Friday, December 02, 2016

Tak Sakit Buat PAP SMEAR

Wanita yang telah berkahwin digalakkan untuk membuat pemeriksaan Pap Smear atau nama sebenarnya Papanicolaou test. Ada macam-macam nickname test ni, ada panggil pap test, ada panggil cervical test, tapi kat negara kita famous dengan nama Pap Smear. Perkataan "Papanicolaou" ialah nama doktor yang invent test ni - Dr Georgios Papanikolaou.

Pap smear ni penting untuk screening kanser rahim atau kanser pangkal rahim pada tahap awal. Bila lepas bersalin, kita digalakan buat pap smear 2 tahun berturut-turut selepas kelahiran bayi dan selepas tu, tunggu lagi 3 tahun berikutnya. 

Kalau anak dara, tak perlu (TAK BOLEH) buat test ni. Tapi boleh ambik vaksin untuk menghalang jangkitan kuman pada pangkal rahim dengan syarat masih belum ada intimate intercourse lagi. Aku tak tahu apa nama vaksin tu. Vaksin tu boleh diambik dengan Doktor Pakar O&G a.k.a Pakar Sakit Puan.

Dengan zaman yang penuh penyakit sekarang ni, eloklah kita buat test tu. Tapi masalahnya ramai wanita yang tak nak buat sebab TAKUT. Mana tak takutnya, kalau nampak alat yang rupa muncung itik tu besar macam tu. 

http://images.wisegeek.com/pap-smear-equipment.jpg
Inilah alat muncung itik yang diguna untuk buat test pap smear.
Sumber gambar : Google Image

First skali aku buat masa tahun 2014, 3 bulan lepas melahirkan FL. Then buat lagi sekali semalam. Sepatutnya aku kena buat masa tahun 2015 tapi aku skip sebab terlupa. So semalam pergi lah menyerah diri kat Klinik Pakar AnNur, Bandar Baru Bangi. AKu pilih Dr.Khamsiah sebab aku selesa dengan dia. Masa lahirkan FL dulu pun, aku check-up every month ngan Dr.Khamsiah sampai dia menyambut kelahiran sulung aku. Dia doktor yang best la - cool jer and sangat baik. 


 Que panjang. 
So sementara tunggu turn, aku buatlah dulu sikit-sikit kerja yang boleh dibuat.
Tak adalah membazir sangat masa.
Currently, Time is gold for me.


 
Apa rasa masa buat Pap Smear Test?
Sebenarnya buat pap smear ni langsung tak sakit tau. Rasa nak beranak tu sakit lagi. Buat pap smear langsung tak rasa apa-apa, macam rasa kene gigit semut jer walaupun benda alah tu nampak besar , lagi besar dari muncung itik yang betul. Korang just relax jer, cool and tarik nafas banyak-banyak macam buat hypno breathing masa tengah contraction tu. 

Sekejap je buat ni. Dalam 1 minit dah siap. Kalau korang tak nak malu, buatlah dengan doktor perempuan, confirm everything OK. 

TQ for reading!

14 comments:

  1. Hi DP! Masa nak buat pap smear haritu i pun ada google dulu kenapa nama dia Pap smear.. Rupanya nama inventor dia.

    ReplyDelete
  2. Hye bash. Terima kasih hari2 baca my blog & drop your comment..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2, DP! Seronok baca your blog entries, banyak i can relate to and tips banyak yang berguna juga 😊

      Delete
  3. yang ni semua orang tak suka. seingat mek, the things yang nk buat pap tu, same dengan the things nak check jalan. tkde la sakit pn time dia masukkan tu.

    ReplyDelete
  4. Memang nampak mengerikan sikit alat muncung itik tu :)

    ReplyDelete
  5. pernah buat sekali..sakit jg, maklumlah first time..hmm..

    ReplyDelete
  6. lepas bersalin anak sulung dulu, memang nak buat tapi asyik tangguh je kan sampai sekarang tengah mengandung lagi hahahaaa.. yang muncung itik tu nampak ngeri jer, dulu pengalaman sebab bleding dan tiap minggu kena cek ngan guna muncung itik tu.. hihiii

    ReplyDelete
  7. dah lama sangat tak buat pemeriksaan pap smear nie. nanti nak kene buat jugak sb kesihatan perlu dijaga dari awal.

    ReplyDelete
  8. Kena jalani pemeriksaan ni demi kesihatan

    ReplyDelete
  9. ramai org tkt.. tp chck lg better kan.

    ReplyDelete
  10. tak pernah buat lagi, insyaAllah nak buatlah nanti

    ReplyDelete
  11. Kakak tiap tahun bulan April mesti buat dik..

    ReplyDelete
  12. oh my. saya tak buat lagi, asyik terlupa je. bila nak buat, period pula. huhuhu kena cecepat ni. anak dah setahun :D

    ReplyDelete