Kalau dah lama follow blog aku, mesti korang tahu yang aku ni planner addicts. Kalau follow instagram pun, banyak aku upload gambar-gambar pasal ketagihan aku terhadap planner ni..
Cuma sekarang aku tak sempat jer nak join geng/group "Planner Addicts Malaysia".
InshaAllah lepas habis phd nanti, boleh join.
Kalau last year aku pakai Planner Hobonichi Weekly - boleh baca kat ENTRI NI.
Tahun ni aku bertukar ke Hobonichi Techno Cousin , tapi masih tetap setia dengan Hobo.
Sebab aku bertukar ialah sebab Hobo Week tu saiz wallet/purse, so kecik, bila nak menulis panjang lebar rasa tak puas.
ini Hobo Weekly aku tahun lepas punya
So, atas sebab tu, aku bertukar ke Hobonichi Techno Cousin. Biasanya orang panggil Hobo Cousin jer, tak kuasa nak sebut nama panjang-panjang tu, berbelit-belit lidah. Hobo Cousin ni saiz A6, so lagi besar dari Hobo Weekly. So, nak tulis panjang lebar pun puas.
Actually, Hobo Cousin ni ada 2 jenis:
1. Jenis pertama ialah yang jenis 1 buku jer dari Januari - Disember; yang ni dipanggil Hobo Cousin jer.
2. Jenis kedua ialah ada 2 buah buku, diseparate untuk setiap 6 bulan; Januari-Jun 1 buku; Julai - Disember 1 buku; yang ni orang panggil Avec jer.
Sebenarnya, aku beli dua-dua jenis, Hobo Cousin & Avec.
But, for the time being, aku guna Avec je dulu.
Yang Cousin tu nanti nak guna lepas dah submit PhD nanti.
Kalau tanya kenapa mesti beli 2 - jawapannya - ikut suka aku lah. hahahhaha..
Sebab aku jatuh cinta dengan Hobonichi ni, so sebab tu aku beli 2.
Kalau tak guna pun, at least cousin tu boleh aku buat guna jadi buku nota.
Buat masa ni, Avec ni tak ada cover lagi,
nanti bila dah ada cover nanti,
aku tunjuk gambar dia berbaju k.
New Year - New Inspiration - New Planner
Selain dari ketagih planner, aku jugak ketagih alat tulis a.k.a stationary.
Kalau suruh aku duduk kat kedai stationary, 2-3 jam pun aku sanggup duduk dalam tu. So for this year, selain dari membeli pen Pilot G2 (my favourite pen ever), aku jugak beli pen Faber Castell - True Gel Color pen ni. Sangat-sangat selesa, and bila menulis laju and smooth jer. Warna dia pun cantik. And murah - just RM 1.80 sebatang.
My first week of 2017.
I choose gold colour to start with..
Ini halaman dalam Avec & Cousin.
Setiap hari ada 1 page khas untuk daily task.
ini monthly view.
Both Avec & Cousin ada monthly vew macam ni.
Aku harap, aku rajin la menghias / decor planner aku tahun ni supaya penuh & padat macam planner addicts yang lain. Jealous tengok planner diaorang, cantik giler..
Azam aku tahun ni tak ada apa lah sangat. Hanya menetapkan matlamat untuk submit tesis PhD tahun ni. Itu jer... Bila dah submit, nanti kita fikir apa nak buat pulak lepas tu.. hihi..
Last, thank you for reading gais.. Kalau suka cer komen, kalau tak suka pun cer komen.. Nak tengok apa reaksi korang..hihi
Semoga tercapai azam yang di azam ;)
ReplyDeletehopefully idzwa
DeleteHehe samalah kita....tp jenis2 hobo ni x pernah beli....kt tpt keje org selalu pelik kenapa saya perlu sticker comel2 hehe :)
ReplyDeletehahahhaa. org pelik sebab tengok kita ni perangai budak2. hehe
Deleteeh..sama la...kite pun wat planner jugak...
ReplyDeletemasih lagi menghias...itupun ikut mood..hihihi...
semoga azam tu tercapai ya,,
InshaALlah nieyl. semoga Allah swt permudahkan urusan saya
DeleteThose days masa muda kakak suka juga tapi la ni dah malaslah DP
ReplyDeleteTengok memang suka - sangat impressive.
hahahha. takpe kak, saya faham faktor usia memainkan peranan. hehe
DeleteSelamat mengisi dan menghias planner, Intan 😊
ReplyDeleteInshaAlahh farrah . tq
DeleteEh bagus juga jenis hobo ni. I ada baca ur previous post (yang lama-lama tu) about your addiction to planners and stationeries tapi masa tu not sure about dalam dia. Rupanya ada macam2 jenis. Mine is the organizer, a bulky one yg mcm buku tu.
ReplyDeleteowh ok lah tu bash. janji ada planner
DeleteLawanya planner awak! Colorful 😍
ReplyDeleteSiqah suka tengok orang buat plannner. Tapi masih tak buat jugak satu. Takut mula2 je semangat. Hii. Lagipun tak tahu sangat nak tulis apa. Hii.
Good luck in 2017 😊
Awak ni mesti teliti dan disiplin orangnya kan DP. Mungkin jugak kreatif.
ReplyDeleteBerseni dan sangat sentimental.
Hihi...main agak aje ni, kalau betul mungkin kebetulan aje
Bila ada planner ni baru teratur
ReplyDeletewak pon kenal sorang blogger yg planner fanatic camni., hikhik2
ReplyDelete