3rd day - 16 Oktober 2016


Hari ke-3 ni kitaorang pergi Air Terjun Sendeng Gile dan Air Terjun Tiu Kelep dan hari ni jugakkitaorang akan gerak ke Gili Trawangan. Gili Trawangan ni Pulau Besar and ada pulau-pulau kecik lagi keliling dia. So, bila pergi ke Gili Trawangan, wajib tido kat sana.

So, hari ni kitaorang packing barang , terus check-out.Mula-mula pegi breakfast tengok sawah padi. Macam biasa menu breakfast kat sini biasa jer, tak sedap sangat la tapi ok lah kalau compare dengan standard hotel 3 star.

Lepas tu terus turun ke Lobi tunggu Pak Supir. Hari ni lambat sikit diaorang datang ambik, but it's ok.

Sebelum ke Gili Trawangan, kitaorang ke Waterfall dulu. Kitaorang pergi ke Air Terjun Sendeng Gile dan Air Terjun Tiu Kelep. Perjalanan ke waterfall ambik masa 2 jam dari hotel. Macam biasa tak boleh nak tido, sebab scenary masa perjalanan cantik.

http://dorsettpink.blogspot.com/2017/03/travelog-lombok-indonesia-waterfall.html
 Ni masa on the way ke waterfall

Sampai jer kat tempat parking waterfall ni, kitaorang tukar baju dulu. Aku tak pakai baju mandi siap-siap dari hotel sebab baju aku basah kan semalam gi island hoping. And local guide yang akan guide kitaorang ke waterfall tu dah siap menanti. Supir-supir ni diaorang ikut mood nak pergi waterfall atau tak sebab dieorang dah sediakan local guide untuk kita.

http://dorsettpink.blogspot.com/2017/03/travelog-lombok-indonesia-waterfall.html
Alhamdulillah, selepas 2 jam dalam kereta, akhirnya sampai di Waterfall ni..

http://dorsettpink.blogspot.com/2017/03/travelog-lombok-indonesia-waterfall.html
Kita parking kereta di Pondok Senaru (wajib bayar parking).
Kat tempat parking ni ada kemudahan yang lengkap - toilet, bilik mandi, surau & tempat makan 


Pastu terus berjalan ke Waterfall. 
Pakai baju mandi siap-siap sebab kat waterfall nanti tak ada tempat mandi &
 baju persalinan tinggal dalam kereta

Pintu masuk ke Waterfall Sendeng Gile & Tiu Kelep

 
   Info pasal waterfall ni

Asriel ikut kitaorang pergi ke waterfall sebab dia kan 'jurufoto tak diupah' kitaorang, so dia kene ambik gambar. Hahahhahaha

Firstly, kita akan jumpa Waterfall Sendeng Gile. Nak ke Waterfall ni, kene trekking sikit dalam 10 minit macam tu. Trek dia cantik bersimen. Kalau bawak anak kecik dan warga tua atau sesiapa yang ada masalah keuzuran, eloklah pergi ke waterfall ni jer. Sebabnya nak ke waterfall Tiu Kelep kena hiking lagi 20 minit. Larat ke kalau dukung anak kecik nak hiking??? Tepuk dada, tanya sendiri.

http://dorsettpink.blogspot.com/2017/03/travelog-lombok-indonesia-waterfall.html
Air Terjun Sendeng Gile

http://dorsettpink.blogspot.com/2017/03/travelog-lombok-indonesia-waterfall.html

http://dorsettpink.blogspot.com/2017/03/travelog-lombok-indonesia-waterfall.html
Untuk budak-budak or warga emas, better mandi kat Waterfall Sendeng Gile ni jer.. 

 
  Ni tangga nak ke Waterfall Sendeng Gile



Kat waterfall Sendeng Gile ni ada bangku & pondo, so bolh piknik kat sini


Ada gak makcik-makcik jual makanan - pisang goreng, maggi, cempedak goreng



Anak comel ni mengingatkan aku pada FL di rumah

http://dorsettpink.blogspot.com/2017/03/travelog-lombok-indonesia-waterfall.html
On the way nak ke Waterfall Tiu Kelep, 
mula-mula dah kene panjat tangga yang mencuram 80 darjah macam ni dulu.
 
 Yang berambut panjang tu local guide di waterfall ni.. 
Nak datang sini, wajib upah local guide di sini, tak boleh main redah jer walaupun trek disini senang macam kacang putih.. Ala-ala macam Taman Negara di Malaysia la - wajib pakai guide Taman Negara sendiri. 

 Jambatan ni sebenarnya longkang yang mengalirkan air dari Waterfall Tiu Kelep ke Waterfall Sendeng Gile..


Air dalam longkang ni sangatlah jernih & bersih.. Nak mandi pun boleh
 

http://dorsettpink.blogspot.com/2017/03/travelog-lombok-indonesia-waterfall.html
 Cukup 20 minit hiking and trekking, satu pemandangan yang sangat menakjubkan menanti aku.

http://dorsettpink.blogspot.com/2017/03/travelog-lombok-indonesia-waterfall.html
Akhirnya sampai la di destinasi yang dituju - Air Terjun Tiu Kelep..

http://dorsettpink.blogspot.com/2017/03/travelog-lombok-indonesia-waterfall.html
MashaAllah.. Terpegun aku bila sampai je sini.
Masa aku sampai sini hari tu ada pelangi..
 Ya Allah! Cantik yang amat tapi sayang rainbow tu tak dicapture dalam kamera ni. huhu 
(nampak gaya, kene beli DSLR la lepas ni..hehe) 

http://dorsettpink.blogspot.com/2017/03/travelog-lombok-indonesia-waterfall.html

http://dorsettpink.blogspot.com/2017/03/travelog-lombok-indonesia-waterfall.html
Kitaorang hanya mampu pandang dari bawah jer tengok Asriel panjat bukit ni..
 

http://dorsettpink.blogspot.com/2017/03/travelog-lombok-indonesia-waterfall.html
Subhanallah.. Cantiknya!
Inilah air terjun yang paling cantik yang pernah aku tengok depan mata ...
Tempat ni memang ramai pelancong, so tak boleh stay sini lama-lama sebab nanti bila crowded tak best pulak.


http://dorsettpink.blogspot.com/2017/03/travelog-lombok-indonesia-waterfall.html
Jernih sangat air dia.. Sampah pun tak ada.. Tempat ni memang dijaga rapi.

Memang awesome sangat!!!.. Tak sia-sia aku datang sini.

Cantik giler! Subhanallah. Aku rasa ada kot waterfall yang cantik macam ni kat Malaysia tapi aku jer belum sampai.

Kat Lombok ni sebenarnya ada lagi satu waterfall yang lebih cantik dari ni. Nama dia Air Terjun Tiu Teja tapi kitaorang tak pergi sana sebab kalau pergi sana kena ambik masa seharian sebab sebelum tu kena naik motor untuk pergi ke tempat air terjun tu, kereta tak boleh masuk.

Lepas dah siap mandi-manda dan dah puas tangkap gambar bagai, kitaorang pun gerak balik.

Masa on the way balik ke kereta, ada budak-budak main pelampong meluncur dalam longkang tempat jalan kaki. Air kat sini bersih giler, aku nak minum pun rasa tak bersalah sebab air dia sangat jernih. Then, kitaorang teruja tengok, terus sorang-sorang nak cuba. Memang best la main pelampong meluncur atas air , rasa macam main air kat slide taman tema plak.

http://dorsettpink.blogspot.com/2017/03/travelog-lombok-indonesia-waterfall.html 
Ok, ini starting point. 
Masing-masing tengah tunggu turn nak meluncur dalam longkang tu..

 http://dorsettpink.blogspot.com/2017/03/travelog-lombok-indonesia-waterfall.html 
Bila kita kat dalam longkang tu, orang-orang yang jalan atas jambatan tu boleh nampak kita kat bawah...
 http://dorsettpink.blogspot.com/2017/03/travelog-lombok-indonesia-waterfall.html
 Ini garisan penamat
Kalau tak ada orang yang stop di sini, alamak nya 'peluncur' (peluncur la kono0000000oon) akan terus masuk dalam terowong tu dan terus sampai ke Air Terjun Sendeng Gile yang jaraknya 'agak' jauhlah.

Lepas dah habis main air tu, Asriel bayar upah kat budak-budak tu sebab diaorang susah-susah tolong bawak pelampong naik ke situu..

Lepas tu, kitaorang singgah ambik gambar kat Waterfall Sendeng Giler jap. Then, terus ke kereta, tukar baju & pergi lunch kat warung dekat area situ (dalam 500m jalan).

 Menu lunch hari tu

 Ini Kopi Lombok. Sedaaap giler.. 
Setaraf dengan coffee bean. 
Tapi lepas tu, aku dah tak jumpa kopi lombok yang sesedap tu..

Lepas lunch, kitaorang terus gerak ke Jeti untuk ke Gili Trawangan.

Citer pasal Gili Trawangan sambung di next entry k. Stay tune..

Terima kasih sebab baca trip Lombok ni. 

Indahnya canvas yang menghijau disinari sinaran sang suria
(On the way ke Jeti untuk Gili Trawangan)

SHARE 16 comments

Add your comment

  1. CANTIKNYA AIR TERJUN KEDUA-DUA TU AIR JERNIH XRAGU NK MNDI KALAU AIR TRJUN KAT TMPT KITA BNYK YG DH DICEMARI KENCING TIKUS

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah kak PI, air terjun kat Malaysia banyak yang kene air kencing tikus, seram nak mandi.. Kat lombok nun sangat bersih air dia

      Delete
  2. Cantik... berbaloi jalan jauh2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. berbaloi en.mie.. - kepenatan terbayar dengan pandaan indah

      Delete
  3. wahhh..cantiknya dan bestnya tengok air terjun kat sini.

    ReplyDelete
  4. Tak jumpa ke perempuan malaysia kat lombok?

    Dari dulu saya teringin nak ke lombok tapi lom sampai2 lagi.

    ReplyDelete
  5. Tak jumpa ke perempuan malaysia kat lombok?

    Dari dulu saya teringin nak ke lombok tapi lom sampai2 lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. tak jumpa en.adam. sy cuma jumpa perempuan yang melancong ikut trip kitaorang tu

      Delete
  6. Cantiknya. Jernih pulak tu airnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah jernih sgt fiza, kalau nak minum pun tak ragu2

      Delete
  7. cantiknya air terjun dia.. macam keluar dari pokok2 tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mula2 saya nampak air terjun ni pun, saya tefikir mcm tu- air tu keluar dari pokok2 ke

      Delete
  8. orang kata memang lombok cantik2 tempatnya, teringin gak nak gi

    ReplyDelete
  9. cantik nyerrrr...!! berbaloi-baloiiiiiii jalan jauh naik tangga bagaii.. ;)

    ReplyDelete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE