Friday, May 12, 2017

New Zealand 2017 | From Auckland to Christchurch

Sambungan dari entry ini - "Travelog New Zealand 2017 | How to Get to Hobbiton"


Macam yang aku cerita sebelum ni, aku tak sempat nak ke Hobbiton, so dari Pekan Matamata, sebab kitaorang terkejar-kejar masa nak catch flight untuk ke Christchurch, so kitaorang terus je gerak ke Auckland Airport. Perjalanan ambik masa 2 jam. Sebelum gerak, lepak jap kat McDonald sebelah I-Site tu, untuk set GPS kat dalam Goggle Maps -  navigate ke Auckland Airport.

Sebelum ke Dosmestic terminal, Auckland Airport, kitaorang berhenti solat dulu kat Airport Mosque, terletak di Kirdbride Road, hanya 5 minit drive dari terminal. Kitaorang naik flight Jetstar Airlines - MURAH!

 Kat sebelah Airport Mosque ni ada supermarket HALAL, siap ada restoren lagi. So, bolehlah makan kat sini sebelum pergi airport

Masa sampai airport, drop semua orang kat domestic terminal, then en.suami (driver) pergi antar kereta kat office sewa kereta ni. Pastu pekerja car rental company tu - Ezi Car Rental antar dia ke terminal semula. 





 Kat dalam terminal domestik, Auckland Airport

Bila fly  guna Jetstar, korang just check-in guna mesin ni jer, print boarding pass & luggage tag sekali, then pergi kaunter untuk drop bag. Ingat! JANGAN BAWAK POWER BANK kat dalam check-in luggage , nanti beg korang kena kopak dengan crew airport & powebank diRAMPAS. Kat sini sangat STRICT.

Kalau bawak stroller untuk anak-anak, kena check-in kat kaunter bagitau ada stroller, then crew akan bagi stroller tag. Stroller tag ni TAK BOLEH diprint dari mesin check-in layan diri, so terpaksa pergi ke kaunter. Lepas tu, kena letak stroller kat extra-size baggage. 

P/S : Different airport / airlines ada peraturan yang berbeza-beza pasal bawak stroller ni, so kalau pergi mana-mana destinasi, kena tanya dulu kat airport crew kat mana nak letak stroller samaada boleh bawak sehingga ke pintu pesawat atau tak. 

 

  Ni kat departure hall   

Nak take off



 Ini aktiviti FL dalam flight. Setiap kali pergi bercuti, aku memang akan bawak activity book (colouring book + sticker books + reading books) + stationary + washi tapes + pencil colours untuk dia main, kalau tak nanti dia meragam.. So, bila ada banyak aktiviti, dia asyik la main colour-colour or conteng-conteng or membaca or main tampal-tampal sticker. Korang boleh gak bawak mainan kegemaraan anak-anak or bagi diaorang main ipad , just untuk elakkan diaorang rasa bosan. 

   Lepas dah penat main color-color, dia pun tertido..  Memang kebiasaannya, speanjang perjalanan even naik flight ke, naik car ke, or naik train, dia memang akan tido. Senang! Mummy pun boleh tido sekali. Tapi tak dapat nya nak tido, sebab view cantik giler.













 Ini view sepanjang perjalanan dari Auckland ke Christchurch.

P/S : Kalau travel siang hari, ambiklah seat di tepi tingkap. Sure korang tak kan menyesal! hehe..

 Bila dah sampai di destinasi yang dituju


 Ini domestic terminal, Christchurch Airport

 Perkara pertama yang dibuat setelah ambik baggage, ialah uruskan pasal sewaan kereta. Semua kaunter car rental terletak kat sebalah tempat ambik bagasi, so senang.

Ada macam-macam syarikat car rental kat sini. Kitaorang dah book kereta through online, so samapi disini, just bayar jer & bagi diaorang semua dokumen - driving license Malaysia & pasport & booking receipt yang dibuat through online tu. So, diaorang akan bagi kunci kereta beserta no.bay (no parking lot yang kereta tersebut).




 Sculpture ni berdiri megah di luar terminal.


 OOTD : 
Tudung - Jalan TAR
Baju - Uniqlo
Jeans - Guess
Shoes - Skechers

 Ini tempat parking yang menempatkan kereta-kereta sewa. Semua kereta ini dah ada orang book.

 Singboard yang dalam bulatan merah tu ialah No.Bay yang aku maksudkan tadi. So, bila dapat kunci beserta dengan No.Bay ni, kita kena cari sendiri mana kereta kita.

 Ini salah sebuah kereta kami.

Perjalanan dari Auckland ke Christchurch ni hanya 1 jam jer, so kitaorang sampai disini kul 6 petang, then ambik beg, pastu setelkan hal sewa kereta dah kul 7. Pastu, bila peri kat kereta, kereta ada masalah - Bonet tak boleh ditutup, so kitaorang mintak tukar kereta. roses tukar kereta kena tunggu lama sikit, sebab diaorang nak kena ambik kerata dari warehouse. Tup-tup dah kul 8 malam, baru dapat keluar dari perkarangan airport.

Keluar je dari aiport, kitaorang singgah Countdown dulu beli groceries. Countdown ni dekat je dengan airport, dalam 5 minit je drive. Then, dah habis shopping terus drive ke tempat penginapan - rumah sewa yang dibook through airbnb.com.


 So, nanti next entry aku sambung cerita kitaorang kat Christchurch pulak k..

Thank you for reading.

13 comments:

  1. Christchurch cantik! details sgt tulis ni...senang org nak rujuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhaa.. saya tulis tu untuk rujukan saya di masa akan datang sally sebab saya ni spesis cepat lupa. hehe

      Delete
  2. seat tepi tingkap viewnya mmg cantik... tapi kalau dah gayat ketinggian nak buat mcm mana... nak flight terus berusaha utk tido, moga2 bila terjaga dah sampai.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau gayat, jangan duduk tepi tingkap.hehe

      Delete
  3. Cantiknya view dari atas tu.. !

    ReplyDelete
  4. Cantiknya gambar2.. Lagi2 gambar atas flight tu.. Ohsem sangat!

    ReplyDelete
  5. Tips yang baik untuk bawak anak naik flight ;) btw view cantik sangat sayang nak tido atas kapal terbang

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah cantik sangat view dari atas idzwa. sayang nak tido

      Delete
    2. Alhamdulillah, kalau cara saya tu dapat jadikan tips utk kawan-kawan yang lain nak travel ngan anak-anak

      Delete
  6. cantiknya christchurch! subhanallah

    ReplyDelete