ayat tak boleh blah!). Biasanya masa ni anak-anak tak sedar, so nak bawak die pergi bilik air memang tak dapat la.. So, lepas die minum susu tu, ambik wipes atau kain, and sapukan "mousse" tu kat kain, then terus sapukan ke dalam mulut baby, ratakan kat semua gigi yang ada. 

http://www.d-ziredental.com.au/media/pics/site/imagecache/9/2/92423A861BA5D147D9D2B5143E8A229E.jpg 
Mousse ni dentist yang suggest untuk beli. Tapi susah sikit la nak cari bende alah ni. Kat farmasi so far tak de jual lagi. So kene beli kat certain klinik gigi yang ade jual. Price die a little bit pricey dalam RM80.00. Tapi sangat worth la.. 


#4. Jangan biarkan botol susu kat dalam mulut anak-anak.
Jangan biarkan botol susu tu melekat kat dalam mulut anak, so lepas si anak dah minum susu sampai habis, terus keluarkan botol susu tu.


#5. Check-up dentist setiap 3 bulan
Alah bisa tegal biasa, budak-budak memang takut ngan doktor or klinik, so bawak jer pergi jumpa dentist, sebba nak biasakan die ngan suasana di klinik gigi, nanti lama-lama die akan ok & secara tak langsung, die excited untuk jumpa dentist selalu.  

http://www.avivo-group.com/media/1190/ummsuqeim-branch-04_730x477.jpg


So, itu je la tips penjagaan gigi susu yang aku dapat dari dentist.
A good reminder for me..
Semoga bermanfaat.
Have a good day.
Thank you for reading mommies....
SHARE 5 comments

Add your comment

  1. Tips yg baik..
    kalau jenis budak lepas minum susu nak minum air masak ok juga DP

    ReplyDelete
  2. Nasib baik awk buat entry ni..nnti saya nak bw aisyah jumpe dentist this saturday.

    ReplyDelete
  3. Lama dah tak beranak kecik Dorset... Rasanya dulu dulu tak de jugak bawak anak gi dentist kecuali nak cabut gigi hihi...

    ReplyDelete
  4. akak, yang nie ke?

    ehhh baru tahu ade tooth wipes.. okay thanks kak.. nanti e'in cari..

    ReplyDelete

2024 © Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE