Thursday, January 26, 2017

Menikmati Keenakan Mee Udang di Sungai Dua

Entri aku sebelum ni, aku ada cakap yang aku makan mee udang kat Sungai Dua, Kepala Batas masa gi Penang hari tu. Boleh baca pasal entri tu KAT SINI. Sungai Dua ni memang terkenal dengan keenakan mee udangnya yang menusuk kalbu. 

Ni kali kedua aku datang Sungai Dua untuk makan mee udang selepas hampir 8 tahun. Waaaahh! Lama kan 8 tahun? Tapi kali ni aku pergi kedai lain. 

En.suami yang bawak. Katanya kedai ni tempat makan mee udang yang famous kat Sungai Dua ni. Dia pun first time datang jugak. Dia google jer, and pandu kereta ikut jer arahan Pakcik Google yang duk bercakap kat 'Google Map' tu. Belok kiri, belok kanan dah sampai. Senang sekarang teknologi dihujung jari saja, tak macam dulu-dulu, nak kena bawak peta pergi mana-mana. Sampaikan pernah singgah petronas, beli peta/map sebab tak tahu jalan.. 😄😄😄😄😄

Ni signboard tempat makan ni, dari main road boleh nampak..
Medan Selera Mee Udang

 Masa kitaorang datang tak ramai orang tapi tu pun 'sabar-menanti' jugak lah dapat makan mee udang sebab diaorang akan masak masa kita order tu. Kiranya kita makan panas-panas la & fresh.

Ini harganya. 
Harga mee udang kat sini is based on berat udang atau ketam.

 
So, firstly, kena pilih udang sendiri dan timbang udang dulu 



Kat sini ada udang biasa, udang galah & ketam

Ni udang galah

Dia minum air tembikai mummy sampai haabisssss... huwwaaaaaaaaaaaaaa.
So mummy terpaksa order air kelapa...😒

Inilah rupa mee udang yang dah siap terhidang. 
Ni semangkuk untuk seorang makan. 
Memang banyak.Puas hati makan sini. 
Harga makanan hari tu (untuk 2 orang makan) + air yang bergelas-gelas = total RM 72..

Mee udang kat sini sedap tapi tempat ni "berbau-kurang-enak" sikit. Tetapi "bau-kurang-enak" tu hanyalah di tempat parking saja & kat tempat makan tak bau apa-apa. Kat tempat parking ada bau hancing air kencing sebab Medan Selera ni tak ada disediakan toilet, so people yang 'tak-tahu-malu' kencing kat bawah pokok kat tempat parking tu jer. Agaknya ramai sangat kot orang kencing, sampai bau dia menusuk lubang hidung aku yang manchong ni. hahahahhaaha...

And longkang dia pun kotor. Aku rasa kalau owner restoren ni bersihkan bersih-bersih and sediakan kemudahan macam toilet & surau, for sure ramai customer dari seluruh negara datang sini.

9 comments:

  1. Sedapnya mee udang sg.dua penang. tak pernah singgah lagi walau selalu juga jalan hala sini

    ReplyDelete
  2. Mak oiiii...besarnya udang tu...bestnya..tp kalau dh tempat berbau payah la..sure ganggu selera ..

    ReplyDelete
  3. Mee udang Sg Dua ni kakak rasa entah dah beribu org promo tapi kakak tak pernah merasa lagi tau DP.

    ReplyDelete
  4. Ugh kurang sikit la kalau berbau tu... Tapi nampak mi udang dia memang menyelerakan.

    ReplyDelete
  5. mak uij, besornye udang! puas hati makan nih.

    ReplyDelete
  6. aiseh mkcik, wak kat utara la ni baru nak try test mee udang sg dua nih., tapi bau hancing kencing tu yg potong stim x jadi la pulak., huhu2

    ReplyDelete
  7. Nampak sedap mee udang tu... tapi kalau tak de kemudahan toilet memang kureng sikit la kan.

    ReplyDelete
  8. Mee udang tu dah selera tengok tapi tang kata bau hanceng tuhhh --' hmm, pikiaq 2x kali la nk p ;)

    ReplyDelete
  9. Kos udang galah mmg mahal..hari tu mkn mee udang kat tanjong karang pun sedap mmg terbaik...ce try

    ReplyDelete