Thursday, May 04, 2017

Travelog New Zealand 2017 | How to Get to Hobbiton


Biasanya kalau orang pergi New Zealand, pasti diaorang akan pergi ke Kampung Hobbit a.k.a Hobbiton a.ka The Shire & post gambar kat Facebook atau Instagram kan.. Pastu korang tengok macam jealousssssss nyee sebab tempat tu super-duper cantik. Kan? Kan?..

 Pic courtesy - source

So, same goes with me. Aku pun nak pergi sangat ke kampung En.Hobbit ni. Aku start pasang angan-angan nak pergi kampung en.hobbit masa aku tengok 1st movie Hobbit . Masa tengok kat dalam cinema tu, memang hati teruja sangat kalau one day dapat pergi visit kampung Hobbit ni. Masa tu tak tahu lagi kg tu kat New Zealand, and production team pun tak pernah reveal pasal movie set ni.

Aku ni peminat filem fiksyen macam ni such as macam Narnia, Lord of The Ring, Harry Porter. Citer Avatar aku tak tengok sebab aku tak suka citer animasi. And citer yang paling aku suka ialah Narnia. Narnia punya citer pun banyak berlakon kat NZ gak. Dulu, Narnia pernah buat exhibition tour kat Singapore, aku sanggup pergi Singapore tu semata-mata nak tengok  exhibition tu. So dapat la rasa pegang pedang Peter & King Edmund - berat giler oooo, diaorang guna besi betul untuk buat tu dapat pakai baju besi diaorang - sangat-sangat berat, dapat pegang 'trumpet' Lucy yang dia guna untuk panggil Aslan and macam-macam lagi lah. Best sangat. So memang pasang angan-angan nak tengok movie set Narnia gak kat NZ ni tapi tak sempat. 

Set movie Lord of The Ring - LOTR , aku dah dapat rasa sikit kat puncak Gunung Gayong, Perak. hahhahaha.. Biarpun bukan real movie set, tapi ok lah tu....Ala-ala macam set movie LOTR ni banyak kat gunung-gunung kat Malaysia ni, cuma kena kuatkan stamina jer untuk naik sampai puncak. LOTR banyak shooting kat NZ ni gak.

So, untuk ke Hobbiton ni memang menjadi angan-angan aku sejak Filem Hobbit dilancarkan lama dulu. kalau korang peminat citer fiksyen macam aku ni berbaloi lah pergi ke Hobbit a.k.a The Shire. Tapi kalau korang tak minat dengan citer-citer macam ni, TAK YAH lah pergi sebab tak berbaloi dengan tiket yang korang beli - Mahal! Harga tiket nak masuk ke The Shire ni paling murah ialah dalam RM 270 - RM 300 seorang, (depends pada pakej).Tiket sampai harga lebih dari RM 1000 pun ada.  Tapi kalau korang memang big fan citer fiksyen macam ni, memang BERBALOI la sangat pergi The Shire ni sebab tempat ni super cantik.

Itinerary aku hari tu, kami akan catch flight kat Auckland Airport, untuk terbang ke Christchurch. Perjalanan dari Rotorua ke Auckland dalam 3 jam. And tour Hobbiton ni pulak ambik masa dalam 2 jam setengah, so tak sempat aku nak ke Hobbit tu. huhu seedddiiihh.. Lagipun aku sorang jer yang nak masuk dalam The Shire ni, orang lain semua tak nak masuk sebab tak minat dengan En.Hobbit. So, jadinya aku tak jadi nak ke Hobbiton. Takpe, next time ada peluang lagi. Confirm akan datang balik ke NZ tahun depan. hahahahha (ada alasan nak pau en.suami). 

 Walaupun aku tak pergi, aku nak citer gak kat korang macam mana nak pergi sana. Mana tau, kot-kot nanti korang nak pergi kat Kg En.Hobbit ni , so boleh lah rujuk blog aku ni... kan?..

The Shire ni terletak dalam Daerah Matamata. Perjalanan dari Pekan Rotorua ke Matamata ambik masa dalam 1 jam. Kalau dari Auckland, memakan masa 2 jam. Nak masuk The Shire ni tak boleh main masuk sorang-sorang, dia kena masuk dengan tour guide. So, kena ikut waktu-waktu tour yang telah ditetapkan tu.
http://dorsettpink.blogspot.com/2017/05/travelog-new-zealand-2017-hobbiton.html
 Ini masa on the way dari Rotorua ke Matamata. 

http://dorsettpink.blogspot.com/2017/05/travelog-new-zealand-2017-hobbiton.html
 Rumah-rumah kat NZ ni semua cute-cute satu tingkat macam ni, jarang la nampak rumah 2 tingkat. Rumah kondo atau apartment langsung tak ada kat sini.

 

Kat mana-mana tempat kat NZ, memang akan nampak lembu-lembu & biri-biri jer along the way

So, aku suggest kalau korang nak gi Hobbiton ni, korang bermalam di Matamata, sebab kalau bermalam kat Rotorua jauh sangat, so takut tak sempat nak pergi ke Matamata macam aku hari tu. Pekan Matamata ni happening jugak, ramai tourist kat sini, so banyak attraction jugaklah kat Matamata ni. 

 I-Site Matamata

Ini  Tourist Information Centre untuk hobbiton kat Pekan Matamata = I-Site. dari Pekan Matamata nak ke Hobbiton, ambik masa dalam 30 minit. So, korang boleh beli tiket kat I-Site ni dan ambik tour dari sini. Macam aku cakap tadi, nak masuk ke The Shire ni, korang kena pakai tour guide, so dia ada macam-macam pakej. Korang pilihlah nak pakej yang mana satu & setiap pakej berlainan harga. Waktu tour pulak aku tak pasti sebab dia depends pada pakej yang korang ambik, ada pakej yang siap dengan makan ala-ala Hobbit, ada pakej nak experience Trilogy Hobbit ni, ada private pakej dan macam-macam la. So, untuk info detail, korang kena datang kat I-Site ni untuk maklumat lanjut.

http://dorsettpink.blogspot.com/2017/05/travelog-new-zealand-2017-hobbiton.html
Kat dalam I-Site

http://dorsettpink.blogspot.com/2017/05/travelog-new-zealand-2017-hobbiton.html
 Kat dalam ni pun ada tourist information counter,so kalau sesat jalan kat Matamata ni, boleh lah datang sini tanya jalan pulang. Kat sini pun banyak jual sourvenir Hobbit

http://dorsettpink.blogspot.com/2017/05/travelog-new-zealand-2017-hobbiton.html
Poskad Hobbit pun ada jual sini 

http://dorsettpink.blogspot.com/2017/05/travelog-new-zealand-2017-hobbiton.html
 Ala-ala Rumah En.Hobbit

http://dorsettpink.blogspot.com/2017/05/travelog-new-zealand-2017-hobbiton.html
Naik bas ni untuk pergi ke Hobbiton

 Bas ni kecik jer, so tiket pun limited. kalau habis tiket untuk waktu yang kita nak tu, terpaksa beli tiket untuk waktu lain.
Lepas dah meronda Pekan Matamata, kitaorang terus gerak ke Auckland Airport nak catch flight jam 5 petang untuk ke Christchurh.

So, nanti aku citer di episod yang lain...

Thank you guys for reading..

19 comments:

  1. memang menarik dan kalau ke NZ wajib ke Hobbiton ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan mrs fuzy sebab tempat tu memang menarik kan

      Delete
  2. Saya pun tak masuk... sebab memang tak mengikuti filem Hobbit tu. Buat lintas langsung je ke sana... huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mcm wajib la kan singgah Hobbit ni walaupun tak masuk kan..

      Delete
  3. Waaaaa bestnyaa!!! Syoklah dapat merasa macam dalam cerita Hobbit tu. Hehe..

    Kite tagged sis tau! ♥
    http://fairuzaqilah-official.blogspot.my/2017/05/blue-sky-tag.html

    ReplyDelete
  4. Bestnya ....
    Baca entry DP ni pun, dah buat kita teruja ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh! Boleh buat mrs pip teruja ke.. Ermmm, so nampaknya mrs pip pun harus ke sana

      Delete
  5. Mak aiii harga tiket ! Telan air liurrr..tapi sebagai seorg peminat harga belakang kira kan..saya sama awak lah..minat cerita fiksyen mcm ni tapi tak minat avatar ! Ha..ha..ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waaaahh!! Kita sama spesis rupanya izwa. Hehehe

      Delete
  6. takpa next time boleh jumpa rumah hobbit. bestnya dapat travel jauh2.

    ReplyDelete
  7. Baca entri DP pun bolehlah seperti saya mengembara juga :D Nak ke sana entah bila tak tahu. Hii. Tempat Hobbit wajib pergi kalau ke NZ 😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah wajib pergi kan Hobbit ni siqah kalau pergi NZ

      Delete
  8. Sya pon mint LOTR... tp itu la.. awat mhl sngt eh? X mampu milik rsanya..huhu
    .... Slalu tngk gmbr2 hobbitom ni kt ig

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mahal kan faricika tiket dia. tapi once in a life time ok lah untuk beli tiket tu..

      Delete
  9. The Hobbit's places..!!! I should bookmark this for future records *walaupun entah bila dapat pergi*.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. yessss.. u should bookmark anes.. it is 'a-must-visit' place when u are in NZ

      Delete
  10. https://fairuzaqilah-official.blogspot.com/

    ReplyDelete