2nd day - 15 Oktober 2016
Sambungan dari ENTRI INI.
Itinerary Hari kedua Trip Lombok hari tu, kami pergi island hoping kat 3 buah gili (Gili = Pulau).
Kami breakfast kat hotel. Kami stay kat Hotel Pratama, kat Bandar Pratama. Hotel 3 star, so breakfast dia biasa-biasa jer. Ramai guest kat hotel ni , mostly adalah pelancong Indonesia. Tapi scenary masa breakfast awesome - menghadap sawah padi yang menghijau.
Indah sungguh permandangan di pagi hari.
Hari-hari aku bangun tido, bukak tingkap tengok canvas tanah menghijau macam ni... damai nya rasa
Ini permandangan dari tempat kitaorang breakfast
Lepas breakfast, terus turun ke lobby tunggu Pak Supir. Pak?? Eh! Dia muda lagi lah. So kami panggil dia Geger & Asriel jer. Diaorang datang on-time. Dari hotel ke Jeti Guar nak ke pulau tu ambik masa 2 jam. Jauh jugak. Nak tido tak boleh tido.
Ni permandangan masa on the way ke Jeti |
On the way ke Jeti Guar tu, kami singgah kejap kat tempat Pohon Purba Lian Langka. Pokok-pokok situ besar and cantik lah kalau ambik gambar berlatar belakang Gunung Manjakani Ranjani. Aku teruja sangat.
-
Pokok besar ni nama dia - Pohon Purba Lian Langka.
Kat Lombok ni, ko berhenti jer kereta kat mana-mana , zuuuuuuuuup kene bayar parking walaupun hanya 5 minit ko behenti situ, even parking bukan kat tempat parking berbayar. Bayar parking at least 3,000 rupiah sekali parking. So, kalau ko bawak kereta sendiri, banyak mana ko kena bayar kalau berhenti lebih dari 10 kali hanya untuk tujuan mengambil gambar. So, better ambik khidmat Pak Supir, at least segala pembelanjaan untuk transportation diuruskan oleh dia, lagi murah aku kira compare than sewa kereta dan pandu sendiri.
Pastu tak lama selepas tu, kami pun sampailah di Jeti Guar. But, on the way, Pak Supir banyak berhenti untuk beli makanan untuk kitaorang masa kat island hoping nanti sebab kitaorang duduk kat pulau-pulau tu sampai petang, sure lapar.
Inilah rupa Jeti Guar
Ini rupa bot kitaorang
Equipment untuk snorkeling semua disediakan oleh Pak Supir.
Kitaorang bawak badan ngan bawak baju bersih jer.
Kitaorang bawak badan ngan bawak baju bersih jer.
Semua excited. Lelaki yang belakang sekali pakai cap tu lah Asriel.
Naik bot ni meriah, Asriel wajib bawak speaker and mp3 pasang lagu kuat-kuat.
Memang happening. Nak karoeke pun boleh, tapi bagitau Asriel awal-awal.
(nanti dia masuk jer charge dalam bil korang.. hehehe)
Kalau ada yang nak lagu nasyid, bagitau awal-awal sebelum sampai Lombok. hehehe
Apa-apa yang korang nak, semua Asriel boleh sediakan tapi kena bagitau siap-siap lah, jangan bagitau last minit, susah lah dia nak mencari nanti.
Naik bot dalam 20 minit, tempat pertama kitaorang pergi ialah tengok mangrove. Actually bukan nak tengok sangat sebab kat Malaysia pun banyak jer mangrove tapi nak ambik gambar kat sini. Cantik!
Lepas tu, kitaorang pergi Gili Petagon. Snorkeling kat Gili Petagon ni dalam 45 - 1 jam gak la.
Masa tu tak ada orang, so best la kitaorang jer yang kroker tempat tu.
Lepas dah penat snorkeling, kita makan buah
Gambar ni Asriel yang ambik guna GoPro Hero 4.
Asriel ni selain dari jadi supir, dia ni photographer.
So dia akan ambik gambar guest-guest dia cantik-cantik tanpa bayaran apa pun.
Pastu, kitaorang gerak pergi ke Gili Lampu, masa ni dah kul 12.30 tengahari dah. Tengah-tengah matahari terik berendam dalam laut, memang hitam lah kulit lepas tu. Tapi masa seronok-seronok duduk dalam air tu, tak terasa pun matahari tengah memacak kat atas kepala. Rasa sejuk jer, so tak sedar masa berlalu begitu pantas (Ceeeeewwaaaahh! Ayat karangan tak boleh belah!!)..
Gili Lampu ni, pulau dia pulau pasir jer, kecik giler..
Kat sini, cantik ambik gambar jer, tak snorkeling.
Air dia sangat jernih. Kalau ada ikan, boleh nampak ikan say "hi"
Alaaaa gambar ni gelap la pulak.. (sebab menghadap matahari)
Masa kitaorang dah nak gerak dari Gili Lampu ni, ada a crowd of local tourist baru sampai, penuh 1 bot, i think there were 30 of them.
Tepat jam kul 1.30 kitaorang gi lunch kat Gili Kondo. Sampai Gili Kondo & prepare for lunch, dapat makan lunch dah kul 2 petang. Makanan & minuman lunch ni Asriel tapau masa on the way pagi tadi. Kat sini tak ada restoren or warung-warung. So, memang kena bawak makanan sendiri.
Ini lauk lunch kitaorang.
Ni makanan Lombok lah , aku tak tahu apa nama dia tapi sedap giler
Masa makan pun happening. Best giler
Wajib ambik gambar makanan!
Ini permandangan kat Gili Kondo.
Air dia sangatlah biru. Cantik
Lepas tu, kitaorang gerak ke Gili Bidara sambung snorkeling.
Masa kat Gili Bidara ni, ada arus, kuat jugak, so tak best nak snorkeling . So stay kat Gili Bidara ni kejap je lah. Dan jugak kitaorang nak kejar waktu Asar (solat jamak) untuk solat kat Jeti nanti. Sebab Maghrib masuk awal kat Lombok ni.
Ni gambar masa on the way balik ke jeti. Masing-masing dah penat sampai tertido
Sesampai di Jeti Guar, kitaorang tak mandi kat toilet kat jeti ni sebab keadaan toilet dia 'tak-sanggup-aku-nak-mandi'.
Masa tu Asriel dan assistant supir yang lain tengah loading barang, tak datang lagi kat kereta. Sesampai je dieorang kat kereta, Asriel cakap 'bukan mandi kat sini, kat sini tak selesa'.
Ni surau kat jeti tu.
Sorry aku tak ambik gambar toilet kat sini sebab tak-sanggup-nak-snap-gambar
And dia bawak kitaorang gi rumah pemilik bot yang kitaorang sewa tadi, hanya 1 minit (naik kereta) dari Jeti tu.
Rumah owner boat tu selesa la nak mandi & solat. Actually, kitaorang tak masuk pun umah dia, dia dah buat siap-siap tempat mandi untuk pengunjung & tempat solat. Sangatlah bersih dan selesa. Tapi hanya pengunjung yang sewa bot dengan dia jer, boleh mandi kat situ, kalau tak, tak boleh. Tapi kalau ambik service ngan Asriel, confirm boleh mandi situ sebab Asriel confirm sewa bot ngan dia - diaorang dah buat perjanjian. Hehehe..
Inilah rumah owner boat tu.
Rumah dia yang warna oren tu.
But tempat untuk guest kat luar rumah (halaman rumah),
But tempat untuk guest kat luar rumah (halaman rumah),
guest tak masuk ke dalam rumah dia.
Ni bilik mandi
Ni lobby tempat untuk istirehat
Sila bawak plastik sendiri ya untuk isi baju basah/baju kotor
Ni tempat solat
Seperti aku pesan kat entry sebelum ni, kalau berkunjung ke Lombok ni silalah bawak telekung sendiri kalau pergi jalan-jalan. Jangan harapkan telekung surau/masjid, and sesetengah tempat langsung tak sediakan telekung. Jadi, be prepared!
Selesai solat (setengah jam sebelum maghrib), kitaorang terus gerak pergi dinner.
Asriel bawak kitaorang makan Bakso yang paling sedap kat Lombok ni (based on apa yang Asriel kata) and yet sangatlah murah. Almaklumlah, kitaorang ni cheapskate, so memang nak makan kat tempat murah-murah jer.. Hehehe
Satu mangkuk Mee Bakso ni harga dia 15,000 Rupiah.
Aku ambik 2 mangkuk sebab sedap sangat
Es Coconut (Air Kelapa) - 12,000 Rupiah
Then, lepas perut pun dah kenyang giler, kitaorang terus balik hotel. Lama giler nak sampai hotel sampai aku pun terlelap jap kat dalam kereta.
Huh! best sangat macam kakak ikut sama
ReplyDeleteLagi-lagi snorkeling tu happening betul kakak tengok:)
SEMUA PIC MENARIK CANTIK TEMPATNYA
ReplyDeleteikan tu boleh sahut tak kalu kita say 'hi'? he he he...
ReplyDeleteCantiknya lombok...
ReplyDeletemee bakso die macam laksa kurus pulak eh. klw kite cili maw berbekas, bg berapi. lg berapi lg syok. hehehehe
ReplyDeletecantik betul lombok..
ReplyDeletejemput singgah: Kerja dari Rumah dengan iLancee
Ingat pergi dengan family..trip gegurl rupanya. Hehe. Best betul snorkeliing tu. Lawa macam kat Redang tak?
ReplyDeleteCantik Pulau Lombok ni ye DP. Jernih airnya.
ReplyDeletePergi pulau aktiviti yg best snorkeling lah kan. Patutlah.... mmg cantik si Asriel ambik gambo tu.
Kalau sis JM x cukup bakso tu sbb kuantiti ciput sedap lak tu
ReplyDelete