Thursday, November 24, 2016

Bantuan Sampai


Kisah silam aku banyak mengajar aku tentang ERTI KESABARAN. Korang boleh baca entri tu kat SINI. Sejak aku dibuli dan dibuli sampai mental aku jadi sesak, sampai pada tahap aku rasa aku nak BUNUH jer orang tu, tapi aku masih lagi bersabar dan terus bersabar. Mungkin juga kerana iman aku sebagai seorang muslim masih lagi menebal dalam diri dek kerna asuhan agama dari Arwah Tok Wan sampaikan niat aku nak membunuh tu terkubur terus..

Aku terus merintih, menangis dan memendam perasaanku sendirian. Aku hanya berdoa kat Allah supaya diberikan kekuatan untuk tabah menghadapi segala ujian dan dugaan tu. Betullah kata orang, doa orang yang dizalimi ni dimakbulkan Tuhan. Mungkin tak makbul ketika kita mintak tu, tapi dimakbulkan di waktu lain. Cepat atau lambat doa kita dimakbulkan tu , itu semua kehendak Ilahi. Aku tak pernah berburuk sangka dekat Allah swt.

Aku percaya setiap yang berlaku tu ada hikmah dia. Arwah Tok Wan selalu pesan macam ni - semua manusia akan diuji Allah Taala, cuma cara ujian jer yang berbeza. So, apa yang Allah bagi kat kita tu adalah yang terbaik untuk kita. Mungkin kita rasa sakit sekarang, tapi kesakitan tu mungkin adalah ubat di masa akan datang. Yesss, ubat untuk aku. Ujian tu semua mengajar aku untuk menjadi orang yang sabar, tabah, pandai hidup berdikari dan tahu macam mana nak kenal manusia yang pelbagai ragam ni.

Since peristiwa hitam yang aku tempuh semasa zaman remaja aku tu, aku perasan doa aku sering dimakbulkan Tuhan secepat mungkin. Aku rasa adalah dalam 95% apa yang aku mintak, aku dapat.  5% lagi tu mungkin di akhirat nanti. Kadang-kadang (setiap masa jugak), aku tak berdoa ikut prosedur yang betul pun macam angkat 2 tangan letak kat dada menadah doa. Kebanyakan masa, apa yang aku nak terlintas dalam hati jer, then benda tu terhidang depan mata.

Contohnya macam ni lah (ni contoh jer k). Aku tertengok iklan pizza hut kat TV, then aku cakap kat dalam hati "sedapnya pizza tu, rasa nak makan lah". Aku tak adalah mengidam sangat pizza tu, Cuma rasa tu terbit tak kala air liur meleleh nengok cheese pizza yang meleleh tu. Then, tup-tup en.suami balik rumah, bawak balik pizza hut tu. Aku pun apa lagi -melantak darah lah setelah mengucap rasa syukur kat Allah. Contoh lain, macam aku cakap dalam hati, aku nak makan sushi king, tuptup petang tu aku dapat makan sushi king. And banyak lagi lah keinginan aku terhadap makanan dimakbulkan Tuhan.

http://www.mysticpizza.com/admin/resources/pizza-pepperoni-w857h456.jpg 
Sedapkan pizza?

Macam aku cerita pasal angan-angan aku nak gi Lombok tu. Korang boleh baca kat ENTRI NI. Tetiba jer, en.suami offer bagi duit suruh gi bercuti. Pastu kisah  lain, macam aku cakap nak gi Korea. Last sekali aku gi Korea masa Form 4, and setelah berbelas tahun aku rasa Korea pun dah berubah wajah. Dulu masa aku gi tak ada lagi mat-mat jambu K-Pop, skrang kalau ko tak tahu apa tu K-PoP memang ko kene pelepop la. So, aku nak tengok la macam mana rupa Bandar Seoul tu sekarang ni and nak tengok macam mana rupa mamat K-Pop yang orang duk kata hensem-hensem tu. Itu hanyalah angan-angan k. Tup-tup, kawan aku ajak gi Korea tahun depan. And entah macam mana, entah duit dari mana datang, terus jer beli tiket flight ke Korea untuk fly tahun depan.

 Kisah lain pulak, aku cakap kat diri aku sendiri, aku nak bakal suami yang ada Ijazah PhD (supaya nanti dia senang nak faham keadaan aku yang duk stress buat phd ni and supaya dia dapat menjawab soalan-soalan cepumas aku) dan nak bakal suami yang ada ilmu agama tahap ustaz-ustaz, tak smoking, bukan kaki perempuan dan yang paing penting Kaki Travel. Alhamdulillah, aku dapat dan semua ciri-ciri tu ada kat suami aku skrang. And aku sangat bersyukur dekat Tuhan sebab mempertemukan jodoh yang sedemikian rupa . Thanks God

Pastu, aku cakap aku nak sambung Master , nak sambung Phd, Alhamdulillah aku pun dapat apa yang aku impikan tu. Dan bukan itu jer, aku perasan, setiap apa yang bermain dalam fikiran aku, pasti akan dijawab oleh ALLAH swt secepat mungkin dalam pelbagai bentuk macam melalui pembacaan, melalui TV, melalui radio, melalui sosial media, melalui kawan-kawan atau apa saja medium.

Ada ketika tu aku sesat masa tengah drive. Aku tak tahu macam mana nak keluar ke Jalan Besar. Masa tu pulak jam 12 malam. Dulu aku selalu drive malam-malm tau sorang-sorang sebab kadang-kadang balik kerja lewat and sellau keluar tengok movie malam-malam. Jaln punya jalan, tak jumpa jugak jalan keluar. Masa tu tak ada smart phone lagi and GPS pun tak ada lagi. masa tu zaman peta atas kertas. Then, masa kat station minyak ada sorang mamat handsome ni bagitau aku jalan keluar ke jalan besar. Then dia cakap 'awak ikut jer saya'. (Dia naik keta dia, aku naik keta aku lah, aku follow dia dari belakang). Aku tak pernah kenal mamat tu , entah-entah dia orang jahat. Tapi Alhamdulillah orang tu jujur , dia bawak aku sampai jumpa jalan besar. Thanks God. 

Aku pernah mintak kat Tuhan supaya Tuhan tunjukkan aku karaktor sebenar orang tu. Tup-tup terus aku dapat tengok karaktor sebenar orang tu dan-dan tu jugak. Betapa pemurahnya Allah swt sampai makbulkan hampir kesemua permintaan aku.
 
And the latest one, lately aku duk terfikir pasal berat badan aku. Sebelum ni berat au 47 kg, kalau naik pun sampai 50 kg jer. Tak adalah lebih dari 50 kg. Kalau ada terlebih 2-3 kg tu, pastu dia cepat-cepat turun jadi 50 kg semula. Aku dulu kan atlit, so sampai sekarang aku masih lagi aktif bersukan. At least 3 kali seminggu aku pergi jogging. Tapi since Hari Raya Puasa hari tu, berat aku tetiba naik mendadak sampai 57 kg.  57 kg tu ialah berat aku masa mengandungkan FL tau.

http://cdn-2.tstatic.net/surabaya/foto/berita/2012/4/10/ibu_gemuk.jpg 
Bila makan tak ingat dunia , ko tanggung la akibatnya
Manalah berat aku tak naik banyak tu. Dah nama pun Hari Raya, pergi open house sana sini, makan nasi Arab la, nasi minyak la, nasi dangang la, lontong la, laksa la dan segala jenis makanan aku makan. Pastu pulak, time tu macam aku mengindam ais krim. So hari-hari aku makan ais krim padahal sebelum -sebelum ni aku BERPANTANG makan ais krim. Ais krim tu benda yang dilarang dalam umah aku. Tapi, aku pulak yang langar pantang tu. Ape ke hal????

Sebab tu lah, berat aku naik banyak macam tu sekali. Then, aku curious sebab apa berat aku boleh naik macam tu. Memanglah orang cakap - sebab aku makan banyak. Tapi aku kan selalu exercise, so faktor makan banyak tu tak relevan sangat kat diri aku sebab aku makan banyak tu masa hari raya tu jer, lepas tu aku dah tak ada balun semua benda.

 Lagi satu,memandangkan aku ni dari backround academik, aku tak boleh terima jawapan ringkas macam tu. Aku nak kan jawapan yang complex, detail, ada fakta dan terbukti dari segi saintifik. Macam contoh, berat aku naik sebab enzim kat hati telah berubah menjadi kolestrol. Enzim ? Enzim apa? Kolestrol? Kolestrol tu nama apa? Apa kaitan enzim dan kolestrol, dan apa kaitan dengan darah , usus dan sistem pencernaan dan berat badan naik. Well, nampak tak betapa rumitnya masalah aku ni. Kalau korang jadi kawan aku dalam alam realiti (bukan alam maya), aku belum tentu yakin korang nak berkawan dengan aku bila aku tanya soalan-soalan cepumas macam tu. Silap haribulan, korang lari macam hantu mak limah balik kampung.

Bila mana soalan -soalan macam tu berlegar-legar dalam kepala aku yang bulat ni, aku perasan Allah swt akan hantar bantuan untuk menjawab soalan tu. Either melalui pembacaan, atau melalui jawapan dari en.suami, atau melalui jawapan dari pensyarah, atau melalui jawapan dari kawan-kawan atau melalui TV.

And soalan aku tentang berat badan aku tu, bantuan untuk menjawab soalan tu semua sampai kat aku (dihantar oleh Allah swt) pagi tadi bila aku dengar Radio IKIM.fm. Aku jarang bukak IKIM melainkan kalau IKIM ada topic-topic diskusi yang berilmiah, apa-apa saja ilmu yang dibincangkan oleh mereka yang pakar aku dengar. Hari tu aku dengar pasal misi "Womens Boat to Gaza" by Dr.Fauziah. Macam topic pagi tadi pasal "GULA" disampaikan oleh Dr. Norman Norawi. Sangat-sangat detail penerangannya dan penuh dengan fakta. Dia cakap berat badan seseorang tu naik bukan sebab makan banyak, tapi sebab makan banyak gula. Gula ni ada banyak jenis, bukan jer gula putih yang kita selalu makan tu jer. Yang buatkan berat badan naik ialah fruktosa. Fruktosa ni tak boleh dibakar walaupun kita ni berjogging 3km sebab dia tak boleh ditukar menjadi fat (lemak). Apa yang boleh dibakar menjadi kalori ialah lemak dan glukosa. Fruktosa yang berlebihan dalam badan hanya akan ditukar menjadi kolestrol saja dan kolestrol ni yang buatkan berat badan naik. Sebab tu lah berat aku tak turun-turun walaupun aku berlari pecut macam Usain Bolt. Dan banyak lagi lah penerangan Dr. Norman tu. Kalau korang nak tahu pasal Dr Norman tu, korang search jer FB dia - Dr.Norman.

http://ste.india.com/sites/default/files/2014/09/02/269189-fruits-700.jpg
 Dalam buah ada banyak fruktosa
(Sumber gambar : Google Image)


Yess.. Aku dah legaaaaaaaaa. Soalan aku dah terjawab. So, lepas ni aku kena kurangkan gula, maybe untuk permulaan kurangkan dulu 50% pengambilan gula, then, slowly kurang lagi,kurang lagi. So, lepas ni aku nak minum air kosong jer memanjang, dah tak nak dah minum air jus (air jus ada banyak fruktosa tau) and nak kurangkan ambik buah yang manis-manis (ada 70% fruktosa dalam buah).

Lepas ni bermulalah - No Sugar Challenge . hehe

Thank you sebab baca. Jom kita sama-sama kurangkan ambik gula.

31 comments:

  1. semua makanan or meal mesti ada kandungan gula tinggi or rendah je itu sbb selepas ambik meal pastikan jgn minum air manis...minum air kosong...tp rakyat msia..SEMUA nk sedap..sakit or tak belakang kira..termasuk lah sis JM ni

    ReplyDelete
  2. nak rehat jap..nanti sambung baca :-)

    ReplyDelete
  3. So kalau makan banyak buah kolestrol akan bertambah dan berat badan juga bertambah... kekadang memang confuse kita dibuatnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh en.mie. takpe, nanti saya buat entri lain pasal buah ni supaya en.mie tak keliru lagi. hihi

      Delete
  4. Alhamdulillah untuk segala bantuan dariNya 😊 Teruskan usaha untuk mengawal berat badan ya 😊

    ReplyDelete
  5. sama la saya pon tengah berusaha kontrol makanan bergula tapi susah betul nak kawal nafsu :'(

    ReplyDelete
  6. Wahh!!! terdetik je dalam hati terus dapat mkn...best tu..Allah maha mendengar..mungkin dia detikkan hati suami utk beli..sib baik tak terdetik nak beli kereta ke rumah ke hihih..just joking

    ReplyDelete
    Replies
    1. yupe. i think so. hihihi... kereta dan rumah memang ada terdetik kat dalam hati dia JM. hihi...

      Delete
    2. Macam doraemon yang ada poket ajaib... ahaksss

      Delete
  7. kalau tengok pizza tu mmg la meleleh air liur terutama time tgh lama..ishhh teringin nk mkana domino pizza lah...agak2 ada tak org tlg belikan yek heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada JM. SS belikan untuk JM nanti. hihi

      Delete
    2. SS baru mencekik pizza semalam... Sorry Jay Emm... keh keh keh...

      Delete
  8. ya Allah..byk betul2 angan2 jadi kenyataan...apa malan Intan ni..terdeki nk ke Lombok..boleh pergi..terdetik naak ke Korea...kwn ajak..share sikit ngan sis JM..amalam yg Intan amalkan :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak ada amalan apa lah JM. saya sama je macam orang lain - solat 5 waktu tak tinggal. Pastu , saya percaya dan yakin sepenuhnya dengan Allah. Aapa-apa jer yang berlaku dalam hidup saya, saya serahkan sepenuhnya kat Allah. itu jer

      Delete
  9. Doa untuk dapat suami yang mempunyai ciri2 IDAMAN pun termakbul...WAH!!!! memang bahagialahh...TERBAIK lah...syukur Allah makbulkan..boleh di katakan PERFECT tau

    ReplyDelete
  10. fuhhh! lap peluh...bila baca story Intan like Insan TERPILIH.semua hayat dan niat..semua termakbul...

    ReplyDelete
  11. berat 57kg..tinggi berapa meter? sis JM pun tengah stress berat cecah 62kg..tapi bila mlm mkn nasi, tgh mkn nasi..x excersice..ada tanya kwn apa dia buat badan dah kurus..dia ckp x mkn mlm, minum air kosong byk, tak minum minuman manis dna kalau mkn nai tgh ambik nasi separuh dari genggaman sendiri..TAPI x boleh nak praktik kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan JM. saya pun tak boleh pratikkan macam tu... tinggi saya 159

      Delete
  12. haaahh???? FRUKTOSA byk dalam buah? menjadi lemak yang yang di boleh di BAKAR? garu-garu kepala sbb pakar pemakanan, nutrisi sgt galakkan pengambilan buah yg byk dalam meal..kurangkan minum minuman manis...kena cari lah kajian menyatakan bahawa FRUKTOSA byk dalam buah dan penyebab "GEMUK" susah nak turun..selalu tgk kwn2 yg gemuk dan obes ni..tak pernah makan buah..x suka mkn buah..tapi gemuk berganda2...adeh!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh JM! gigih sungguh baca sampai habis. Terima kasih ye JM sebab sudi baca satu-satu...

      Delete
    2. Jm. intan rasa kawan JM yang gemuk tu tak makan buah tapi dia minum air jus buah banyak sangat. Air jus tu bahaya tau. Sebabnya dalam buah tu sendiri dah tinggi kandungan fruktosa, pastu bila dibuat jus , campur lagi dengan sukrosa (gula putih) = sengaja menempah OBESITI jawabnya tu.

      Delete
  13. Itulah yang menjadi kekeliruan dalam masyarakat kita hari ni. Ramai orang ingat buah tu sangat bagus. memang buah tu bagus tak dinafikan. Tapi kat entri DP tu, DP tulis buah yang manis. Sebab buah yang manis kandungan fruktosa tinggi. Untuk orang normal, it's ok makan buah yang manis-manis banyak-banyak, buut cuba fikir kenapa kalau orang yang obesiti atau ada masalah kencing manis atau ada masalah gout, Doktor/ dietitian hadkan orang tersebut supaya tak makan buah banyak sangat. Tapi takpe, nanti saya buat entri lain pencerahan pasal Fruktosa je k. Stay tune.

    ReplyDelete
  14. Kalau makan buah lebih elok makan buah yang ada kandunagn fruktosa yang rendah contoh macam buah tembikai - sikit fruktosa, tinggi air. Kalau epal pulak, ambik epal fuji sebab epal fuji kurang manis (rendah kandungan fruktosa). Kalau buah yang masam-masam tu, confirm fruktosa rendah

    ReplyDelete
  15. Huh! Kena buli zaman remaja? Ni mesti kat asrama kan?

    ReplyDelete
  16. Allah beri kita ujian dalam 2 bentuk... Susah pon ujian... Senang pon ujian...

    ReplyDelete
  17. OK.. Tak nak makan gula.. Ahakkksss...

    ReplyDelete
  18. insyaAllah dipermudahkan semuanya. Allah maha tahu ape yg trbaik untuk kita :)

    ReplyDelete