Wednesday, December 28, 2016

Dapat Hadiah Power Bank

Mintak maaf lama tak bersiaran. Aku tak sihat selama 2 minggu. Tak sihat tu maksudnya aku tak boleh bangun. Hanya mampu baring jer, kalau bangun aku rasa sakit kepala , rasa macam nak pitam. Jadi semua benda tak boleh buat dalam masa tu..

******************************************************
 
Sebenarnya Aku dah lama nak beli power bank yang baru. Sebelum ni dah ada 1 power bank, 10000 mAh. Tapi aku nak cari satu lagi yang lagi nipis dan kecik. Sebab powerbank yang sebelum ni besar dan berat. So bila dipegang kat tangan tu terasa jugak la lenguh tu especially bila nak ambik gambar. 

Almaklumlah sekarang ni handphone aku ni dah jadi kamera official aku. Aku dah tak ada camera lain sebab compact kamera aku sebelum ni yang aku bawak pergi mana-mana dah rosak (sobb.soobb..)..

Bila pakai handphone merangkap kamera ni bateri pulak cepat giler habis.. So terpaksalah bawak power bank pergi mana-mana. 

So, aku memang tengah mencari powerbank yang nipis. Usha kat KLIA hari tu power bank yang aku nak tu harga dia lebih kurang RM300 lebih.. So, hold dulu lah hajat tu.

Tup-tup, en.suami balik dari London baru ni dia bawak sekali ngan powerbank...


Alhamdulillah rezeki aku. Power bank ni hadiah dari kawan en.suami kat UK tu. Yang ni pun 10,000 mAh. So, jimat la duit en.suami dari melebur membeli power bank baru. hehehe.


Btw, kat LAZADA sekarang pun tengah SALE. Power Bank 10,000 mAh, boleh dapat RM 37.00 jer kat LAZADA..

47 comments:

  1. Powerbank pentingskrg ni.. Yang menariknya dari sebesar2 boleh dpt yg kecil.. Senang nk bawa kemana2.. :D

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Harap-harap Intan semakin kuat dan beroleh kesembuhan yang sempurna. Jaga diri baik-baik ye.

      Delete
    2. alhamdulillah. skrang intan dah sembuh. Q JM and farrah kerana mendoakan saya..

      Delete
  3. Sis JM pun MC dan cuti selama 2 mggu..hari ni baru masuk keje tapi x sihat sis JM tu still boleh bgn cuma nk makan tu mula2 kena mkn b

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la ngan kita JM.. tak sihat. 2 minggu demam

      Delete
    2. intan kalau demam, memang tak boleh bangun sebab migrain datang sekali masa demam

      Delete
  4. Sis JM pun MC dan cuti selama 2 mggu..hari ni baru masuk keje tapi x sihat sis JM tu still boleh bgn cuma nk makan tu mula2 kena mkn bubur je dan skrg dah boleh mkn nasi but still kena pantang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai JM! Patutla lama tak nampak your comment kat sini.. I tertanya-tanya juga entah-entah pergi travel. Take care ya.

      Delete
    2. Sis JM, baru lepas baca your mail pagi tadi. Sis JM pun jaga diri baik-baik. Rehat cukup2. Makan obat taat2 ye :)

      Delete
  5. Kes Intan ni macam sakit teruk je sampai tak boleh bgn so hubby lah uruskan semua termasuk anak eh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah hubby yang uruskan semua. dari hal anak sampai hal kemas2 rumah. tapi masa mula intan demam tu, FL pun demam jugak tapi die demam 3 hari je dah sembuh. saya ni sampai 2 minggu

      Delete
  6. Sakit apa tu kalau x kisah nak share lah..teruk sgt sampai kalau bangun rasa nk pitam

    ReplyDelete
  7. memang rezeki lah hai...klau size besar tu masuk dompet pun muat..senang nk di bawa ke mana2

    ReplyDelete
  8. Cute sangat kalau size kecil macam ini handy masuk handbag DP:)

    ReplyDelete
  9. sis JM ada beli powerbank Pineng..20,000 mAh..berat? sudah tentu almost 1kg memang agak rengsa la tapi terpaksa sbb like Intan jgk HP tu lah kamera :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikg tu yaaa ampun berat giler. tak sabggup intan nak bawak berat2 gitu. nak dukung anak lagi. hehhe

      Delete
    2. JM. nanti kita nak beli kamera baru.hehhe. dah tak nak jadikan hp sebagai kamera. tak lawa gambar. hehe

      Delete
  10. rezeki betul..niat dah lama nak beli tup-tup dapat..teringat balik entri sblm ni pasal "keinginan tercapai'..niat je nak tu Allah beri..niat nak yang ni allah beru..syukur Alhamdulillah

    ReplyDelete
  11. ALHAMDULILLLAH TERCAPAI IMPIAN DP...MOGA CPT SEMBUH BANYKAN REHAT YA

    ReplyDelete
  12. Patutla lama menyepi DP... Jaga kesihatan baik-baik ya. Kesian sampai 2 minggu demam..

    ReplyDelete
  13. Powerbank i ada beli brand pineng, tupun sebab nak gi Sabah. Takut bateri habis tak dapat nak ambil gambar banyak-banyak. Berguna powerbank ni sebenarnya. Especially kalau kecik macamtu memang memudahkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooohhh sangat-sangat-sangat berguna powerbank tu. kalau tak ada powerbank boleh patah kaki

      Delete
  14. Oh tau tak at first bila i baca tajuk i ingatkan DP yang nak bagi hadiah powerbank.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahhaa... 10 tahun lagi kot baru boleh bagi hadiah powerbank. hehhehe

      Delete
  15. Assalamu'alaikum, Intan. Maaf baru sempat berkunjung ke mari.
    Wahhh, seronoknya dapat powerbank!

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam farrah. takpe. farrah kan busy. at least farrah datang ni pun dah buat kita happy

      Delete
  16. Berkenan saya tengok powerbank tu, Intan. Sangatlah comel dan handy. Senang nak angkut :)

    ReplyDelete
  17. Kiut powerbank tu. Hari tu beli kat Lazada 10,000 mAh memang dekat sekilo beratnya -- RosIbrahim.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. dekat sekilo berat?? hahahha. saba je la pikul bawak masuk beg

      Delete
  18. Try minum jus delima... tambah antibodi dlm badan...

    ReplyDelete
  19. Untungnya dapat FREE... comei lak tu...

    ReplyDelete