▼
▼
Sunday, April 30, 2017
Thursday, April 27, 2017
Top 3 Hotel di Pulau Pinang
Pulau Pinang merupakan sebuah negeri
yang sangat popular dengan pelbagai jenis juadah makanan, ia boleh dikatakan
‘syurga makanan’ bagi food hunters. Mana tidaknya, segala jenis makanan ada di
Penang, seperti Pasembor, Laksa, Char Kuey Tiaw, Nasi Ganja, dan banyak lagi.
Jadi, kalau korang datang ke Penang ni, apa lagi jangan lepaskan peluang untuk
merasa semua jenis makanan yang terdapat di Pulau Pinang ni tau. Disamping itu,
Pulau Pinang juga sangat terkenal dengan mercu tandanya yang selain daripada
Komtar seperti Masjid Kapitan Keling, Padang Kota Lama, Masjid Terapung Tanjung
Bugah, dan banyak lagi.
Ni tempat makan yang wajib kat Penang - Nasi Kandar Beratur
Masjid Kapitan Keling - dah berusia 215 tahun.
Nasi kandar beratur tu betul-betul sebelah masjid ni..
Nasi kandar beratur tu betul-betul sebelah masjid ni..
Bukan itu sahaja, selain daripada
destinasi untuk mencari makanan kegemaran, ianya juga merupakan destinasi yang
sangat sesuai untuk melancong. Terdapat pelbagai tempat menarik yang harus
dilawati jika korang berada di Pulau Pinang, just name it, nak pergi tempat
yang bersejarah boleh, nak pergi ke taman tema boleh, nak ke tempat bershopping
pon boleh. Kalau korang nak bawa anak-anak bersukia-ria satu family, korang
boleh la ke Amazing World Studio, Toy Museum, Heritage Garden, Wonderfood Museum
dan Adventure Zone, confirm korang rasa tak rugi punya spend time with your
kids here.
Wonderfood Museum - u will amaze with the foods.
Selpi dengan ABC gergasi
Ataupun korang boleh bawa mereka ke
Entopia a.k.a Taman Rama-Rama di Pulau Pinang, kat situ ada berbagai jenis
rama-rama dan serangga yang hidup di dalam suasana taman yang sangat cantik dan
memukau pandangan. Selain itu, bagi korang yang amat meminati sejarah, korang
boleh juga berkunjung ke tempat bersejarah di Pulau Pinang seperti Rumah
P.Ramlee, Fort Cornwallis, Penang Time Tunnel, dan Muzium Pinang Peranakan,
semua tempat ni hanya boleh dilawati di Penang sahaja tau. Korang boleh baca itinerary aku ke Penang DI SINI, mana tahu, it could give guidance in creating your own itinerary.
Tidak lengkap rasanya percutian tanpa
penginapan, jika sudah alang-alang sampai ke Pulau Pinang, tiada salahnya jika
korang ingin mencari penginapan yang selesa dan unik buat orang yang tersayang.
Meh aku cerite tentang tiga top rated hotel yang boleh korang
jadikan panduan, kalau korang nak datang ke Pulau Pinang dan menginap kat sini. Ni dia hotel-hotel tu:
- The Light Hotel, Pulau Pinang
Aku pernah review tentang hotel ni
sebelum ni. Boleh baca KAT SINI. Hotel
ini terletak di Seberang Jaya, dan ianya merupakan sebuah hotel yang
berkonsepkan modern dan kontemperari, sangat sesuai bagi mereka yang menginginkan
dan menitik berat tentang keselesaan. The Light Hotel, Penang ni, dia ada
sembilan jenis bilik yang boleh korang pilih dari superior room sehingga lah ke
Presidental suite, dan apa yang paling seronoknya ialah, setiap ruang bilik
hotel memang sangat luas dan selesa.
Swimming pool kat The Light Hotel
- Eastern & Oriental Hotel
Bagi korang yang mencari keunikkan,
maka disini lah tempatnya. Eastern & Oriental Hotel ini terletak di
Georgetown, which is a very famous and busy place in Penang, but still
keselesaan dan kepuasan tetamu menjadi keutamaan mereka. Dengan ciri hotel yang
berkonsepkan ala-ala vintage feels, ianya pasti akan membuat korang berasa
confius seketika, sama ada korang berada di Penang ke, atau di London? Hah,
kelas sangat tau dia punya design of this hotel. Ada dua jenis bahagian bilik
which are heritage wing dan studio suite, seperti bisasa lah kalau korang nak
yang spacious dan doesn’t mind spend sikit duit, korang boleh la ambik studio
suite. Tapi seriously, hotel ni memang cantik because of its vintage interior
and exterior design, so memang rasa macam royal class gitewww.
Straits Suite kat EO Hotel. Credit foto to EOhotels.
- Shangri-La’s Rasa Sayang Resort and Spa, Penang
Seperti yang korang sedia maklum, kalau
dah nama pun Shangri-La hotels kan, what u expect? Of course, la, suasana yang
mewah, elegan dan confirm selesa. Shangri-La’s Rasa Sayang Resort and Spa,
Penang ni terletak di Batu Ferringhi, tempat yang famous dengan pantainya yang
cantik lagi indah dan permai, cheeeewaaah! Resort ni dia ada banyak jenis bilik
dank orang boleh pilih sama ada nak yang Garden wing room or Rasa wing room.
Garden of this hotel memang cantik, dengan infinity swimming poolnya lagi.
Memang seronok kalau korang bawa family menginap di sini.
Sekian
itu saja yang aku dapat share kali ini. Dan pada korang yang belum buat
tempahan hotel tu, apakata korang buat tempahan melalui traveloka.com, kat sini
korang boleh buat tempahan hotel dan flight dengan cara yang paling mudah. So,
apa yang korang tunggu lagi? Let’s book hotel in penang on traveloka now!
Tuesday, April 25, 2017
Hidangan Makan Malam Tanpa NASI
Hidangan makan malam tanpa nasi - Menu Tortilla Wrap..
Untuk siapa-siapa yang nak kurus/diet atau seangkatan dengannya, menu makan malam ni sangat sesuai untuk korang....
Aku dapat idea menu ni masa bercuti kat NZ hari tu, masa tengah duk prepare dinner for my family kat kitchen motel kami, ada sorang traveller mat saleh ni buat hidangan ni.. Aku nampak macam sedaaaap jer dan menyelerakan tekak aku, so aku rasa nak trylah bila balik Malaysia sebab kat NZ sana tak jumpa daging mentah halal...
So setelah aku berjaya buat menu hidangan ni, so meh lag aku nak share ngan korang..
Bahan-bahannya :
- Roti tortilla
- Salad
- Tomato
- Daging burger, either beef or chicken tak kisah, ikut selera masing - masing..
- SOS - ikut suka nak letak sos apa. Aku guna sos mayonis & sos cili.
- Cheese
Cara buat :
1. Panggang dahulu daging atas pemanggang atau atas kuali sampai masak, then ketepikan.
2. Panaskan sekejap roti tortilla tu atas kuali tanpa minyak.
3. Pastu, taburkan daun salad dan tomato yang dipotong dadu...
4. Letak daging yang dah dimasak tadi atas hirisan salad tersebut.
5. Letak sos pilihan korang.
6. Pastu, letak cheese.
7. Last skali, balut roti tu dengan kemas..
And makan....
Selamat mencuba!
Untuk siapa-siapa yang nak kurus/diet atau seangkatan dengannya, menu makan malam ni sangat sesuai untuk korang....
Aku dapat idea menu ni masa bercuti kat NZ hari tu, masa tengah duk prepare dinner for my family kat kitchen motel kami, ada sorang traveller mat saleh ni buat hidangan ni.. Aku nampak macam sedaaaap jer dan menyelerakan tekak aku, so aku rasa nak trylah bila balik Malaysia sebab kat NZ sana tak jumpa daging mentah halal...
So setelah aku berjaya buat menu hidangan ni, so meh lag aku nak share ngan korang..
Bahan-bahannya :
- Roti tortilla
- Salad
- Tomato
- Daging burger, either beef or chicken tak kisah, ikut selera masing - masing..
- SOS - ikut suka nak letak sos apa. Aku guna sos mayonis & sos cili.
- Cheese
Cara buat :
1. Panggang dahulu daging atas pemanggang atau atas kuali sampai masak, then ketepikan.
2. Panaskan sekejap roti tortilla tu atas kuali tanpa minyak.
3. Pastu, taburkan daun salad dan tomato yang dipotong dadu...
4. Letak daging yang dah dimasak tadi atas hirisan salad tersebut.
5. Letak sos pilihan korang.
6. Pastu, letak cheese.
7. Last skali, balut roti tu dengan kemas..
And makan....
Selamat mencuba!
Friday, April 21, 2017
Weeekend Getaway at The Light Hotel, Penang
Weekend hari tu aku & family getaway kat The Light Hotel, Penang.
Hotel ni terletak kat area Seberang Perai.
Kitaorang bercuti dalam hotel jer, tak keluar jalan-jalan pun, hanya keluar pergi makan jer.
Sebab bulan Januari hari tu dah jalan-jalan kat Penang - boleh baca kat ENTRI INI,
so kali ni just lepak hotel je lah.
And sebab dah selalu sangat bercuti hujung minggu kat PD, so kali ni en.suami ajak pergi jauh sikit. Kalau korang nak baca review aku tentang hotel-hotel di Port Dickson, boleh klik SINI.
Kitaorang book hotel ni melalui booking.com
Parking kat hotel ni kena bayar, tapi kalau guest hotel free la.
Lobby hotel ni luas
Hotel ni ada peraturan berpakaian, tak boleh pakai selekeh, ada ditulis dalam guest book kat bilik. Hari tu aku pakai selipar jepun jer, patutlah staff kat situ tak layan aku pun ,even senyum pun tak. Hotel-hotel lainyang aku pergi tak ada lah pulak strict pasal dress code ni.
Tapi layanan staff kat sini OK lah, not bad & friendly, cuma diaorang tak layan orang yang berpakaian selekeh.. keh..keh..keh..keh..
Kitaorang book bilik Deluxe King. Harga semalam RM 370
Bilik luas gak. Selesa lah
Ada meja kerja. So senanglah aku nak buat thesis.
Ini bathroom
Ini tempat breakfast.
Kat hotel ni ada beberapa buah restoren.
Kalau korang nak tahu, aku ni hantu dim sum.
Kalau makan kat hotel,confirm first thing yang aku ambik ialah dim sum.
Aku boleh makan dim sum ni banyak-banyak.
Masa pergi Hongkong dulu, aku asyik beli dim sum jer sebab dim sum tu local food kat Hongkong.
Makanan kat hotel ni ok lah, not bad tapi fresh milk dia tak sedap, aku rasa diaorang campurkan milk tu dengan air kot, so rasa dia tak rasa milky sangat, so kalau korang nak makan cereal, jangan ambik fresh milk kat sini, makan je cereal kosong tu.
Inilah makanan breakfast aku & FL hari tu.
Swimming pool kat sini terletak di Aras 3
Kat hotel ni ramai mat saleh
Kat tepi kolam renang ada restoren, kalau rasa lapar masa duk berenang tu bolehlah order makanan kat sini, and makan kat tepi kolam. sambil makan sambil menyelam (peribahasa baru).
Hotel ni betul-betul berhadapan dengan Hotel Sunway
Lokasi hotel ni strategik la sebab betul-betul dekat dengan kedai makan, Pasaraya Parkson, Billion & 7-Eleven, semuanya dalam walking distance.
Aktiviti wajib bila pergi hotel - mandi kolam
Kat area ni jugak ada tempat lepak ni.
Kalau nak buat gathering dengan kawan-kawan or sedara mara or barbeque, ok sangatlah tempat ni.
Aku suka duk sini baca buku. Rasa nyaman jer, tak ada gangguan
Kat sini ada Kiddies Club - tempat mainan untuk anak-anak.
Tapi kiddies club sini tak best sebab tak banyak mainan & tak ada aktiviti yang exciting,
tak macam hotel-hotel lain.
Selain dari Kiddies Club, kat area sini jugak ada snooker, gym, spa & karaoke, so korang mesti suka.
Sebelum gerak balik KL, kitaorang gi makan Mee Udang dulu kat Sungai Dua.
In conclusion, bagi aku hotel ni best , bilik hotel best, makan pun best, staff pun ok, so aku recommend la untuk sesape yang nak bercuti kat Penang, stay kat sini.
Last but not least, thank you for reading guys..