PhD & Master Talk :: How to Write A Literature Review

in , by dorsett pink, February 07, 2017

Aku ingatkan orang tak nak baca cerita pasal study ni, apatah lagi cerita pasal Ph.D. Tangapan aku sebenarnya silap sebab aku dapat banyak emel tanya pasal study. And most of them, kebanyakkannya tanya pasal macam mana nak buat tu, macam mana nak buat ni, dan salah satu soalan yang banyak ditanya ialah "macam mana nak tulis literature review?".

Sebenarnya bukan aku tak nak cerita pasal study ni, cuma aku takut orang bosan nak baca benda yang 'membosankan' ni. So that's why aku jarang share cite pasal study.

Well, kali ni aku cuba share ngan korang semua yang mana yang sedang sambung study buat master dan phd. Student degree pun ada jugak yang kena buat thesis macam course aku dulu. So harap perkongsian ni dapat membantu korang walaupun tak banyak membantu, but at least can give u an idea in how to write a literature review.

Ok. Part Literature Review (LR) ni pada aku ialah part kedua susah selepas data analysis sebab menuntut keringat pemerahan otak tahap dewa tapi tak sedewa macam buat 'Analysis' la.. Dulu, aku tak pandai jugak buat literature review ni , but after a lot of practices lama-lama dah ok. Kebiasaanya, orang ingat LR ni kena buat untuk tulis Chapter 2. Tapi sebenarnya tanggapan tu silap. LR ni dah kena buat sebelum buat Research Proposal lagi sebenarnya. And in fact, untuk tulis semua chapter (bab) dari chapter 1 sampai chapter 6,7,8 , semua kena buat LR.

So, LR ni kiranya part yang paling penting dalam research / thesis.
 
Sebabnya, kalau korang tak buat LR, korang tak boleh nak tulis Research Proposal sebab tak tahu nak tulis apa dan tak tahu nak buat research apa-apa.

So, untuk buat sebuah research, apa-apa hal start dulu dengan LR. Maksud aku start ni, bukannya korang kena start tulis Chapter 2 cantik-cantik. BUKAN! Maksud aku start buat LR ialah, baca banyak-banyak journal paper, then buat nota. Masa buat nota tu nanti korang akan dapat idea apa yang nak ditulis dalam tesis korang nanti.  Kalau dulu-dulu, orang tulis nota LR ni guna kaedah 'LR Matrix Table' tapi sekarang dah ada banyak software yang membantu, antaranya software 'atlas.ti' dan 'nvivo'  dan banyak lagi. Korang tanya jer pakcik gugel.

So, basically, inilah step yang selalu aku buat :


Tips To Write Literature Review :

  1. Reviewing - Read Articles
Firstly, baca artikel journal yang berkaitan dengan research korang. Masa baca tu highlight ayat-ayat yang penting. Gunakanlah highlight yang  macam-macam colour supaya senang korang nak faham. Masa baca tu 'ambik nota', tulis dalam nota berkenaan dengan ayat yang korang baca tu dalam ayat korang sendiri supaya korang faham apa yang ayat dalam paper tu tulis. Tulis bahasa melayu or mandarin pun takpe, janji korang faham. And lagi satu, senang nanti bila nak buat 'rephase' untuk elakkan 'plagiarism / plagiat'. Stage ni kita panggil sebagai "Reviewing".

  1. Classification - Classified according to category.
Masa korang baca paper tu, mesti korang tahu yang ayat atau sentence tu tengah bincang pasal topic apa kan, then put into category. Category itu kita biasanya panggil sebagai "Coding" dan ayat yang kita highlight' dalam paper tu kita panggil sebagai "quoting". Then, 'quoting' yang kita dah buat tu, kita classify kan dia mengikut kesesuaian tema atau category.

Contohnya kalau korang buat research pasal kanser otak. Mungkin category-category atau 'coding' yang berkaitan dengan kanser otak adalah seperti 'punca-punca kanser otak', 'kesan kanser otak', 'kaedah-kaedah pembedahan', 'ubat-ubat untuk kanser otak', 'kaedah perubatan untuk pesakit' dan macam-macam lagi lah.

Dan setiap coding tu ada sub-coding lagi (sub-category). Tapi, untuk fasa pertama, buat just classified according to category dulu, jangan fikir lagi pasal sub-coding tu.

  1. Sorting - Sort into Chapters
Lepas dah buat coding dan quoting semua tu, korang akan dapat idea untuk letakkan category / coding tu semua kat chapter mana. Mungkin Coding A sesuai untuk diletakkan kat dalam Chapter 3, mungkin Coding B sesuai kat Chapter 4, mungkin Coding C sesuai kat Chapter 3, Coding E kat Chapter 1, dan etc. etc.

  1. TOC's Draft - Heading and Sub-heading
Bila dah tahu apa topic-topic yang sesuai untuk setiap chapter tu, then boleh buat draft 'Table of Content' (TOC - isi kandungan) bagi setiap chapter tu. Masa stage ni, korang dah tahu apa heading-heading (numbering) yang sesuai untuk setiap chapter tu.


But, remember! Everyone is imperfect, so don’t try to do something PERFECT at the first place. Kalau korang nak jadi perfectionist, sampai bila-bila research korang tak kan siap. So buat jer dulu apa yang korang rasa nak buat atau tulis je apa-apa yang terlintas dalam kepala korang.

Kalau aku, ini akulah, lain orang lain cara. Aku biasanya tulis nota atau nak buat apa-apa, aku tulis atas kertas kotor je dulu. Memang banyak conteng-conteng or cakar ayam sana-sini. Then, lepas aku rasa dah confident dengan idea aku tu (contoh macam heading & sub-heading), baru aku tulis betul-betul dalam komputer. Untuk step no.4 tu (buat draft TOC), aku rasa sehingga sampai hari ni , dah hampir 100 kali kot aku pinda TOC dan pinda. But it's ok, selagi tak submit thesis, selagi itu kita ada masa untuk betulkan. 

So, aku cadangkan supaya korang siapkan 1 buku nota tanpa garisan. Supaya korang senang bawak buku ni kemana-mana dan catat apa-apa idea yang keluar dari kepala korang anytime anywhere. Aku punya buku nota tanpa garisan ni saiz A4 sebab senang aku nak tulis apa-apa. Kalau saiz kecik macam tak puas tulis. Kalau korang guna kertas A4 sehelai-sehelai tu or guna 'kertas kajang' (kertas kajang ke kertas rajang erk?), takut nanti kertas tu tercicir kat mana-mana.

However, skrang ni dah ada banyak software untuk buat reviewing, dah tak perlu susah-susah macam orang belajar dulu-dulu - kena print semua artikel yang beratus-ratus tu pastu baca satu-satu. Macam aku, aku selesa guna software 'atlas.ti'. Software ni aku beli harga student USD100. Memang sangat-sangat membantu dan menyenangkan kerja aku. Aku rasa pelaburan 100 dollar tu sangat berbaloi la dan tak rugi sebab ia boleh simpan beribu-ribu artikel tanpa limit. Selain dari boleh buat LR, software tu jugak membantu aku untuk buat data analysis.

Masa baca artikel dalam software 'atlas.ti' ni, aku terus 'highlight' point-point penting dan terus letak dalam category yang bersesuaian (quoting & coding). Dalam software ni, coding tu kita kena create sendiri, kalau tersilap boleh delete jer atau rename.

 Ini contoh category-category (coding) yang berkaitan dengan research aku. Then bila aku rasa aku nak cari ayat/point yang berkaitan dengan sesuatu, aku terus klik je kat coding tu, then dia akan paparkan semua point-point yang kita pernah highlight. Senang!

Dulu, masa buat master, aku guna kaedah 'LR Table', kadang-kadang (banyak kali sebenarnya), aku terlupa kat paper mana ada tulis pasal point A or B. Pastu nak cari balik point/ayat tu memang mencabar la sebab ada beratus-ratus paper. So, most of the time, memang tak jumpa pun ayat yang kita cari tu..

And, bila aku diperkenalkan dengan software ni aku rasa hidup aku sangat senang sekarang, tak perlu nak perah otak macam mesin ABC...hihihi 

So, Aku harap entri ni dapat membantu korang untuk korang tulis LR nanti. Kalau aku tersalah, sorry ya.. Apa yang penting - 'Work for Imperfect!'

TQ for reading!




SHARE 10 comments

Add your comment

  1. Saya tumpang baca je walaupun tak paham..hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks idzwa sebab sudi baca walaupun tak faham. hehe

      Delete
  2. Aduhhh!! mcm complicated jer DP....

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah complicated skit la, tapi kalau dah biasa buat benda tu InshaAllah akan rasa senang

      Delete
  3. Sangat membantau buat mereka yg mencari info ni

    ReplyDelete
  4. Jgn lata phd nak sambung master dh malas ��

    ReplyDelete
  5. Bnyk nye DP nk kne buat --' Nk kategorikan syukur mek tk smbung belajar :) Semacam mek yg jenis tk suka fikir (go too deep) memang tk sesuai smbung blaja. Tabik la kat DP sbb bleh buat semua ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you Mek.. Memang banyk benda nak kene buat mek , tapi syukur Allah bagi saya kekuatan untuk buat satu-satu dengan sabar

      Delete
  6. TQ. sangat membantu. nanti DP tulis la banyak2 lg bab study..nak baca dan ambil input..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq tuan sebab sudi baca entry ini. Hopefully ia membantu tuan & kawan2 yang lain. Nanti kalau saya ada mood (hehe) saya tulis lagi k bab study. Cuma saya takut nak tulis sebab takut orang susah nak paham & baca. hehe

      Delete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE