Kisah
silam aku banyak mengajar aku tentang ERTI KESABARAN. Korang boleh baca entri
tu kat
SINI. Sejak aku dibuli dan
dibuli sampai mental aku jadi sesak, sampai pada tahap aku rasa aku nak BUNUH
jer orang tu, tapi aku masih lagi bersabar dan terus bersabar. Mungkin juga
kerana iman aku sebagai seorang muslim masih lagi menebal dalam diri dek kerna asuhan
agama dari Arwah Tok Wan sampaikan niat aku nak membunuh tu terkubur
terus..
Aku terus merintih, menangis dan memendam perasaanku sendirian. Aku
hanya berdoa kat Allah supaya diberikan kekuatan untuk tabah menghadapi segala
ujian dan dugaan tu. Betullah kata orang, doa orang yang dizalimi ni
dimakbulkan Tuhan. Mungkin tak makbul ketika kita mintak tu, tapi dimakbulkan
di waktu lain. Cepat atau lambat doa kita dimakbulkan tu , itu semua kehendak
Ilahi. Aku tak pernah berburuk sangka dekat Allah swt.
Aku percaya setiap yang berlaku tu ada hikmah dia. Arwah Tok Wan
selalu pesan macam ni - semua manusia akan diuji Allah Taala, cuma cara ujian
jer yang berbeza. So, apa yang Allah bagi kat kita tu adalah yang terbaik untuk
kita. Mungkin kita rasa sakit sekarang, tapi kesakitan tu mungkin adalah ubat
di masa akan datang. Yesss, ubat untuk aku. Ujian tu semua mengajar aku untuk
menjadi orang yang sabar, tabah, pandai hidup berdikari dan tahu macam mana nak
kenal manusia yang pelbagai ragam ni.
Since peristiwa hitam yang aku tempuh semasa zaman remaja aku tu,
aku perasan doa aku sering dimakbulkan Tuhan secepat mungkin. Aku rasa adalah
dalam 95% apa yang aku mintak, aku dapat.
5% lagi tu mungkin di akhirat nanti. Kadang-kadang (setiap masa jugak),
aku tak berdoa ikut prosedur yang betul pun macam angkat 2 tangan letak kat
dada menadah doa. Kebanyakan masa, apa yang aku nak terlintas dalam hati jer,
then benda tu terhidang depan mata.
Contohnya macam ni lah (ni contoh jer k). Aku tertengok iklan pizza
hut kat TV, then aku cakap kat dalam hati "sedapnya
pizza tu, rasa nak makan lah". Aku tak adalah mengidam sangat pizza
tu, Cuma rasa tu terbit tak kala air liur meleleh nengok cheese pizza yang
meleleh tu. Then, tup-tup en.suami balik rumah, bawak balik pizza hut tu. Aku
pun apa lagi -melantak darah lah setelah mengucap rasa syukur kat Allah. Contoh
lain, macam aku cakap dalam hati, aku nak makan sushi king, tuptup petang tu
aku dapat makan sushi king. And banyak lagi lah keinginan aku terhadap makanan
dimakbulkan Tuhan.
Sedapkan pizza?
Macam aku cerita pasal angan-angan aku nak gi Lombok tu. Korang
boleh baca k
at ENTRI NI. Tetiba jer, en.suami offer bagi duit suruh gi bercuti.
Pastu kisah
lain, macam aku cakap nak gi
Korea. Last sekali aku gi Korea masa Form 4, and setelah berbelas tahun aku
rasa Korea pun dah berubah wajah. Dulu masa aku gi tak ada lagi mat-mat jambu
K-Pop, skrang kalau ko tak tahu apa tu K-PoP memang ko kene pelepop la. So, aku
nak tengok la macam mana rupa Bandar Seoul tu sekarang ni and nak tengok macam mana rupa mamat K-Pop yang orang duk kata hensem-hensem tu. Itu hanyalah
angan-angan k. Tup-tup, kawan aku ajak gi Korea tahun depan. And entah macam
mana, entah duit dari mana datang, terus jer beli tiket flight ke Korea untuk
fly tahun depan.
Kisah lain pulak, aku cakap kat diri aku sendiri, aku nak bakal
suami yang ada Ijazah PhD (supaya nanti dia senang nak faham keadaan aku yang
duk stress buat phd ni and supaya dia dapat menjawab soalan-soalan cepumas aku)
dan nak bakal suami yang ada ilmu agama tahap ustaz-ustaz, tak smoking, bukan
kaki perempuan dan yang paing penting Kaki Travel. Alhamdulillah, aku dapat dan semua ciri-ciri tu ada kat suami aku skrang. And aku sangat
bersyukur dekat Tuhan sebab mempertemukan jodoh yang sedemikian rupa . Thanks God
Pastu, aku cakap aku nak sambung Master , nak sambung Phd,
Alhamdulillah aku pun dapat apa yang aku impikan tu. Dan bukan itu jer, aku perasan, setiap apa yang bermain dalam
fikiran aku, pasti akan dijawab oleh ALLAH swt secepat mungkin dalam pelbagai
bentuk macam melalui pembacaan, melalui TV, melalui radio, melalui sosial
media, melalui kawan-kawan atau apa saja medium.
Ada ketika tu aku sesat masa tengah drive. Aku tak tahu macam mana nak keluar ke Jalan Besar. Masa tu pulak jam 12 malam. Dulu aku selalu drive malam-malm tau sorang-sorang sebab kadang-kadang balik kerja lewat and sellau keluar tengok movie malam-malam. Jaln punya jalan, tak jumpa jugak jalan keluar. Masa tu tak ada smart phone lagi and GPS pun tak ada lagi. masa tu zaman peta atas kertas. Then, masa kat station minyak ada sorang mamat handsome ni bagitau aku jalan keluar ke jalan besar. Then dia cakap
'awak ikut jer saya'. (Dia naik keta dia, aku naik keta aku lah, aku follow dia dari belakang). Aku tak pernah kenal mamat tu , entah-entah dia orang jahat. Tapi Alhamdulillah orang tu jujur , dia bawak aku sampai jumpa jalan besar. Thanks God.
Aku pernah mintak kat Tuhan supaya Tuhan tunjukkan aku karaktor sebenar orang tu. Tup-tup terus aku dapat tengok karaktor sebenar orang tu dan-dan tu jugak. Betapa pemurahnya Allah swt sampai makbulkan hampir kesemua permintaan aku.
And the
latest one, lately aku duk terfikir pasal berat badan aku. Sebelum ni berat au
47 kg, kalau naik pun sampai 50 kg jer. Tak adalah lebih dari 50 kg. Kalau ada
terlebih 2-3 kg tu, pastu dia cepat-cepat turun jadi 50 kg semula. Aku dulu kan
atlit, so sampai sekarang aku masih lagi aktif bersukan. At least 3 kali
seminggu aku pergi jogging. Tapi since Hari Raya Puasa hari tu, berat aku
tetiba naik mendadak sampai 57 kg. 57 kg
tu ialah berat aku masa mengandungkan FL tau.
Bila makan tak ingat dunia , ko tanggung la akibatnya
Manalah
berat aku tak naik banyak tu. Dah nama pun Hari Raya, pergi open house sana
sini, makan nasi Arab la, nasi minyak la, nasi dangang la, lontong la, laksa la
dan segala jenis makanan aku makan. Pastu pulak, time tu macam aku mengindam
ais krim. So hari-hari aku makan ais krim padahal sebelum -sebelum ni aku
BERPANTANG makan ais krim. Ais krim tu benda yang dilarang dalam umah aku.
Tapi, aku pulak yang langar pantang tu. Ape ke hal????
Sebab tu
lah, berat aku naik banyak macam tu sekali. Then, aku curious sebab apa berat
aku boleh naik macam tu. Memanglah orang cakap - sebab
aku makan banyak. Tapi aku kan selalu exercise, so faktor makan banyak
tu tak relevan sangat kat diri aku sebab aku makan banyak tu masa hari raya tu
jer, lepas tu aku dah tak ada balun semua benda.
Lagi satu,memandangkan aku ni dari backround
academik, aku tak boleh terima jawapan ringkas macam tu. Aku nak kan jawapan
yang complex, detail, ada fakta dan terbukti dari segi saintifik. Macam contoh, berat aku naik sebab enzim kat hati
telah berubah menjadi kolestrol. Enzim ? Enzim apa? Kolestrol? Kolestrol tu
nama apa? Apa kaitan enzim dan kolestrol, dan apa kaitan dengan darah , usus
dan sistem pencernaan dan berat badan naik. Well, nampak tak betapa
rumitnya masalah aku ni. Kalau korang jadi kawan aku dalam alam realiti (bukan
alam maya), aku belum tentu yakin korang nak berkawan dengan aku bila aku tanya
soalan-soalan cepumas macam tu. Silap haribulan, korang lari macam hantu mak
limah balik kampung.
Bila mana
soalan -soalan macam tu berlegar-legar dalam kepala aku yang bulat ni, aku
perasan Allah swt akan hantar bantuan untuk menjawab soalan tu. Either melalui
pembacaan, atau melalui jawapan dari en.suami, atau melalui jawapan dari
pensyarah, atau melalui jawapan dari kawan-kawan atau melalui TV.
And
soalan aku tentang berat badan aku tu, bantuan untuk menjawab soalan tu semua
sampai kat aku (dihantar oleh Allah swt) pagi tadi bila aku dengar Radio IKIM.fm. Aku jarang bukak IKIM melainkan
kalau IKIM ada topic-topic diskusi yang
berilmiah, apa-apa saja ilmu yang dibincangkan oleh mereka yang pakar aku
dengar. Hari tu aku dengar pasal misi "Womens Boat to Gaza" by
Dr.Fauziah. Macam topic pagi tadi pasal "GULA"
disampaikan oleh Dr. Norman Norawi. Sangat-sangat detail penerangannya
dan penuh dengan fakta. Dia cakap berat badan seseorang tu naik bukan sebab
makan banyak, tapi sebab makan banyak gula. Gula ni ada banyak jenis, bukan jer
gula putih yang kita selalu makan tu jer. Yang buatkan berat badan naik ialah fruktosa. Fruktosa ni
tak boleh dibakar walaupun kita ni berjogging 3km sebab dia tak boleh
ditukar menjadi fat (lemak). Apa yang boleh dibakar menjadi kalori ialah lemak
dan glukosa. Fruktosa yang berlebihan dalam badan hanya akan ditukar menjadi
kolestrol saja dan kolestrol ni yang buatkan berat badan naik. Sebab tu lah
berat aku tak turun-turun walaupun aku berlari pecut macam Usain Bolt. Dan
banyak lagi lah penerangan Dr. Norman tu. Kalau korang nak tahu pasal Dr Norman
tu, korang search jer FB dia - Dr.Norman.
Dalam buah ada banyak fruktosa
(Sumber gambar : Google Image)
Yess..
Aku dah legaaaaaaaaa. Soalan aku dah terjawab. So, lepas ni aku kena kurangkan
gula, maybe untuk permulaan kurangkan dulu 50% pengambilan gula, then, slowly
kurang lagi,kurang lagi. So, lepas ni aku nak minum air kosong jer memanjang,
dah tak nak dah minum air jus (air jus ada banyak fruktosa tau) and nak
kurangkan ambik buah yang manis-manis (ada 70% fruktosa dalam buah).
Lepas ni bermulalah - No Sugar Challenge . hehe
Thank you sebab baca. Jom kita sama-sama kurangkan ambik gula.