Tuesday, May 23, 2017

Grocery Shopping in New Zealand

Biasanya kalau pergi travel mana-mana, kitaorang akan pergi beli grocery dulu sebaik saja tiba di destinasi. Jimat sikit kalau masak sendiri, makan kat kedai mahal sangat dan tambah plak susah nak cari restoren halal.

So, masa pergi New Zealand hari tu, almost hari-hari kitaorang pergi shopping groceries sebab kitaorang moving hari-hari, so tak boleh beli barang basah banyak-banyak, nanti busuk. Barang kering beli banyak lah buat stok. 

Di NZ ni, ada 2 hypermarket - Countdown & Pak 'n' Save. Harga dua-dua tempat ni lebih kurang jer. And yang paling best di NZ ialah harga groceries dia jauh lebih murah dari harga barang di Malaysia. Sardin setin pun boleh dapat 1 dollar jer. (Please jangan convert). Di Malaysia, sardin tak dapat harga 1 ringgit.
 
http://dorsettpink.blogspot.com/2017/05/groceries-shopping-in-new-zealand.html
Ni Pasaraya Countdown, masa kat Christchurch

http://dorsettpink.blogspot.com/2017/05/groceries-shopping-in-new-zealand.html
 Sebelum beli, baca label dulu, jangan beli jika ada unsur-unsur binatang macam contoh gelatine atau minyak haiwan

http://dorsettpink.blogspot.com/2017/05/groceries-shopping-in-new-zealand.html


 untuk 2 paket potato chips ni hanya NZD 2.50


 Aku beli ni untuk buat masak (marinate) goreng-goreng

 Beli ikan yang dah siap marinate lagi senang, balik hotel terus panaskan je atas kuali



 Harga sekilo bawang besar yang dah dikupas - NZD 3.99 

 Harga 1 brokoli ni NZD 3

Tomato NZD 3.99 sekilo

Harga paste spaghetti ni hanya NZD 2. 

P/S : Kalau makanan yang dah diproses macam ni, sebelum nak beli, kena BACA LABEL dulu betul-betul

 Ini hasil rembatan kitaorang hari pertama.

 Shopping kat NZ tak yah bawak plastik sendiri, diaorang bagi plastik.
Kalau kat Europe ada sesetengah tempat kena bawak beg plastik sendiri, sama macam kat Malaysia.

 Shopping hari pertama hari tu - NZD 113

 Ini hasil rembatan hari ke-5 atau ke-6


Untuk TIPS beli grocery tika travel, korang boleh baca ENTRY INI. 

Oklah, ini saja yang aku nak share kali ni, stay tune for more NZ story k.

Sekian, terima kasih kerana membaca.

9 comments:

  1. hi kak DP..lama x singgah sini. Geramnya tengok sayur-sayur segar tu. Best betul ada jual bawang dah siap kopek. Yang penting cashier dia hensem..haha

    ReplyDelete
  2. kalau pi sana rambang mata tengok sayur, buah dia kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak, rambang mata nak pilih mana satu

      Delete
  3. banyaknya shopping..bawang pun look so fresh ..lightning cantik kot ..huhuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. Kat sana memang fresh husna, sebab makanan ni semua diaorang tanam kat sana & sebab tanah NZ subur ... Buah2an dia semua fresh

      Delete
  4. Seronok baca cerita DP pergi NZ..
    LZ terasa ada kat sana sebab menghayati sepenuh hati gitu ;-)
    By the way, gambar pun cantik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks LZ sebab sudi baca, semoga LZ terhibur... Hahahaha

      Delete
  5. amboi kemain siap jual bawang yang dah dikupas lagi ek..

    ReplyDelete
  6. Assalamu'alikum, Intan.
    Maaf lama tak menjengah. Datang sini terus mengidam nak makan sup labu tengok Golden Pumpkin Maggi tu. :)

    ReplyDelete