AWAS! Buah-buahan Mengemukkan

in , by dorsett pink, December 02, 2016
Hari tu aku ada cakap (read : tulis) pasal GULA. Korang boleh baca pasal tu kat ENTRI NI. Entri tu mendapat sambutan hangat. But ramai yang keliru pasal BUAH (Fruits) ni. Apa yang aku tulis ialah apa yang Dr. Norman Norawi cakap. Dr Norman ialah Medical Offficer yang banyak tulis buku pasal pemakanan. Penerangan yang diberi pun sangat saintifik dan detail. Korang boleh baca pasal Dr.Norman kat SINI.  So, entri ni aku nak terangkan pasal Buah-buahan. Yang mana Fruits ni adalah salah satu punca GEMUK. 

Untuk tulis entri ni, aku dah buat sikit research pasal dengan search journal papers dan interview kawan-kawan dietitian dan doktor-doktor. Inilah kelebihan kita ada ramai kawan dalam pelbagai bidang. Boleh tanya diaorang tentang bidang tersebut.

Based on pada apa yang aku tulis kat entri hari tu, aku cakap "berat badan seseorang tu naik bukan sebab makan banyak, tapi sebab makan banyak gula" . Sebenarnya GULA ni ada banyak jenis. Kita selalu tengok gula putih hari-hari and otak kita pun dah cakap yang GULA ialah gula putih tu. Tapi sebenarnya, gula ni bukan saja gula putih yang kita tengok hari - hari tu jer. Ada banyak jenis gula sebenarnya. Kalau ikut nama saintifik, Gula Putih tu nama dia SUCROSE atau dalam melayu nama dia SUKROSA. Sukrosa ni ialah gula paling bahaya sebab dia tak boleh dibakar oleh badan kita, dan dia akan menjadi kolestrol atau lebihan gula dalam badan yang akhirnya akan buatkan kita menjadi gemuk, sakit kencing manis, sakit gout dan macam-macam penyakit lagi. 

Selain dari SUKROSA, satu lagi gula yang BAHAYA ialah FRUKTOSA atau dalam english dipanggil FRUCTOSE. Fruktosa ni ialah gula buah-buahan yang terdapat dalam semua buah-buahan.  Fruktosa ni bahaya sebab dia macam Sukrosa jugak - tak boleh dibakar untuk menjadi kalori. So, kalau kita kuat bersenam atau bersukan pun, fruktosa tu tetap akan bertukar menjadi kolestrol dan ia tak akan dibakar oleh sistem badan kita.  So, bila tak boleh dibakar, fruktosa dan sukrosa yang berlebihan akan menyebabkan kolestrol berlebihan dalam badan selain dari penyakit-penyakit lain macam kencing manis, sakit gout , sakit apa usus dan macam-macam lagi.

Antara Fruktosa dan Sukrosa, Fruktosa lagi manis tau. 
Korang tengok figure kat bawah ni. 
Kemanisan Fruktosa lebih tinggi dari sukrosa. 
Sumber : 
1. Hanover, LM; White, JS (1993). "Manufacturing, composition, and application of fructose". Journal of Clinical Nutrition58: 724s–732. , 
2. Oregon State University. "Sugar Sweetness". Last accessed May 5, 2008. http://food.oregonstate.edu/sugar/sweet.htmlArchived May 16, 2008, at the Wayback Machine.


Sumber figure tu aku ambik dari  journal paper. Kalau sebut pasal journal paper,  dah tak perlu nak pertikaikan kesahihannya sebab nak siapkan dan publish satu journal paper tu susah dan segala fakta-fakta yang ditulis di dalam journal paper telah direview oleh PAKAR-PAKAR terlebih dahulu. So, sesiapa yang dapat publish 1 journal paper pun dah kira hebat tau.
(PHD student wajib publish journal paper).

Mungkin kita susah nak percaya bahawa buah-buahan tu bahaya dan menyebabkan kegemukkan sebab minda kita dah lama diserap dengan hujah yang mengatakan 'makan buah kalau nak kurus'. Dan kita jugak tengok, ada ramai body weight trainer dan atlit makan buah sebelum pergi training. Sebenarnya - andaian tersebut salah. 

As time goes by, ada banyak sangat research-research baru dibuat oleh para penyelidik. So the latest one, pramai penyelidik mengatakan bahawa fruktosa ni penyebab kepada OBESITI. Korang boleh baca artikel journal kat bawah ni. Journal ni baru lagi, tahun 2013 dipublish. So, kalau tahun 2013, ia masih dianggap sebab RELIABLE dalam bidang akademik.



Journal ni ditulis oleh Page, K.A., and her team pada tahun 2013. Kajian dia membuktikan bahawa peningkatan pemngambilan fruktosa sebagai pemanis dalam pemakanan akan memberi kesan kepada epidemic obesiti semasa.

Kajian Oleh Page tersebut telah menyokong kajian yang dibuat oleh Hallfrisch.J yang dibuat pada tahun 1990. Korang boleh baca kat bawah ni :



Hasil kajian Hallfrisch menemukan bahawa pengambilan fruktosa dalam diet seharian telah menyebabkan kepada tekanan darah tinggi, peningkatan dalam uric acid (punca gout) dan juga peningkatan dalam asid laktik.

Dan banyak lagi kajian-kajian lain yang telah dibuat diseluruh dunia yang membuktikan betapa BAHAYANYA PENGAMBILAN GULA BERNAMA FRUKTOSA NI.

Sebab apa bahaya?
OK, actually fruits ni bagus untuk badan kita sebab dalam buah-buahan tu ada banyak mineral ada. Antaranya vitamin, fiber, kalsium, phosphorus, magnesium, manganese, sodium, zinc, potasium dan macam-macam lagi lah. Sebab tu dalam al-quran galakkan kita makan banyak buah-buahan. Tapi hati-hati, makan ala kadar saja dan jangan berlebihan sebab semua buah ada gula nama fruktosa (gula buah-buahan). 

Kalau nak makan banyak buah boleh, cari buah yang tak manis sangat sebab kalau buah tu manis, kandungan fruktosa adalah tinggi. Kalau buah tu tak manis, kandungan fruktosa rendah. Buah ni bahaya sebab ada fruktosa. Kalau kita ambik kandungan fruktosa yang berlebihan dari apa yang diperlukan oleh badan kita, maka penyakit-penyakit lain akan datang.

Buah yang tak manis a.k.a kurang fruktosa ialah contoh macam tembikai, ada sikit fruktosa ada banyak air. Buah jambu batu ke, melon ke, pumpkin ke. Kalau nak makan epal, cari epal fuji sebab epal fuji fruktosa rendah compared to epal hijau atau epal merah. Kalau buah-buah berries - sangat tinggi fruktosa sebab tu strawberi, bluberi dan apa-apa yang nama beri-beri semua manis. 


Lagi parah, kalau buah tu dicampur pulak dengan gula sukrosa (gula putih). Lagi lagi indeks kemanisan dalam badan kita berdesup naik. Contohnya minum air jus. Air jus tu bahaya sebab dalam jus tu sendiri dah ada kandungan fruktosa, tambah plak lagi sukrosa. Memang menempah azabedah la jawabnya. So, kalau nak minum jus, janganlah ditambahkan lagi gula putih. Minum jus original tu jer. And cari buah yang kurang kandungan fruktosa untuk dibuat jus.

Aku ingat lagi masa aku jadi atlit dulu. Sebab aku main sukan taekwondo yang sangat bergantung pada berat badan, coach selalu cakap kat sesape yang kurang weight suruh makan pisang banyak-banyak sebab pisang boleh naikkan berat badan. Memang betul! tak tipu! Aku tak makan pisang sebab aku tak ada masalah underweight dulu. Berat aku maintain. Ada team member akudia selalu underweight sebab dia jenis yang senang turun berat, kalau trainning lebih sikit, turun la berat sekilo ke 2 kilo. Pastu bila dia makan pisang, boleh naik sampai 2 kilo. Tapi sebab kitaorang ni trainning hari-hari, so berat 2 kilo dia tu, senang jugaklah hilang... Kesian gak tengok dia masa tu. Tapi nak buat macam mana, itulah namanya pengalaman. 

Dalam Islam mahupun ideologi Barat juga digalakkan makan pisang waktu pagi (breakfast) sebab dia bekalkan tenaga. Tapi jangan ambik pisang waktu malam sebab dia mengundang penyakit (kolestrol). Pisang ni kandungan fruktosa dia sederhana dan dia ada banyak mineral lain lagi macam karbohidrat, kalsium, iron, copper, magnesium, sodium, phosphorus, dan selenium. Sebab tu pisang ni bagus. Tapi jangan makan pisang banyak-banyak. 

Boleh tak makan nasi banyak-banyak?
Ni pun orang selalu tanya aku soklan ni - boleh tak makan nasi banyak-banyak. Ok, actually nasi tu tak bahaya pada kesihatan tau sebab kandungan nasi tu ialah karbohidrat. Karbohidrat ni akan ditukar menjadi gula yang bernama GLUKOSA atahu english GLUCOSE bila masuk dalam badan dan GLUKOSA ni diperlukan oleh badan untuk digunakan sebagai tenaga. Maksudnya, glukosa ni boleh dibakar oleh sistem badan kita. Lagi banyak kita bersenam atau berjalan, lagi banyak kalori yang dibakar oleh badan kita. 

Masalahnya kenapa orang yang makan nasi banyak GEMUK? Sebabnya ialah orang tu tak bersenam atau mungkin dia bersenam tapi senaman dia tu belum cukup untuk membakar kalori dalam badan dia. So, moralnya = kalau nak makan nasi banyak = banyak jugalah bersenam ye. Jangan makan banyak, tidur pun banyak, so memang cepatlah gemuk kalau macam tu. 

Aku harap penulisan aku ni membantu korang untuk membuat keputusan yang tepat dalam memilih diet seharian korang. 

By the way, since entri pasal fruktosa tu aku publish last week, ni bermakna aku dah seminggu start "NO SUGAR CHALLENGE" kat diri aku. Nanti aku update pasal perkembangan  "NO SUGAR CHALLENGE" tu k. 

Thank you for reading everybody..Salam Jumaat.

SHARE 21 comments

Add your comment

  1. Sangat informatif DP
    So... conclusion dia nak diet ke apa ke kena ada ilmu juga
    Jgn pakai bantai dan ikut-ikut aje.

    ReplyDelete
  2. Ada dengar pasal ni kat Ikim.fm. betul la dok tu kata sebenarnya banyak2 penyakit ni berpunca dari gula. Doktor tu kata gula ni sebenarnya racun yang nyata..

    Patut la orang yang makan supplimen itu suppliment ni tak berkesan nak kurus sebab dalam kandungan suppliment tu ada kadar gula yang agak tinggi. Even jus2 yang jual kat pasaran pun sebenarnya tak elok sebab dah ditambah gula.

    ReplyDelete
  3. Bagus la DP ni sebelum nak post buat research. Research from journals dan tanya pakar (dietitian) itu yang terbaik!

    ReplyDelete
  4. Fruktosa paling tinggi dalam carta... Fuh fuh... (siap ada link reference lagi, memang terbaik!)

    ReplyDelete
  5. Ya kalau nak minum jus, better perah sendiri je daripada beli yang siap. Takpela invest beli juicer pun tapi lebih berkhasiat kan.

    ReplyDelete
  6. Kesimpulan terbaik. Banyak makan nasi, banyakkanlah bersenam 😊

    ReplyDelete
  7. All the best DP for the NO SUGAR CHALLENGE!

    ReplyDelete
  8. sebab tu la kalau yg pt diabetic, tk boleh makan buah buahan. bukan la tk boleh. tp digalakkan sbb fructose lg cepat masuk dalam darah and lg tgi kndungannya brbanding teh tarik :) wahaaaaa, rase mcm doktor plak ckp cm ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah sebab tu org yg ada kencing manis doktor tak bagi makan buah

      Delete
  9. Good luck for your No Sugar Challenge, Intan. Nanti jangan lupa share updatesnya :)

    ReplyDelete
  10. Memang ramai yang salah faham tentang pengambilan buah2an dan jus buah ni,..kandungan gula tetap ada :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Farrah. Ramai yg Salah faham sebab public tak diberikan maklumat yg sebetulnya pasal kandungan mineral dalam buah-buahan especially di media massa

      Delete
    2. Betul,..masyarakat kita kurang exposure. Dalam mind tu, nak diet jangan makan nasi, makan buah.... :)

      Delete
  11. beries group banyak anti-oksida tp byk jg fruktosa..kena mkn jambu batu..tapi tk leh bubuh asam..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah jihad heroes tinggi anti-oksida tapi ramai yang tak peka kandungan fruktosa dalam buah

      Delete
  12. sangat bagus info nie. thanks ya :D

    ReplyDelete
  13. kena kental nak hadapi No sugar challenge ni..huhu

    ReplyDelete
  14. Suka dengan entry ni.. ;) menarik.
    Saya copy entry ni ye untuk simpanan sendiri.

    ReplyDelete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE