Tuesday, January 31, 2017

Hotel Review :: Weil Hotel, Ipoh

Aku stay kat Weil Hotel ni masa getaway ke Ipoh November tahun lepas.
Tapi sorry baru nak update.
(suka bertangguh! dont folow me ok)..

Nama "WEIL" ni sebenarnya nama owner hotel ni yang diterbalikkan.
Nama ownernya Liew, tapi diterbalikan , jadilah 'Weil'.

Hotel ni terletak betul-betul sebelah Shopping Complex Ipoh Parade.
So, sangat senang lah nak shopping or makan.

Hotel ni baru lagi, so decor dia pun masih nampak baru. Yang paling aku suka pasal hotel ni ialah interior designnya yang sangat menampakan architecture style nya. Konsep design kat sini menggunakan motif geometri. So, bila designer yang kreatif buat design, memang nampak 'in' dan cantiklah.



 
Ni semua gambar kat lobby area
Wall, syiling, carpet menggunakan motif geometri 

 Ni bilik tidurnya.. Cantik.

Aku ambik deluxe room hari tu. 
Luas dan selesa.

 Dalam bilik disediakan iron & bath robes

 
 Bath tub dia dalam sikit. 
So kalau ada anak kecik, be careful.
 Kena sentiasa perhatikan.

   
Wall dalam bilik air pun guna motif geometri.

 

Dia punya sabun ni aku suka sangat. 
Bau dia macam rasa pergi spa.
 
Infinity pool kat roof  top

Memang best lepak sini malam-malam ngan yang tercinta duduk bilang-bilang bintang di langit.. 
Suwiiiiiitt gitew.

 
 Ready to dive..

 Air kolam ni memang sangat-sangat memangil kami untuk terjun. hihi

 That 'blue life jacket' is from Mothercare.

 
 Kalau rasa nak privasi, boleh tutup tirai tu and tidur.. ZZZzzzzzzz ZZZZzzz




 Aktiviti wajib selepas swimming - fefeling jadi tourist bersantai kat kerusi malas...


Sebelum balik, kita posing dulu kat tepi kolam. hihi.

Akhir kata, hotel ni best bagi aku. Makanan dia pun best, banyak pilihan.
Dan sangat-sangat recommendeduntuk sesape yang nak bercuti kat Ipoh...

Lastly, thank you for reading!

Saturday, January 28, 2017

Bila Anak Umur 2 Tahun Belajar Solat

Aku selalu bawak FL pergi masjid sejak dari dia kecik lagi. Kadang tu sengaja singgah masjid just untuk lepak-lepak or rehat-rehat jer (kalau sebelum tu dah solat), sebab nak biasakan dia dengan suasana masjid. And kesannya, dia suka sangat pergi masjid. 

Kadang tu, tak semena-mena dia ajak aku gi masjid. Sebabnya dia suka main-main dan jumpa kawan baru kat masjid. Masjid kan luas, so dia rasa lapang. And FL ni jenis peramah, bila kat masjid, dia jumpa budak-budak lain, dia main lah dengan diaorang, dah dapat kawan baru.. Nanti bila masuk kereta , dia cakap tadi dia main dengan 'kawan' walaupun baru kenal seminit. hihihi... Budak-budak memang suka berkawan..

Lagi satu aku perasan, bila datang masjid, FL akan mengerjakan solat dengan rela hati tanpa perlu disuruh. Kalau kat umah tu, dia ikut mood. Mood dia baik, dia solat lah, kalau mood dia nak main, dia tak solat la. 

Dia baru umur 2 tahun 7 bulan, so korang boleh agaklah macam mana dia solat - tak adalah perfect macam kita. Dia cuma ikut kita solat jer - angkat takbir, baca al-fatihah, rukuk, sujud, doa, dah! Biasanya dia solat 2 rakaat jer paling maksimum, pastu dah buat haluan sendiri. But it's ok - baby step. At least dia tahu kita wajib solat hari-hari.

 
 Sebenarnya, sejadah ni aku bentang melintang untuk 2 orang solat (aku dan dia), 
tapi dia masih lagi tak tahu yang 1 sejadah boleh digunakan untuk 2 orang pada masa yang sama. 
So, dia solat jer sorang-sorang macam ni ikut arah sejadah, 
bukan ikut kiblat. hihi


Dan lagi satu aku perasan, dia start belajar ambik wudhuk kat masjid. Sebabnya dia tengok mummy akan masuk ke bilik wudhuk atau ke tandas untuk ambik wudhuk sebelum solat. Kalau kat umah tu, dia tak perasan mummy atau daddy dia ambik wudhuk sebab dia sibuk main or sebab kitaorang tutup pintu bila masuk toilet, so dia tak tahu pasal wudhuk tu. Tapi kalau kat masjid, tempat wudhuk tu terbukak, so memang dia boleh nampak. Dan lama-lama, dia nak ikut buat sekali ambil wudhuk. 

And after that, dengan sendirinya sekarang dia akan ambik wudhuk sebelum mengerjakan solat. Wudhuk dia tak ikut turutan.. hihi.. Kadang-kadang, basuh kaki dulu, pastu muka, pastu telinga, pastu baru lengan. Kadang tu, basuh muka, telinga, tangan, then kaki. Kadang tu, basuh telinga dulu. Takpelah.. baby step.... Nanti lama-lama dia akan belajar dengan sendirinya. At least, dia dah boleh ambik wudhu sendiri sebelum solat, walaupun di rumah.

Bila dah penat solat, macam-macam aksilah dia buat... 

And aku rasa, sekarang dah tiba masanya untuk aku beli telekung solat untuk dia. 
Korang tahu tak kat mana ada jual telekung solat untuk kanak-kanak? 
Kalau online lagi bagus..

Friday, January 27, 2017

Makan Western Food Dalam Dulang Yang Tengah HOT



Ahad hari tu, dari Port Dickson on the way balik KL, aku dan family singgah makan kat Bandar Baru Bangi,nak merasa makan western food dalam dulang yang tengah HOT sekarang - Western Dulang..

Restoren Western Dulang ni terletak kat dalam Shopping Complex Bangi Gateway, BB Bangi.. Dari main road, dah boleh nampak restoren ni betul-betul menghadap jalan utama.

Ni menu lamb. Gambar atas tu menu ayam.

Makanan dia sedap, tak mengecewakan sampaikan kitaorang pun makan 3 dulang sebab ramai yang perlahap-lapar sebab sebelum tu kitaorang berjimba main water sports kat PD.

Harga 1 dulang ni dalam RM50 la. Aku pun dah lupa exact price dia.. 1 dulang ni boleh makan antara 3-4 orang...

Selain dari dulang ni, kat sini pun ada gak makanan ala-cart lain untuk sorang makan. And also ada makanan yang bukan western macam makanan melayu. Tapi kalau korang datang malam, hanya western food jer yg available..

Lastly, this place is highly recommended 👍👍👍 

Thursday, January 26, 2017

Menikmati Keenakan Mee Udang di Sungai Dua

Entri aku sebelum ni, aku ada cakap yang aku makan mee udang kat Sungai Dua, Kepala Batas masa gi Penang hari tu. Boleh baca pasal entri tu KAT SINI. Sungai Dua ni memang terkenal dengan keenakan mee udangnya yang menusuk kalbu. 

Ni kali kedua aku datang Sungai Dua untuk makan mee udang selepas hampir 8 tahun. Waaaahh! Lama kan 8 tahun? Tapi kali ni aku pergi kedai lain. 

En.suami yang bawak. Katanya kedai ni tempat makan mee udang yang famous kat Sungai Dua ni. Dia pun first time datang jugak. Dia google jer, and pandu kereta ikut jer arahan Pakcik Google yang duk bercakap kat 'Google Map' tu. Belok kiri, belok kanan dah sampai. Senang sekarang teknologi dihujung jari saja, tak macam dulu-dulu, nak kena bawak peta pergi mana-mana. Sampaikan pernah singgah petronas, beli peta/map sebab tak tahu jalan.. 😄😄😄😄😄

Ni signboard tempat makan ni, dari main road boleh nampak..
Medan Selera Mee Udang

 Masa kitaorang datang tak ramai orang tapi tu pun 'sabar-menanti' jugak lah dapat makan mee udang sebab diaorang akan masak masa kita order tu. Kiranya kita makan panas-panas la & fresh.

Ini harganya. 
Harga mee udang kat sini is based on berat udang atau ketam.

 
So, firstly, kena pilih udang sendiri dan timbang udang dulu 



Kat sini ada udang biasa, udang galah & ketam

Ni udang galah

Dia minum air tembikai mummy sampai haabisssss... huwwaaaaaaaaaaaaaa.
So mummy terpaksa order air kelapa...😒

Inilah rupa mee udang yang dah siap terhidang. 
Ni semangkuk untuk seorang makan. 
Memang banyak.Puas hati makan sini. 
Harga makanan hari tu (untuk 2 orang makan) + air yang bergelas-gelas = total RM 72..

Mee udang kat sini sedap tapi tempat ni "berbau-kurang-enak" sikit. Tetapi "bau-kurang-enak" tu hanyalah di tempat parking saja & kat tempat makan tak bau apa-apa. Kat tempat parking ada bau hancing air kencing sebab Medan Selera ni tak ada disediakan toilet, so people yang 'tak-tahu-malu' kencing kat bawah pokok kat tempat parking tu jer. Agaknya ramai sangat kot orang kencing, sampai bau dia menusuk lubang hidung aku yang manchong ni. hahahahhaaha...

And longkang dia pun kotor. Aku rasa kalau owner restoren ni bersihkan bersih-bersih and sediakan kemudahan macam toilet & surau, for sure ramai customer dari seluruh negara datang sini.

Wednesday, January 25, 2017

An Escape to Penang

2 minggu lepas aku bercuti kat Penang. 1st weekend getaway untuk tahun 2017 ni. Dah lama sangat rasanya tak gi Penang, masa keje gomen dulu, selalu outstaion ke Penang. Skrang bila dah tak kerja, tak pergi dah sana. En.suami pulak tak suka pergi Penang sebab dia kata sana jem. So, selepas 4 tahun berkahwin, inilah kali pertama, kami bersama-sama menjejak kaki ke Pulau Mutiara tu. 

Kitaorang pergi sana masa weekend. Gerak hari Sabtu, balik hari Ahad. Kitaorang stay kat Hotel Neo++, kat tengah-tengah Bandar George Town. 

Rasanya ni hotel 4 star kot. 
Bilik dia selesa. Bersih. 
Kami ambik bilik deluxe jer, kecik sebab hanya guna untuk tido jer.

Apa2 hal pun, kita posing dulu ambik gambar.

Hotel ni ada kolam renang yang besar kat roof top..

 Kitaorang makan malam kat Hawkers Stall Gurney Drive.
 First time FL makan cendol. 
1 mangkuk cendol ni RM3.50.

 Ramai giler orang kat kedai rojak ni..

 Ni mee udang RM10.00

 Makan char kuey tiaw gak. RM 5.00 sepinggan.

Esokkannya, kitaorang pergi ke Wonderfood Museum. 
Tiket masuk RM 15 sekepala (ada mykad) and kanak-kanak pulak RM10 (kalau ada mykid).

 Ais kacang gergasi. Nanti aku buat entri lain pasal Wonderfood Museum ni.

 Pastu jalan-jalan, terjumpa masjid jamek ni. 
Nama dia masjid jamek tapi dia kecik jer.. 
soo cute..

 Kat Penang Street Art



 Penang Street Art ni terletak kat depan Hotel Container ni - hotel yang tengah hot kat Penang sekarang. 
Selau full. Kalau nak duduk sini, book awal-awal, 
kalau last minute, memang susah nak dapat tempat

 Pastu makan nasi kandar yang famous kat Penang - Nasi Kandar Beratur.

 Restoren nasi kandar beratur ni terletak kat betul-betul sebelah main gate Masjid Kapitan Keling.

 Kalu dulu, kedai ni hanya dibuka start jam 10 malam. 
Tapi sekarang siang-siang pun dah bukak. 
Kalau siang, tak berapa ramai sangat orang beratur. 
Kalau malam, que tu maha dashyat la.

 Masjid Kapitan Keling yang dah berusia 215 tahun. 


 Pastu, pergi ke Lebuh Armenian. Wajib datang sini kalau datang Penang.

 Basikal ni untuk disewa





 Bila hari panas, minumlah air kelapa dulu

 Kalau masa siang, tak banyak lagi kedai bukak. 
Tunggu malam baru happening

 Traveler Note Book kat sini boleh dapat RM18.00 jer 1 buku. 
Leather cover lagi tu. 
Sangatlah murah
 Untuk planner addicts sukalah datang sini, sebab banyak aksesori untuk planner murah-murah

 Basikal ni pun boleh sewa. Pastu jalan-jalan ngan family / kawan-kawan pusing Bandar George Town.

 Penang memang terkenal ngan street art / lukisan mural



 Lebuh Armenian ni lebih kurang macam Jonker Walk kat Melaka lah

 Barang antik, buku lama-lama, syiling lama-lama ada jual kat sini


 Street art yang famous ni rupanya kat Lebuh Armenian. 
Puas aku duk pusing Bandar George Town tu duk cari lukisan ni..

 Basikal ni boleh disewa dengan harga RM 20 (2 orang) untuk 1 hari. 
Kalau korang naik sejam jer pun, dia charga 1 hari jugak.



Sebelum balik KL, kitaorang pergi makan mee udang kat Sungai Dua, kepala Batas dulu. 

 

Then, balik KL. Bye-bye Penang... Till we meet again...


P/S : Weekend baru-baru ni aku gi bercuti kat Port Dickson pulak. Walaupun setiap tahun pergi PD, tapi kali ni best sangat sebab kitaorang buat macam-macam aktiviti. Nanti k aku update... 


Anyway, TQ for reading...