Friday, December 09, 2016

Kasut Kesayangan

Apa perasaan korang bila barang kesayangan korang rosak dan terpaksa dibuang??

Kalau aku - SEDIH SANGAT  πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚...



Ni KASUT KESAYANGAN aku. Kasut ni dah lama giler aku pakai, since tahun 2007. So skrang kasut ni dah berumur 9 tahun. Lama giler babe!.. Sebab tu aku suka jenama Nike. Sebab aku tahu quality dia sangat awesome! Masa aku beli kasut ni, kasut ni baru je sampai kat butik tu dari kilang, fresh from oven lagi. Beli kat Nike Womens Boutique kat One Utama. Masa tu, kasut ni dari koleksi limited edition. Tengok design dia sangat-sangat girlish gitu dan of course it is PINK COLOUR.

Nak cari design ni skrang dah tak jumpa dah. That's why aku sayang giler kat kasut ni and tambah pulak dia sangat-sangat bagi aku keselesaan tahap maximum. Kasut ni dah lama dah menjadi travel partner aku. Dah banyak negara dah dia pergi, antaranya China, Kemboja, Thailand, Indonesia, Vienna dan banyak lagi. Dah 2 kali pergi jahit sebab sayang punya pasal sanggup jahit. dari beli baru.





But sekarang ni, kasut ni dah sangat-sangat daif dan membahayakan bila pakai. Tapak dia dah haus . And dah jadi macam tempat tangkung air, air senang je masuk sebab dah terkopak-kapik. Soooo sedih!. So i've to find a new shoes...

Aku ni peminat setia sneakers. Sebab aku selesa pakai sneakers pergi mana-mana - sangat comfy. And aku jugak suka beli sports shoes. Sebab dulu-dulu masa aku jadi atlit dulu, trainning hard-core kasut selalu rosak. So dah macam-macam jenama kasut dah aku cuba tapi yang paling tahan lama ialah Nike dan Adidas. Tapi aku tak suka sangat beli kasut Adidas sebab design dia tak berkenan kat mata aku ni. Aku lebih suka design kasut Nike.

But, aku ni bukanlah jenis 'brand-oriented' sangat. Cuma aku jenis loyal. Kalau aku dah selesa dengan satu jenama tu, aku akan beli jenama tu jer sebab aku dah percayakan die punya kualiti tu. Tak kiralah untuk apa produk sekalipun termasuk kosmestik or skincare or handbag or clothing. Tapi kalau ada benda yang aku nampak cantik kat mata aku, aku beli jer walaupun harga dia seposen..Janji cantik dan selesa.

So, untuk gantikan kasut Nike tu, aku pun belilah kasut lain. Sekali beli 2 pasang sebab nak mengubati lara dihati. sob..sob..sob...


Aku tak pernah kot beli kasut converse. 
Ni first time aku beli. Aku beli ni sebab aku nak kasut yang putih suci gitu.. 
And jalan-jalan, terjumpa kasut suci ni, terus sambar.. 
Best and i love it.


Ni pulak kasut Jenama Sketcher , dari koleksi D'Lite. Dah lama masuk dalam wishlist nak beli kasut ni. So, inilah masa yang sesuai untuk beli. hehehe. Aku ni peminat setia Sketcher since Britney Spears jadi Duta Sketcher sebabnya kalau korang nak tahu - aku ni peminat setia Britney Sprears. hehehe. So, since then, aku selalulah beli kasut Sketcher sampai sekarang sebab kasut dia selesa dan design dia pun cantik kat mata aku.


Ini pulak wishlist aku - Nike Air Max Excellerate 2
(sumber gambar : www.corporatenetwork.com)

Tak banyak tempat jual kasut Air Max Excellerate ni. 
Aku dah cari kat IOI City Mall, Alamanda, KLCC, Sunway Pyramid tak ada. 
Nanti nak try pergi cari kat Midvalley and OU.
Midvalley and OU banyak choice sikit compare to Butik Nike yang lain.


by the way, kasut lama tu yang dah koyak tu nak buat macam mana erk?
 Nak simpan ke atau buang jer dalam tong sampah? 
Korang ada cadangan tak?
 huhuhuhhuhu.. 
'coz i'm so in love with it.
πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

23 comments:

  1. saya boleh bayangkan kasut kesayangan tu kalau masih baru mesti lawa gila kan? suka corak dia :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. yezzza,. betul tu aisya, memang lawa giler masa baru2 beli dulu

      Delete
  2. Bila kata kasut warna pink, I actually scrolled back up to see the shoes. Iyeke pink.. Hahah. Warna dah sangat pudar. Yela 9 years bukan masa yang sekejap.

    ReplyDelete
  3. Cantik pattern di tepi kasut tu, DP! Baru-baru mesti cantik sangat. Nampak juga kesan jahit tu, di tepi tapak tu eh?

    ReplyDelete
  4. Sekarang tengah hot juga kan kasut putih. Versatile juga, boleh padan dengan apa attire pun.

    ReplyDelete
  5. Kasut lama yang dah tak boleh pakai biasanya i buang je.. Dulu simpan, masuk dalam kotak. Ended up semak kan stor dan kena buang juga... Tapi tak adalah buang sekali dengan sampah-sampah lain. Kumpulkan semua kasut yang tak boleh pakai dan buang sekali.

    ReplyDelete
  6. Oh btw, apa perasaan bila kena buang kasut kesayangan? Mestila sedih! I ada satu platform shoes yang design gladiator tu, dulu kan famous. Selalu sangat pakai, and yes, jahit juga demi memanjangkan hayat. Tapi akhirnya kena buang juga sebab dah horror sangat rupanya dengan terkopak kapik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan sedih kan.. ingat dulu gladiator shoes tengah IN dulu

      Delete
  7. kasut putih mudah kotor, kena rajin basuh :-)

    ReplyDelete
  8. kalau kasut kesayangan saya mesti dah lunyai sebab selalu pakai

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak. memang lunyai sebab selalu pakai

      Delete
  9. sayang betul kasut lama. kasut putih tu lawa tapi kenapa tak beli warna pink? hehe.

    ReplyDelete
  10. Kalau dah sayang mesti kita simpan walau dah lama..

    ReplyDelete
  11. Oh, ada peminat setia Britney Spears kat sini...boleh geng dengan adik saya, Intan :)

    ReplyDelete