An Escape to Penang

in , , , by dorsett pink, January 25, 2017
2 minggu lepas aku bercuti kat Penang. 1st weekend getaway untuk tahun 2017 ni. Dah lama sangat rasanya tak gi Penang, masa keje gomen dulu, selalu outstaion ke Penang. Skrang bila dah tak kerja, tak pergi dah sana. En.suami pulak tak suka pergi Penang sebab dia kata sana jem. So, selepas 4 tahun berkahwin, inilah kali pertama, kami bersama-sama menjejak kaki ke Pulau Mutiara tu. 

Kitaorang pergi sana masa weekend. Gerak hari Sabtu, balik hari Ahad. Kitaorang stay kat Hotel Neo++, kat tengah-tengah Bandar George Town. 

Rasanya ni hotel 4 star kot. 
Bilik dia selesa. Bersih. 
Kami ambik bilik deluxe jer, kecik sebab hanya guna untuk tido jer.

Apa2 hal pun, kita posing dulu ambik gambar.

Hotel ni ada kolam renang yang besar kat roof top..

 Kitaorang makan malam kat Hawkers Stall Gurney Drive.
 First time FL makan cendol. 
1 mangkuk cendol ni RM3.50.

 Ramai giler orang kat kedai rojak ni..

 Ni mee udang RM10.00

 Makan char kuey tiaw gak. RM 5.00 sepinggan.

Esokkannya, kitaorang pergi ke Wonderfood Museum. 
Tiket masuk RM 15 sekepala (ada mykad) and kanak-kanak pulak RM10 (kalau ada mykid).

 Ais kacang gergasi. Nanti aku buat entri lain pasal Wonderfood Museum ni.

 Pastu jalan-jalan, terjumpa masjid jamek ni. 
Nama dia masjid jamek tapi dia kecik jer.. 
soo cute..

 Kat Penang Street Art



 Penang Street Art ni terletak kat depan Hotel Container ni - hotel yang tengah hot kat Penang sekarang. 
Selau full. Kalau nak duduk sini, book awal-awal, 
kalau last minute, memang susah nak dapat tempat

 Pastu makan nasi kandar yang famous kat Penang - Nasi Kandar Beratur.

 Restoren nasi kandar beratur ni terletak kat betul-betul sebelah main gate Masjid Kapitan Keling.

 Kalu dulu, kedai ni hanya dibuka start jam 10 malam. 
Tapi sekarang siang-siang pun dah bukak. 
Kalau siang, tak berapa ramai sangat orang beratur. 
Kalau malam, que tu maha dashyat la.

 Masjid Kapitan Keling yang dah berusia 215 tahun. 


 Pastu, pergi ke Lebuh Armenian. Wajib datang sini kalau datang Penang.

 Basikal ni untuk disewa





 Bila hari panas, minumlah air kelapa dulu

 Kalau masa siang, tak banyak lagi kedai bukak. 
Tunggu malam baru happening

 Traveler Note Book kat sini boleh dapat RM18.00 jer 1 buku. 
Leather cover lagi tu. 
Sangatlah murah
 Untuk planner addicts sukalah datang sini, sebab banyak aksesori untuk planner murah-murah

 Basikal ni pun boleh sewa. Pastu jalan-jalan ngan family / kawan-kawan pusing Bandar George Town.

 Penang memang terkenal ngan street art / lukisan mural



 Lebuh Armenian ni lebih kurang macam Jonker Walk kat Melaka lah

 Barang antik, buku lama-lama, syiling lama-lama ada jual kat sini


 Street art yang famous ni rupanya kat Lebuh Armenian. 
Puas aku duk pusing Bandar George Town tu duk cari lukisan ni..

 Basikal ni boleh disewa dengan harga RM 20 (2 orang) untuk 1 hari. 
Kalau korang naik sejam jer pun, dia charga 1 hari jugak.



Sebelum balik KL, kitaorang pergi makan mee udang kat Sungai Dua, kepala Batas dulu. 

 

Then, balik KL. Bye-bye Penang... Till we meet again...


P/S : Weekend baru-baru ni aku gi bercuti kat Port Dickson pulak. Walaupun setiap tahun pergi PD, tapi kali ni best sangat sebab kitaorang buat macam-macam aktiviti. Nanti k aku update... 


Anyway, TQ for reading...
SHARE 12 comments

Add your comment

  1. Sementara ada peluang utk travel pergilah DP
    Penang memang best cuma itulah jem..

    ReplyDelete
  2. Yup Penang memang jam la.. haiyo. Tapi rasanya berbaloi kut PD pergi sebab nampak macam banyak berjalan je. Jonker Walk memang best, I bayangkan Armenian Street ni pun macamtu gak.

    ReplyDelete
  3. berkenan betul dgn traveler notebook tu

    jemput singgah: Kerja dari Rumah dengan iLancee

    ReplyDelete
  4. best jugak bercuti kat Penang ni kan sis...macam-macam ada. Masjid jamek comel tu saya pernah pergi masa belajar kat USM. Tapi nampak dah banyak berubah Lebuh Armenian tu. Thanks for sharing

    ReplyDelete
  5. Memang seronok kalau pergi bercuti. Yang tak seronok bila balik kena kemas balik pakaian... :)

    ReplyDelete
  6. Pernah jugak berjalan ke Penang beberapa tahun sudah. Tp mcm tak jumpa je tempat tempat yg awak tunjuk ni DP...

    Cuma dapat gi Bukit Bendera dengan makan mee goreng sotong aje....

    ReplyDelete
  7. Ini la aktiviti yg SA nak buat dgn anak dara SA...nanti la tgh cari tiket murah ke Penang..kalu bleh nak naik flight je

    ReplyDelete
  8. Memang syok kan jalan jalan Penang. Nani haritu pun stay area Georgetown jugak sebab senang nak ke mana mana. Heheh 😊

    ReplyDelete
  9. Lama dah saya tak pi Penang. Last pegi sebab kawan kawin. Tahun 2003 kot... lama tu... macam best je Penang skang...

    ReplyDelete
  10. Mintak buat rujukan DP ;) Nak p penang hujung tahun ni :)

    ReplyDelete
  11. Nak buat JJCM penang jgk lah pastu nk pegi tempat2 yg intan pegi ni

    ReplyDelete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE