Lepas dah berseronok main ngan binatang, kitaorang pergi ke Maori Cultural Village pulak di Whakarewarewa. Tempat ni namanya Whakarewarewa Cultural Village. Dari Agrodome tu, lebih kurang dalam 10 minit je drive ke tempat ni. Dekat sangatlah .
Sebelum aku cerita detail pasal tempat ni , aku nak jawab dulu soalan ni - "Why do i love travelling?"
And the answer is - "Because I want to learn more about the various cultures exist in this beautiful world & at the same time wanna see the magnificent creations throughout the universe". - Itulah kepuasan traveling, dapat belajar banyak budaya orang lain yang kita tak pernah tengok di tempat kita sendiri.
So,Tujuan utama ke Maori Cultural Village ni ialah sebab nak tengok sendiri perkampungan orang asli Maori. Maori sama sekali berbeza dengan Mauri tau.
Maori people - Penduduk asli New Zealand, yang berasal dari Eastern Polynesia (salah satu tempat di Polynesian Triangle - wilayah yang terdapat di Lautan Pasifik) & telah menetap di NZ sejak 1250 CE lagi.
Mauri people - Penduduk asli di Mauretania,yang terletak di Afrika Barat. Mauri people ni diperintah oleh Mauri/Moorish Kingdom (Kerajaan Moorish/Mauri). Panggilan lain bagi Mauri ialah Moorish. Aku pun tak tahu sekarang Orang Mauri ada wujud lagi tak kat dunia ni (kena bukak buku Sejarah balik nampak gayanya).
***********************
Maori people - Penduduk asli New Zealand, yang berasal dari Eastern Polynesia (salah satu tempat di Polynesian Triangle - wilayah yang terdapat di Lautan Pasifik) & telah menetap di NZ sejak 1250 CE lagi.
Mauri people - Penduduk asli di Mauretania,yang terletak di Afrika Barat. Mauri people ni diperintah oleh Mauri/Moorish Kingdom (Kerajaan Moorish/Mauri). Panggilan lain bagi Mauri ialah Moorish. Aku pun tak tahu sekarang Orang Mauri ada wujud lagi tak kat dunia ni (kena bukak buku Sejarah balik nampak gayanya).
***********************
Ok..Kalau korang melancong ke New Zealand dan berhajat nak tengok perkampungan Orang Asli New Zealand (Maori culture), so better pergi kat North Island or to be exact kat Rotorua ni, sebab kat tempat lain tak ada or tak famous maybe, sampaikan kat Airport Auckland tu korang boleh tengok bersepah orang Mouri kat situ, yang tak pakai kasut pun ramai, lebih kurang macam orang asli kat Malaysia ni lah tapi diaorang lebih educated.
Muka orang Maori ni macam orang Melayu je.. So kalau korang pergi NZ, kalau ada 'melayu' tegur korang speaking London tapi longhat New Zealand, atau berselisih dengan orang 'Melayu' tapi diaorang tak tegur korang, korang jangan pulak kata dia tu orang Melayu yang berlagak/sombong, sebab sememangnya dia orang Niu Zilan, cuma muka je macam Melayu Asli.hehehhe..
Local people yang bekerja kat airport hampir semuanya orang Maori. Cabin crew Jetstar Airlines pun sama gak. Sampai aku pun tersasul cakap Melayu ngan ticket counter representative kat sana sebab duk ingat depa tu orang melayu, pastu muka dia bluuurrr... hahahahhaa.. Kat Rotorua ni ada banyak sangat Maori Cultural Village, korang pilih jer mana satu yang berkenan.
Local people yang bekerja kat airport hampir semuanya orang Maori. Cabin crew Jetstar Airlines pun sama gak. Sampai aku pun tersasul cakap Melayu ngan ticket counter representative kat sana sebab duk ingat depa tu orang melayu, pastu muka dia bluuurrr... hahahahhaa.. Kat Rotorua ni ada banyak sangat Maori Cultural Village, korang pilih jer mana satu yang berkenan.
Kitaorang pilih Whakarewarewa ni sebab yang ini yang paling murah bayarannya, yang lain-lain tu mahal sangat. Ada tu sampai mencecah NZD100 (RM300). Bayaran masuk Whakarewarewa Cultural Village ni hanya NZD 35 seorang (dewasa). Kanak-kanak besar FL (3 tahun) free. Kanak-kanak umur 5-15 tahun NZD 15 seorang. Paling murah la tu compare dengan tempat-tempat lain. NZD 35 tu termasuk ngan guided tour + cultural show. Tour guide tu orang tempatan yang duduk kampung tu jugak.
Tiket masuk NZD 35 tu sekali ngan tengok geyser juga, yang aku cerita kat entry sebelum ni -
"Travelog New Zealand 2017 | Geyser" .
"Travelog New Zealand 2017 | Geyser" .
Kaunter beli tiket. Ada ruang untuk beli sourvenir skali.
Ini antara peralatan yang digunakan oleh orang Maori
Ini harga tiket penuh. Kalau nak makan makanan yang dimasak dalam tanah (geyser) - yang dipanggil 'hangi meal', perlu bayar additional fee. (Sorry gambar blur)
Ini public toilet
Entrance ke kampung ni
Ini kitaorang punya tour guide.
dia ni orang tempatan kat kampung ni.
Kampung ni dah menjadi kawasan pelancongan sejak dari 1950-an lagi & memang ramai yang datang sini setiap hari.
Inilah permandangan dalam kampung ni.
Setiap rumah masih ada penghuni sehingga sekarang.
Dalam ni jugak ada klinik, barber shop, tadika, cafe & kemudahan-kemudahan lain,tapi fasad bangunan kemudahan tu sama jer macam rumah-rumah lain seperti dalam gambar-gambar di atas.
Ini kubur
Memandangkan kawasan kapung ni kawasan geyser, jadi bawah tanah nya sangat panas, so tak sesuai tanam mayat dalam tanah sebab terlampau panas, jadi solusinya, mayat-mayat yditanam di atas permukaan tanah sahaja.
Memandangkan kawasan kapung ni kawasan geyser, jadi bawah tanah nya sangat panas, so tak sesuai tanam mayat dalam tanah sebab terlampau panas, jadi solusinya, mayat-mayat yditanam di atas permukaan tanah sahaja.
Gereja.
Kat dalam kampung ni ada lebih dari 1 gereja, ada gereja besar, ada gereja kecik - digunakan depends pada upacara / event maybe..
Ini boundary dengan kawasan / kampung sebelah.
Arca patung tu ada makna & setiap patung tu berlainan rupa & bentuk - ada yang gemuk, ada yag kurus, ada yang muka masam mencuka, ada yang muka innocent , ada yang rambut panjang, ada yang rambut pendek, ada yang tak ada rambut & macam-macam lagi lah.
Cuba perhatikan betul-betul - rupa patung tu sedang pegang pedang / pisau kan? - it means that setiap patung tu berperanan untuk menjaga kawasan ni daripada diceroboh.
Dari sini boleh tengok Pohutu Geyser.
Pohutu geyser ni ialah geyser yang terbesar dalam Daerah Rotorua, it spurts up to twenty times per day and can reach heights of up to 30 metres (100 feet).. Tasik (kolam air panas / hot spring) kat Pohutu Geyser ni sangat-sangat cantik tapi sangat panas.
Kalau ada sesape yang nak pergi ke Pohutu Geyser ni, korang boleh pergi via New Zealand Maori & Crafts Institute yang terletak tak jauh dari sini, tapi harga tiket masuk aku tak tahu...
Ini sungai kat dalam kampung ni.. Cantik & jernih sangat air dia.
Masa aku datang hari tu, kitaorang tak sempat nak tengok cultural show, sebab dah terlepas waktu show tu, but actually boleh datang keesokkannya untuk tengok show tu (tanpa bayaran) sebab tiket yang dibeli tu dah include sekali dengan show tapi tak sempat jugak sebab kitaorang nak gerak pergi Auckland Airport (3 hours driving from Rotorua) untuk ke Pulau Selatan pulak.
Info:
Ini waktu cultural shownya - 11 pagi & 2.30 tengahari.
Tempat ni dibuka seawal jam 9 pagi hingga kul 5 petang.
Guided tour pulak kul 9 pagi, 10 pagi, 11 pagi, 1 ptg, 3 ptg, 4 ptg.
Lepas dah habis pusing-pusing dalam kampung ni, kitaorang pergi makan kat Pekan Rotorua, then solat kat Rotorua Islamaic Centre. Nanti aku cerita detail kat entry lain.
Terima kasih ya kalian semua sebab sudi membaca entry ni..
Menarik tengok tempat2 dia.. Patung and kubur tu, is there any historical stories...? Sebab tengok kawasan dia macam ada sejarah.. ._.
ReplyDeleteanesz, kawasan kubur tu tak ada history, dia macam kubur2 lain jer cumanya kubur dibuat di atas permukaan tanah sebab bawah tanah di kg ni sangat-sangat panas sehingga suhu mencecah 100 darjah celcius sebab ni kawasan Geyser.
DeletePatung tu lambang kepercayaan masyarakat Maori.. Kiranya patung tu simbolik kepada Pahlawan Kaum Maori.
bestnya perkampungan di sana. comel2 bentuk rumah dia. best nya :)
ReplyDeletea'ah comel kan ana, rasa macam duduk kat desa..
Deletebetul.. kita travel sebab selain nak have fun kita nak learn more about ones culture.. and CT rasa sbenarnya ikut tempat. ada yang tempat pergi untuk shopping ada yang untuk makan2 ada yang untuk sceneries.. hehe..
ReplyDeleteBetul tu CT depends pada tempat, tapi saya cuba jugak cari budaya asli tempat tersebut walaupun hanya sikit-sikit sebab saya yakin setiap tempat yang wujud diatas dunia ini pasti ada sejarahnya..
DeleteYa Allah lawa lah tempat ni.. NZ ni memang Allah jadikan cantik..
ReplyDeletesemoga ada rezeki nak pergi.. pasang angan2 dlu..
a'ah kan CT, Allah swt jadikan NZ ni cantik & tanah subur...
Deleteangan-angan itu mesti CT, melalui angan-angan akan menjadi kenyataan. InshaAllah
Deleteamin amin !!!!! one day !! ill be there =)
DeleteCantik dan kemas jer perkampungan diorang. Cuma part kubur bersepah tu jer lah... hehehe...
ReplyDeletebetul tu fiza..
DeleteWah... bestnya.. nak tanya. Hangi meals tu halal tak? Kitorg mcm excited nak try. Tp mcm ragu2 plak.. any idea?
ReplyDeletei dont think it is halal.. sebab dia masak dengan beef/chicken/pork... But, u can ask it first upon buying a ticket..
DeleteMenarik..cantik2.. :)
ReplyDeleteTry Hangi meal? Halal ke? Saje tanya..mcm berminat
rasanya tak halal la fhaizah.. tapi u boleh tanya la dulu kat counter , try to ask vegetarian meals.
Delete